Friday, May 6, 2011

mereka yang disayang...

Dalam hidup ni kita akan jumpa macam-macam ragam manusia. Ada yang baik, ada yang buruk. Dan semuanya mereka sebenarnya memberi 1001 kisah dan pengajaran buat kita. Cuma …dari kita je nak amik ke tamo amik…kalo kita amik, jadikan teladan, apa salahnya….untuk meneruskan hari-hari esok yang lebih mencabar…semoga kita lebih berjaya….

Aku punya ramai kawan….macam-macam kisah, macam-macam cerita....kisah seorang kawan, dia cakap abah dia lebih sayangkan adik dia daripada dia sebab dia tak berapa nak cantik compare dengan adik dia. Aku rasa tu perasaan dia je…tapi aku dengar je, tadek la nak cakap pape.

Aku tak tahu lak dia dengki ngan aku, sebab…aku ADA dia tiada…means ? ye lah, kalo orang dengki ngan kita sebab lebihnya kita…so ada la lebihnya aku datz y dia boleh dengki ngan aku.

Kisah seterusnya, ada sorang kawan…dia cakap mak ayah dia tak sayang dia…pastu dia cakap, mak dia la penyebab keluarga dia semakin jauh…

Ye…family dia macam retak…tinggal nak pecah berderai je…pastu dia cakap semuanya sebab mak dia…ok fine, kalo ye pun sebab mak dia, takkan dia pon nak sama-sama pecahkan family dia jugak. Dia kena take action untuk selamatkan kembali family dia…dia nak harapkan sape, kalo dia sendiri yang tak take action…aku pernah cakap cam tu, p ntah la…dia malas nak pk benda-benda tu sume..

Lagi, kisah seorang kawan. Dia anak no 3 dari 4. Dalam family, rules dia, semua apa yang tua cakap tu betul, so kakak dan abang semuanya betul even salah. Tapi, adik pun betul jugak dan dia salah…bha jadi apalah ? tensen si kawan tu…sumenya dia yang salah…pastu hidup dia ditentukan oleh mak ayah dia….pilihan course kat u pun, ayah yang pilih, dia tak leh nak decide sendiri…dan sampailah satu tahap dia rasa nak bunuh diri dan dia cuba untuk itu…tapi Alhamdulillah, umur dia masih panjang…dan dia masih bernafas sehingga hari ini …

Cukuplah aku bawak tiga kisah…kisah ni memang nothing sebab aku tak pandai nak bawak cite ni sampai boleh kuarkan air mata korang, but it is something …pada siapa yang pandai menilai….bukanlah aku nak cakap aku pandai menilai…tapi bila direnung kembali…tiga kisah ini sudah cukup untuk buat aku bersyukur punya mi dan abah yang amat sayangkan aku….

Alhamdulillah, keluarga kami tak mewah tapi aku cukup menghargai apa yang dah mi dan abah aku lakukan…tak lupa adik-adik yang selalu support aku dan bersama aku sehingga hari ini….wah macam nak buat skrip penghargaan je kan..haha..bukan pe aku nak sampaikan rasa hati aku buat orang yang aku sayang….

Aku tak nampak sayang mereka, sehingga dengar cerita dari kawan-kawan aku pasal keluarga mereka…kisah pertama….kawan aku degki aku kan…haha…sebab masa form 4 aku dah ada lessen motor, habis spm dah dapat lessen kereta, nak g memana senang je ada motor, p kawan aku tadek…walaupun cam tu, still sometimes as a teenager aku rasa tak puas...kadang-kadang aku rasa malu lak sebab bawak motor Honda cup c 70 je…pastu abah aku beli motor honda wave…..abah aku plak yang g keje pakai Honda cup tu, n aku….mestilah Honda wave…sampai satu tahap, abah aku boleh cakap cam ni, akak abah nak pinjam motor akak jap….ya Allah terharunya aku, padahal tu motor dia…sampai nak minta izin dengan aku lagi…nak pakai, pakai jelah abah…

Kisah kedua,…family yang berpecah belah….Alhamdulillah family aku tak macam tu…hubungan kitowang memang rapat antara satu sama lain…kalu aku balik, mesti kitowang kuar sama-sama..walaupun juz makan kat kedai kopi je, tapi aku bersyukur sebab dapat makan sama-sama ngan family, kuar sama2…bukan family aku je, tapi aku pun rapat gak ngan sepupu2 kecik aku…kalo aku balik, mesti aku g umah dorang….mesti ada je aku bawak benda2 comel tuk dorang, paling2 pun bawak ju gula-gula…sebab tu, aku boleh rindu dorang bila aku jauh kat sini..sebab aku rapat sangat dengan dorang…dorang lak, wat aku hilan tensen…jadi kanak2 ribena bila bersama dengan dorang….

Dan kisah ketiga…Alhamdulillah….mi n abah tak pernah paksa aku…buatlah apa yang aku suka, mereka akan sokong apa jua yang aku lakukan selagi apa yang buat tak bertentangan dengan agama…Cuma dulu…masa aku study kat sabah, mi aku pesan jangan carik orang sabah lak, cari org terengganu…hahaha…mi aku nak org trg cane ? kadang-kadang sebab aku geram, aku cakap, susah sangat orang kawen ngan Aiman la (jiran sebelah umah umur 4 tahun)…kadang-kadang kalo aku geram gak aku cakap, da ada bf orang sabah….skang ni mi aku da tak kisah kalo aku nak kawin ngan orang mana-mana…padahal aku tak sedar kan…sebenarnya…mi aku tamo aku jauh dari dia…masa belajar aku dah jauh, jarang balik…nanti kalo dah kawin…mestilah ikut suami…..aku tak pernah pk semua tu…

Hari ini, waktu ni, masa aku tulis entry ni, aku menitikkan air mata, sebab aku tiba-tiba teringat kat mi aku….aku teringat apa yang aku cakap kat dia…aku teringat apa yang aku buat….nakal nya aku sebagai seorang anak…banyaknya dosa aku sebagai seorang anak….

Aku harap, aku dapat membalas jasa mi dan abah aku nanti…mereka dah banyak berkorban buat aku…aku ingat lagi abah aku cakap, abah selalu balik lewat malam, pukul 2-3 pagi, buat overtime, nak cari duit untuk ko….dan esok abah bangun macam biasa pg kerja…sebak dada aku dengar abah aku cakap cam tu, tapi aku tahan…tapi bila aku ingat balik apa yang abah aku cakap…air mata aku menitis lagi….

Sebelum aku hentikan coretan aku….ingin aku akhiri dengan satu perenggan…

Kawan-kawan…sayangilah mak dan ayah kamu….walau apa pun yang terjadi dalam family, jangan salahkan mereka, tapi cubalah untuk membina kembali hubungan keluarga itu..sesungguhnya kamu akan menyesal sekiranya kamu tidak sempat untuk membina hubungan itu….

mi dan abah yang aku paling sporting dalam dunia...kitowang suh gambar cam orang kawin pun dia layan je....=D

Aku, angah, asya n adik


Selamat Hari Ibu…buat mi aku ZAHRAH JUSOH.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....