Monday, July 17, 2017

Simple game

Assalamualaikum wbt...

Kisahnya...si yaya ni suka betul main sudu. Bukannya pandai pun ambil makanan guna sudu...hihi...

So saya preprare permainan untuk main guna sudu...

Bahan dia simple jer,
Dua buah bekas
Sudu
Cotton ball (boleh gantikan dengan benda lain yang sesuai macam lego atau getah rambut yang kecil dll)

Ni bukan setakat bahan yang diperlukan je ada...yang tak perlu pun ada...haha..



Caranya simple jer..letak cotton ball dalam satu bekas dan minta yaya alihkan ke cotton ball ke dalam satu lagi bekas yang kosong menggunakan sudu. 

Of course bukan sesuatu yang senang pada dia. Pegang sudu pun tak betul lagi. 

Bila tengok orang bercerita tentang permainan ni macam best aje....anak akan ralit main dan happy jer...game ni juga dapat meningkatkan kemahiran motor si anak...hakikat dia...saya rasa game ni menguji kesabaran saya...hahaha...sebab saya ni bukanlah seorang yang penyabar...haih...

Finally saya ambil tangan yaya dan alihkan cotton ball tu sampai habis. Baru la nampak dia gelak. Kalau tak dia macam tak happy jer...ya, dia tak happy sebab dia tak boleh buat. Dan fokus dia sekejap jer...kata pun budak budak kan...hahaha


Fokus yang hilang
Dah main benda lain...


Main ni sekejap jer, lepas tu main benda lain. Petang tu, yaya ajak saya main lagi. Finally dia berjaya alihkan cotton buds...sekali dua cotton buds dalam sudu....suka betul dia bila boleh buat. 

Nak bagi susah sikit...guna bekas tinggi dan rendah. Bila nak alihkan dari bekas rendah ke bekas tinggi dia kena control cara pegang sudu. Kalau sudu tersenget sikit pun cotton ball boleh jatuh.

Nak main tak semestinya yang mahal kan...yang penting kreatif =)

Jom share game korang dengan anak anak =)

13 comments:

rel='nofollow'>Anisa Anuar said...

cotton ball tu tak masuk mulut ke nnt?

rel='nofollow'>Siti Yang Menaip said...

bagus aktiviti kinestetik cemni.. latih pergerakan motor anak2..

rel='nofollow'>nini said...

Game macam ni kena main sama sama...I mean kena pantau tengok...cotton ball ni yaya tak masukkan dlm mulut pulak...tapi playdoh dia nak masukkan dlm mulut ..haish...hahaha...

rel='nofollow'>saniahibrahim said...

Wah terbaik lah nini mendidik anak ,guna kan game spt ini dpt membantu sel2 otak si kecil berhubung.
Kena bersabar dengan keletah si kecil yang cepat bosan.

rel='nofollow'>Lea Azleeya said...

Pengikut yang ke-700.. Singgah sini n follow.. :)

rel='nofollow'>Ana Suhana said...

Tak terpikir nak buat mcm ni dulu. Boleh apply akan dtg ni.

rel='nofollow'>Miss Mirror a.k.a Sam said...

Ha'ah.. permainan tak semestinya yg mahal2. Kita ibu kena kreatif.

rel='nofollow'>shalin shazira said...

Menariknya. Hahahah, ni boleh jadi modal kalau main ngan adik sepupu ni.

rel='nofollow'>Nur said...

Bagus. Boleh dia belajar cara nak makan. Masa zaman anak-anak saya kecik dulu, saya bagi je dia orang feed diri sendiri masa makan. Sudu, garfu dan mangkuk baby ler. Tapi sabor banyak-banyak la, bila makanan lagi banyak jatuh atas lantai banding dalam mulut dia. :D

rel='nofollow'>noor azlan said...

sama macam anak saya, suka main sudu, periuk dan seumpamanya...

rel='nofollow'>I am LZ said...

Bijak si Yaya ni..
Ralit main sudu, hehehe
Bagus nini create game camtu..

rel='nofollow'>mamapp said...

Bagusnya game ni elok utk perkembangan skills motor

rel='nofollow'>Cici said...

wah bagus jugak idea ni. cotton ball pun memang ada kt rumah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....