Monday, January 9, 2012

seronoknya berhutang.....sakitnya nak membayar.....=(

L        : Nini, aku tadek duit a nak bayar hutang ko.
Aku    : Bila masa lak ko hutang aku ni.
L        : Ada...dah lama dah.  Aku gadai barang boleh tak ?
Aku    : Amboi...sampai gadai barang....berapa RM ko hutang
            dengan aku ?
L        : RM 20.
Aku    : Lah...RM 20 je...tak pe la.  Kalau tak de duit tayah la 
            bayar lagi.  Kawan-kawan aku selamba je pinjam duit 
            aku RM 150 diam-diam je sampai sekarang. 


---------------------------------------------------------------------------

tu kisahnya.....ada orang pinjam seposen pun dia sanggup cari orang tu semata-mata nak bayar hutang yang dia pinjam....kalau da namanya hutang tu, seposen ke dua posen ke tetap kena bayar okey.....


tapi ada orang dah hutang ribu riban diam-diam je.....bukan niat nak mengungkit, sekadar tersentuh dengan L sebab dia hutang sikit pun dah sibuk-sibuk nak bayar....tak sedap hati katanya berhutang dengan orang....


ye lah,  kalau ada duit banyak, lepas tu tak bayar hutang sebab sayang duit sendiri...aish, lupa ke....ada duit orang dengan kita.....


ni yang aku copy paste...
Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :
    i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
    ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.
    iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
    iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.
Sabda Rasul S.A.W.
  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)
 Sabda Rasul S.A.W.
  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
  (Riwayat Baihaqi)
Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

Oklah nak stop kat sini dulu....
erk....hutang ptptn pun belum bayar ni......=(

7 comments:

rel='nofollow'>Unknown said...

hehehe tula.. samala ni hutang PTPTN blm habis bayo lg.. hehehe

rel='nofollow'>fizafantagiro said...

HEHE .. teringat kt kawan sy masa sekolah dulu .. dia slalu sebut pepatah dia ni . "Hutang patut dituntut walaupun org tak mahu bayar !"

rel='nofollow'>Arra Ahmad said...

hutang wajib kena bayar..:)
jom join segmen di blog Arra, :)

Anonymous said...

setakat ni 3 sem selamat x ambk ptptn :) .. x pe bayar sikit2 nnti hbs la kn heheh .....

rel='nofollow'>biela bell said...

betul tu..rasa mcm tak tenteram je hidup klu berhutang..hoho..

Anonymous said...

memang ada manusia tu buat-buat lupa hutang dan ada yang terlalu kisah dia ada hutang dengan orang, itu semua sifat manusi..berbeza-beza..

rel='nofollow'>hamzah ian said...

tu lah pasal. ada kawan hutang aku ratus2 buat bodo je tak bayar.

dlm hati hari2 ngumpat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....