Sunday, October 18, 2015

Buku merah.....isi kandungan.....prosedur

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt....


Alhamdulillah dah 6 bulan....baby pon okey....bila ajak sembang dia respond...kadang tak respond....so bersangka baik...dia tido....hihi....

Juz nak cerita prosedur masa check up....
Sebab aku masa mula2 nak check up sangatlah blur....lepas tu tak tahu apa2.....kesiannnn sungguh kat diri sendiri.....
Bila mak cik tanya hows ur kandungan...i said...i dont noe....pastu dia tanya nurse cakap apa....aku jawab nurse tak cakap pape....dia mintak buku pink...aku bagi je....dia cakap buku pink awak ok je...tadek merah2 ni...oooo baru aku tahu merah2 tu tanda dia awas gamaknya....hahahahaha.....


So.....ni perjalanan check up di klinik hiliran kuala terengganu.....kat klinik lain aku tak tau...tapi rsssnya prosedur dia sama je kotttt.....


First letak buku pink dalam bakul temujanji....dekat kaunter......

Tunggu dia panggil....lepas panggil dia akan cek berat dan tekanan darah....alhamdulillah setakat ni tekanan darah aku normal....110/70
Tak pon 120/80
Kalau tak bagus 90 ke atas.....tu pon aku tanya misi baru dia bagitau...sungguh aku tak pernah amik tahu pon sebelum ni.....kesian lagi kat diri sendiri......


Lepas tu letak buku dekat kaunter makmal....amik air kencing...amik bekas yang bertanda nombornya sama dengan nombor yang dipinkan pada buku.....letak air kencing kat makmal.....tunggu.....nanti dia akan panggil and catat aor kencing normal ke tak.....passtu cek hb.....
Hb aku maintain je.....11 something.....okeylah..jangan sampai 10 ke bawah....
Bak kata mak cik aku kalo nak suh hb tinggi makan anggur mrah banyak2....seminggu sebelum check up....kompom hb naik....jangan makan masam2 nanti hb turun....sebab pengalaman dia makan epal hijau.....hb turun......fakta saintifik tak tau la betul ke dok....hihi


Oh yer.....air kencing tu pon dia catat ekceli.....tapi aku tak pernah tahu sebab dia tulis n je kat tempat urin tu means normal kot...hahahaha...kalau tak ok ads positive n negative....ni pon aku tau selepas beberapa minggu kebetulan nak tanya nurse tu...kalau aku tak tanya tak de nye dia nak bagitahu.....ayooooo maybe she's expect me know every single thing.....


Lepas tu letak buku dalam bilik pemeriksaan untuk jumpa nurse.....and then nanti dia panggil....setakat ni aku jumpa nurse kejap je...cek perut....lepas tu dia consult la apa2....mostly diam kalo ko tak tanya apa2......memang mula2 aku sangatlah blur sebab dia tak komen apa2.....


Bila aku story kat orang orang orang yang pernah check up...depa cakap....ang tanya la....masalahnya aku tak tau nak tanya apa....anak sulong kotttt heloooooo.......hahaha....dia cakap tanya la ok ke dok....tapi bila aku tanya ok ke dok nanti dia jawab ok....so hows.......

Datz y aku nekad nak tulis entry ni...at least first mom tahu la something dr blur tak tau apa2 macam aku.....hahaha.....

Ni  contoh dalam buku pink tu aku godek kat gugel....maaf ye tuan punya....

Nampak tak pen merah tu....means tak berapa ok la tu.....mcm aku kena pen merah....bila over weight....hehehe


Sebenarnya semua yang dorang cek dorang catat kat sini....tapiiii kalo kite tak paham.....memang la kita tak tau kita ni ok ke dok....hahaha

Tapi bak kata my mom....kalau ada masalah nanti dorang akan bising...kalau tak de masalah memang depa tak cakap apa2 kalo ko tak tanya......


Oh ya.....sepanjang pregnant ni....aku sangat bahagia makan...dengan alasan baby lapoooo.....so kalo lapar je mesti makan....pantang lapar sikit mesti makan sampai naik berat mendadak2......wahhhhh gituuuu....


1st chekup 5kg 
2nd chekup 5 kg 
3 checkup 3. Sumthing...lupa...


Sungguh aku ada tanya nurse berat naik banyak tak pe ke...dia cakap ehhhhhh tak pe....baguslah.....gitu kannnn.....
Second time pon naik byk......dia juz cakap banyak ni....tak de plak advise apa2 kan....

Sebabbbbbb semua orang keliling aku cakap kalau berat naik banyak nurse bising n aku dengan selambe cakap....eh tak de la..nurse cakap baguslah...nanti every week berat kena naik tau....ko rasa.....???? Heavem la tak de orang nak bising kannnnn


Hakikattttnya.....3rd check baru depa bising cakap berat aku naik banyak and aku kena dtg klinik untuk checkup 4 kali last jumpa doc......walllahhhh......suke ???? Opkossss la takkkk....penatttt oiiii....aku kije....memang berkejaran la kalo kena p check up.....nasib sempat masuk kije kul 11 pagiii......grrrrr......


Sepanjang 4 kali chekup...alhamdulillah...semua okey......macam biasa tekanan darah, air kencing, jantung baby benda wajib tu semua tak de masalah.....and last before jumpa doc timbang berat and berat maintain....walllahhhh bahagiaaaa oiiiii....sebab bukan senang nak maintain kan berat....no rice are allowed.....

Pastu jumpa doc....doc tanya....ermmmm berat awak maintain...aku jawab ye lah nanti kalo berat naik kena marah plak....terus je doc tanya sape marah.....aku jawab nurse la...kalau tak marah takkan la saya kena datang klinik sampai 4 kali dalam semingguuuuu.....grrrrrr......

Pastu aku tanya...kenapa masa mula2 nurse tak bagitahu yg berat tak leh lebih...tak de pon nak advise apa2....dia cakap...oooo masa tu kami kena pantau dulu......


Ye lahhhh korang pantauuuu....bila berat naik banyak baru nak bising.....kesian kat aku yang tak tau pape ni....do kawan2 yang bakal pregnant.....carilah ilmu sebanyak mungkin....jangan harapkan klinik atau nurse atau doc yang check up korang je...sebab dorang busy.....so kalau korang tak tanya kadang dorang tak bg tahu pon.....lagipon ramai yang beratur menunggu kat luar sana nak check up jugak.......

Aku tak salahkan dorang pon....cuma aku nak share dengan u olls.....carilah maklumat banyak2 supaya korang tahu and tak tersilap arah cam aku...hahahha....maksud aku tersilap makan dengan bahagianya...sebab penat la nak berulang2 ke klinik....hahahah......


Okeylah kawan2 yang ada experience......share la banyak2 sebab aku pon tak de la banyak oon experience...anak first je pon.....so pengalaman pon secotet je.....cuma geram kat diri sendiri tak amik tahu benda2 basic bout pregnancy....hehehe



Wednesday, October 14, 2015

Bergurau dengan bayi dalam kandungan

Assalamualaikum wbt...
Waalaikumussalam wbt....


Belek2 fb....jumpa info ni...



Katanya umtuk merangsang bayi supaya aktif....
Tapi memang betul pon...nanti baby respond kalau kita respond pada tendangan dia...hahaha....
Seronok pulak sakat dia.....kadang2 cepat...kadang2 lambat....


Aku story kat my mom...n my mom said...orang sekarnag beruntunggg semua boleh baca dari internet...zaman dia dulu based on pengalaman je la....hihi....

Sunday, October 11, 2015

Ajar matematik guna teknik glenn doman untuk baby

Assalamualaikum wbt....

Waalaikumussalam wbt...


Ini adalah entry copy paste.....untuk rujukan aku...dan untuk rujukan ibu bapa yang berminat untuk apply teknik ni untuk anak2 u olls...



Menurut satu kajian yg dijalankan oleh Institutes of Achieving Human Potential, anak2 dilahirkan dgn kebolehan untuk memahami kuantiti melalui penglihatan. 

Seorang kanak2 dikenali sebagai Rainman mampu memberitahu jumlah batang pencungkil gigi dengan hanya melihat tanpa mengiranya! Oleh itu tidak mustahil kanak2 lain juga mampu melakukannya dan mereka mungkin akan kehilangan kemampuan luar biasa ini jika kita tidak membantu mereka dengan membina dan mengembangkan kebolehan ini.

Glen Doman telah memperkenalkan kaedah dots bagi membantu kanak2 belajar dengan mengaplikasikan kebolehan tersebut.

Apakah KAEDAH DOTS? 

Kaedah ini menggunakan flash card dengan dots, menambahkan jumlah dots di atas kad, memperkenalkankan kanak2 kepada kuantiti, kemudian kepada operasi pengiraan melalui kuantiti tersebut, dan akhirnya menguasai pengiraan matematik ke tahap yang lebih kompleks.


Oleh sebab kanak2 mempelajari operasi matematik dengan menggunakan dots(kuantiti) tidak dengan angka (simbol yg tak bermakna!), maka mereka belajar dengan cara MEMAHAMI bagaimana utk menyelesaikan masalah pengiraan, berbanding dengan mengingat formula2 untuk mendapatkan jawapan yg tepat.

Apakah ia berkesan?

Keberkesanan kaedah ini pastinya bergantung kepada kanak2 itu sendiri dan usaha kedua ibubapanya. Melalui proses pembelajaran kaedah ini.. insyaAllah dapat melatih dan menajamkan daya penglihatannya serta anak2 dapat menghabiskan masa dengan penuh berkualiti dan menyeronokkan. Selamat mencuba! : D 


Bahan yang digunakan:

1. Seratus potong kertas manila putih berukuran 28 x 28 cm, masing-masing pada salah satu mukanya ada DOTS atau bola merah dengan diameter 2 cm.

Bola-bola ini berjumlah dari 1 hingga 100 pada kad terkini. Dibalik kad terdapat angka yang menyatakan jumlah bola yang ada.

Dots / bola digambarkan secara rawak / menegak di atas kertas tsb.

2. Seratus potong kad yang lebih kecil 14 x 14 cm bertuliskan satu angka merah setinggi 12.5 cm bermula dari angka 1 hingga 100 pada kad terakhir.

Warna merah dipakai kerana ia akan menarik perhatian si anak.

 



A )  Mengenal Bilangan (Kuantiti)
Cara mengajarkan:

1) Ambil kad yang ada SATU bola merah sahaja. Sekarang angkatlah kad tersebut di luar jangkauan tangannya dan katakan kepadanya, "INI SATU". (Jangan sampai si anak melihat benda-benda lain.)

2) Tunjukkan kepadanya sepantas mungkin. Dua atau tiga saat.

3) Kemudian letakkan kad tersebut terbalik di pangkuan kita. Pada mulanya anda akan merasa janggal.
Namun demikian, semakin kita mahir menggunakan kad-kad itu, semakin cepat anak kita dapat memahaminya.

Perlu diingat bahawa angka hanyalah simbol yang mewakili nilai dari bilangan.

4) Sekarang angkatlah kad kedua, dan katakan, "INI DUA".

5) Lakukan seterusnya hingga kad berjumlah SEPULUH BOLA.

Seluruh proses ini  memakan masa kurang dari seminit.

6) Lakukanlah setiap hari. Dalam masa lima hari ia telah mengetahui fakta-fakta nyata dari angka satu sampai sepuluh, tetapi jangan meyuruhnya untuk membuktikan hal itu lebih dahulu.

7) Pada hari keenam, kita singkirkan kad 1 dari kesepuluh kad di pangkuan dan menambah kad 11.

8) Pada hari ketujuh, kita singkirkan kad 2 dan menambah kad 12.

9) Terus lakukan seperti itu hingga angka 100. Kegiatan ini kurang lebih akan memakan masatiga bulan.

Yakinlah, kegiatan ini akan menghasilkan kemampuan anak yang luarbiasa. Kini ia akan dengan cepat dapat membezakan empat puluh lima bola dan empat puluh enam.


B ) Mengenal operasi  TAMBAH 
Pada hari ke-30, anda telah memperlihatkan hingga 35 bola. Semakin banyak yang ditunjukkan bola-bola kepada anak bermakna anda mulai mengajarkan operasi penambahan.

Langkah mengajarkan penambahan :
1) Letakkan bola-bola merah berjumlah dua hingga sepuluh ( 2 – 10 ) di pangkuan anda.

2) Semuanya menghadap ke bawah dan kad berbola dua (2) diletakkan paling atas susunan itu.

3) Dengan semangat katakanlah, "satu tambah satu sama dengan dua " ( 1 + 1 = 2). Kemudian kita perlihatkan kad berbola dua.

Perlihatkan tidak lebih dari satu saat. Jangan menjelaskan erti kata-kata "tambah" atau "samadengan". Katakanlah, "Satu tambah dua samadengan."  Jangan katakan..  " satu tambah dua menjadi ...."

Jika kita mengajar fakta-fakta kepada anak-anak, mereka dapat menarik kesimpulan tentang undang-undang-hukumnya lebih tepat dan cepat.
4) Kemudian katakan, "SATU tambah dua sama dengan tiga" ( 1 + 2 = 3) hingga.. "satu tambah sembilan sama dengan sepuluh" ( 1 + 9 = 10 ) yang kemudian kita memperlihatkan hasilnya.

Lakukanlah tiga kali pada hari pertama, sambil kita meneruskan untuk memperlihatkan kad-kad berbola sebanyak tiga kali sehari. Sebaiknya dilakukan ketika daya fokus anak sedang di kemuncak agar anak lebih mudah menangkap pembelajaran.

5) Pada hari ke-31, ajarkan anak DUA tambah dua, tambah tiga, dan seterusnya hingga tambah lapan.    (2 + 2... 2 + 8 ) Apa yang kita ajarkan adalah erti dari bunyi kata "tambah" dan "Samadengan".
Percaya atau tidak, pada saat kita bertanya "Dua tambah empat samadengan enam" kepada seorang dewasa maka akan terlintas 2 + 4 = 6. Tetapi pada seorang anak akan terlintas dua bola tambah empat bola samadengan enam bola !

Sampai hari ke-31 anak sudah mengenal jumlah yang sebenarnya sampai dengan 40 dan telah dapat menambah dalam gabungan kesemua yang ada sampai dengan 10. Pada tahap ini, anak telah memahami operasi "tambah" dan "Samadengan" walaupun kita tidak memberitahunya.

Mulai hari ke-36, kita tidak perlu mengajarkan dengan urutan tertentu lagi. Anak sudah memahami. Sekiranya anak diberikan soalan penambahan maka dengan cepat ia akan mampu untuk menjawab.

C) Mengenal operasi TOLAK
Pola ini sama dengan pola penambahan.
1) Katakan "sepuluh tolak satu samadengan sembilan " (10 – 1 = 9). Dan perlihatkan sejenak kad berbola sembilan. Kemudian katakan "sepuluh tolak sembilan samadengan satu" (10 – 9 = 1).

2) Pada hari ke-41 ajarkan anak mulai dari duapuluh tolak satu sampai dengan dua puluh tolak sembilan belas. (20 – 1... 20 – 19)
Maka anak2 anda sekarang sedang menerima sembilan waktu belajar yang ringkas setiap hari dengan mengikut urutan seperti berikut: Kad-kad nombor, penambahan, penolakan, kad nombor, penambahan, penolakan, kad nombor, penambahan, penolakan.

3) Pada hari ke-42 mulakan dengan tigapuluh tolak satu hingga tigapuluh tolak duapuluh sembilan      (30 – 1... 30 – 29).
4) Pada hari ke-43 mulakan dengan soalan2 penolakan dalam bentuk dan urutan yang tidak teratur sehingga jumlah 48. Contoh; 31 – 2... 48 – 29... 20 – 10... 34 – 6...
 D) MEMECAHKAN SOALAN.

Kini anak akan mula diajar tentang memecahkan soalan, ingat bukan mengujinya lagi. Mulakan dengan bilangan-bilangan nombor.

1) Berlutut menghadap anak. Ambillah kad dengan 18 bola dan 25 bola.
2) Kemudian mintalah si anak untuk menunjuk pada 25. Permintaan ini diajukan sambil lalu dan riang.
3) Jangan suruh anak mengucapkan duapuluh lima, sebab kita bukan sedang mengajar anak berbicara, tetapi sedang mengajar matematik!
4) Jika anak agak lambat untuk menjawab, katakan dengan gembira, "Yang ini, bukan?" sambil mengangkat kad 25 bola. Inilah cara mengajar yang jujur.

5) Ulang lagi sehingga anak dapat menunjuk dengan betul. Jika ia dapat menjawabnya, pujilah dan peluklah. Katakan kepadanya dia seorang anak yang terpandai yang pernah kita kenal. Hal ini memang betul bukan?

Apabila kita berjaya menimbulkan kegembiraan, anak akan mudah menaruh minat pada matematik untuk selamanya..
Anak akan menjadi yakin bahawa matematik lebih seronok berbanding "Gula-gula". Teruskan mengajar seperti itu dan InsyaAllah anak2 akan lebih cepat meningkatkan prestasinya : )
6) Kemudian beralih pula kepada operasi tambah dan tolak.

7) Jangan berikan waktu khusus untuk memecahkan soalan2, tetapi cuba campuradukkan atau lakukannya bila-bila masa sahaja apabila anak merasa senang. Jangan beri tekanan kepada anak.

D) Mengenal operasi DARAB

1)Hari ke-50, katakan kepadanya kita ingin mengajar pendaraban. Lakukan hal yang sama seperti dahulu.

2)Lalu katakan, "dua darab dua samadengan empat" (2 x 2 = 4) sambil memperlihatkan kad berbola empat. Teruskan sampai "Dua darab lima samadengan sepuluh" (2 x 5 = 10).

3) Pada hari ke-51, mulai dengan "tiga darab tiga samadengan sembilan’’ (3 x 3 = 9). Akhirnya "tiga darab lapanbelas samadengan lima puluh empat" (3 x 18 = 54) .

4) Sampai hari ke-58 kita sampai kepada "sepuluh darab enam samadengan enam puluh " (10 x 6 = 60). Pada waktu mengajarkan pendaraban kita boleh menyelitkan satu soalan perdaraban.

E) Mengenal operasi BAHAGI
1) Pada hari ke-60 katakan kepada anak kita mengajar operasi bahagi.
2) Bermula dengan "Empat bahagi dua samadengan dua" (4 / 2 = 2) hingga “enam puluh empat bahagi dua samadengan tigapuluhdua" (64 / 2 = 32) .

3) Pada hari ke-68 kita sampai pada "tujuh puluh dibahagi sepuluh samadengan tujuh" (70 / 10 = 7).

Kadang-kadang cuba selangi dengan soalan pembahagian.

F) PERSAMAAN
1) Pada hari ke-70, kita mula mengajar anak persamaan.  Katakan kepadanya kita sedang mengajarkan persamaan dengan riang gembira.

Sebetulnya anak sudah mengetahui semua persamaan dua langkah. Sebab, memang 2 + 3 = 5, 70 – 31 = 39, 8 x 8  = 64.
 2) Sekarang berikan soalan persamaan tiga langkah. Contohnya "tujuh tambah tigabelas tolak tiga samadengan tujuhbelas” (7 + 13 - 3 = 17). Kemudian perlihatkanlah kad berbola 17.

3) Setelah kita mengajarkan tiga langkah persamaan maka lanjutkanlah dengan langkah-langkah yang lain.


G) Mengenal ANGKA. 
1) Langkah ini amat mudah. Sekarang kita mengambil kad2 yang bertuliskan angka (kad dgn ukuran 14 x 14 cm).

2) Angkat kad yang bertuliskan 1 berwarna merah, dan katakan "ini satu".    
 
3) Lakukan seterusnya hingga hari ke-99. InsyaAllah.. anak akan mengetahui semuanya

Yakinlah apa yang kita ajarkan akan menghasilkan keputusan yang memuaskan. : )

(Sumber: Drajat, penulis buku "Bersahabat dengan Matematika")

Credit to 
http://belikeaisyah.blogspot.my/2011/05/mengajarkan-matematik-pada-bayi-dan.html


Tuesday, October 6, 2015

Ajar membaca seawal 2 minggu

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt...

Mungkinnnn disebabkan zaman sekarang ni...education terlampauuuu tinggi....so aku sangatlah excited nak tengok anak pandai


Kata orang kalau masa pregnant ibu alahan....anak bijak....
Aku tak alahan pon....so anak aku ???? Hahahha tetiba sedih.....

Tapi aku percaya satu je....pandai ke tak pandai...kalau belajar mesti boleh pandai...beza dia kalau anak tu bijak semulajadi...ko ajar sekali dia dah tangkap...kalo dia kurang bijak...kena ajar banyak kali baru dia faham....so kalau dah tahu anak tak berapa bijak..kita ajar je la sampai pandai.....


Niat di hati...
Masa baby dah nak tunjuk flashcard kat baby....
Target....anak setahun da pandai membaca....ni pengaruh yang aku tengok kat youtube

Baby omputeh setahun da pandai membaca....mesti tu satu kepuasan pada kita yang mengajar kannnn....



Kadang2 aku takut jugak nak story benda ni...takut org kata aku over acting...



Tapiiii bila aku jumpaaaa benda ni semua....


Aku rasa aku nakkkk buat jugak...
Dorang boleh buat....why not me kannn...






InshaAllah....semoga impian ni jd kenyataan....
Sama2 kita istiqomah untuk anak2 kita...

Saturday, October 3, 2015

Cloth book

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt...


Semangat nak jadi ibu..oh oh.....
Awal2 aku dah belikan cloth book pada baby.....
Yaa....aku tau...baby dok lepak guling2 lagi dalam perut
Umi dia dah eksaited beli bahan pelajarannnnn....ayoyoyo
Habislah kamu nakkkkk...


Sebenarnya aku yang gile buku....so aku teringin la konon nak jadikan anak aku pon ulat buku atau gile buku...
Kan ada orang yang tak leh berpisah dengan teddy bear...
Ada budak plak yang suka nauuu dengan kain atau towel...
Ada plak yang fall in love dengan bantal busuk....

So untuk anak aku...konon2 harapan aku nak bagi dia suka dengan buku la...
Nak tido buku
Nak makan buku
Nak mandi buku
Kalau nangis...bagi buku...terus diam
Wah tu angan2ku kan...
Hakikat dan kenyataan...tunggula budak tu keluar sat g kita tengok jadi lagu mana....

Yelah..plan lawa2 cun melecun....tapi nanti segalanya dari Dia jugakkan....

Oklah....ni bukunya....

Ni cloth booknya...jungly tails...
Ekor2 animal tu semua guna kain yang berbeza..
Kiranya untuk deria rasa baby la...bila dia sentuh tu ada kelainan setiap ekor tuhh...




Ni plak kandungan dalam buku tu....
Jenuh aku pi google how to pronounce leopard and raccon tu..hahaha



Karang salah sebut kesian plak baby yang diajar kan....so kita google la dulu siap2...

Cover book ni ada bunyi...mcm bunyi plastik gitu bila sentuh...kiranya macam nak attract baby untuk pegang and sentuh buku ni....


Warna2 yang dia guna pon terang and menarik....
Seronok nak tengok...
Eh eh...si ibu pulak yang over...hahaha

Harga buku ni rm 25 je...
Pastu seller tu offer beli ulat lamaze pon rm 25 free pos...
Tanpa fikir panjang terus je aku beli....
Hahahahaha...

Pasal ulat lamaze nanti aku story kat entry lain yer...


Semoga anak2 kita berjaya dunia akhirat....aminnnn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....