Saturday, April 30, 2011

24:7....gula-gula....


ouh...isu ini sedang hangat diperkatakan....most of them tak...ok kalau tak terlampau mungkin leh gunakan word kureng bersetuju dengan mereka-mereka ini....
antaranya :

Please lah. muka K-POP pon tak ada. we have our own identity. Tak payah nak ikut style KOREA. Yang penting, lagu sedap and boleh diterima. Nak ikut ikut style K-POP ni jadah mende lah.(Cik Epal, 2011)

Baguslah buat kumpulan-kumpulan macam Gula-Gula dan 24:7 nie. Tapi carilah identiti sendiri yang kena dengan Malaysia. (abang nara, 2011)

ni di antara nya lah....sebab ramai lagi yang citer pasal mereka...banyak la plak kalau nak cited kan...tapi apa yang buat aku tertarik....

NAPE BENDA NI LEH JADIK CAM NI....(diz is juz my point of view)


we have ou own identity - cik epal
tapi carilah identiti sendiri yang kena dengan Malaysia - abang nara


Kalu aku tanya korang, Apa identiti pelancongan di Malaysia ? imej malaysia yang sebenar-benarnya ? kalu sebut eco tourism...malaysia copy jugak dari negara lain ekceli sebab tengok eco tourism kat negara tu berkembang maju....so di apply di malaysia jugak...

culture and heritage, maybe ? kalaulah betul...mesti Penjara Pudu tu masih dijaga dan gah...tapi sekarang....dah tadek apa yang boleh dibanggakan dengan penjara pudu tu...yang penuh dengan nilai sejarah sendiri...pada yang 'mampu' menilai....Fort Margherita, Kuching pun da ditutup....padahal ada nilai sejarah juga...sebabnya ? no maintenance...

so....apalah identiti pelancongan di Malaysia sebenar-benarnya.....? (PUN...TADEK IDENTITI SENDIRI...MUNGKIN ADA TAPI AKU JE YANG TATAU...KESIAN =( )


ANUGERAH JUARA LAGU HILANGKAN IDENTITI MALAYSIA ni aku kutip dari sini
durilaka.blogspot.com

Apa yang ingin diperkatakan berhubung AJL kali ini ialah tentang persembahan artis yang mengambil bahagian, pada pandangan saya hampir keseluruhan artis berpakaian keterlaluan dan tidak menampakkan identiti Malaysia (Durilaka, 2010)

Media pon sama....hilangkan identiti Malaysia jugak...

dulu masa aku minggu orientasi, selalu wat poco-poco...suka tol aku ngan tarian ni...dan aku salah anggap, ingatkan ni tarian dari Sabah, lepastu kecoh-kecoh plak cakap tarian ni dari Indon...okey...kenapa kena wat tarian ni ? nape tak wat tarian kita yang bermacam jenis tu, inang, zapin, mak yong bagai kan....still...kita copy paste orang punya juga o....huhu

okeylah aku tamo cakap panjang...cuma nak lontarkan pandangan...sebab-sebab terjadinya isu yang sedang hangat ini...mungkin pengaruh persekitaran..tengok sendiri contoh yang aku bagi...aku tak salahkan sesiapa...sebab aku tahu, semua kita adalah manusia yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan...dan adakala kita tak tahu atau tak sedar benda tu adalah kesilapan....sehinggalah ada orang yang melontarkan pandangan, baru kita buka mata, itupun kalau kita tak terlompat katak (sentap) atau marah balik...=p

so...remaja-remaja Malaysia, please lah...tingkatkan jati diri anda...semoga anda tidak tergoyah...kalu rasa jati diri kurang, pergilah kem, training kat mana-mana...sekarang ni training consultant da berlambak...tinggal kita je....aku leh cakap macam-macam yang aku suka....tapi aku tahu sume benda tu tak guna...kalau diri sendiri tiada inisiatif....

Oh...kalau ada tersalah info, terkasar bahasa,...saya pohon maaf...sekadar coretan rasa hati....sekian...=D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....