Monday, June 6, 2011

w7 : satu kisah lucu




ini kisah lucu....nama dan watak dalam cerita ini memanglah hanya rekaan, tetapi memang berlaku dalam kehidupan kita seharian...tak caya....jom baca kisah aku....

aku ada ibu dan ayah. juga seorang kakak dan adik lelaki. cukup lengkap kan ? tapi sayang aku tiada abang. aku teringin mahu ada abang. sebab tu masa sekolah, aku dah start ada abang angkat. lucu kan ? punya kakak yang baik hati, tapi teringin abang yang kacak dan hensem. aku bosan dengan kakak yang selalu membebel itu ini begitu begini...lucu kan ? sebab aku tidak pernah kisah kalau abang angkat aku membebel, sebab bagi aku itu ambil berat. lucu kan ? kalau kakak yang membebel, itu busy body namanya. aku ada life sendiri, aku pandai bawa diri. aku rasa kakak tidak perlu menyibuk tentang hidupku. lucu kan ? padahal aku lagi muda dari kakak aku. aku lagi sedikit pengalaman berbanding dengan kakak yang tuanya 5 tahun dari aku. 

aku punya adik lelaki. tetapi, adikku terlalu ligat, awek sekeliling pinggang. malas aku. lagipun aku tak rapat dengan adik aku. tapi yang lucunya, aku ada adik angkat perempuan yang sebaya dengan adik lelakiku. aku selalu menasihati adik angkatku itu ini begitu begini. lucu kan ? padahal adik lelakiku langsung tidak aku ambil peduli. 

spm aku gempak. aku sangat gembira lalu meraikannya dengan abang angkat dan adik angkatku. lucu kan ? langsung aku tidak raikan kejayaanku dengan keluargaku. yalah, kalau raikan dengan ayah dan ibu, kat mana aje...kat warung ajelah jawabnya. dengan abang angkatku dapat juga aku merasa makan di hotel 5 bintang. kakak tentunya dia gembira dengan aku, tapi aku meluat dengan sikap busy bodynya. adik lelaki aku ? yang ni tak usah cerita, awek sana sini, malas aku menegur dia. lagipun, entah dia tahu entahkan tidak aku dapat result yang bagus. 

aku berjaya menyambung pelajaranku ke ipta. seronoknya aku bukan kepalang. bukan ibu atau ayah yang menemani aku di hari pendaftaranku, tetapi abang angkatku yang tersayang dan seorang temannya. lucu bukan ? sempat aku berkenalan dengan kawan baik abang angkatku. dan kini, dia menjadi kekasih pujaan hatiku. lucu kan ? baru sebulan berkenalan, kami sudah bercinta sakan. rindu-rinduanku mengalahkan rinduku pada ibu, ayah, kakak dan adik. setiap hari bergayut di telefon tidak pernah bosan, tapi bila ibu atau ayah atau kakak yang call, aku tak tahu nak cakap apa. paling-paling pun ibu akan tanya khabar aku. paling lama pun berbual dengan mereka 5 minit. tapi kalau dengan kekasih pujaan hati, 5 hari 5 malam pun tak pe. tak pernah puas, tak pernah bosan, tak pernah kering idea. ada aja cerita kami. lucu kan ? kalau boleh setiap hari aku ingin berjumpa dengan kekasihku....lucukan keinginan aku ? padahal, satu sem aku nak balik ke kampung pun aku cukup berkira. bila cuti sem pun aku hanya pulang menjenguk ibu dan ayah 3 hari. paling lama pun seminggu. selebihnya, akan aku habiskan waktu aku part time di sini....sebab aku tak tahan rindu kalau berpisah lama-lama dengan kekasihku..lucu kan...?

aku semakin sayang dengan kekasih pujaan hatiku. sayangku padanya melebihi sayangku pada diriku. lucukan ? padahal sayang aku pada keluarga pun tidaklah sehebat ini. padahal aku hidup dengan keluargaku sudah 20 tahun. dari kecil sampai sekarang. tapi tak pernah aku rasa sayang dan bahagia seperti aku rasa sekarang. padahal umur percintaan kami baru 5 bulan. lucukan ? 

sewaktu aku susah, kekasihku banyak membantu. sewaktu aku kering duit, kekasih aku sudi menghulur. sewaktu aku mahukan itu mahukan ini...kekasihku sedia mengadakannya. sayangku padanya semakin dalam dengan perhatian yang diberikan. dia tidak pernah menyakiti hatiku dan aku tak pernah terluka tentunya bila bersamanya. aku rasa selamat bila bersamanya. lucukan ? padahal....mama dan ayah lagi banyak berhabis duit untuk aku. aku memang tak pernah sedar itu. macam mana aku nak sedar, kalau permintaan aku jarang dituruti. pakaian aku ? mahal dan cantik...semuanya dari kekasih pujaan hatiku ...bermewah setiap bulan, siapa lagi kalau bukan kekasih ku yang sediakan....harapkan ayah ? itu berangan namanya....gaji ayahku tidaklah sebanyak gaji sang kekasih hatiku.....

satu hari aku berjumpa dengan si dia...siapa lagi kalau bukan si pujaan hati....hari tu hujan lebat, dia nak hantar aku ke kampus tetapi yalah, bahaya drive dalam hujan yang lebat menggila. jadi kami singgah di rumahnya dahulu. aku percayakan dia. lucukan ? aku boleh percayakan dia, duduk dalam rumah berdua-duaan dengan dia dalam hujan lebat begitu di bandar besar yang orang keliling tak pernah ambil peduli jiran sendiri. dan.....malam itu segala-galanya berlaku.................
dan setelah kejadian itu....kejadian yang aneh menimpa diriku....aku tidak datang bulan....aku takut dan panik.....orang yang paling aku ingat tika ini adalah kekasih hatiku...lucukan aku ? aku mengadu kepada kekasih, bukan kepada ibu bapaku....aku segan kalau bercerita dengan ibu dan ayah...lucukan...kalau dengan kekasih tidaklah aku segan. segala-galanya aku ceritakan padanya....kekasih aku memujuk aku. aku berasa tenang. dia bertanggungjawab atas perbuatannya. 
selepas pengaduanku, dia memberitahu aku bahawa dia terpaksa out station beberapa minggu di jakarta, padahal sebelum ini dia tidak pernah out station di sana. tapi aku terima dengan senang hati apabila dia berjanji membawa pulang hadiah yang menarik untuk aku. lama ku tunggu dia menghubungiku....rinduku sudah tidak tertahan...namun hampa...aku tetap meneruskan hidup, dengan perasaan rindu yang menggunung....seminggu...sebulan......dan.....akhirnya, perutku membulat, sudah tidak mampu aku sorokkan lagi.....dan si kekasih hati yang disanjungi tiadalah dapat dikesan lagi....akhirnya....aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung...lucukan? sudah terjadi begini baru ku ingat akan kampungku. ibu dan ayahku. juga kakak dan adik lelakiku...air mataku menitis laju...

dan....yang paling lucu.....aku tiba di kampung pada pukul 3 pagi...ku ketuk pintu rumah, yang membukanya, ibuku...dia memeluk aku erat...dia terkejut melihat keadaanku..sarat mengandung...dia bertanya apa yang terjadi...aku menangis teresak-esak...takut mahu bererita....dan aku bertanya, kemana ayah ? kata ibuku, ayah belum pulang dari kerja. dia selalu membuat overtime, sebab sejak akhir-akhir ini, semenjak kekasihku hilang tanpa berita, aku selalu meminta duit dari ayahku....patutlah, bila aku minta duit, senang aje ayah memberikan...tidak seperti dulu, aku terpaksa meminta beberapa kali barulah diberikan itupun tidaklah pernah cukup....

lucukan.....di saat aku memerlukan sokongan.....orang yang paling aku sayang, aku puja, aku sanjung...menghilangkan diri...katanya mahu bertanggungjawab...tapi.....dan...hanya keluarga aku, yang mahu menerima ku lagi......walaupun aku sudah begini....lucukan ??????

6 comments:

rel='nofollow'>hamzah ian said...

alahai...

rel='nofollow'>ziera said...

something negative yang terpaksa dipositifkan...

Lucu kan???
tak... ia sangat mengecewakan... hmm~~~

salam perkenalan dari saya...
keep writing for next topic plak ye.. ^_^

rel='nofollow'>surianisiti said...

lucukan? err.. sedih dah ni..erm.

rel='nofollow'>Faziera193 said...

ni lah namanya pengajaran hidup.. kita takkan sedar selagi tidak membuat kesilapan.. lucu kan? hihi

nice entry btw~ ^___^

rel='nofollow'>Dayini said...

cerita bet0l ?___?

rel='nofollow'>nini said...

dayini : kisah yang pernah berlaku dalam dunia kita sehari2...kan...? =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....