pelajaran tu penting....sebab tu mak anta ko p sekolah...ko belajar rajin2 ye...tu pesan mak kita masa kita sekolah2 zaman kecik2...ye dak...? zaman dah besar ni pon, sama jugak kisahnya. kalau upsr, nak kita 5A, kalau pmr nak kita 8A, tapon 9A, kalau SPM, lagi banyak A lagi bagus....tensen tak ? sebagai anak yang tak pandai...mesti tensen kan...haha...kalau yang dah pandai tu tayah cakap...goyang kaki je, petik jari je, tengok tv setiap hari pun, layan komik setiap jam pun, still dapat score...tapi kita...yang tak berapa pandai ni..?
dengar je la mak leter...along, p blaja....sok nak exam...along tutup tv tu, p belajar, along...dah siapkan homework belum....? along itu ini begitu begini....cuti sekolah ni mak, kena belajar jugak ke ? ye la long, mak nak harapkan sape lagi...kamulah harapan mak, along...adoi sedeynya dengar mak cakap cam tuh...bukan along tak belajar mak, dah belajar mak.....orang lain dok dating dengan pakwe, along ni dok dating dengan buku je mak...dok ngadap buku je mak, tapi otak along tak leh terima mak....nak wat camana mak....erm..
kesian kan...zaman sekarang orang dok kejar pelajaran...kalo kita gagal, kurang berjaya, mak kita kecewa. orang sekeliling dok ngata itu ini begitu begini..ek eleh, sebok nak kata orang...bagus kalo ko tu doktor, bisnesman yang berjaya, pilot, makanya ko pun kerja kat mydin je...gaji biasa2 je...tapi dok sibuk nak mengata aku itu ini begitu begini...yelah, adik ko dapat masuk u....pandai...tapi engko ? engko dok sibuk dok ngata aku itu ini....huh
terdetik nak tulis entry ni, bila terdengar satu kata-kata....dia tu tak pandai..dah gagal....erm...ye mungkin dia gagal dalam pelajaran...tapi tak semestinya dia tak leh berjaya....banyak lagi benda yang dia boleh buat...mungkin dia boleh berjaya sebagai seorang ibu untuk anak-anaknya, walaupun dia tak berjaya dalam pelajaran....dia tak bekerjaya, tapi disebabkan itulah dia jadi suri rumah sepenuh masa, menjaga dan mendidik anak-anaknya sehingga berjaya....
atau mungkin dia boleh berjaya sebagai usahawan, kita tak taw...tak semestinya belajar tinggi-tinggi boleh berjaya dalam hidup...berapa ramai pelajar lepasan u yang tak kerja, keluar dengan bebanan hutang yang mengekori...tapi dia yang dulunya gagal dalam pelajaran, bekerja dengan rajin, membuka bisnes kecil-kecilan dan kini berjaya...siapa tahu...dan pada waktu itu si kawan yang berjaya itu, yang baru habis belajar itu, yang baru nak mencari kerja itu.....baru nak mencipta kejayaan...
mungkin dia juga berjaya menjadi anak yang soleh dan solehah.....yang menjaga ibu dan bapanya di saat mereka sudah tua dan tidak berupaya...ya, dulu dia gagal dalam pelajara, ibu bapanya kecewa dengan dirinya, dia tidak sehebat adik beradiknya yang lain, bijak pandai, melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi, bekerjaya, punya kereta besar, rumah mewah, keluarga bahagia, tapi sibuk dan tidak punya masa untuk menjenguk ibu dan bapa mereka di kampung....dan....hanya dia yang dulunya gagal dalam pelajaran inilah, yang bekerja di kampung sahaja, bersama ibu bapa, menjaga ibu bapanya.....dan sebenarnya dia anak yang berjaya.....
tak perlulah kita sempitkan perkataan kejayaan itu...hanya pada pelajaran....gagal dia sewaktu di sekolah, tak semestinya dia akan terus terusan gagal...kejayaan itu besar maknanya.....terserah pada kita bagaimana untuk menilai kejayaan itu....bagaiamana untuk mengukur kejayaan itu.....kita lebih tahu apa kita mahu....kalau aku katakan aku sudah berjaya kerana mencapai 100++ follower...ya....itu kejayaanku, walaupun kamu punya lagi ramai follower, sebab mungkin itu target aku pada mulanya, walaupun kecil aku berjaya mencapainya...dan itu hanyalah contoh...hehe...
sebelum aku stop entry ni.....kita bukan GAGAL....tetapi belum BERJAYA...=D
2 comments:
nini ke nie????
errrr
ye saye...nape err...hehe
Post a Comment