Saturday, May 21, 2011

MAHARAJA LAWAK Minggu 8






mesti ramai dah tengok maharaja lawak minggu lapan kan. aku yang tido awal malam tadi, tetiba tak leh tido, boleh plak bangun p tengok maharaja lawak ni. baiklah. dan sekarang rasa sangat mengantuk, sebab dari tadi lom qadar tidur. dah la bangun awal. huhu.

aku tamo upload suma, sebab aku taw, ramai dah tengok kat you tube. bloggers lain pun dah ramai yang upload kat blog masing-masing. aku nak upload r2 je, sebab aku tetiba cam suka ngan r2. ye ye, aku memang suka jozan, tapi kali ni, r2 ni mampu wat aku gelak gak. kiranya minggu ni yang wat aku gelak tertahan2 sebab pepagi buta aku dok tengok benda alah ni jozan n r2. n yang wat aku dok ulang dua tiga kali, r2. hehe...sebab aku rasa cam bengang gile je ngan orang gile tuh. pergh menjadi la plak dia kenakan orang...hahaha, sampai ngan aku ni sakit ati ngan dia. haha...

r2 ni diundi masukkan. u all mesti tahu pasal tu kan. dia gagal, dan dia tampil kembali, dan dia tidak tampil dengan kegagalan tapi dia tampil dengan kejayaan. tamo puji lelebih, sebab aku rasa suka ngan r2. apa yang aku nak sampaikan....kadang2 kegagalan kita akan menghasilkan kejayaan yang lebih besar dan lebih hebat daripada orang lain. 

ada orang takut pada kegagalan. kegagalan tu bukan bermakna masa depan kita dah gelap. tak. kegagalan tu bermakna bermulanya langkah kita untuk sebuah kejayaan. sebab... bila kita gagal, banyak yang kita belajar sebenarnya. jatuh bangun itu benda biasa untuk menuju puncak. sama macam masa kita pandai berjalan. tadeknya keluar perut mak, terus leh berlari, panjat pokok, panjat gunung pacak bendera malaysia. tak. kita bermula dengan meniarap, merangkak, belajar berjalan...kadang2 jatuh, terhantuk, pastu kita nangis sebab sakit, tapi kita bangun balik, nak jugak jalan. kalau masa mula-mula kita langkah perlahan, tapi bila dah terer, langkahan semakin laju dan boleh berlari. pastu dah berani angkat kaki sebelah. angkat kedua belah kaki pun berani. kita melompat setinggi yang termampu. kadang-kadang jatuh tergolek. tapi waktu tu kita seolah tak pernah kenal erti putus asa.

bagusnya sikap tu. sikap yang tak kenal erti putus asa. tak takut pada kegagalan. berani gagal. tapi hari ni, kita kurang ada sikap tu. seeloknya, buanglah jauh-jauh takut gagal. beranikan diri untuk gagal, sebab...kegagalan itu merupakan pintu kepada sebuah kejayaan. 

kadang-kadang kita terlalu memikirkan kegagalan, padahal kejayaan  itu lebih indah untuk difikirkan dan dibayangkan. =D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....