Friday, May 17, 2013

5 kosmetik mengandungi racun berjadual

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt...


aku suka baca testimoni produk....ada yang best buat aku terliur....ada yang tak best langsung.....

yang bestnya.....SF BEAUTY.....siyes memang kulit muka pengguna ni, at first memang tak cantik.....dia tunjuk gambar...aku siap terdetik dalam hati lagi.....hehehe...

lepas tu dia tunjuk plak gambar selepas dia pakai SF BEAUTY...weh...sangat cantik ok...putih, bersih, mulus....eiiii geram......miawww.....

feedback dari pengguna SF BEAUTY pun, ramai yang cakap produk ni sangat bagus dan berkesan....nak jugak try, tapi tak mampu aih....mahai....hehehehe.....

and.....today.....ada sorang kawan mesej aku kat fb...habaq SF BEAUTY ni ada racun berjadual atau merkuri.....oh oh oh....

terkejut la jugak....sebab produk ni ada kelulusan KKM okeyh...so memang sangat confident kalau nak pakai...but then bila jadi cam ni....rasa sangat.....scary.....

aku ada terbaca dalam blog komen pengguna SF ni...cam marah lah dengan KKM, yelah at first diluluskan, lepas tu tetiba tarik balik kelulusan ni....muka tu weh, risau gak....jadi paper karang...aish...

jawapan penulis tu, 

 * sesetngah pihak atau pengusaha telah mencampurkan bahan terlarang di dalam produk mereka selepas mendapat kelulusan kkm. malah ada juga yang memberi sample yang mengandungi herba tetapi adalah sebaliknya.

* bahagian kkm akan menjalankan lab test sekali lagi apabila mendapat aduan dari pengguna bagi produk3 yang terdapat di pasaran.


5 kosmetik mengandungi racun berjadual

KUALA LUMPUR 15 Mei - Kementerian Kesihatan berjaya mengesan lima produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual iaitu betamethasone dan logam merkuri yang tidak dibenarkan dijual di Malaysia.
Antara produk tersebut ialah Cellnex Anti Sensitive Essence Treatment keluaran Europe Cosmeceutical Industries Sdn. Bhd. yang mengandungi betamethasone manakala Natural 99 Night Cream dan Natural 99 Day Cream masing-masing keluaran Auraqu Enterprise dikesan terdapat logam merkuri.
Dua lagi produk keluaran SF Infinity Resources, SF Beauty Night Cream (Facial) dan SF Beauty Day Cream (Facial) turut dikesan mengandungi racun berjadual merkuri.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasinya, Datuk Eisah A. Rahman berkata, betamethasone adalah sejenis kortikosteriod yang biasanya digunakan dalam rawatan masalah kulit seperti ekzema, serborrhoeic dermatitis, psoriasis dan alahan kulit.
Jelasnya, penggunaan jangka panjang bahan ini tanpa pengawasan boleh mengakibatkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, kesan rekahan, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko diserap masuk dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
"Produk kosmetik yang dicampur dengan logam merkuri bagi tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan pula adalah tidak dibenarkan kerana boleh mengakibatkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf, selain mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang terdedah dengan bahan ini.
"Justeru, pengguna dinasihat untuk mengelak daripada mengguna dan membeli produk-produk yang mengandungi racun berjadual berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Eisah, pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah dinasihat dan diarah untuk memberhentikan penjualan dan pembekalan dengan serta-merta serta menarik balik produk dalam tempoh 72 jam.
"Syarikat yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000.
"Penjual juga diingatkan, pemilikan produk-produk ini juga boleh disabit kesalahan di bawah peraturan sama yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.


nampaknya......lepas ni kena MORE CAREFUL....
SAFI jugalah yang okey....eh eh....
*tetiba

4 comments:

rel='nofollow'>CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Bahaya juga nini... tiba2 muka yg halus mulus itu menggerutu... scary ????

rel='nofollow'>nuyui a.k.a miss YUI said...

guna safi je stkt ni..hihi

rel='nofollow'>Ikhmal Malique said...

hati hati la nak guna produk kosmetik zaman la ni. macam macam depa campur.

rel='nofollow'>Engku Muzahadin said...

Pakai je la safi, selamat dan suci.. Promote sikit, haha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....