Sunday, May 15, 2011

kejar bas sampai pudu....TERBAIK !!!!!

CLICK SINI UNTUK JOIN =D



Yang kat atas tu iklan je..sebab aku buat sticky post tak menjadi =D 
Okeh...cerita bermula...wah gitu kan....terus masuk cerita tadek intro apa....
cerita bermula pada 13 May....memang sampai bila-bila aku akan ingat tarikh ni....

aku present final year project (fyp), pukul 1.30pm pada 13 may. so dengan bersemangat wajanya aku p beli tiket balik kampung pada pukul 3.30 petang. yakin je kan....tu pun beli tiket balik kuantan, sebab tiket balik Terengganu tadek...have no choice, sebab kami terpaksa check out dari kolej pada 13 may tu juga...tu pun da kira extend da sebab kami de Finishing School dan presentation. Orang lain, 10 may dah kena kosongkan dah kolej tu untuk persiapan pelajar asasi n diploma nanti. 

nak jadikan cerita, biasalah kalo dah namanya presentation tu kan, drag tym plak....salah aku la sebab dengan penuh yakinnya p beli tiket kul 3.30 pm. pastu aku terpaksa tukar ngan kawan aku, Dila n Lani...tuk present pada pukul 2.00 pm macam tu, sebab kalu kira balik, aku nye presentation akan start around 3.30 pm cam tuh kan. seb bek dorang baik hati...sudi tukar ngan aku...terharu gila tym tu. ada kawan yang baik hati cam tu..

first da setel, present awal. second, aku kena carik orang minta tolong hantar kan aku p klang sentral. sebab at first aku juz nak tumpang lecturer aku je. tapi, dah lecturer tu dah terdrag, opkos la dia kena setelkan presentation jugak, so tak pat la aku tumpang dia. gelabah juga la aku mesej n kal sume no yang aku ada. makanya hari tu jumaat plak kan. orang yang aku kal suma lelaki plak kan. memang tak la depa nak jawab tym tu. hahaha...finally, zana sudi hantarkan aku. 

pastu dah setel present da, aku tengok jam, memang tak sempat aku nak kejar p klang sentral. then aku kal kaunter, gtaw dorang. akak kaunter cakap memang tak sempat kecuali kalo aku pecut p shah alam. masa tu aku redha je, kalau zana tak boleh hantarkan aku sampai shah alam, memang dalam kepala aku, aku akan stay kat surau kolej. tu je pilihan yang ada. sib bek, zana cakap ok, dia hantar aku sampai shah alam. tapi still cuak jugak, sebab kami kena sampai shah alam kul 4 petang. bas hanya akan  tunggu 5 minit je. uinah gile,...memang tak sempat la kan. aku kal kaunter shah alam, n akak kaunter tu suh call no person incharge, Mr X. Aku cal Mr X, explain segala bagai kan, tapi suara dia tu garang sangat. Da la aku malas, kalu orang cam tu. Aku iyakan je la apa yang dia cakap. Dia suh aku terus pecut p Tol Batu 3, sebab masa tu aku kat Tesco, n bak kata dia memang tak kan sempat la. Pastu line masa tu memang tak clear...n tetiba putus. Aku lak, da la tak berapa jelas apa yang dia cakap kan, suruh je lah kawan aku proceed p Shah Alam. At da same tym aku dah kal Jan, in case kalu aku tak dapat balik hari ni (13 may) memang aku akan tumpang bilik dia. Pastu sampai je kami kat ole-ole, Mr X kal balik. Dia cam marah nape aku tak call balik dia, sebab dia betul2 nak tolong aku. Mana aku taw dia nak tolong aku. Dahnye dia garang semacam je kan. 

Dia cakap bas dah gerak. Dia tanya aku kat ne, aku jawab kat ole-ole. Dia tanya aku lagi, nak wat pe g Sek 17, bas dah gerak. Aku jawab aku nak beli tiket baru, balik esok. Beria dia tak bagi. Nak jugak dia suruh kami pecut pergi Tol Batu 3. Bas tunggu kat situ. Tapi make sure, kami potong bas. Means, kami depan bas. Aku pun iyakan je la. Zana pusing n kejar bas sampai tol batu tiga. Mr X keep call aku n tanya. Finally kami dapat jarak dengan bas selang 2 buah kereta. Sampai kat tol, bas gerak dulu n tak berenti pun. Aku call Mr X balik cakap bas tak berhenti pun. Tym ni suara Mr X da slow down da dengan aku. Dia minta kami kejar sampai Pudu. Aku iyakan je. Tapi kalau Zana tak dapat, tak pe, memang esok je aku balik.

Yang buat aku terharunya...Zana sanggup ni. Padahal dia tak tau camana nak balik nanti...huhu...sampai kereta dia, warning fuel....memang masa tu aku risau gila, kalau aku sempat, aku risaukan dorang plak camana. Finally kami selamat sampai pudu, aku dapat balik hari tu jugak. Memang terharu sangat dengan sikap Zana n Liza yang baik hati. Padahal dia dan aku tadek la rapat sangat. Cuma satu batch je, kelas lain-lain. 

Dalam bas, aku call pak cik aku. Sebab aku memang minta pak cik aku amik kat kuantan coz tiket balik terengganu tadek. Makanya, pak cik aku dah sampai kat Kuantan. Nasib baik aku balik hari ni. Kalau tak, memang cian gile la kat pak cik aku tu...

memang aku tak kan lupakan tarikh tu, dan semua orang yang terlibat sepanjang aku nak balik especially, Lani, Dilla, Zana, Liza, Pacik aku, Mr X. 

aku sempat say tq banyak2 kat Mr X, paling tak leh blah aku siap tegur cara dia bercakap ngan aku...opsss...tapi bermsej je la, selambe je aku tegur, dah nye kalo dia cakap camtu, baik dia tayah tolong...garang je...dia cakap memang dia cara dia cam tuh, n aku reply mesej dia cakap, dalam servis industry tak leh cam tuh...n dia admit, dia cakap tq...hehe...

aku nak stop kat sini, dan aku akan tinggalkan entry ni dengan sebaris kata-kata.....

bila susah, kita kenal sape kawan yang paling baik yang sudi membantu kita.....
n kalo kita nak tolong orang, jangan garang2....takut orang tu nak terima pertolongan kita...dia ni ye ke tak nak tolong aku...haha =D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....