BFF….dalam hidup kita perlukan kawan. Dalam hidup kita perlukan teman. Tapi apa gunanya kawan kalau kita ditikam dari belakang. Apa maknanya teman kalau hanya sewaktu kesenangan.
Cerita seorang teman,
Aku tak punya BFF sebab aku pernah ditikam dari belakang. Dalam hidup ini apa yang penting bagi aku hanyalah keluarga aku. susah senang, keluarga aku tak pernah tinggalkan aku.
Ini cerita seorang teman, dan aku hanya mendiamkan diri. Ini hanyalah pandangan darinya dan aku hanya menerima tanpa sebarang komen. Bukan bermakna aku menolak atau membenarkan kata2nya.
Lagi kisah seorang teman,
Dia tu saya anggap sebagai classmate je. Dan si A tu hanyalah kenalan.
Seperti tadi aku hanya mendengar tanpa langsung mengiakan atau menangkis kata-katanya. Itu prinsipnya dalam berkawan dan mungkin cara itu menyenangkan dan menggembirakan dirinya. Setiap orang di sekelilingnya ada tahap masing-masing dan mungkin boleh dikatakan sebagai taraf atau rating yang diberikan olehnya buat semua kawan-kawannya. Ops salah, bukan kawan tapi orang sekeliling sebenarnya kerana ada sesetengah orang disekelilingnya belum kepada rating kawan atau mungkin tidak akan pernah dapat title itu.
Itu cerita orang. Kisah dari teman-temanku. Teman ke ? Hm…ya la kot sebab aku belum lagi mengaplikasikan cara dari kisah kedua tadi.
Kisah aku,
Aku pelajar baru di sebuah sekolah dan pada satu hari seorang teman sekelas mengajak aku menemaninya makan. Actually aku adalah pilihan terakhirnya untuk menemaninya sebab kami tidaklah rapat dan jarang bercerita. Mana mungkin boleh bercerita kalau bercakap pun boleh dibilang dengan jari.
Saat di meja makan, tiba-tiba sahaja dia berkata ‘sekarang aku menggagap engkau sebagai kawanku,’
Ayat ini membuatkan aku terkedu. Kenapa sebelum ini aku bukan kawan dia ke ? jujur jawapan yang keluar dari ulas bibirnya Bukan. Aku bukan siapa-siapanya dia sehingga aku menemaninya makan di kantin sekolah lalu aku dinaik taraf sebagai kawannya dia.
Berdasarkan cerita ini, kawan dan teman adakala membawa maksud yang berbeza pada orang yang berbeza.
Lagi cerita aku,
Aku tidak rapat dengan sesiapa. Natural gitu kata orang. Tak kisah boleh join dengan sesiapa sahaja. Tiba2 aku pun tak tahu apa sebabnya adalah seorang makhluk Allah yang nak rapat dengan aku. Its okey for me. Aku tak kisah. Sesiapa sahaja boleh menjadi kawan atau temanku. Dia baik dan banyak membantu aku. Jadi dia dah dinaik taraf sedikit menjadi kawan baikku. Sehinggalah satu saat, ada sesuatu yang dilakukannya menyakitkan hatiku. Sentap tau. Geram. Benci semuanya bercampur menjadi satu. Teramat sangat sakitnya bila dilakukan begitu oleh seorang yang sudah ku anggap sebagai kawan baikku.
Dan kini….hubungan kami renggang. Aku lebih senang begini. Tidak punya siapa-siapa yang boleh aku anggap sebagai kawan baik. Kerana pabila aku sudah menganggapnya sebagai kawan baik, mungkin sedikit silapnya boleh melukakan hatiku. Padahal dia juga insane biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Mungkin…..aku salah. Salah kerana apabila seseorang itu telah dinaik taraf menjadi kawan baik maka apa yang aku setkan dalam mindaku dia tidak boleh menyakiti hatiku.
Dan….aku terfikir kata-kata temanku, dalam dunia ini saya tidak punya kawan baik atau kawan karib atau bff.
Juga kata-kata temanku dari cerita kedua, cara dia mengklafikasikan setiap orang di sekelilingnya. Bila orang itu berada hanya di ranking ‘kenalan’ dia tidak akan pernah kisah apa sahaja si kenalan itu mahu lakukan. Namun mungkin sekiranya ‘kawan’nya melakukan sesuatu yang mungkin pada pandangan matanya ia salah, mungkin juga dia akan menjadi sepertiku. KECEWA, SAKIT HATI, GERAM ETC…..
No comments:
Post a Comment