Saturday, February 27, 2010

JOM present.....

Suka present ? sesetengah orang seronok bila kena present dan sesetengah orang tak suka. segala macam perasaan ada. takut, cuak, gelabah, malu dan semuanyalah bercampur dan menjadi satu. tambahan lagi kalau kena present dalam bahasa yang kita kurang mahir. macam aku, of koz la in English. kalau cg English aku zaman sekolah sekolah dulu dengar kompom tak ngaku aku anak murid dia...huhu...cam sedih je bunyinya...

oklah...actually juz nak lontarkan pandangan ikhlas dari hati berdasarkan pengalamanku sendiri.
untuk subject BEL aku kena present. satu sem tu ada dua presentation. ala subjectnya pun presentation skill kan, so opkos la kena present. aku tak tau nak present apa. tajuknya bebas. bila dah bebas, aku pula yang blur tak tau nak present apa.

last untuk first tajuk aku men bantai2 je. hentam je nak buat tajuk apa. then aku bagi tajuk tu kat lecturer. ok...my title was approved. tu baru tajuk. belum lagi start present. tapi....otak aku macam beku gila time nak buat draft untuk tajuk tu. memang tajuk tu menarik, bak kata lecturer aku, tapi bagi aku.....pun menarik gak sebenarnya cuma aku aku tak berminat dengan tajuk yang aku pilih. but i have to proceed coz have not enough time and idea apa tajuk mau pilih lagi. dan sehinggalah ke hari ni, draft tu masih belum siap2 lagi...ahahaha

tapi untuk tajuk kedua ni, aku tak sure menarik tak tapi aku suka. REVERSE PSYCHOLOGY. memang aku berminat dengan psycho2 ni...so macam tak sabar tuk present for da second title plak...boleh lak macam tu kan....mencurah-curah ke ladang gandum pula tu idea datang....wah...seronok gila...

so for da conclusion : kalau nak present, pilihlah tajuk yang selesa dengan kita dan kita suka bukannya yang menarik tapi kita tak suka. nanti susah nak bawa coz tak de feel.....tapi kena hati2 juga janganlah sampai kita present SYOK sendiri je. means kite je yang suka ngan apa yang kita present dan audience bosan nak gila....hm....

Friday, February 26, 2010

Jadilah Cermin

Jadilah seperti cermin
yang memantulkan kembali apa yang dipantulkan kepadanya
maksudku, bukan membalas kembali apa yang telah orang lakukan kepada kita
tapi....
patahkan objektif mereka dengan ketenangan kita
mungkin terlalu sukar untuk memahami ayat ini
baiklah,
contoh simple dan mudah aku bawakan
biasanya kalau orang sakitkan hati kita
mengata kita, mengutuk kita, mengumpat kita atau menfitna kita
objektif utamanya mudah
sengaja untuk menyakitkan hati kita
keputusannya ada dua
1) kalau kita sakit hati dengan perbuatannya, maka objektifnya tercapai dan orang itu akan bersorak kemenangan
2) kalau kita tenang. setenang air di kali. tindakan orang itu langsung tidak membawa apa-apa kesan kepada kita, maka objektifnya gagal dan objektif itu akan kembali pada dirinya.
objektifnya sakitkan hati kita, tetapi bila kita jadi cermin yang boleh relaks dan cool makanya sakit hati itu kembali kepada si pelaku.
mudah bukan ? ya memang mudah untuk berkata-kata tapi untuk menghadapi kesakitan itu....kita punya hati dan perasaan, mana tahan kalau asyik kena hina, sindir, kutuk, kata dan yang sewaktu dengannya itu.

tingkatkan semangat, kentalkan hati. hadapi semuanya dengan senyuman. sesungguhnya senyuman itu mampu meredakan hati yang sedang marah dan sejukkan hati yang sedang panas.
usah ambil peduli apa yang orang kata sebab ORANG TAK PERNAH TAHU APA DAN MENGAPA KITA MELAKUKAN BEGITU sehinggalah dia bertanya sendiri dengan kita sebabnya.
Diam itu adalah yang terbaik
tetapi apabila aku terpaksa mendiamkan diri
berpura-pura seperti tidak ada apa-apa yang berlaku
walhal hatiku sudah sakit, geram dan benci
maka ....
satu hari
apabila aku sudah tidak tertahan
perasaan itu terlepas

maafkan aku teman
bila ditelusuri
tidak layak aku lakukan begitu
seolah-olah memalukan dirimu di depan teman sebilikku
bukan niatku sebenarnya
namun setelah apa yang telah terjadi
aku tidak mahu ia berlaku lagi
cukuplah hanya sekali
bodohlah aku kalau aku mebiarkan orang membodohkan aku
sedangkan aku tahu apa yang dia lakukan

aku akui
aku tidaklah sehebat orang lain
aku tidaklah sepandai orang lain
dan tidaklah sesabar orang lain
telah ku cuba untuk tidak memalukan mu
namun apakan dayaku
mungkin terlampau penat memendam rasa
hingga terkeluar kata-kata
yang mungkin menyakiti hatimu
memang aku tidak menghina atau mencaci dirimu
namun tanpa sedar
mungkin kau telah aku malukan

dari itu maafkan aku
maaf kerana semua ini berlaku
aku harap setelah apa yang terlah berlaku
akan akan lebih berhati-hati
dalam menuturkan kata.....
sekadar menulis rasa hati
di saat
idea datang mencurah-curah
tidak lebih dan tidak kurang
hanyalah mengurangkan rasa di hati
apabila sesuatu yang ibgin dilontarkan
tidak terluah
maka....
di sinilah segalanya bermula.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....