Monday, May 10, 2010

MASIHKAH ADA CINTA - 7

“Hm…mana Erra dengan Aiman…?” Idzlan bertanya. Geram dia dengan Leya. Sebenarnya dia sudah lapar tapi Leya tidak membenarkan dia makan dulu. Mahu makan bersama-sama dengan Aiman dan Erra konon. Makanya kelibat pasangan itu langsung tidak kelihatan di situ.

“Sayang lapar ea?” Leya bertanya.

“Ye sayang.”

“Nah….” Leya menghulurkan coklat kepada Idzlan. Idzlan memandangnya.

“Mana dapat ni ?”

“La….beli lah.” Idzlan tertawa mendengar jawapan Leya. Leya Cuma tersengih sambil tangannya laju membuka coklat dan menyuapkan ke mulut Idzlan.

“Kenapa tak cakap awal-awal, ada makanan.” Leya Cuma tersenyum mendengar omelan Idzlan.

“Leya….Lan sayang Leya sangat-sangat tau.” Idzlan bersuara. Namun tiada balasan. Dia menoleh ke sebelah kanan. Tiada. Leya tiada di sebelahnya. Kemudian menoleh ke sebelah kiri. Pun tiada. Ke belakang…masih sama. Leya tiada. Bila masa Leya hilang dia langsung tidak sedar. Bukan hanya Leya, handbeg Leya pun tiada. Pantas dia mendial nombor telefon Leya. Ada suara perempuan menjawab yang membuatkan dia semakin risau. Mana tak risau, panggilannya masuk ke voice mail. Leya hilang dengan tiba-tiba dan tidak dapat dihubungi. Dia mula cuak.

“Leya….” Idzlan menjerit. Semua orang yang ada di situ memandangnya. Idzlan tidak peduli. Dia perlu mencari Leya sekarang. Dia benar-benar risaukan Leya. Sebab dia terlalu sayangkan Leya. Leya manja. Comel. Baik hati. Kena marah macam mana pun, boleh lagi bersabar dengan kerenahnya. Dan yang paling dia suka, Leya pandai mengambil hatinya. Uminya juga sudah berkenan dengan Leya. Bukan hanya umi, Mimi dan Ika anak buahnya pun sukakan Leya. Bila Leya datang rumah, mereka semua berebut-rebut mahu duduk dekat Leya. Kak Idzla pun senang dengan Leya. Semua ahli keluarganya merestui hubungan dia dan Leya.

“Abang Lan…..hey kenapa ni ?” Erra menepuk bahu Idzlan.

“Leya, Erra…Leya…”

“Kenapa dengan Leya ?” Erra dan Aiman yang baru muncul bertanya.

“Leya hilang ?”

“Ha….hilang ? Macam mana boleh hilang pula ?” Aiman bertanya.

“Tak tahu. Tadi dia duduk sebelah aku. Lepas tu…”

“Lepas tu hilang ?”

“Macam tak logic je cerita abang ni ?” Erra menambah.

“Ye….abang tak bohong Erra. Man, ko kena tolong aku, carikan Leya.”

“Mana kita nak cari ?”

“Hm…er…aduh….bingung aku ni…” Idzlan betul-betul sudah kebingungan memikirkan Leya yang tiba-tiba sahaja hilang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....