Monday, June 24, 2013

jerebu boleh menyebabkan haid tak teratur...

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt....


semua dok kecoh pasai jerebu...
sampai kat kedai kami pon dok kecoh pasai jerebu je...

wana : apa kena mengena jerebu ni dengan kesihatan kita ?
amer : boleh sakit la....
wana : kalau sakit kepala ?
amer : ye jugak tu....
wana : patutlah wana sakit kepala...jerebu rupanya (tetiba je cakap dia sakit kepala...haha)
amer : selain tu, jerebu boleh menyebabkan haid tak teratur.....


kami yang dok dengar perbualan depa ni terus bantai gelak....kat mana ntah si amer tu blaja jerebu boleh sebabkan haid tak teratur....


so...pada sesiapa yang mungkin belum tau pasai jerebu...ni ada sikit info...
copy dari wall UiTM PUNCAK ALAM...

UiTM Puncak Alam
Kadar jerebu semakin di tahap yang membimbangkan. Disini ngin kongsikan sedikit sebanyak kesan jerebu terhadap kesihatan kita.
IMPLIKASI KESIHATAN
Kesan jangka pendek yang ketara ialah implikasi kesihatan.Jerebu mengandungi gas-gas yang merbahaya seperti nitrogen dioksida,sulfur dioksida,dan karbon dioksida.
Gas-gas ini dan zarah terampai akan memasuki badan kita melalui pernafasan.Situasi ini akan menyebabkan mangsa diserang penyakit lelah,asma,sakit tekak, selesema,pedih mata,bronkitis dan sebagainya.
Dalam kes yang lebih teruk,bendasing akan merosakkan tisu paru-paru,menghalang fungsi sel hemoglobin,dan seterusnya merosakkan sistem pernafasan.
Selain itu,bahan-bahan seperti plumbum boleh menyebabkan kromosom mengalami mutasi.
Di samping itu,zarah pencemar boleh menjejaskan kecerdasan otak terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar.
Bahan hidrokarbon yang dibawa oleh jerebu boleh mencetuskan KANSER dan menyebabkan kerosakan otak.
Diharap semua warga kampus dapat menjaga kesihatan dengan baik, pakai mask sekiranya berada diluar.

6 comments:

rel='nofollow'>Melusuri Hidup said...

thanks share info yg berguna nih . bkn setakat sakit tekak , batuk ,rupanya byk lagi effecnya ...

rel='nofollow'>aniswany lazim said...

sampai ke haid xteratur ye effect jerebu nih..haha

#now tgh sakit tekak even penang nih sikit je jerebu -.-

rel='nofollow'>dear xila said...

ipoh masih jelebu uhulkkkkk

rel='nofollow'>Invisible Me said...

Teruk jugak effet jerebu nii..

Mencari Sponsor

rel='nofollow'>Amalina Lee said...

Terima kasih for share this! Huhu hope jerebu xda lg :(

rel='nofollow'>Mimie Najib said...

haid tak teratur?? lain dari lain penyakitnya tu..hehe
apa2 pun, tengkiu for info.. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....