Tuesday, August 1, 2017

Menabung

Assalamualaikum wbt...

Kalau dari kecil dah menyimpan, mesti sekarang dah banyak duit saya...haha
Tapi tu la...semuanya kalau...hihi

Nak menyimpan ni, kena biasakan...supaya tak rasa berat...sebab dah jadi habit
Kalau baru nak start, kena kuat
Kalau ada support lagi best

Ada orang menyimpan duit ikut warna
Hijau
Biru
Merah

Kiranya kalau dapat duit warnah hijau, dia kena simpan...tak boleh guna
Biasanya hijau atau oren
Sebab kita jarang terima duit hijau atau oren ni, karang kalau simpan duit merah ke ungu ke...takut belanja korang tak cukup pulak...
Lepas tu korek balik...ayoyoyo....

Jadi nak menyimpan pun biarlah berpada....jangan letak banyak, hujung bulan ambil balik....tak aci la macam tu....bila nak penuh duit simpanannya...haha

Saya pula, biasa simpan syiling...kira ok la dari tak de kan...kalau shopping saya tak akan guna syiling...contohnya rm 3.20 saya tak bagi pun syiling 20sen tu...so saya dah boleh simpan rm0.80...gitu la kiranya...

Yaya buka beg saya, jumpa syiling...saya suruh dia masukkan dalam tabung dia...hihi



Lepas tu bagitau kat dia, nanti kita nak simpan duit ni kat bank...yaya nak belajar luar negara...hahaha...

Ok tu sebenarnya lebih kepada nak setting minda bawah sedar dia..."belajar luar negara"...kalau ada gambar uni pilihan pun dah boleh tunjuk siap siap...nanti nak belajar kat sini.......
Tu semua tentang minda bawah sedar...nanti kita cerita cerita yer...

Balik pada topik menabung atau menyimpan...korang menyimpan macam mana ??
Ada tips untuk elak ambil balik duit tabung ke...jom share =)

17 comments:

rel='nofollow'>Anum said...

lama2 jadi bukit

rel='nofollow'>Cikla Shahril said...

Betul tu. Ajar menabung sejak kecik. Nnti lepas ni kalau kita bg mereka duit, mesti mereka dh terbiasa simpan sikit dlm tabung. Tak guna semua duit tu...

rel='nofollow'>thisni3za said...

Sy pun buat teknik ini pada che mek sejak umur 3 tahun..Tapi che mek mind set bukan nk study over the sea..Dia mind set nk gi legoland....adehhh..haha

rel='nofollow'>Sha Mohamed said...

Saya selalu menyimpan dengan main kutu, beli emas (Public Gold) dan terus transfer ke ASB.. ini tiga cara yang memang susah nak keluarkan balik or amik balik.. kikiki..

rel='nofollow'>Miza Talib said...

Elok sebenarnya bila kita selalu ajar anak-anak menggunakan minda bawah sedar.

rel='nofollow'>Aryan azra said...

menabung bi baguskan..akak pun simpan duit syiling, dulu simpan duit seringgit tapi sejak anak sekolah tak boleh simpan seringgit sebab buat belanja sekolah anak jadi up kan simpan rm5 tapi tu la nak istiqomah tu susah jg la kan heheh.

nak simpan yang tak payah nak keluar kena simoan di bank yang tak menggunakan kad tak pun kalau ada kad minta siapa2 yang pegang kat tu.

rel='nofollow'>Anisa Anuar said...

sama kita buat utk anak...hehehe

rel='nofollow'>Izyan Balqis said...

kena start menabung dari kecil, bagus2

rel='nofollow'>norhidana said...

menabung syiling ok jgk, kadang tak sangka blh sampai beratus simpanan kita

akak dulu2 pnh menabung yg color oren je, mmg lumayan tp lama2 bila nk guna duit... bila dh terguna nk ganti balik tu perit... skrg akak menabung clor biru, mudah nk msk dlm tabung pun senang skit... tgh usahakan bg penh tabung dulu...

kalau dr kecik dh ajar, lg mudah ni

rel='nofollow'>saniahibrahim said...

Bagus nini ajar yaya menabung...biasanya budak seronok dpt masukkan siling dlm tabung.

rel='nofollow'>Puan Hazel said...

Bagus cita2 Yaya ye. Insha Allah ada rezeki boleh belajar sampai oversea.
Akak pun galakkan anak2 menabung juga. Beli tabung sorang satu.

rel='nofollow'>Mummy Audya said...

bagus.. kecik kecik dah pupuk minat menabungg

rel='nofollow'>Ainniah Zulkefli said...

alololo comel ja budak kecik menabung. bagus train dari awal. saya simpan dalam tabung haji. kan payah skit nak keluarkan. kena berusaha ke tabung haji semua2.

rel='nofollow'>mamapp said...

Baguslah kalau sifat menabung dididik Dari kecik lagi

rel='nofollow'>Qairina said...

penuh jer terus masuk bank :-)

rel='nofollow'>Paahjais said...

Dulu kecik2 rajin menabung... Bila dah besar ni susah pulak nak menabung... Ada je nak beli itu la ini la... Bila dah sengkek baru terfikir kenapa la aku tak menabung... Ish3... Tq mengingatkan saya untuk terus menabung...

rel='nofollow'>lulumatzam said...

Sy pun dah mula kan mengajar anak menyimpan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....