Tuesday, July 31, 2012

motivasi pagi

Monday, July 30, 2012

motivasi pagi....=D

Monday, July 23, 2012

BELAJAR TU BEST: biar ilmu lekat sampai tua pun tak pe....




Best kan kalau apa yang kita belajar lekat kat otak kita sampai kita tua…..macam kena lekat degan gam gajah. So apa kita nak buat ? senang je….ULANGKAJI. 
Ada orang kata mereka dah ulangkaji…dah berabis study tapi result tara tu jugak….sebab ? tak kena cara…penat menghafal tapi salah letak…letak kat otak kiri je…sebab tu kejap je…=p

Berapa kali nak ulangkaji baru nak ingat ? sekali ? dua kali ? ok tak cukup.  Sebaiknya, ulangkaji sampai 5 kali.  Baru kita boleh ingat apa yang kita belajar. Dominic O’Brien mencadangkan jadual RULES OF FIVE. How ???
Jom kita tengok…

Ulangkaji pertama
Hendaklah dibuat 10 minit selepas kita mempelajari sesuatu pelajaran.
Contoh: mungkin kita nak menghafal Communication Barriers. Anda hendaklah mengulangkaji kembali selepas 10 minit mempelajarinya.

Ulangkaji kedua
Dilakukan satu hari (24 jam) selepas ulangkaji yang pertama.
Contoh: Ulangkaji pertama anda adalah pada 1 January 2013.  Maka ulangkaji kedua anda ialah pada 2 January 2013.

Ulangkaji ketiga
Selepas ulangkaji yang kedua, anda perlu melakukan ulangkaji yang ketiga seminggu selepas ulangkaji pertama. 
Contoh: Ulangkaji ketiga ialah 8 January 2013 selepas ulangkaji pertama (1 january 2013)

Ulangkaji keempat
Dibuat satu bulan selepas ulangkaji pertama.
Contoh: 1 February 2013.

Ulangkaji kelima
Ini adalah ulangkaji terakhir, anda perlu melakukanya tiga bulan selepas ulangkaji pertama.
Contoh : 1 Mac 2013.

Selepas ulangkaji kelima ini InsyaAllah, anda akan ingat apa yang anda belajar dan tidak akan lupa lagi.

Selamat Mencuba =D

--- dipetik dari buku RAHSIA MENJADI PEAJAR GENIUS tulisan CIKGU KAMIL ---

Thursday, July 19, 2012

jahat ke kalau dia tu playgirllllll ?????

kadang-kadang tanpa sedar kita cepat menghukum sesuatu...
sedangkan kita tidak tahu kenapa dan mengapa mereka bertindak begitu...
kalau ada budak yang mencuri....
kita mungkin berfikir...mak ayah dia tak ajar ke...
tapi kita tak tahu...
mungkin budak itu mencuri kerana terpaksa...
terpaksa kerana mungkin keluarganya sangat miskin...
mungkin kerana ibunya sakit dan tiada duit....
dan dia tidak sanggup melihat keadaan ibunya...
sehinggakan dia terpaksa mencuri....


atau mungkin kalau kita lihat seorang perempuan yang suka permainkan lelaki...
playgirl gitu kan....
mungkin kita berfikir dia sangat jahat sehingga mempermainkan lelaki
padahal mungkin ada sesuatu yang telah berlaku dalam hidupnya...
yang meneybabkan dia menjadi begitu...
mungkin ada sejarah hitam yang menyebabkan dia membenci lelaki....


setiap apa yang kita lakukan....
kita ada sebab kukuh kenapa kita bertindak sedemikian...
sama juga macam orang lain....
tak perluah menghukum...
sehingga kita benar-benar tahu mengapa dia melakukan begitu....


oklah nak stop kat sini dulu....
kita ada macam-macam sebab mengapa kita menulis blog, membaca blog, dan komen-komen....=D

Wednesday, July 18, 2012

awak suka saya tak

bahaya baca novel ni....
kita boleh jadi heroin dalam novel tu...
amboi....


lepas tu si hero tu...
orang tu la...orang yang kita minat tu....
tetiba....
capai hp...


---- saya nak hidup dengan awak....-----
----?------
----Saya dok baca novel. teringat kat awak----
----novel apa ?----
----awak suka saya tak ?----
----hahaha....awak ni kenapa ?----
----awak suka saya tak?---
----Suka----
----Ok saya pun suka awak....ekceli saya baca novel tajuk dia AWAK SUKA SAYA TAK...?---






dan dan berangan masa baca novel.....
bahaya betul la....
aish.....

mentang2 lah dia baik.....dia buat salah pun betullah ye....

untung orang yang berubah jadi baik ni....
orang yang baik pun untung jugak...
sebab bila dia baik kan...
dia buat salah...orang mesti pertahankan dia....
haha....


tapi kalau orang tu tak baik....jahat...erk cam kasar jer...
seksi meksi, tak berapa nak baik la senang cakap...
even dorang buat baik pun orang wat tak tahu je...
tak pun orang tak caya....
depa buat jahat, orang lagi tak kisah....
kesian kan.....


kita ?
pilihlah nak jadi baik ke nak jadi tak baik ke....
dah nak pose dah ni....(tetiba')




oklah nak stop kat sini dulu....
marilah sama-sama kita jadi baik......=D

Thursday, July 12, 2012

ya ......maaf...saya silap.....

pernah berhadapan dengan orang yang sentiasa betul dak....?
dia salah pun dia tetap betul....
sebab konon-konon dia tu perfect la kan...
so dia tak kan buat salah la...
kalau ada kesilapan yang berlaku tu..
semua sebab kita...bukan sebab dia....




annoying ??? 
memang pun....
tapi bila jumpa orang macam ni mudah je....




kalau kita dipersalahkan....
iyakan aje...dan cakap...saya minta maaf.....
lepas tu mesti dia akan berleter sikit-sikit.....
iyakan aje...cakap ok baiklah....




kadang-kadang....depa marah sebab nak lepaskan perasaan....
so kalau itu cara yang terbaik yang depa boleh buat untuk merasa lega...
biarkanlah....tak luak pun....tak mati pun....
lepas tu depa tentu akan okey balik kan...




oklah nak stop kat sini...
layankan aje kemarahan mereka...kalau nak mempertahankan diri dengan orang yang macam ni buat penat aje...sebab mereka tetap akan menang...=p

Tuesday, July 10, 2012

motivasi hari ini (1)

Photo

Monday, July 9, 2012

KESILAPAN itu cikgu terbaik

rasa takut bila buat salah....
kalau boleh tak mo buat salah langsung...
nak PERFECT....!!!!
tapi apakan daya...
kita cuma manusia biasa...
yang tak pernah lari daripada melakukan kesalahan....
salah itu tetap akan berlaku...
dan....sebenarnya kesilapan yang berlaku....
banyak mengajar kita.....
banyak mendidik kita...
kata orang...kalau tak kena kita tak beringat...
dah kena baru nak ingat...
lekat terus kat otak...
tapi.....
jangan sampai kesalahan yang sama diulang....


oklah nak stop kat sini dulu....
orang pandai takkan jatuh kedalam lubang yang sama....=D

Sunday, July 8, 2012

saya tak kisah pun.......

saya tak kisah pun apa yang u all nak cakap pasai saya.....

tapi tanpa saya sedar saya dah tulis apa yang berlaku antara awak dan saya kat facebook...


saya tak kisah pun apa yang u all rasa pasai saya....

tapi tanpa saya sedar saya p storymory kat semua orang kisah yang berlaku antara kita....


oh....sebenarnya apakah....?????????
saya kisah ke dak sebenarnya ek....


oklah nak stop kat sini dulu...
kadang-kadang kita cakap tak kisah pun...tapi ekceli........kita je yang tau....=p


Wednesday, July 4, 2012

EqbalZack: Brisbane Giveaway...






chomel dak ????
sangat chomel kan....
kalau dapat....
free plak...
kompom senyum lebar sampai ke telinga....

meh kita try...
sama-sama join...
mana nak tau tetiba ada rezeki kan...=D
leh wat kutip duit tym raya....

sesape yang nak bersama nini....
meh klik SINI k....

buat banyak kerja dalam satu masa = tak fokus...erk...

baca entry kat SINI ....
teringat kat seorang sahabat...
dia pernah cakap macam ni....

peribahasa sambil menyelam minum air tu tak leh guna sangat...
peribahasa tu kan membawa maksud macam sambil-sambil la...
contohnya macam sambil pergi kem, sambil cari pasangan...
sambil belajar, sambil dengar radio...
sambil basuh pinggan, sambil gayut tepon....
na kau, siap bagi penerangan dengan contoh sekali tu....


persoalan dia...kenapa sahabat aku tu cakap peribahasa tu tak berapa nak boleh guna...
sebab dia cakap...kalau nak buat sesuatu kerja kena fokus...
kalau buat dua kerja dalam satu masa fokus tu kurang...
dah kalo nak p kem, p la...nak cari ilmu kan...so tayah la nak gediks cari awek plak...
kalau nak belajar, belajar ajelah...tayah la dok dengar radio...
kalau nak basuh pinggan, basuh aje pinggan tayah nak gatai nak gayut tepon...


tu kata dia la....
sebab apa sahaja yang kita nak buat kena FOKUS....
takut.....yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran..

tapi....
kalau....sambil-sambil wat kerja sambil-sambil berzikir...tu camana pulak...hehe

oklah nak stop kat sini dulu....
kita yang menentukan...apa yang kita nak....=D

Tuesday, July 3, 2012

aku dan ASUS

tak pernah reti dan pandai untuk beli laptop sendiri....
maklumlah.....selama ni kalo beli barang...amik yang cantek aje....
yang menarik di mata....
kekadang menarik di mata kita, padahai tak kena pon ngan kita...


tapi.....dah agak-agak matang ni....
dah reti dah buat research sebelum beli laptop...
tupun sebab kena guna duit sendiri kot....
hahaha....


so....sebelum beli ASUS...memang dah buat research dah...
then dah tekad....




at first nak yang murah...
sekali boleh plak, cakap nak guna adobe photoshop...
so kena beli yang up sikit la kan....
then tanya macam-macam....
ok barula tau pasai processor....
baru tau kenapa laptop tu mahal ke murah ke...
baru tau pasai grafik kad....
tapi sikit-sikit je la....





pastu....aku ada terbaca satu artikel...
tips nak beli laptop...
antara dia buat comparison harga...
tapi biasanya kalau kita dah pergi kat kedai laptop...
contohnya macam kat alor setar ni, kat sentosa...
most of the shop offer harga yang lebih kurang je....
so....kita kena survey dia punya gift....


harga sama...kekadang gift different.....
yang bestnya, aku request nak pendrive...
dia suruh aku tambah duit sikit....
aku tak mo...last-last dapatlah kat aku 10 free gift dan pendrive 8gb....


pastu....yang bestnya...ada ASUS harga dia RM 1099...ok aku lupa jenis apa...
biasalah, tak amik peduli sangat pasai jenis ni....
pastu yang best lagi, kat sebelah laptop tu, ada ASUS yang harga dia RM 1400....
hadiah dia best, dapat printer.....
bila aku reunung balik, rupanya laptop yang RM 1099 dan RM  1400 tu sama je...
hapeh kan...so kalau tak perasan, sebenarnya kita dah kena tipu...
kalau kita p beli yang RM 1400 tu...konon-konon free printer...hampeh....
so korang hati-hati dengan hadiah yang depa nak bagi tu...
hadiah sangatttttt...padahal dah include dalam harga laptop sekali....


okeylah....tu je pengalama seceot daripada aku....yang tak pandai nak beli laptop...
bolehlah share sikit-sikit...kalau okey, boleh jadikan pengajaran...ececeh....











Monday, July 2, 2012

tips : perkara PETING sebelum beli laptop



Sebab aku dah beli laptop kan...so entry pon asyik pasai laptop aje..hahaha....
btw....ni ada beberapa tips yang boleh krang apply kalau nak beli laptop.....
tips ni aku jumpa kat sini...
so memang copy bulat-bulat dari forum tu la...


Salam semua,

hari ni saya nak membincangkan mengenai perkara penting sewaktu pembelian Laptop. Sedikit ilmu yang saya dapat sepanjang bekerja di Dell Penang.

Sekarang ni PC/Laptop dah semakin murah. Kalau RM 1000 Lebih pun dah boleh dapat satu.
Sebelum anda ingin membeli PC/Laptop saya nak bagi sedikit tips mengenai beberapa benda yang penting dan mustahak untuk di kongsikan bersama anda.


Waktu nak beli Laptop mula-mula tengok harga. Selalunya untuk harga RM 1400 dan kebawah laptop ini tidak di sertakan dengan Original Window Operating System. Kebanyakannya pakai yang cetak rompak. Kalau ada pun Selalunya akan bg Operating system yang Starter Edition. Kalau harga RM 1700 dan keatas selalunya laptop tu akan di sertakan dgn Original Operating System.

Tips Penting:- Kalau nak check laptop anda guna Original OS boleh tengok di bahagian bawah laptop. ada tak COA (Certificate of Authenticity) dr Microsoft


Yang ke 2, Boleh lihat di bahagian Processor. Untuk model terbaru Processor Model Intel ialah Intel i3, Intel i 5, dan Intel i7. Yang paling laju sekali ialah Intel i 7(waktu ni processor paling pantas sekali kat dunia). Harga i7 ni pun Mahal.


Yang ketiga, boleh tengok di bahagian Hard Drive (Tempat penyimpanan data bg laptop dan PC anda).
Sekarang ni standard Hardrive 320GB/500GB/ 640GB ada juga Hardrive yang 1TB/1.5TB dan 2TB. Kelajuan standard bg Hardrive laptop ni selalunya RPM 5400, (RPM ni merujuk kepada Revolution per Minute). Kat laptop tu xtulis RPM Hardrive berapa, boleh tanya kat Tauke kedai tu RPM HD dia berapa. Kadang-kadang dorang pun xtau menahu langsung pasal kelajuan HD ni. Selain tu ada jugak HD yang berkelajuan RPM 7200, RPM 10 000, RPM 15 000. Makin tinggi RPM makin laju dan mahal harga Hardrive tu. Buat masa sekarang ni Hardrive yang terlaju sekali kalau tak silap SSD (Solid State Drive) Aliran data 3GB/sc Hardrive mencecah ribuan ringgit (SSD 256 GB =RM 1 800). SSD ni mmg pantas. Duit pun pantas :-bd .


Antara pengeluar Hardrive yang terkenal kat dunia ni, Western Digital, Seagate, Intel, Hitachi, Samsung.
tips penting :-Kalau korang nak beli Hardrive yang berkualiti, antara Western Digital @Seagate, Sy syorkan Pilih Seagate.


Yang keempat, tengok Jumlah RAM/DIMM. Selalunya RAM 2gb dah cukup untuk Laptop yang guna OS Window 7, Kalau nak bg laju boleh tambah 4-8GB RAM. Nanti semakin lajulah Laptop/PC anda. Untuk Maklumat anda, Sekarang ni kita dah pakai RAM DDR 3. Kalau 4 tahun lepas kita Pakai DDR2. 


Yang Kelima tengok Grafik Kad. 
Fungsi Graphic Card ni nak bagi Laptop kita lancar waktu kita tengok video@ main game. Takdela nak sekat2 dan lag. Kualiti Gambar dan warna dalam laptop pun lebih cantik kalau laptop kita ada grafik card.

Pengeluar Graphic Card yang terkenal sekarang ni, NVidia dengan ATI AMD. 
Graphic Card ni pun ada 1GB, 1.5 GB,2GB yang (6GB pun ada harga mmg amat mahal.)
Tak semua laptop yang menyediakan Graphic Card. Kalau kita beli laptop yang harga dalam RM 1700 Kebawah kemungkinan laptop kita tak di lengkapi Graphic Card. Kalau ada pun mungkin kurang dari 1GB Graphic Card. Kalau laptop RM 2000 Keatas, mmg boleh dpt Graphic Card 1@2gb.
tips penting:- Processor Intel 2nd Generation macam i3, i5, i7 dah graphic card dah tersedia dibina dalam. (ready built-in) jadi anda tak perlu nak tambah graphic card lg.

Lain-lain komponen yang perlu anda tau.

DVD RW. Sekarang ni standard laptop/PC semua dah guna DVD RW.Kegunaannya, nak tengok CD/DVD,BURN dan install software dll.[/B]

USB (Universal Serial Bus). Sekarang ni dah ada teknologi USB terbaru. Namanya USB 3.0 Di tingkatkan dari USB 2.0 Sebelum ni, kalau tak silap 10X lebih pantas dari USB sebelum ni. [B]Kegunaan USB. Nak transfer Data Pendrive, Cucuk Broadband, Handphone dll.

Tips Penting :- Kalau nak kenal USB 3.0 ni senang Jer. Kalau USB port biasa (USB 2.0) kita nampak warna hitam. Tp USB 3.0 ni warna biru. Kalau beli laptop tu tengok je kat lubang tepi tu ada warna hitam@ biru.


Wireless, Audio/Mic Port dan lain2. Ini anda tak perlu risau, semua laptop mmg ada benda ni.


Last Sekali,

Bateri Laptop.
Sekarang ni standard bateri laptop dah 6cell. Jangkamasa tahan tu paling lama 2Jam. Bergantung kepada keadaan guna dan lain2. Kalau layan lagu dan main game, mmgla bateri cepat habis. ;) Ada jugak laptop yang mempunyai bateri 9 cell. yang ni lagi tahan lama boleh sampai 3-4 jam.

Tips Penting:- Bila mula-mula dah beli laptop tu, sampai rumah cas bateri laptop sampai 8jam. kalau nak guna laptop sampai berjam-jam di rumah seeloknya keluarkankan bateri laptop, dan pasang power supply sahaja. Kalau nak keluar contohnya pergi study group di library@ pergi ofis boleh pasang semua bateri tu. Semua ni untuk meningkatkan daya tahan bateri tu. lagipun kita nak pakai lama. Guna untuk keadaan dan masa yang sesuai.

begitulah tips2 yang saya nak share dengan kawan2 di wang cyber, Saya harap tips2 di atas sedikit sebanyak dapat membantu dalam membeli pc/laptop anda.


ok...hope semua tips ni dapat membantu u all...
=D

kenapa ASUS

hati tak keruan....
nak sangat beli laptop....
erm sanggup bertahan lapar...
sebab memang nak sangat-sangat beli laptop....
dan based on pengalaman yang lepas...
aku sangatlah tak reti beli barang-barang elektronik macam ni....
tapi disebabkan yang ni, kena pakai duit sendiri..
dan laptop pertama pernah rosak sampai tak leh on....
harapkan harga je mahal...huhu...
so buatlah research sikit....
dan...aku pilih untuk beli ASUS.....


sebab ????




1.  Pengeluar motherboard terbesar dan no 1 di dunia
Satu daripada tiga desktop adalah dikuasakan oleh motherboard Asus dengan penguasaan pasaran motherboard dunia sebanyak 40 peratus.  Asus juga diiktiraf sebagai pengeluar motherboard terbaik selama enam tahun berturut-turut dan ramai gamers yang pakai jenama ni kat desktop masing-masing.  Motherboard memang benda yang sangat penting sebab kos pembaikannya adalah tinggi jika mengalami sebarang kerosakan (kebiasaannya kena tukar baru terus).  Jadi, memang kena cari motherboard yang reliable la sebab laptop sebelum ni kong pun adalah berpunca daripada kerosakan motherboard.  Malas den nak pegi service center selalu walaupun dekat gile dengan rumah.
Dari segi ranking pengeluar, Asus menduduki tempat ketiga selepas Acer dan HP.  Ranking ni berdasarkan bilangan unit yang dieksport ke negara-negara yang menjadi pasaran mereka pada suku ke-3 2010.
2.  2 Years Global Warranty (default)
Warranty memang benda yang sangat penting sebab benda yang korang beli tu bukannya murah kan?  Tambah pulak laptop sekarang tak semuanya tahan bertahun-tahun macam laptop zaman dulu.  So, warranty la yang boleh menyelamatkan duit korang.
Semua laptop Asus didatangkan sekali dengan 2 tahun jaminan (kecuali netbook) jika berlaku kerosakan dan korang boleh claim warranty kat mana-mana service center Asus di seluruh dunia.  Sesuai sangatlah untuk yang selalu travel.
Kebanyakan pengeluar laptop lain hanya letak setahun jaminan sahaja.  Kalau nak extend korang kena bayar sket (lebih kurang RM100- RM200, bergantung pada model) dan tak semua model yang boleh dilanjutkan tempoh jaminannya.  Bila dah dapat 2 tahun tak payah nak pening-pening kepala dah.  Malangnya laptop suka rosak lepas tamat tempoh jaminan.  Macam tau-tau je diorang ni.
3.  Telah Teruji Dalam Keadaan Ekstrem
Laptop Asus pernah dibawa dan digunakan di kawasan ekstrem antaranya Gunung Everest, 600 hari beroperasi tanpa gagal dalam misi di angkasa lepas, off-road car race, digunakan dalam helikopter unit penyelamat dan macam-macam lagi.
Takdela pulak nak angkut benda alah ni ke tempat-tempat macam tu.  Tapi contoh kat atas tadi menunjukkan yang laptop Asus telah teruji dengan persekitaran ekstrem dan bukan sesuatu yang mustahil untuk teknologi yang sama digunapakai dalam pengeluaran model laptopnya untuk kegunaan orang biasa macam saya.
Laptop Asus juga telah menjalani beberapa ujian ketahanan antaranya vibration test, hinge test, shock test, pressure test, drop test dan twist test. 

4.  Kebarangkalian Untuk Cepat Rosak Adalah Rendah
squaretradenov2009lg3
Graf kat atas tu dikeluarkan oleh Rescuecom (untuk tahun 2010 tak silap) iaitu syarikat membaiki komputer terkenal kat US.  Dalam unjuran 3 tahun, laptop Asus 40 peratus lebih reliable daripada HP dan encik Acer.  Kalau tengok jenama HP, satu daripada empat laptop keluarannya mungkin akan buat hal.  Sekarang mungkin dah improve kot sebab logiknya tak kan diorang goyang kaki je bila tengok graf ni betul tak?
Data untuk graf tu diorang dapat berdasarkan daripada bilangan call pasal kerosakan yang dibuat oleh pelanggan kepada mereka.  Lagi rendah grafnya lagi baik.
Apa pun itu hanya kajian sahaja dan mungkin agak berbeza dari tahun ke tahun.  Biase la benda buat dalam mod mass production (buat dalam kuantiti yang banyak), mesti ada defect punya untuk sebahagian model yang dikeluarkan tanpa mengira jenama apa sekalipun dan kerana itulah warranty disediakan untuk melindungi pembeli macam kita semua.
Mana Yang Bagus?
Soalan ni sangat subjektif sebab semuanya bagus tapi nak cari yang paling best dan kena pulak dengan bajet yang kita sanggup keluarkan.  Kalau memang tak bagus dah lama dah syarikat tu bankrap.  Dari segi spec pulak lebih kurang sama je untuk semua jenama.  CPU masih lagi dikeluarkan oleh Intel/AMD, kad grafik oleh AMD/NVidia, ram oleh Kingston/Corsair dan lain-lain.
Cuma dari segi kualiti bahan buatan (terutamanya body laptop tu), craftmanship dan rekabentuk je yang membezakan syarikat-syarikat tu semua.

okeh, ni semua aku kutip kat SINI ....
oklah.....cerita pasai beli laptop ni bersambung kat entry lain k...=D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....