Assalamualaikum wbt...
Terjumpa cerita ni...macam menarik...so kita share kat sini =)
Alyaa Ibrahim:
4 orang ibu muda datang menawar longgokan mangga dari seorang peniaga tua yang menjual mangga.
"RM4 selonggok mangganya dah lah, mahal sangat RM5..." kata ibu yang berkaca mata hitam.
"Tak dapat puan RM5 sudah murah.
Pak cik mulanya memang nak letak RM5.50.
Tapi dah tengahari tapi masih belum laku jadi pak cik jual RM5 jer".. jawab penjual tu.
Saya melirik sambil memilih bawang putih.
"Dah tahu tak laku masih nak jual mahal ker,
dah lah, sy beli RM3 jer..." kata puan tadi.
"Tak boleh puan RM4 jer, belanja modal pak cik ke sini pun dah berapa. Tak rugi puan beli ni, mangga ni manis buahnya.." pujuk pak cik peniaga tu.
"Kalau tak manis mcm mana? kan tengah puasa ni,
nak rasa pun tak boleh. Dah lah mangganya kecik2 lepas tu ada yg pecah plak. Buruk mangga ni. Dah lah RM3 cukup. Cepatlah pak cik, panas ni.."
kata puan yang berhandbag bunga2.
Pak cik tu hanya diam membisu.
Entah kenapa, aku mulai rasa kesal dengan cara mereka menawar.
Sudahlah menawar beria2, mengejek2 barang jualannya pula,
kalau harga tak sepadan, barang tak bagus,
dah tak usah dibeli daripada bercakap hingga menyakitkan hati menurutku.
Tapi aku masih diam sambil menunggu barangku dikira.
"Dah lah, cepatlah pak cik, nak bagi ke tak ni?
Kalau tak bagi xper banyak lagi yang lain" kata yang bertudung renda2.
"Tak boleh puan, betul2 x boleh. Tapi saya bagi RM3.50 jer lah dr tak laku" pak cik tu mula pasrah.
"Ah.. RM3 jer, kalau boleh sy beli. Kalau tak, x payahlah.." kata yg berkaca mata hitam tu sambil menarik teman2nya & berlalu pergi.
Pak cik tu terpaku layu menatap longgokan mangganya. Ada raut sedih di wajah tuanya.
Tubuh kurus itu duduk mencangkung ketika aku datang mendekatinya.
"Pak cik, biar saya beli mangga ni. Berapa? " tanyaku.
"RM3.50" kata pak cik tu.
"RM3.50 jer.. Kan tadi nak jual RM5. xper lah pak cik.. RM5 lah yer.."
Wajah tuanya terpaku...
"RM4 jer puan" katanya lagi.
"xper RM5" kataku
"Ya Allah. Puan..... Alhamdulillah... Betul ke nak RM5?
Alhamdulillah puan... Saya teringin belikan cucu saya ayam goreng untuk berbuka puasa. Cucu saya baru belajar puasa penuh tahun ni. Kesian setiap hari makan lauk tempe jer. Sesekali saya nak bagi dia mkn ayam goreng. Matanya berkaca2..
Dari kecil ibu bapanya meninggal, jadi saya yang jaga dari dia kecil lagi.." katanya sambil memasukkan mangga tu ke dalam plastik.
"Pak cik, semua longgokan mangga tu jualkan kat sy jer lah. Jadi semuanya RM15 yer.." kataku.
"Semua ke puan? Bnyk sgt ni, puan nak buat apa?"
tanya pak cik tu hairan.
Saya cuma tersenyum.
"Ini duitnya lebihnya belilah ayam untuk cucu pak cik.." kataku.
"Ya Allah... Alhamdulillah... Terima kasih puan..
Semoga Allah murahkan rezeki puan.."
katanya penuh semangat memasukkan buah mangga ke dalam plastik besar.
Keempat2 puan tadi datang lagi.
"Macamana pak cik... RM3 jer yer." kata wanita berkaca mata hitam.
"Sudah habis puan diborong puan ini.."
kata pak cik tu dengan senang hati.
"Banyak sangat tu puan, bagi sy beli sikit yer,"
rayu wanita berkaca mata itu.
"Maaf puan, saya tak jual.
Lagipun kan puan kata mangga ni buruk,
belum tentu manis & pecah pulak tu.
Kalau jual pun sy akan naikkan harga jd RM6.
Puan mesti tak mampu nak beli" kataku sambil berlalu.
Saya tahu 4 pasang mata itu menatapku dengan marah,
tapi biarlah mereka belajar bahawa
lisan yang tidak terjaga itu akan membawa luka, belajar menghargai peniaga lemah & muamalah dengan santun.
Dapat sesuatu❓
Berbagilah hikmah dengan adab untuk menjadi bangsa yang lebih beradab.
Cnp from telegram
Wednesday, July 5, 2017
Mangga rm3
Labels:
rel='tag'>Copypaste,
rel='tag'>renungan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum wbt... Waalaikumussalam wbt... lama tak update sebab terlampau bz bz bz dan bz....haish....belum ada anak somi lagi la...
-
Assalamualaikum wbt... waalaikumussalam wbt.... sebelum proceed dengan entry ni make sure dah baca sini dan sini okey... lagi cerit...
-
Assalamualaikum wbt... Walaikumussalam wbt... hari ni, my mom operate mata....so, mata yang tak nampak ada katarak tu, lepas ni dah...
-
Assalamualaikum wbt... Waalaikumussalam wbt.... hari ni malam jumaat...so nak story pasa pompuan sahaja....*tetiba...tatau apa kaitan ma...
-
assalamualaikum wbt... waalaikumussalam wbt... ni dia asus zenfone 4 rm299.... dengar rm299 yes memang mampu milik.... sebab baje...
-
Assalamualaikum wbt... Waalaikumussalam wbt... teringin sangat nak pakai bio essence.....sebab kawan dok promote kata sangat menjadi......
-
Assalamualaikum wbt... Waalaikumussalam wbt... payahhhhhhh kalau kekasih bos tu kawan sepejabat....ehem.... ADIL ???? adil pada p...
-
Assalamualaikum wbt... Waalaikumussalam wbt.... selepas entry babies blinks....la ni nak tulis entry mistine egg white plak... tajuk pu...
-
Assalamualaikum wbt Tadi saya p library, kali ni p sorang2 je sebab kebetulan abi yaya ada visit dia, so saya pun ambil kesempatan tuk kel...
-
Assalamualaikum wbt... Waalaikumussalam wbt.... 5 kg in a week.....wow...... Ok not me...one of my team yg dapat angka ni... as for m...
Labels
- motivasi (24)
- motivation (20)
- motivation video (1)
- tips (47)
- ww (6)
tentang saya =D
- nini
- menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....
3 comments:
sangat bermakna
Saya pun pernah baca ni tapi tak ingat kat mana.
Tu laa.. apalah Sgt nak tawaran sampai mcm Tu sekali. Kadangkala kena fikir modal org Tu mungkin x de untung pun.. sgt bermakna
Post a Comment