Showing posts with label kenangan puncak alam. Show all posts
Showing posts with label kenangan puncak alam. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

kejar bas sampai pudu....TERBAIK !!!!!

CLICK SINI UNTUK JOIN =D



Yang kat atas tu iklan je..sebab aku buat sticky post tak menjadi =D 
Okeh...cerita bermula...wah gitu kan....terus masuk cerita tadek intro apa....
cerita bermula pada 13 May....memang sampai bila-bila aku akan ingat tarikh ni....

aku present final year project (fyp), pukul 1.30pm pada 13 may. so dengan bersemangat wajanya aku p beli tiket balik kampung pada pukul 3.30 petang. yakin je kan....tu pun beli tiket balik kuantan, sebab tiket balik Terengganu tadek...have no choice, sebab kami terpaksa check out dari kolej pada 13 may tu juga...tu pun da kira extend da sebab kami de Finishing School dan presentation. Orang lain, 10 may dah kena kosongkan dah kolej tu untuk persiapan pelajar asasi n diploma nanti. 

nak jadikan cerita, biasalah kalo dah namanya presentation tu kan, drag tym plak....salah aku la sebab dengan penuh yakinnya p beli tiket kul 3.30 pm. pastu aku terpaksa tukar ngan kawan aku, Dila n Lani...tuk present pada pukul 2.00 pm macam tu, sebab kalu kira balik, aku nye presentation akan start around 3.30 pm cam tuh kan. seb bek dorang baik hati...sudi tukar ngan aku...terharu gila tym tu. ada kawan yang baik hati cam tu..

first da setel, present awal. second, aku kena carik orang minta tolong hantar kan aku p klang sentral. sebab at first aku juz nak tumpang lecturer aku je. tapi, dah lecturer tu dah terdrag, opkos la dia kena setelkan presentation jugak, so tak pat la aku tumpang dia. gelabah juga la aku mesej n kal sume no yang aku ada. makanya hari tu jumaat plak kan. orang yang aku kal suma lelaki plak kan. memang tak la depa nak jawab tym tu. hahaha...finally, zana sudi hantarkan aku. 

pastu dah setel present da, aku tengok jam, memang tak sempat aku nak kejar p klang sentral. then aku kal kaunter, gtaw dorang. akak kaunter cakap memang tak sempat kecuali kalo aku pecut p shah alam. masa tu aku redha je, kalau zana tak boleh hantarkan aku sampai shah alam, memang dalam kepala aku, aku akan stay kat surau kolej. tu je pilihan yang ada. sib bek, zana cakap ok, dia hantar aku sampai shah alam. tapi still cuak jugak, sebab kami kena sampai shah alam kul 4 petang. bas hanya akan  tunggu 5 minit je. uinah gile,...memang tak sempat la kan. aku kal kaunter shah alam, n akak kaunter tu suh call no person incharge, Mr X. Aku cal Mr X, explain segala bagai kan, tapi suara dia tu garang sangat. Da la aku malas, kalu orang cam tu. Aku iyakan je la apa yang dia cakap. Dia suh aku terus pecut p Tol Batu 3, sebab masa tu aku kat Tesco, n bak kata dia memang tak kan sempat la. Pastu line masa tu memang tak clear...n tetiba putus. Aku lak, da la tak berapa jelas apa yang dia cakap kan, suruh je lah kawan aku proceed p Shah Alam. At da same tym aku dah kal Jan, in case kalu aku tak dapat balik hari ni (13 may) memang aku akan tumpang bilik dia. Pastu sampai je kami kat ole-ole, Mr X kal balik. Dia cam marah nape aku tak call balik dia, sebab dia betul2 nak tolong aku. Mana aku taw dia nak tolong aku. Dahnye dia garang semacam je kan. 

Dia cakap bas dah gerak. Dia tanya aku kat ne, aku jawab kat ole-ole. Dia tanya aku lagi, nak wat pe g Sek 17, bas dah gerak. Aku jawab aku nak beli tiket baru, balik esok. Beria dia tak bagi. Nak jugak dia suruh kami pecut pergi Tol Batu 3. Bas tunggu kat situ. Tapi make sure, kami potong bas. Means, kami depan bas. Aku pun iyakan je la. Zana pusing n kejar bas sampai tol batu tiga. Mr X keep call aku n tanya. Finally kami dapat jarak dengan bas selang 2 buah kereta. Sampai kat tol, bas gerak dulu n tak berenti pun. Aku call Mr X balik cakap bas tak berhenti pun. Tym ni suara Mr X da slow down da dengan aku. Dia minta kami kejar sampai Pudu. Aku iyakan je. Tapi kalau Zana tak dapat, tak pe, memang esok je aku balik.

Yang buat aku terharunya...Zana sanggup ni. Padahal dia tak tau camana nak balik nanti...huhu...sampai kereta dia, warning fuel....memang masa tu aku risau gila, kalau aku sempat, aku risaukan dorang plak camana. Finally kami selamat sampai pudu, aku dapat balik hari tu jugak. Memang terharu sangat dengan sikap Zana n Liza yang baik hati. Padahal dia dan aku tadek la rapat sangat. Cuma satu batch je, kelas lain-lain. 

Dalam bas, aku call pak cik aku. Sebab aku memang minta pak cik aku amik kat kuantan coz tiket balik terengganu tadek. Makanya, pak cik aku dah sampai kat Kuantan. Nasib baik aku balik hari ni. Kalau tak, memang cian gile la kat pak cik aku tu...

memang aku tak kan lupakan tarikh tu, dan semua orang yang terlibat sepanjang aku nak balik especially, Lani, Dilla, Zana, Liza, Pacik aku, Mr X. 

aku sempat say tq banyak2 kat Mr X, paling tak leh blah aku siap tegur cara dia bercakap ngan aku...opsss...tapi bermsej je la, selambe je aku tegur, dah nye kalo dia cakap camtu, baik dia tayah tolong...garang je...dia cakap memang dia cara dia cam tuh, n aku reply mesej dia cakap, dalam servis industry tak leh cam tuh...n dia admit, dia cakap tq...hehe...

aku nak stop kat sini, dan aku akan tinggalkan entry ni dengan sebaris kata-kata.....

bila susah, kita kenal sape kawan yang paling baik yang sudi membantu kita.....
n kalo kita nak tolong orang, jangan garang2....takut orang tu nak terima pertolongan kita...dia ni ye ke tak nak tolong aku...haha =D

Saturday, May 14, 2011

yeayyyy....aku pandai bawak scooter...

tajuk tak leh blah...ek eleh baru pandai bawak scooter da nak berlagak bagai kan...bukanlah nak berlagak p rasa cam bangga je konon sebab da lama dapat lesen makanya baru pandai bawak scooter...tetttt....jujurnya aku tak pernah bawak scooter....memang tak pandai pun...tak reti pun...dan nak jadi cerita nya....

aku nak p kolej dari fac, p kalu aku panjat tangga kolej tu, memang semput la jugak kan nak sampai dengan cepatnya...so terpaksalah aku pinjam scooter kawan aku yang baik hati, Dila. sib bek dia bagi...dengan penuh confident jawab pandai. biila tanya kali kedua aku dah kompius balik, aku jawab ntah...boleh kot...hahaha

tapi si dila ni betullah baik hati, yakin je bagi pinjam scooter kat orang yang tak pandai bawak cam aku...hahaha....then aku turun dari bangunan fsk, cari scooter dia...pastu aku dengar ada org teriak nama aku..ok dorang dila dan lani dok intai aku dari aras 11. pastu aku masukkan kunci, n aku tak pandai nak start motor...baiklah...dorang jerit dari aras 11 ajar aku..haha...nak tergelak pun ada bila ingat balik..terkial2 la jugak aku nak start scooter yang comel itu....dan finally...dapatlah kan...pastu aku undur ke belakang, n press minyak, ayooo mama appa...motor tak gerak la plak...haiyya...manyak susah o ini macam....

aku dah la nak cepat kan, pastu tak reti nak bawak scooter, pastu aku press minyak tak gerak, lalu keluarlah soalan bodoh campur bingai..makanya aku taw plak tu scooter tadek gear...aku p jugak tanya, gear kat mana...hahahaha...dorang dah bantai gelakkan aku dah dari aras 11...dorang teriak la cakap tadek...aku cakap nape motor tak bergerak pun....aku dah press minyak dah...

dorang teriak lagi, dorang cakap, jangan tarik break....aku cakap tak pun...aku siap angkat kedua2 belah tangan lagi...gila comel je kan...cam orang bersalah pun ada....pastu aku try lagi sekali....dorang teriak lagik, cakap press kuat-kuat....dan finally...berjayalah aku gerakkan scooter itu dan naik ke kolej untuk setelkan urusan penting aku....hahaha

ekceli, aku memang minat gile ngan ego...p tu la, abah aku tak minat scooter...so kitowang ada motor biasa je...teringin gak nak naik, p ye lah kalu orang punya, ingat senang ke nak bagi pinjam kalo tak pandai n tak pernah bawak...p dilla ni baik hati gile bagi pinjam kat orang yang tak pandai cam aku...hahaha

tapi betullah...masa susah ni kita kenal sikap sebenar manusia...yang baik hati...macam dilla...dan lani.....dan masa terdesak ni, kita sanggup lakukan apa sahaja walaupun kita tak pandai, dan kita baru tahu...ok senang je kot...hello...tak susah pun...dan kadang2 masa tak susah ni, kita banyak belajar sesuatu =D

dan masa terdesak juga, biasanya akan keluar soalan2 paling bijak dalam dunia...padahal dah tahu...tettt.....=D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....