Thursday, July 20, 2017

Hadiah syok sendiri

Assalamualaikum wbt

Hadiah paling best bila kita dapat apa yang kita suka...kan kan =)

Saya pernah bagi hadiah syok sendiri pada seorang sepupu lelaki...masa tu sepupu saya 10 tahun. Hadiah besday dia saya bagi buku...konon kononnya nak menggalakkan dia membaca...gituuuuu kan...masa terima hadiah tu saya nampak dia biasa biaaa je...tak de feeling sebabnya saya bagi buku dan dia tak minat pun buku...hahaha...

Tak seronok kan bila kita bagi hadiah tapi orang tak teruja. So lain kali jangan bagi hadiah yang kita nak bagi, tapi bagilah sesuatu yang penerima tu suka =)

Bulan ni besday abang, actually saya lupa tarikhnya...saya cuma ingat bulan ni ajer. Saya nak belikan dia hadiah, tapi saya pun tak tau abang suka apa. Tak nak lah beli hadiah syok sendiri lagi. Tak best. Haha..

So saya decide untuk beli coklat. Buat macam chocolate box atau bouquet chocolate

Pic from google =) kenyang kalau dapat macam ni...tapi bukan senang nak jumpa abang, saya kena pos. Nak pos macam ni kena cari kotak pulak...hihi. .

Last last saya beli coklat dan pensil case. Letak coklat dalam pensil case. Penuh..hihi..coklat habis dan abang boleh gunakan pensil case tu nak letak alat tulis dia.

Laju jer pos laju buat kerja, hari ni pos esok sampai. Resultnya...abang happy dengan suprise saya. Hihi. Walaupun simple and tak mahal mana, tapi apa yang saya bagi makanan yang dia suka. So saya tak syok sendiri la...haha

Oh yer...bouqet choclate boleh buat sendiri jer tau...lagi jimat banyak dan cara nak buat pun sangat lah mudah.


Ni again pic dari google dan cara penuh boleh tengok di sini =)

Diy chocolat bouquet


Oh yer saya lupa...hadiah apa lagi yang sesuai untuk kanak kanak lelaki berumur 10 tahun yer ?? Any idea...?

17 comments:

rel='nofollow'>Anum said...

selamat pagi
singgah pagi :)
x pe asalkan happy

rel='nofollow'>Cik Lily Putih said...

kemain lagi tajuk ek... kelako

rel='nofollow'>dorsett pink said...

Awk. Bagi toys utk kanak2 lelaki ok. Diaorang suka. Mcm toys kereta ke, spiderman ke, atau apa2 toys yg sesuai utk lelaki. Beli kasut atau cap pun ok gak

rel='nofollow'>noor azlan said...

Siapakah abang itu? Hihi... Kalau kreatif buat sendiri hadiah memang jimat dan yang paling penting, berkat usaha gigih menyiapkan hadiah tu wajar dipuji...

rel='nofollow'>cahayahidupku.blogspot.my said...

Coklat semua org suka nini..
Betul tu kenyang perut dan kotak pensil boleh guna..

Kalau anak2 lelaki 4 tahun..
Mrk suka mainan..
Kalau akak selalu beli set main askar tu atau pun lego.

rel='nofollow'>Mimie said...

Sy tak kreatif..kalo mcm nih sy tempah je..hahaha

rel='nofollow'>saniahibrahim said...

Kalau 10thn rasanya diorang tak nak lagi hadiah mainan...kalau coklat tu ok juga kot atau belanja mkn makanan segera.

rel='nofollow'>Cici said...

good idea. boleh buat sendiri kan. esok birthday husband, so tengah pikir apa nak bagi hehehe.

rel='nofollow'>Hsna Rahman said...

alaaa igt nak tak ingat box chocolate tu.. hihi
tapi betul la tu jangan bg hadiah syok sendirik...nanti kita plak yg sedih tgk reaction dia..cam tak appreciate je... hahha

rel='nofollow'>Aryan azra said...

betullah tu kalau nak bagi hadiah kena bagi apa yang orang tu suka, bukan apa yang kita suka kan. kena fikir juga ni hadiah apa yang nak diberi nanti pada hero saya yang berdua tu. kalau untuk yang perempuan macam mudah sikit

rel='nofollow'>Miza Talib said...

Nak bagi hadiah klu hadiah yang kita bagi orang tak suka pun tak best jugak. Belanja makan jew ok tak

rel='nofollow'>Azlinda said...

Knk2 10thn sy prefer bg bju je hihi

rel='nofollow'>Ainniah Zulkefli said...

Trend sekarang memang orang selalu bagi chocolate bouquet ni as hadiah surprise. Perut kenyang, hati senang hati. Haha

rel='nofollow'>Ciktie said...

Cantik !!

rel='nofollow'>mamapp said...

Coklat confirm semua org suka tak Kira Umur. Hmm.. kalau Umur 9 tahun mcm Syafi dia suka Sgt dgn Lego Minecraft. Tapi kena tgk juga kecebderungan Abang Tu suka apa

rel='nofollow'>Nor Azimah Ali said...

Hrmmm...budak lelaki 10 tahun ek? Jam tangan kot, kalo blm ada jam tangan la..
Belanja makan pun ok juga.
Akk kalo besday ank2 selalu masak makanan yg dorang suka jr, tak biasakan dgn hadiah.
Yelah, ikut la kebiasaan masing2.

rel='nofollow'>nohas said...

coklat hadiah yg selamat...semua orang suka coklat, esp bila buat bouquet..akk pun suka, nk hadiahh..hehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....