Saturday, May 21, 2011

dilema seorang pelajar final sem

Aku paling malas nak jumpa orang masa final sem. Sebabnya....mereka ini sangatlah mengambil berat tentang diriku....aku pun tak sure, ambil beratkah atau bz bodykah, tapi aku cuba untuk fikir positif...wah gitu kan...Aku tak kisah nak jumpa saudara mara, tapi aku rasa cam lemah je kalo depa dok tanya...lepas ni kakak nak kerja pe ? haiyooop....soalan paling aku benci di abad ini. Bukan pe, aku bukan tadek cita-cita. Ada...karang kalau aku cerita apa yang aku nak karang, cakap aku berlagak. Tapon cakap aku berangan. Ok ok...korang nak taw gak ke ? Ok aku citer...p jangan cakap aku berlagak, sebab memang aku taw angan-angan dan cita-cita aku ni besar....

Nak kerja pe ? Ekceli, aku sangatlah minat dalam bidang training and development. Best gilew kalu aku dapat jadi macam HM Tuah Iskandar ataupun Dato Fadzilah Kamsah. Siyes aku sangat suka. Sebab seronok jual air liur...erk...masyuk banyak...wah gitu kan. Mata duitan rupanya. Takdela mata duitan sangat, tapi memang aku minat benda-benda ni. Masuk hutan keluar hutan, buli bebudak  masa kat kem, pastu teriak-teriak, buat dorang benci, pastu wat dorang nangis masa tym recall....banyaklah yang berkaitan dengan kem. Memang dari kecik, aku suka pergi kem. Paling tak leh blah, aku suka bercakap. Dan aku tak boleh pegang mike, kalau aku pegang benda alah tu, wah dah panjang lebar plak ceramah aku, kalah penceramah jemputan. Baiklah. 

Pastu...bila dah agak-agak kaya, aku nak pakai kereta Ferrari. Tapon Lancer pun ok. Ok ok...aku sokong buatan Malaysia, proton inspira pun kira okeylah kan. =P




Rumah ? Ni tayah tanya banyak, nanti korang pening kepala, aku nak rumah bentuk cake. Ada lilin tiga batang macam menara. Rumah tu bentuk bulat, ye lah kata kek. Tiga tingkat, ada lif. 

Tu semua anganan aku...nak dengar ke ? Kalau aku cite benda ni semua kat sape-sape yang tanya aku, aku tataw la apa yang depa cakap kat aku dalam hati. Ntah mengutuk, ntah puji. Tu yang aku malas. Sebab aku pun sometimes tak yakin dengan benda-benda ni, saje je, nak berangan-angan kejap. 

So, bila depa dok tanya aku nak kerja apa....aku akan jawab dengan penuh selamba tanpa rasa bersalah...

Nak berniaga kat pasar malam. Dan...dorang akan tercengang-cengang, mesti tanya...ko belajar tinggi2 nak berniaga pasar malam je ? Aku jawab, haah. Boleh kaya. Dorang akan jawab, kalau ko nak berniaga pasar malam baik ko tayah belajar tinggi-tinggi. 

Hahahahahaha.........memang aku sengaja jawab cam tu, sebab aku malas nak jawab soalan-soalan tu semua. Sekarang ni kerja payah. Aku tak memilih. Tak kisah pun kerja pe. Gaji sikit pun tak pe lah, sebab aku sedar aku tadek experience. Kebanyakan kerja pun nak tengok experience, but me..zero experience...so how? Aku terima seadanya. So tayah tanya aku, nak kerja apa, nak pakai kereta apa, nak beli rumah bila...n paling best kalo tanya nak kawin bila, aku akan jawab...esok....esok...dan esok...sampailah hari yang aku betul2 kawen...=D

4 comments:

matsen said...

wah...tggi angan2...make it become reality

nini said...

matsen : hehehe...insyaAllah....=D

FasiHaH SupiaN said...

owh hooo sweet nya ngan-angan.....................haha siap nak ada bentuk lilin bagai, make sure u find the right architect dear ;)

nini said...

FS : =D kalau jadi kenyataan best kan =P berangan lagi....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....