Wednesday, July 5, 2017
Mangga rm3
Terjumpa cerita ni...macam menarik...so kita share kat sini =)
Alyaa Ibrahim:
4 orang ibu muda datang menawar longgokan mangga dari seorang peniaga tua yang menjual mangga.
"RM4 selonggok mangganya dah lah, mahal sangat RM5..." kata ibu yang berkaca mata hitam.
"Tak dapat puan RM5 sudah murah.
Pak cik mulanya memang nak letak RM5.50.
Tapi dah tengahari tapi masih belum laku jadi pak cik jual RM5 jer".. jawab penjual tu.
Saya melirik sambil memilih bawang putih.
"Dah tahu tak laku masih nak jual mahal ker,
dah lah, sy beli RM3 jer..." kata puan tadi.
"Tak boleh puan RM4 jer, belanja modal pak cik ke sini pun dah berapa. Tak rugi puan beli ni, mangga ni manis buahnya.." pujuk pak cik peniaga tu.
"Kalau tak manis mcm mana? kan tengah puasa ni,
nak rasa pun tak boleh. Dah lah mangganya kecik2 lepas tu ada yg pecah plak. Buruk mangga ni. Dah lah RM3 cukup. Cepatlah pak cik, panas ni.."
kata puan yang berhandbag bunga2.
Pak cik tu hanya diam membisu.
Entah kenapa, aku mulai rasa kesal dengan cara mereka menawar.
Sudahlah menawar beria2, mengejek2 barang jualannya pula,
kalau harga tak sepadan, barang tak bagus,
dah tak usah dibeli daripada bercakap hingga menyakitkan hati menurutku.
Tapi aku masih diam sambil menunggu barangku dikira.
"Dah lah, cepatlah pak cik, nak bagi ke tak ni?
Kalau tak bagi xper banyak lagi yang lain" kata yang bertudung renda2.
"Tak boleh puan, betul2 x boleh. Tapi saya bagi RM3.50 jer lah dr tak laku" pak cik tu mula pasrah.
"Ah.. RM3 jer, kalau boleh sy beli. Kalau tak, x payahlah.." kata yg berkaca mata hitam tu sambil menarik teman2nya & berlalu pergi.
Pak cik tu terpaku layu menatap longgokan mangganya. Ada raut sedih di wajah tuanya.
Tubuh kurus itu duduk mencangkung ketika aku datang mendekatinya.
"Pak cik, biar saya beli mangga ni. Berapa? " tanyaku.
"RM3.50" kata pak cik tu.
"RM3.50 jer.. Kan tadi nak jual RM5. xper lah pak cik.. RM5 lah yer.."
Wajah tuanya terpaku...
"RM4 jer puan" katanya lagi.
"xper RM5" kataku
"Ya Allah. Puan..... Alhamdulillah... Betul ke nak RM5?
Alhamdulillah puan... Saya teringin belikan cucu saya ayam goreng untuk berbuka puasa. Cucu saya baru belajar puasa penuh tahun ni. Kesian setiap hari makan lauk tempe jer. Sesekali saya nak bagi dia mkn ayam goreng. Matanya berkaca2..
Dari kecil ibu bapanya meninggal, jadi saya yang jaga dari dia kecil lagi.." katanya sambil memasukkan mangga tu ke dalam plastik.
"Pak cik, semua longgokan mangga tu jualkan kat sy jer lah. Jadi semuanya RM15 yer.." kataku.
"Semua ke puan? Bnyk sgt ni, puan nak buat apa?"
tanya pak cik tu hairan.
Saya cuma tersenyum.
"Ini duitnya lebihnya belilah ayam untuk cucu pak cik.." kataku.
"Ya Allah... Alhamdulillah... Terima kasih puan..
Semoga Allah murahkan rezeki puan.."
katanya penuh semangat memasukkan buah mangga ke dalam plastik besar.
Keempat2 puan tadi datang lagi.
"Macamana pak cik... RM3 jer yer." kata wanita berkaca mata hitam.
"Sudah habis puan diborong puan ini.."
kata pak cik tu dengan senang hati.
"Banyak sangat tu puan, bagi sy beli sikit yer,"
rayu wanita berkaca mata itu.
"Maaf puan, saya tak jual.
Lagipun kan puan kata mangga ni buruk,
belum tentu manis & pecah pulak tu.
Kalau jual pun sy akan naikkan harga jd RM6.
Puan mesti tak mampu nak beli" kataku sambil berlalu.
Saya tahu 4 pasang mata itu menatapku dengan marah,
tapi biarlah mereka belajar bahawa
lisan yang tidak terjaga itu akan membawa luka, belajar menghargai peniaga lemah & muamalah dengan santun.
Dapat sesuatu❓
Berbagilah hikmah dengan adab untuk menjadi bangsa yang lebih beradab.
Cnp from telegram
Tuesday, February 26, 2013
renungan (1)

Monday, February 25, 2013
Monday, April 25, 2011
entry TERSENTUH....
http://khairulazkar.blogspot.com/search?updated-max=2011-04-09T21%3A47%3A00-07%3A00&max-results=2
dan aku betul-betul terkesan dengan entry ni...at first aku juz tengok gambar2...tak baca lagi...tapi da macam nak menitiskan air mata....aku teringat mi n abah aku...bila mereka tua nanti...aku rasa sayu....tapi aku tahan air mata aku...terego dengan roomate, karang heran plak dia tengok aku tetiba menangis kan...=)
pastu aku baca entry dia plak...entry dia tayah cakap la..lagi berjaya membuatkan aku menitiskan air mata...entry tu aku baca masa roomate aku dah tido...
aku teringat kisah-kisah kawan-kawan aku....ada yang benci dengan parents sendiri...ada yang bergaduh dengan parents sendiri...ye aku ngaku, aku pun bukanlah baik sangat....dulu masa tak matang pernah la melancarkan perang dingin kat mi aku sebab dia aku lupa plak..biasalah, kalau keinginan tak dipenuhi...tapi sekarang...bila berjauhan...dan bila makin meningkat dewasa...aku dah tak buat benda-benda tu lagi....
aku teringat lagi...aku pernah pergi kem, masa wat sesi recall tu, fasilitator tanya....ada tak pernah benci kat mak atau ayah....dan aku terfikir...Alhamdulillah...aku tak pernah membenci mi dan abah aku...aku sayang dorang...sayang sangat-sangat.....sebenarnya aku beruntung...ye, aku bukanlah dari kalangan keluarga yang mewah yang mi atau abah aku boleh adakan semua yang aku nak...tapi mereka tak pernah hampakan aku..mereka cuba yang terbaik untuk aku dan adik-adik aku....aku sedar semua tu, bila ada kawan-kawan yang bercerita tentang family mereka...
ada seorang teman, hampir bunuh diri sebab tension dengan family...mak ayah pilih kasih...yang sorang lagi pun sama, kecil hati gila dengan abah dia sebab abah dia cam tak sayang dia, lebihkan adik dia, lagi....sakit hati dengan mak sendiri sebab mak dia buat apa yang dia tak suka...dan yang dia tak suka tu, sebenarnya benda baik...mana de mak buat benda yang tak baik kat anak dia kan...
kadang-kadang kita benci sesuatu, sebab kita tak sedar sebenarnya itulah yang terbaik buat diri kita...dan sebenarnya...mak ayah kita sayang kita....hargailah mereka sewaktu mereka masih ada...semoga kita beroleh keberkatan di dunia dan akhirat....
Wednesday, April 6, 2011
Bob Lokman berubah...
sebelum ni...aku pernah post kisah aku masih dara...yang mana si sofea tu nak berubah ke arah kebaikan, tetapi beria pula kawan2 dia tamo bagi n kutuk2 bagai kan...lumrah kehidupan...memang susah pun nak buat baik...buak baik orang kata, biak jahat kena kutuk...jadi ?nilailah sendiri....kita yang pilih jalan hidup kita...bukan orang lain....kalau betul kita nak buat baik....biarlah apa orang kata...selagi apa yang kita buat tu betul...teruskan lah....
cerita pasal benda ni...bukan nak story pasal politik....tapi hari tu aku tengok raja lawak...opkos yang da lama...kalu tak silap musim terbaru ni...yang pengkritik dorang tu ada afdlin shauqi, baby face n david teo....cian kat aku..punya la da lama, makanya aku baru tahu...hahaha...tu pun sebab bosan2 so berjalan2 di youtube....realese tension...
tersentap n terkejut apabila Bob Lokman, tetiba tarik diri daripada menjadi pengkritik raja lawak...tataw la ini main2 ke, saje je nak wat gempak ke, atau betul2...lepas tu terus la aku google pasal dia...n terjumpa la beberapa blog yang bercerit bout Bob Lokman ni....
antaranya...
http://psycho-mate189.blogspot.com/2011/03/pentas-baru-hiburan-oleh-bob-lokman_20.html
http://abang81.blogspot.com/2011/03/bob-lokman.html
http://www.kl-today.com/?p=14069
Alhamdulillah kalau semua ini benar…bukanlah aku nak menafikan…tapi yalah, dunia cyber kita tataw mana betul mana salah…terlampau banyak sumber kan….
Tapi, yang buat aku rasa sedih bila aku terbaca blog ni….http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3962
Bukan niat aku untuk mengadu domba….tapi seperti ayat aku dalam perenggan paling atas…memang susah nak berubah….terutamanya berubah kepada kebaikan…..dalam movie Aku Masih Dara pun….ada tunjuk scene yang sama…ah tak perlu aku ulang benda yang sama…sebab kadang2 aku sendiri merasai benda yang sama…
Ada seroang teman….dia sendiri tak ngaku dia memang tak solat….ntah camana, dia dah berubah…dia cakap sebabnya berpunca dari aku…sentap denga kata2 aku…ntahlah, ekceli niat aku nak bergurau je masa aku cakap tu, tapi dia boleh sentap plak kan…
Lebey kurang cam ni la aku cakap….ai K (bukan nama sebenar opkos) dah tahun baru…bila lagi ko nak berazam nak solat ni….
dan sekarang dia berubah…dia sendiri yang cerita kat aku….tapi yang buat aku sedihnya, bila ada sorang teman, perli dia cakap cam ni….ai K, ko solat ke ? Aku ingat lagi ko pernah lepak n makan2 ngan aku tym zohor hari jumaat…ko slumber je tym tu…
aku diam je…sebab aku sakit hati bila dia cakap cam tu….tu dulu okey…skang ni si kawan da berubah…so perlu ke nak ungkit benda2 tu lagi…kenapa perlu ungkit…kenapa tak boleh bagi support…kalau ye pun dulu dia jahat sangat, salah ke kalau dia nak berubah…tak salah kan…nape kita dengki plak, kalau kita tak nak berubah, kenapa perlu kutuk n mengata kat orang yang nak berubah…
hm ntah lah….apa yang aku boleh simpulkan….berbuat baiklah selalu…sebab bila kita pernah buat jahat, n kita nak berubah, manusia kadang2 tak pernah lupakan kejahatan kita…mungkin dia lupa, kita hanyalah manusia biasa yang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan…atau dia jeles sebab kita dah berubah…makanya dia…erk….
N kalau kita nak berubah kepada kebaikan….buatlah betul2…hadapilah cabaran yang mendatang dengan tenang…semoga kita berjaya berubah menjadi orang yang lebih baik…yang dahulu kita jadikan pengajaran…supaya kita lebih bagus pada masa akan datang…insyaAllah….
Popular Posts
-
Assalamualaikum wbt... Waalaikumussalam wbt... lama tak update sebab terlampau bz bz bz dan bz....haish....belum ada anak somi lagi la...
-
Assalamualaikum wbt... waalaikumussalam wbt.... sebelum proceed dengan entry ni make sure dah baca sini dan sini okey... lagi cerit...
-
Assalamualaikum wbt... Walaikumussalam wbt... hari ni, my mom operate mata....so, mata yang tak nampak ada katarak tu, lepas ni dah...
-
Assalamualaikum wbt... Waalaikumussalam wbt.... hari ni malam jumaat...so nak story pasa pompuan sahaja....*tetiba...tatau apa kaitan ma...
-
Assalamualaikum wbt... Waalaikumussalam wbt... teringin sangat nak pakai bio essence.....sebab kawan dok promote kata sangat menjadi......
-
assalamualaikum wbt... waalaikumussalam wbt... ni dia asus zenfone 4 rm299.... dengar rm299 yes memang mampu milik.... sebab baje...
-
Assalamualaikum wbt... Waalaikumussalam wbt... payahhhhhhh kalau kekasih bos tu kawan sepejabat....ehem.... ADIL ???? adil pada p...
-
Assalamualaikum wbt Tadi saya p library, kali ni p sorang2 je sebab kebetulan abi yaya ada visit dia, so saya pun ambil kesempatan tuk kel...
-
Assalamualaikum wbt... Waalaikumussalam wbt.... selepas entry babies blinks....la ni nak tulis entry mistine egg white plak... tajuk pu...
-
Assalamualaikum wbt... Waalaikumussalam wbt.... 5 kg in a week.....wow...... Ok not me...one of my team yg dapat angka ni... as for m...
Labels
- motivasi (24)
- motivation (20)
- motivation video (1)
- tips (47)
- ww (6)
tentang saya =D
- nini
- menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....
