Monday, March 1, 2010

maaf itu indah

Kenangan lama datang kembali apabila aku terserempak dengan gambarnya. Boleh guna ke ayat ni. Terserempak dengan gambar ? what ever. Yang pasti….aku tak tahu apa yang aku rasakan. Sakit hati, benci, geram dan mungkin meluat ? apakah salahnya ?tidak patut aku merasakan sedemikian sedang aku tahu tiada manusia di dunia ini sempurna. Disakiti dan menyakiti…dilukakaan dan melukai. itu adalah biasa. Ya, mungkin aku pernah terluka satu ketika dulu. Dan seingat aku sudah aku maafkan segalanya. ikhlaskah maafku andai di hati masih tersisa kesan sakitnya hati pada dia. Ada sedikit dendam, mungkin untuknya. Ah apakah nilai maafku andai hingga saat dan tika ini masih ada tersimpan dedam itu walau sedikit. Dendamkah itu ? entahlah…aku tidak pasti.

Ya Allah, ikhlaskan hati hambamu ini dalam memaafkan sesamanya. Aku sedar dan aku tahu, sesunggunya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini. jadi, kenapa begitu sukar untuk aku seikhlasnya maafkan dirinya.

Wahai hati, buanglah dendam. Perkara lama usah diungkit. Setiap apa yang berlaku banyak hikmahnya walau kita tidak pernah tahu dan tidak aka tahu apa hikmahnya. Namun percaya kepada hikmahnya atas apa yang telah berlaku tentunya membolehkan kita mengukir senyuman….

Tabahlah hati. Ikhlaskanlah hati….semoga tiada lagi dendam yang akan mengganggu dan merosakkan diriku dan mungkin juga dirinya. INSYAALLAH.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....