Saturday, July 29, 2017

Tips bayi cepat bercakap

Assalamualaikum wbt..

Seronokkan dapat sembang ngan anak sendiri walaupun masih kecil...haha...
Acah acah dia dah besar...
Ok wat...haha...

Sebenarnya memang pun kalau nak anak cepat bercakap, kita boleh memberi rangsangan kepada dia =)

Sebenarnya sejak usia 23 minggu dalam kandungan, janin dah boleh mendengar. Baby yang baru lahir kenal suara ibu yang selalu "bersembang" dengan dia masa dalam kandungan.

Alah sambil sambil gosok perut cakaplah korang nak buat apa,
Adik, umi nak pergi kerja ni.
Adik, umi nak makan ni.
Adik, behave ya..
Adik, nanti adik lahir adik tidur malam tau...umi nak pergi kerja...

Dan macam-macam pesanan yang korang boleh bagi....haha..

Selain tu jangan lupa mengaji yer....supaya baby terbiasa mendengar suara uolls =)

Alamakkkk.....baby dah keluar acane ...tak sempat nak sembang dengan baby masa dia dalam perut....

Tak pe...sekarang pun boleh mula...

Start bersembang dengan baby u olls...
Nak sembang apa ? Eh, macam macam boleh...haha...

Nak tukar pampers tu, bagitau la dia...
Adik, ummi nak tukar pampers ni...
Adik, nak pakai baju...baju adik warna biru, ada bear....bear besar...bla.bla.bla
Adik, kita nak mandi, gosok sabun, wahh ada buih...bla bla bla...

Simple kan ? Bercerita sambil siapkan dia. Hasilnya...nanti bila dia dah biasa macam tu, kalau uolls siapkan dia dalam keadaan sunyi sepi je mungkin dia akan nangis sebab dia bosan kot...hahaha

Uolls boleh bacakan baby dengan buku
Kalau ada duit lebih, boleh belikan baby softbook...sebab dia boleh buat apa sahaja dengan softbook tu...paling penting parents tak perlu risau buku tu koyak sebab softbook kan diperbuat daripada kain =)

Baca dan bercakap dengan intonasi, nada dan eksperesi muka yang sesuai 
Walaupun belum faham, tapi baby amat sensetif dengan emosi dan nada suara kita. Lenggok suara dan pelbagai bunyi-bunyian mampu menarik minat mereka.

Contohnya bunyi harimau mengaum dengan bunyi kucing mengiau tak sama...kucing meow meow lebih manja  berbanding harimau mengaum....

Aummm...makan adik..

Lebih garang dengan wajah yang agak bengis....hihi


Kurangkan penggunaan gajet
Saya tak nafikan gajet sangat membantu untuk anak behave...haha..even saya sendiri pun kadang-kadang terpaksa redha dan pasrah bagi yaya tengok didi. Tapi.....
Jangan bagi terlampau lama atau kurangkan waktu dia bersama gajet.

Atau....korang tengok gajet dengan dia. Sambil tengok, bersembang lah dengan dia...

Didi pakai baju warna biru
Didi melompat
Wahhhh cantiknya rumah didi

Dan banyak lagi lah =)

Selain tu..ada doa yang boleh diamalkan supaya anak mudah bercakap


قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

 surah Toha, ayat 25 - 28. Bacakan ayat ini sebanyak 7 kali sebelum anak tertidur, lalu hembuskan ke mulut anak. 

Kunci kejayaan ialah...mak ayah kenalah rajin amalkan ayat ayat ini dan selalu merangsang anak supaya cepat bercakap =) 


Oh yer, kalau ada petua lain boleh la share yer =) 


5 comments:

rel='nofollow'>mamapp said...

Mama mmg setuju, sedari Dalam perut Kita dah boleh mula berbirak dengan baby. Hungary dia lahir sentiasa terangkan APA yg Kita lalukan Dan apap2 saja topic boleh cakap. Kalau Ada sepupu atau budak2 lain yg dh boleh bercakap suruh budak2 main2 dgn anak kita

rel='nofollow'>I am LZ said...

Betul cara nini kena rajin bersembang masa baby dalam perut..
Bila lahir teruskan berkomunikasi anggap baby faham apa yg kita cakap..

Pendapat LZ bab gadget sebenarnya elok tapi kena pantau closely dan ibubapa control apa anak2 tgk.. Pastikan tak keterlaluan, ada tempoh masa & unsur2 pelajaran serta sedikit hiburan.. hihihi 😊

rel='nofollow'>Mimie said...

Memg suka borak dengan baby. Yg pntg bila bcakap dgn baby jgn ckp pelat. Cakap seperti kuta bcakap dgn kawan kawan...

rel='nofollow'>Cikla Shahril said...

Betul tu cikla pun tak nafikan yg gajet sgt membantu. Tp itulah, semuanya perlu dikawal kan.. By the way, good sharing Nini...

rel='nofollow'>Ainniah Zulkefli said...

saya anak dah tiga. masa mengandung yang first, memang suka sembang dengan baby. jadi dia cakap lancar setahun lebih macam tu. adik kedua dia plak, mungkin dari dalam perut dah biasa dengar along dia cakap macam2, so 11bulan dah cakap, setahun dah buat ayat tanpa pelat. saya sendiri terkejut.yang ketiga ni paling lambat. dah setahun 10 bulan masih pelat. agaknya konfius dengar banyak sangat suara ke? haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....