Monday, May 10, 2010

masihkah ada cinta - 6

Idzlan mengambil Erra dan Leya di stesen bas Kuantan. Rancangan untuk bercuti di Kuantan terpaksa ditambah menjadi tiga hari dua malam memandangkan mereka sampai di Kuantan sudah pukul 12 malam. Dahl ah sampai pukul 12 malam, lepas tu esok dah nak balik. Itukan sia-sia namanya.

Sebelum menghantar Erra dan Leya pulang, Idzlan membawa mereka makan di sebuah restoran yang terdapat di Bandar itu. Berselera mereka makan, maklumlah dua-dua kepenatan.

“Lepas ni you all nak pergi mana ?” Erra bertanya.

“Pantai Teluk Chempedak.” Idzlan menjawab.

“Nak ikut.”

“Tak boleh.” Selamba Idzlan menjawab. Erra mencebik dan Leya tertawa.

“Bagilah can.” Leya berkata.

“Yalah, nanti aku ajak Aiman pergi.” Leya dan Idzlan tertawa mendengar kata-kata Erra.

“Awak….saya rindu sangat kat awak tau.” Leya berkata. Idzlan di sebelahnya tersenyum lebar. Manusia dia pantai Teluk Chempedak itu tidak pernah kurang walaupun sudah hampir ke pukul 2 pagi. Pagi di situ hidup seolah-olah waktu siang. Malah banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis cenderahati, makanan dan sebagainya.

“Lan pun rindukan Leya. Rindu sangat-sangat tau. Nak ais cream tak ?” Leya mengangguk. Sudah lama dia tidak makan ice cream bersama dengan Idzlan. Idzlan menghulurkan ice cream kepada Leya.

“Bila beli ?”

“Tadi…”

“Tak perasan pun.”

“Memang pun. Semua benda awak tak pernah perasan Aleya Edora.” Leya tertawa. Idzlan menarik tangan Leya menuju ke tepi pantai. Mereka berjalan sepanjang pantai sambil memakan ice cream dan bercerita. Macam-macam cerita yang muncul dari ulas bibir Leya. Dan sebenarnya dia amat merindui Idzlan. Malam ini semua rindu itu terlerai dan dia merasa amat bahagia. Berjalan bersama Idzlan di tepi pantai pada waktu pagi yang dingin sambil memakan ice cream dan sesekali terjerit kecil apabila air menyapa kaki. Suasana di pantai itu masih juga sama, malah orang semakin ramai seoalah-olah pantai itu sedang mengalami siang.

“Korang nak pergi mana hari ni ?” Erra bertanya.

“Nak main bowling, pastu nak tengok wayang.” Lebar senyuman dari bibir Leya.

“Jom kita breakfast dulu.” Erra mengajak.

“Mama Erra mana ?”

“La….mana ada orang kat rumah sayang weh. Ada Kak Mela je. Mama ikut abah outstation. Akak dengan abang kat kolej. Dylia kat asrama.”

“La, jadi kau balik ni bukan sebab rindukan dorang ke ?”

“Esok mama dan abah aku balik. Akak dan abang tu, selalu pula aku jumpa kat KL kan.” Leya tersenyum mendengar kata-kata Erra. Memang Erra agak rapat dengan kakak dan abang kembarnya itu. Mereka selalu juga keluar sama-sama bila berpeluang. Kadang-kadang bila free Leya juga turut ikut sama.

“Erra, Leya, makan.” Kak Mela menjemput mereka makan setelah hidangan sarapan di sediakan.

“Akak, makan sekali.” Erra mengajak, walaupun Kak Mela hanyalah orang gaji dirumahnya tetapi dia tetap hormat kan Kak Mela.

“Tak pe. Akak ada kerja lagi ni.” Erra mengangguk sambil tersenyum.

Tepat jam 10 pagi Idzlan datang menjemput Leya dengan keretanya.

“Jom la masuk dulu.” Erra mempelawa.

“Tak pelah. Lagipun Auntie dengan Uncle tak de kan ?” Erra tersenyum dan mengangguk.

“Abang Lan…jaga kawan Erra baik-baik tau.” Sempat dia mengusik sebelum Leya dan Idzlan masuk ke dalam kereta. Kata-katanya di sambut dengan senyuman oleh pasangan itu.

“Yes…..” Leya menerit keriangan apabila dia berjaya menawaskan Idzlan dalam permainan bowling. Idzlan hanya tersenyum melihat keriangan Leya. Selesai bermain bowling mereka membeli tiket wayang.

“Lan, jom kita melalak nak.” Idzlan tertawa mendengar ajakan Leya. Waktu itu Leya sedang mengunyah pop corn yang dibelinya di panggung wayang tadi. Sebenarnya pop corn tu untuk tengok wayang tapi selamba sahaja Leya memakannya. Memang Leya seperti kanak-kanak ribena hari ini. Kelihatan dia sangat gembira.

Mereka menyanyi 5 buah lagu. Leya, walaupun suaranya sumbang, dia tidak mahu mengalah dengan Idzlan. Selamba sahaja dia menyanyi. Betul-betul dia mahu release tension kali ini. Idzlan hanya tertawa melihat gelagat Leya. Dia juga benar-benar terhibur melihat keletah Leya yang begitu girang dan ceria pada hari ini.

Selesai menyanyi mereka menonton wayang. Cerita apa Idzlan pun tidak tahu sebab dia seleranya dengan Leya dalam bab movie ini kurang sama. Leya lebih suka cerita yang relaks dan komedi. Dia tidak suka cerita yang memerlukan dia berfikir. Dah namanya tengok wayang kan ke nak relaks-relaks dan santai-santai. Kenapa perlu beratan lagi dengan cerita yang memerlukan dia berfikir dan bermain dengan emosi yang menakutkan. Sebolehnya, masuk sahaja ke panggung wayang dia mahu ketawa sepuas-puas hatinya. Tanpa ada orang yang memarahinya walaupun gelaknya kuat dan kurang sopan sebagai seorang perempuan. Kalau kat rumah mau kena sound. Hehe.

Tersenyum meleret Leya setelah keluar dari penggung wayang. Terhibur tentunya dengan cerita yang di tontonnya. Bukan dia sahaja yang ketawa berabis, Idzlan yang pada mulanya tidak berminat pun tergelak-gelak menonton wayang yang dipilihnya.

Leya masuk ke dalam sebuah kedai. Asyik sekali dia membelek selendang yang pelbagai jenis dan warna yang dijual di situ.

“Sayang nak ke ?” Idzlan bertanya. Leya menoleh. Terkejut dia melihat Idzlan di belakangnya.

“Tak lah. Leya tengok je.” Dia tersenyum kemudian terus keluar dari kedai itu. leya memang begitu. Lebih suka window shopping aje. Memang tak luak duit pun kalau keluar dengan dia. Kalau dia berkenan dengan sesuatu pun, dia belek-belek kemudian dengan muka selamba dia keluar dari kedai itu.

“Lan….jon pergi air terjun. Bawa Erra dan Aiman sekali.”

“Bila ?”

“Sekarang, Kita pergi yang tedekat dah la…”

“Tak sempat la sayang. Ni dah petang. Mana ada orang pergi air terjun malam-malam.”

“Kalau macam tu kita lepak pantai, Kita ajak Erra dan Aiman sekali. Kita makan-makan.”

“Aiman dan Erra nak ke ?”

“Alah…dorang nak je tu…” selamba Leya menjawab sambil tangannya sibuk menekan kekunci handphonnya untuk menelefon Erra. Dia bergerak menjauhi Idzlan setelah panggilan diangkat dan berbual seketika. Sebaik selesai dia melemparkan senyuman manis buat Idzlan.

“Amboi…macam bercakap dengan boyfriend pulak kan, jauh-jauh dengan Lan.” Idzlan bersuara seolah-olah jauh hati dengan sikap Leya.

“Olo lo lo…cayang mucuk manja…majuk ea….meh-meh Leya belanja ice cream ye sayang.” kata Leya dan terus berlalu dari situ untuk membeli ice cream buat buah hati tersayang.

Berhati-hati Leya membuka balutan ice cream tersebut dan menyuakan ke mulut Idzlan. Tertawa Idzlan dengan gelagat Leya. Pandai betul dia memujuk. Ingatkan dia cakap je, sekali betul-betul pergi beli ice cream pula.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....