Monday, July 24, 2017

Jalan jalan pusat sains keeativiti kuala terengganu

Assalamualaikum wbt..

Hari tu saya ada cakap nak tulis entry pasal lawatan kami ke pusat sains ni kan =)

Tiket untuk dewasa rm5. Kanak kanak rm3. Yaya free sebab baru setahun setengah umurnya.

Masuk aje saya pergi ke kawasan pameran pertama. Hurm macam dah tak banyak benda yang boleh main. Kalau sebelum ni saya pergi macam macam benda yang ada, seronok betul sentuh macam macam. Tapi lawatan yang baru baru ni, tak banyak pulak benda yang ada.

Saya naik ke tingkat satu....erm...jumpa mural. Cantik jugak, so saya lepas yaya kat situ. Seronok pulak budak ni p sentuh satu satu mural yang ada. Hahaha







Lepas tu saya pusing pusing lagi sampai saya rasa bosan. Saya rasa bayaran saya untuk rm5 tak de papa dan saya kurang berpuas hati. Saya terjumpa seorang staff dan bertanya apa je yang ada...sebab saya rasa bosan..hahaha...staff tu bagitahu tempat ni agak besar so dia dah asingkan pameran ke ruang ruang tertentu.

Betul lah tu kot, sebab masa saya pergi dulu, kawasannya kecil so nampak macam banyak benda yang ada. Sekarang dah agak besar, jadi nampak macam kosong. Mungkin kena tambah sesuatu lagi supaya pengunjung akan lebih seronok.

Saya masuk ruang kreativiti kot...ok saya dah lupa....
Ada gelongsor dan buaian. Okeylah terubat hati saya sebab yaya memang suka kalau jumpa playground.


Terbalik la pulak gambar ni...pasrah la...haha

Jumpa seorang kanak kanak yang emaknya berniaga di cafe, so dia la yang melayan si yaya. Yaya pulak memang suka berkawan so seronok la dia ada kawan.

Sebenarnya masa masuk ke sini, ada staff approach kami untuk lakukan aktiviti. Nanti saya story di next entry yer....

Overall untuk lawatan kali ni, saya kurang seronok datang ke sini mungkin sebab tak banyak benda yang kami boleh terokai atau mungkin yaya masih kecil so tak seronok...gahahaha

Mungkin kalau pameran dan aktiviti lebih banyak ....akan lebih seronok =)


9 comments:

rel='nofollow'>Hsna Rahman said...

alolololo comelnye dia....kecikkk jee tuan badan

rel='nofollow'>atiehilmi.com said...

a.. mungkin sebab baru bukak atau pun permintaan dari pengunjung tak sehangat tempat lain.. tu yang tak banyak benda menarik tu.. hee~ mungkin la..

rel='nofollow'>Sha Mohamed said...

Mungkin masih dalam peringkat percubaan kot.. Harapnya makin banyak aktiviti la lepas ini..

rel='nofollow'>mamapp said...

Tang mana yg sainsnya? Mungkin tang aktiviti kot. Xsabar tunggu nx entry

rel='nofollow'>nini said...

Hahaha...yang sains asa actually tapi tak sempat snap...sebab yaya aktif sangat lahai...haha

rel='nofollow'>Siti Yang Menaip said...

mural besar2 puas hati tengok.. colourful sure sangat kanak2 suka..

rel='nofollow'>Ninie said...

Sukanya!!! xpernah pegi sini.
Jemput la join giveaway segment di https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html

rel='nofollow'>mrhanafi said...

Anak anak la paling suka dengan benda benda baik begini..

rel='nofollow'>QasehnyaRania said...

Baru nk tnya details. Nk pergi..
Ater dh x seronok. Macam x berbaloi plak
Kannn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....