Friday, May 6, 2011

Contest Entry Paling Kencang

Lan. Nama yang paling aku benci dalam dunia. Kemana sahaja aku pergi, mesti ada dia. Aku pun tak tahu apa masalah dia. Aku makan di Rafflesia, di situ jugak aku nampak dia sibuk memilih makanan. Elok aku beratur, eh dia dah selamat berdiri kat belakang aku. padahal tadi aku nampak dia masih pilih makanan. Benci. Aku benci dia.

Aku pergi library, sebab aku nak pinjam buku. Aku cari buku tapi tak jumpa. Aku tarik nafas panjang, sebab aku rasa kecewa. Tiba-tiba ada orang tayangkan buku kat depan muka aku. Dah senyum lebar dah aku, laju je tangan aku nak ambil buku tu. Makanya…..dia saja je tayang buku tu depan aku sebab nak bagitahu dia jumpa buku tu dulu. Entah bila masa dia ada kat library pun aku tak sedar. Sakitnya hati, bukannya nak bagi aku pun, saje nak tayang lepas tu dia tunjuk tarikh pulangkan buku tu, seminggu selepas due date assignment. Bongok la Lan. Memang lah aku tak akan sempat guna buku tu. Terpaksa aku cari alternative lain.

Aku tak datang kelas sebab demam. Pastu aku dapat kal dari someone, cakap nak jumpa aku. Dahlah aku tengah tak sihat, boleh tak jangan cari pasal. Benci betul aku dengan dia. Paksa jugak aku turun bawah walaupun kejap. Terpaksa la aku gagahkan diri turun, pastu kat bawah Lan dengan sengih-sengih dia. Bagus kalo dia hensem..erk tapi memang dia hensem pun. Pelan pelan aku jalan pegi tempat dia berdiri. Dia menyandar kat belakang Satria Neo sambil pegang jambangan bunga. Heran gak aku. tetiba dia baik ngan aku nape..padahal selama ni dia selalu sakitkan ati aku. Dia bagi aku bunga. Aku amik. Pastu dia sengih-sengih. Aku cakap terima kasih. Dahnya dia cakap, tolong bagi bunga ni kat roommate ko. Aku tolong Nizam je. Dia malu nak bagi kat roommate ko. Elok lepas je dia cakap dia blah. Senget punya Lan, dah la aku tengah sakit, boleh plak dia wat lawak bodoh cam tuh kat aku. Bongok lagi untuk Lan.

Tiga hari aku tak datang kelas, rupanya dorang dah divide task class project. Makanya…aku kena dengan Lan AJK publisiti. Argh…nape mesti kena dengan Lan bukan orang lain. Aku benci bekerja dengan dia. Aku tak suka. Tak suka. Tak suka.

Lan berlagak ketua lagi. Macam biasa. Dia arah aku itu ini. pe dia ingat aku ni kuli dia ke. Tapi aku malas nak bertekak dengan dia. Aku buat je apa yang dia suruh. Tak tidur aku siapkan poster, brochure, pamphlet tuk edaran. Pastu esok aku bagi kat dia, boleh dengan selamba je dia cakap kat aku…”ni je yang ko mampu ?” Menggelegak aku dengar pe dia cakap….aku tak tidur malam buat benda ni, dia boleh dengan selamba je cakap cam tuh. Dia tengok aku lama. Renung dari atas sampai bawah. Pastu dia berbisik kat telinga aku, “Ko tau tak…ko cantik hari ni…”dalam aku kecik ati ngan apa yang dia cakap, kembang la jugak p aku senyum dalam hati je. Kantoi a kalo senyum depan dia. Pastu dia sambung lagi. Dia dekatkan mulut dia kat telinga aku….”tapi…ada tahi mata kat mata ko. Ko tak mandi eh ? “pastu dia terus lari…argh…bencinya aku dengan Lan. Terus je aku pergi toilet check. Malu dowh. Tapi tadek papew pon. Bengong la Lan. Saje je dia kenakan aku.

Banyak Lan dah sakitkan ati aku. dari start aku tukar kampus, orang yang selalu cari pasal ngan aku Lan. Hari-hari nak sakitkan hati. kalo sehari dia tak sakitkan hati tak sah. Mana aku pegi, kat situ dia ada. Tak paham aku. kata benci aku, tapi ikut aku. hari tu, aku nak makan kek, aku p kedai kek cari cheese kek. Ada satu je. Aku baru je nak amik. P aku pk pk dulu, sebab aku lupa duit aku ada berapa. Kejap je aku dok tercongak depan tu, sambil muka aku berkerut dok kira duit dalam kepala aku, ye ah malu kot kalu kat kaunter sat g aku tadek duit. Tiba-tiba je selamba je ada orang tolak aku sampai aku terundur, pastu dia amik cheese kek tuh. Dan dia ialah Lan. Nak menangis aku, sebab aku betul betul nak makan cheese kek tu. Hari ni hari jadi arwah akak aku. dulu, aku ngan akak selalu sambut birthday sama-sama sebab kitowang hanya berdua dalam dunia nih. Kami tade sape-sape. Aku Cuma ada akak dan akak Cuma ada aku. tapi semenjak akak tadek, aku selalu makan kek sorang-sorang bila birthday dia. Pastu aku akan mengaji tuk dia. Aku tak pernah nangis masa buat sume tu, sebab tu tanda ingatan aku pada akak. Akak marah aku nangis. Sebab tu aku tak pernah nangis. Bila aku rindu akak, aku akan cari cheese cake dan lepas makan aku akan bacakan yassin hadiah buat akak. Tapi hari ni….

Aku dok sorang depan tasik. Aku nak nangis, tapi aku ingat pesan akak. Akak memang tak bagi aku nangis. Sebab akak cakap orang nangis tu sedih. Akak tamo bagi aku sedih-sedih. Sebab tu aku tak pernah nangis. Aku jarang sangat nangis. Aku kuatkan hati aku. aku kesat mata aku, tuk elakkan air mata aku dari jatuh menitis. Tiba-tiba ada sorang budak perempuan dalam lingkungan 8 tahun datang kat aku. dia senyum-senyum. sangat comel. Geram aku tengok budak tu. Hilang rasa sedih aku sekejap. Dia bagi aku kotak. Berkerut dahi aku, pastu budak tu cakap ‘akak jangan sedih…nah adik bagi ni. Bukak la.’ Aku bukak kotak tu. Ada cheese kek. Lama aku tengok budak tu. Pastu budak tu senyum je kat aku. ‘akak makanlah.’ Pelan-pelan dia capai kotak dari tangan aku, dengan sudu dia potong kek tu suapkan kat aku. pelan-pelan aku telan kek tu. Sampai habis dia suap aku.

Satu kelas aku cari buku aku, tapi tak jumpa. Aku mengaku memang salah aku. aku cuai. Cuak aku, sebab semua benda penting ada dalam tu. Aku cari lagi dan lagi. Last-last aku dengar ada orang cakap, ‘weh balik ah. Dah kul berapa ni.’ Terkejut aku. Lan. Bengong ah Lan, tetiba dia sound aku cam tuh tengah-tengah malam cam nih, ingat aku tak terkejut ke. Kalu aku ada sakit jantung cane. Aku tengok sekeliling, dah tadek orang dah. Ada Lan je. Sume dah balik. Pastu lampu padam. Terjerit aku. Pastu aku dengar ada orang gelak. Argh….sakit ati aku dengan Lan. Pelan-pelan aku melangkah keluar dari kelas nak balik hostel. Sorang-sorang sebab Lyn, roommate aku ponteng kelas ari ni.

Aku tengok jam kat tangan. Dah kol 10. Takut gak jalan sorang-sorang. Tapi aku kuatkan hati je. Tadek pe la. Aku rasa ada orang ikut aku. aku melajukan langkahan kaki aku. p, aku rasa orang tu pun sama ikut laju gak. Aku berlari. Dia pon berlari gak. Aku nak menoleh, p aku takut. Aku jalan je la terus. Mulut aku tak berenti berdoa. Takut gak aku. pastu aku rasa ada orang tepuk bahu aku. Pelan-pelan aku toleh. Terkejut aku tengok muka mahluk tu buruk gile. Seb bek aku tak pengsan. Bulat mata aku. pastu aku dengar lembaga tu cakap ‘comel ah mata ko bulat.’ Lan!!!! Bongok ah laki ni. Bencinya aku.

Lepas habis kelas, aku terus balik bilik. Aku malas nak g makan, sebab aku tamo tengok muka Lan. Aku pun tak tahu lah nape muka dia asyik ada dimana-mana sahaja. Sib bek dia taleh ikut aku sampai bilik aku. Aku terpandang sekeping gambar atas meja. Ah, nape muka dia lagik. Sape plak letak sini. baru je cakap tadik, dah gambar dia plak ikut aku sampai bilik. Gambar dok elok atas kotak kecik. Sebelah tu ada buku aku. buku yang aku cari-cari selama ni. Senget, ni mesti Lan yang curi ni. Tapi gambar dia ni nape lak kat sini. Aku amik terus je aku letak dalam laci. Ngan kotak kotak kecik tu sekali aku sumbat dalam laci. Malas nak tengok muka dia lagik. Aku ngantuk, nak tido. Semalam aku tak tido,edit benda alah brochure bagai tuh. Seb bek arini dia tak bising cakap tak cantik. Kalu tak aku leku kepala dia.

Aku dapat mesej dari Lan, dia nak jumpa aku kat fac pukul 3 petang ni. Aish, nak jugak jumpa kat fac. Nape tanak jumpa kat Rafflesia je. Malas aku nak turun 200 anak tangga tu semata nak jumpa dia. Tolonglah ye. Dah la aku ngantuk nih. Aku nak tido. Aku tak balas pun mesej Lan.

Aku terbangun dari tido kul 4 petang. Aku amik hp. Ada miskal. 10 misskal dari Maira. 5 dari Nizam. 3 mesej. Mesej dari Maira. ‘Yana ko kat ne ? Lama kitowang tunggu ko.’ Aku tercengang-cengang baca mesej Maira. Lama kitowang tunggu ko. Apakah. Pastu mesej kedua, dari Lina. ‘Yana, Lan accident.’ Dan mesej 3 pun sama dari Nizam. ‘pakwe ko accident.’ Mesej dari nizam wat aku tercengang jap. Bila masa lak Lan jadi pakwe aku.

Aku terduduk. Aku tak tahu nak buat apa. Finally…air mata aku mengalir laju. Aku mengesat perlahan-lahan. Kata-kata akak terngiang-ngiang kat telinga. Yana jangan nangis, nangis tu maknanya sedih. Akak tamo Yana sedih, sebab akak sayang Yana. Sambil aku kesat, sambil air mata tu keluar. Ah…tak reti aku canew nak stop kan air mata tu. Aku kal Maira balik. Maira tak jawab kal aku. begitu jugak dengan Nizam dan Lina.

Hari-hari aku tak sama macam dulu. Berbeza sangat. Da tadek orang kacau aku lagi. Tadek orang sakitkan hati aku lagi. Tiap-tiap hari aku pegi hospital, melawat Lan. Lan tak sedarkan diri. Masih jugak begitu. Kata Lina, Lan accident masa nak pergi beli kek aku. Masa dorang ramai-ramai tunggu kat fac. Sebab nak sambut birthday aku. Pastu masa tu gak Lan nak lamar aku depan kawan-kawan sekelas.

Aku terima invite untuk satu private blog. Aku bukak. Terkejut aku bila aku tengok, suma gambar aku. macam-macam reaksi. Ada senyum, ada sedih, aku sedang gelak, ada muka aku tengah marah. Macam-macam gambar candid aku dimuatkan di sini.

Dari satu entry ke entry seterusnya aku baca. Aku lalu dengan perlahan aku menarik laci, di mana gambar Lan dan kotak kecilnya disimpan. Aku dah lupakan tentang itu, tapi setelah membaca entry itu, barulah aku teringatkannya, lalu tanganku laju mencari gambar itu dan kotak kecil itu. rupanya gambar itu adalah kad jemputan birthday party adik Lan. Mana aku tahu, dah gambar dia je besar gedabak kat depan kad tu. Padahal tu birthday party adik dia. Adik dia…yang bagi kek dan suapkan cheese kek pada aku dulu.

Kotak itu…? kotak tu ada sebentuk cincin buat aku…..kalu aku setuju, menerimanya dalam hidup aku, cincin itu akan tersarung di jari manisku sewaktu menghadiri birthday party adik Lan. Tapi aku tak pergi pun majlis tu, cincin tu pun aku tak pakai. Sebab aku baru tahu sekarang. Sekarang, semasa dia di hospital.

Bunga tu…sebenarnya tuk aku…..tapi Lan takut aku tolak. Jadi dia cakap bunga tu Nizam bagi kat roommate aku. Dapat tengok aku sekejap pun tak pelah. Sebab dia sangat rindu aku, masa aku sakit tuh.

Lan suka aku. tapi aku benci dia. Sape suruh dia buat aku cam nih. Mana aku tahu dia suka aku. entry dia menceritakan segalanya. pada mulanya, dia memang bencikan aku sebab muka aku cam bekas awek dia, p lama-lama dia jatuh suka kat aku. tapi aku tak sedar suma tuh. Aku tak pernah tahu pun. Selama ni dia sengaja ikut aku, sebab dia seronok tengok muka marah aku.

Aku ambil cincin yang Lan bagi kat aku dalam kotak kecik tu. Aku bukak kotak tu balik….aku ternampak sehelai nota kecil. ‘Yana, Lan sayang Yana.’ Aku terdiam. Lama. Kemudian….aku mencapai cincin dan menyarungkan ke jari manisku. Petang nanti aku nak melawat Lan. Aku harap dia sedar. Sebab aku nak tunjuk cincin yang kat tangan aku ni.

Aku siap-siap nak gi hospital dengan Lyn. Aku terima mesej. Aku buka….

‘Yana….Lan dah takde. Al Fatihah.’

2 comments:

rel='nofollow'>Eae mie said...

ermmm...sedey lak..
terharu..
mcm ne keadaan yana tu...nk hadapi semua nie

rel='nofollow'>Azreen Farhani binti Azman said...

oiyttt . huhuhhu T____________T

siannya . huhe . adess . tula , kalau suka kene bgitau jgan pendam2 . nnt melepas .


eh btw , thanx join eh . kalau nk wat banyak kategori boleh , tapi len blog . ajak la adik ke abg ke , kakak ke , kawan2 semua , hadiah boleh share . ye x ? heheh . all the best eh


salam syg dr cik ryrinn _ angin :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....