Monday, November 21, 2011

sharing : cerita tentang minat kamu...bukan minat saya

mari kita teruskan.....prinsip seterusnya.....
oh ya, mungkin yang baru terjahm tak faham apa kisah yang aku membebel ni...eheh...
ekceli entry ni berkait......pasal how to win fren and influence people...
juz nak share apa yang aku baca dengan korang....teknik dan rahsia terbesar nak tackle orang...
so kalau nak lebih faham...
maybe u all boleh baca entry sebelum ni dulu 




tertarik dengan permulaan topik....kisahnya begini....

dia selalu memancing di Maine pada musim panas. secara peribadi dia suka buah strawberry dan krim, tapi atas alasan-alasan yang tidak munasabah dia dapati yang ikan lebih suka makan cacing. jadi, apabila dia pergi memancing, dia tidak memikirkan apa yang dia inginkan. dia tidak memasang umpan pada kailnya dengan buah strawbery dan krim tetapi dia meletakkan cacing pada mata kailnya bagi mengumpan si ikan, sambil berkata  'ini yang kamu mahukan, bukan ?'


ya aku tahu, mungkin ada yang keliru....sebab aku pun sama...dah nak memancing ikan, sah sah la letak cacing sebagai umpan, awat nak letak buah plak...macam bengong je kan...=p dan apa lak kaitan apa yang kita suka dan apa yang ikan suka....


kita tak nampak benda ni untuk kehidupan kita sehari-hari.....kita guna cacing untuk memancing sebab ikan suka cacing. kita tak guna apa yang kita suka, macam kfc ke, mc d ke untuk memancing sebab kita tahu ikan tak akan berminat dengan apa yang kita suka....so ??????


so.....gunakan cara ini untuk menangi hati orang lain.....

Tindakan yang terhasil daripada keperluan asas kita dan nasihat terbaik yang dapat diberikan kepada mereka yang masih mempelajari cara-cara mempengaruhi orang lain, sama ada dalam perniagaan, di rumah, di sekolah, dan dalam politik adalah membangkitkan impian orang lain. Mereka yang mampu melakukannya bisa menawan seluruh dunia, mereka yang gagal menyelusuri jalan yang sepi. 
-Harry A. Overstreet 



ini ada satu kisah....kisah Ralpdh Waldo Emerson dan anak lelakinya yang berusaha menarik lembu supaya masuk ke dalam kandangnya. Namun, mereka membuat kesalahan lazim hanya kerana memikirkan mengenai apa yang mereka mahukan. Emerosn memujuk dan anak lelakinya menarik anak lembu itu. 


Namun begitu, anak lembu itu juga hanya melakukan seperti apa yang sedang mereka lakukan. Dia hanya memikirkan apa yang dia inginkan pada saat itu, dia mengeraskan kakinya dan berdegil tidak mahu berganjak daripada padang rumput itu. Pembantu bangsa Ireland melihat keadaan itu dan dia lebih mengerti perangai kuda dan anak lembu apabila dibandingkan dengan Emerson. Dia memikirkan mengenai kehendak anak lembu itu, lalu dia memasukkan jari-jemarinya ke dalam mulut anak lembu itu. Anak lembu itu menghisap jarinya dan kemudian dia menarik anak lembu itu masuk kedalam kandang. (Carneige)



see...bila kita tahu apa yang orang minat, dan buat apa yang dia suka tanpa memikirkan apa yang kita suka....mereka sudah tentu boleh menerima kita dengan seronoknya....


oklah nak stop kat sini dulu.....
prinsip 3 : bangkitkan minat dalam diri orang lain

1 comment:

rel='nofollow'>ShErA said...

ini yang buatkan shera nak beli buku ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....