“Aku tak faham la dengan kau ni, Mel. Bukan tak de lelaki lain dalam dunia ni. Berlambak lagi. Jangan jadi bodoh lah Mel.” Tiya tidak berpuas hati dengan aku. Aku tahu dia terkejut dengan apa yang Eizril telah lakukan padaku. Langsung dia tidak menyangka Eizril yang kelihatan romantic itu buruk perangai. Harap muka aje hensem tapi kata-kata…..wah…menikam kalbu. Dan aku, aku Cuma tersenyum mendengar nasihat yang agak kasar yang keluar dari ulas bibir Tiya itu.
“Memanglah kau tak faham Tiya. Sebab kau bukan Imelya Yazid. Imelya yang terlalu sayang dan cintakan Ezad Eizril dengan sepenuh hatinya.” Aku ketawa denga kata-kataku sendiri. Geli pula aku dengan ayat jiwang yang keluar dari ulas bibirku. Tiya memangdan aku tajam. Marah tentunya dia dengan perlakuanku yang langsung tidak serius.
“Dahlah. Kau janganlah risau. Marah Iril sekejap je la. Jap jap lagi dia okey la tu. Lagipun memang salah aku pun.”
“Apa salah kau. Kau bagitahu aku. Apa yang kau dah buat sampai dia cakap kau macam-macam.”
“Tak ada apalah. Dah, kau tak yah bising-bising. Aku ngantuk ni. Nak tidur. Good night sayangku Tiya.” Aku menolak Tiya keluar dari bilikku. Masam mencuka wajah Tiya diperlakukan begitu olehku. Sebaik sahaja Tiya keluar aku mengunci pintu bilikku dan menutup lampu. Dan tanpa ku sedari air mataku menitis laju. Aku mencapai handsetku yang diletakkan di atas meja. Ku buka inbox dan membaca kembali mesej-mesej yang ku terima daripada Eizril. Mesej yang membuatkan pandangan Tiya terhadap Eizril berubah.
Semua mesej daripada Eizril menghina aku. Mengutuk aku dan mencaci aku. tidak perlu aku ceritakan di sini kerana aku tahu sesiapa sahaja yang membacanya akan tersiat hatinya. Sama seperti hatiku yang turut tersiat dengan mesej-mesej ini. juga Tiya yang benar-benar marah setelah terbaca mesej-mesej ini daripada telefonku.
Sampai hati Eizril. Tidak tahukah dia…bahawa kata-kata itu lebih bisa daripada mata pedang. Dan penangan kata-kata Eizril amat menyentap hatiku. Aku tidak kisah di hina. Aku tidak kisah di caci. Sebab aku tahu siapa aku dan aku amat yakin hinaan dan cacian itu tidak pernah benar. Tapi apabila hinaan dan cacian ini dihadiahkan oleh seorang insan yang amat ku sayang, insan yang sepatutnya menghadiahkan kata-kata cinta…hati ini seperti disentap dah disiat-siat secara ganasnya. Memang secara laihirnya aku sihat. Memang secara zahirinya aku tidak sakit apa-apa. Tetapi secara batinya aku sudah makan hati. Dan ini sebenarnya amat menyakitkan.
“Kau nak pergi mana ?” Tiya bertanya apabila melihat aku bersiaps-aip dengan sehelai selendang panjang pemberian daripada Eizril.
“Dating.” Jawabku dengan senyuman.
“Dengan Iril ?” tanyanya lagi. Selaki seorang sahabat yang baik dia amat mengambil berat tentang diriku dan dirinya seolah-olah seorang ibu kepada anaknya kerana dia memang macam mama aku yang suka berleter. Haha.
“Yup.” Aku senyum bahagia.
“Kenapalah kau ni. Dia cakap kau sial, kau tau tak S.I.A.L. kau tau taka pa makna perkataan tu Mel ?” Aku terdiam mendengar soalan yang keluar dari ulas bibir Tiya. Mataku berkaca. Kenapa Tiya ungkitkan lagi perkara ini. sedang aku sudah sedaya upaya membuang ingatanku terhadapn perkara ini supaya kasih sayangku kepada Eizril tidak terjejas.
“Ala…masa tu dia tengah marah la, Tiya. Sekarang dia dah okey.” Aku cuba memujuk Tiya. Aik…ini dah terbalik. Aku pula yang memujuk Tiya. Apa cerita ni. Tiya Cuma menarik nafas panjang mendengar kata-kataku.
“Hati-hati. Aku sayang kau.” Dia memeluk aku dan menghadiahkan sebuah kucupan buatku.
“Thanks Tiya.” Kataku lalu mencapai beg tanganku dan menuju ke pintu untuk berjumpa dengan Eizril. Seronok dan bahagia.
“Kenapa awak ni bodoh sangat. Yang awak pergi bagi handset kat Tiya kenapa ?” Aku diam apabila Eizril memarahi aku. Sejak akhir-akhir ini Eizril benar-benar membuktikan dia memang seorang lelaki yang panas baran. Entahlah aku sendiri tidak faham dengan sikapnya. Dari seorang yang amat romantic, amat caring, dan amat memahami dia berubah. Berubah dengan sikap yang langsung tidak ku jangka. Pantang ada salah sedikit, maki hamun adalah hadiah terbaiknya buat aku. Apa dia fikir aku tidak punya perasaan? Atau mungkin dia rasa aku memang suka menerima kutukan dan hinaan juga cercaan dari bibirnya yang kunun menggoda itu. Argh….
“Sorry…” hanya sepatah perkataan yang terluah dari ulas bibirku. Aku tidak tahu apa yang perlu aku katakan. Memang silapku. Aku yang membenarkan Tiya menggunakan handsetku untuk menghantar mesej, sudahnya Tiya terbaca semua mesej darinya. Tiya pun satu, yang dia pergi telefon Eizril dan marah-marahkan Eizril kenapa. Tengok sekarang, yang kenanya aku. Bukan dia. Jawapan Tiya mudah, kalau aku tidak mampu untuk marah Eizril biar dia yang marah.
“Awak suka la kan. Semua orang dah pandang serong kat saya.” Eizril masih tidak berpuas hati dengan aku.
“Saya tak bermaksud….”
“Arghhh….sudahlah. Awak ni memang perempuan yang paling tak guna dan paling bodoh yang pernah saya jumpa.” Tersentap aku mendengar kata-katanya. Kalau sebelum ini kata-kata hinaan dan cercaan itu hanyalah di mesej, tapi sekarang kata-kata itu benar-benar diungkapkan depan aku. dan memang kata-kata itu dituju khas buat aku. Terima kasih Eizril.
Aku Cuma mendiamkan diri. Lama. Perjumpaan kami hari ini amat menyakitkan hati aku. Eizril memang pandai menjaga hatiku sekarang. Hebat. Dia memang hebat. Selayaknya dia mendapat pujian menggunung dariku.
Kami tiba di sebuah restoran. Seperti biasa aku akan mengorder makanan kegemaranku. Kue tiaw goring dan segelas jus oren. Aku cuba untuk bersabar dengan sikap Eizril dan menunjukkan kepadanya yang aku langsung tidak berkecil hati dengan setiap kata-latanya. Aku tidak mahu dia marahkan aku lagi. Cukuplah. Semoga dengan sikap hipokrit aku ini berjaya menyejukkan marahnya.
“Awak….” Aku memandang Eizril.
“Saya minta maaf.” Dan sebaik sahaja ungkapan maaf itu keluar dari ulas bibirnya, semua rasa marah, sakit hatiku dan segala macam perasan yang tidak elok terhadadapnya mencair. Aku senyum. Senyuman yang amat manis buat Eizril sebagai tanda aku memang sudah memaafkannya.
“Tak apalah. Memang salah saya, sepatutnya saya yang minta maaf dengan awak sebab semua tu silap saya. Saya tak jawab call sampai awak marah-marah. Mesti masa tu awak betul-betul rindukan saya kan?” Eizril mengangguk dan tersenyum.
“Memang pun. Dah la saya macam orang gila rindukan awak, then boleh pula saya call banyak kali awak tak jawab. Lepastu handset tu mati. Sakit hati tau tak. Macam-macam yang saya fikir masa tu.”
“Sorry ya Ril. Masa tu kan saya ada kelas, pastu bila balik kelas dah habis bateri pula. Dah lepas charged saya lupa pula nak on sampai Tiya nak pinjam handset nak mesej mama dia. Saya betul-betul minta maaf.” Eiril senyum mendengar kata-kataku.
“Lain kali jangan bagi handset kat orang dan jangan lupa cas handset.” Eizril berkata. Namun kata-kata itu bukanlah dalam nada yang marah. Nada yang amat lembut.
Selesai makan, Eizril menemani aku membeli kasut untuk kursusku pada cuti nanti. Niatnya memang hanya untuk membeli kasut, tapi bukan hanya kasut yang dibeli, sehelai tudung juga turut dibeli Eizril sebagai tanda memohon maaf dariku. Kami juga sempat memborong pelbagai jenis biskut dan coklat di Giant.
“Coklat ni supaya awak tak lapar.” Kata Eizril. Aku tersenyum mendengar kata-katanya. Eizril memang seorang lelaki yang amat mengambil berat. Seboleh mungkin dia tidak mahu aku berlapar. Tambah-tambah lagi bila hujung bulan yang sudah tentunya duit poketku kering.
“Terima kasih. Nanti kita makan sama-sama ya.”
“Saya belikan untuk awak supaya tak lapar. Saya ni, bukan macam awak, asyik lapar aje lepas tu malas nak turun pergi beli makanan.” Eizril mengusik menyebabkan aku tertawa senang.
“Ala, dah saya belajar mestilah lapar. Bukan malas turun lah, tapi saya rasa membazir bila saya beli makanan yang tak sedap kat bawah tu. Baik saya masak sendiri.”
“Ya kan….kalau masak sendiri, walaupun tak sedap habis juga kan.” Eizril mengusik lagi dan aku mencubit lengan Eizril. Geram. Suka betul dia mengusik aku.
Aku masuk ke rumah dengan senyuman yang paling menawan. Bahagia tentunya dapat berjumpa dengan si buah hati. Hampir sebulan kami tidak berjumpa. Masing-masing terlalu sibuk dengan tugasan. Aku sibuk dengan studyku manakala Eizril sibuk dengan kerjanya.
“Wah….happynya.” Tiya yang asyik menonton tv di ruang tamu menegur.
“Mestilah.”
“Apa cer ?” Semangat dia bertanya. Tumpuannya yang tadi hanya di tv sudah beralih kepadaku. Tidak sabar dia mahu mengetahui kisahku yang seterusnya.
“Dia dah okey. Dah tak marah aku lagi. Then dia minta maaf. Tu je.” Aku meringkaskan cerita. Hanya itu yang perlu Tiya tahu. Yang lain tak perlulah. Kalau cerita pun mesti dia akan bosan sebab aku akan memuji melangit Eizad Eizril, kekasih yang amat aku sanjung itu. Biasalah orang kemaruk bercinta. Hanya nampak yang indah-indah sahaja. Yang buruk-buruk tu tak nampak, atau kalau nampak pun pura-pura tak nampak. Atau kata orang maafkan sahaja kesalahanya sebab nobody perfect. Jadi yang tinggal hanyalah kebaikannya. Wah….memang manis asam garam bercinta.
Aku masuk ke dalam bilik dan bersedia untuk mandi. Barang-barang yang dibeli aku letakkan di tepi meja. Nanti sahaja baru ku kemas semuanya. Sekarang aku mahu mandi dahulu, segarkan badan. Tidak lupa sebelum mandi, hantar mesej kat Eizril dulu supaya dia tahu apa yang sedang aku lakukan dan nanti kalau aku tak jawab call tak adalah dia nak marah-marah. Macam biasa, hantar report. Hehe.
Selesai mandi aku membelek-belek barang-barang yang dibeli. Aku tersenyum sendiri apabila melihat bil yang di letakkan di dalam beg palstik barang-barang itu. nampak sedikit sahaja tapi hampir seratus juga makanan yang aku beli. Gila banyak. Hahaha. Eizril memang macam tu. Boros. Berlainan dengan aku yang kedekut.
Asyik membelek barang-barang itu, mataku menangkap sekeping kad kecil yang terselit di celahan biskut-biskut dan coklat itu. Aku mengambil kad kecil yang comel itu. Gambar teddy bear sedang memegang belon pada kad itu membuatkan aku tersenyum. Aku membuka kad itu dan….
‘Sayang,
Maafkan Eizril ya. I Love You.
Eizril.
Aku pantas mencapai handsetku. Menelefon Eizril tentunya.
“Helo sayang,”Eizril menyambut panggilanku.
“Awak…”
“Hm….”
“Saya dah maafkan awak lah. Lupakan ajelah apa yang berlaku ya.” Aku berkata. Aku tak suka apabila Eizril asyik mengungkapkan kata maaf sedangkan aku sudah benar-benar memaafkan dirinya.
“Ya, tapi saya rasa bersalah buat awak macam tu.”
“Dah….tak ada apalah. Jangan cakap fasal ni lagi. Saya tak suka. Saya sayang awak tau,” kataku cuba membuang perasaan bersalah Eizril.
“Thanks Mel” lembut sekali nada suara Eizril terus menusuk ke hatiku. Wah…romantic gitu. Kami berbual-bual sekejap dan selesai sahaja berbual aku berdating dengan buku-bukuku pula. Semangat ni. Yalah baru aje lepas berbual dengan si buah hati dan mendapat suntikan semnagat dari Eizril Semangat menggunung nak belajar ni. Haha.
Exam makin hampir. Hubungan aku dengan Eizril seperti biasa. Turun naik. Dan makanan tambahan untuk aku seperti biasa, cercaan dan hinaan dakang-kadang bersulam dengan makian. Eizril tidak berubah. Masih seperti biasa. Anginnya berubah-ubah. Kadang-kadang dia amat mengambil berat, penyayang dan romantic. Dan kadang-kadang sahaja dia marah-marah. Selepas dia marah dia akan memohon maaf dengan aku. Aku sendiri tidak faham kenapa aku boleh bertahan dengan orang seperti Eizril. Butakah mataku untuk meniliai Eizril. Terlampau sabarkah aku sehingga aku sanggup menerima hadiah terbaeeek dari Eizril. Entahlah…aku keliru. Keliru dengan diri sendiri.
Tanpa sedar air mataku menitis mengenangklan sikap Eizril terhadapku. Cintakah Eizril kepadaku sedang dia selalu hadiahkan aku dengan kata-kata seperti itu. memang kata-katanya tidak menampakkan kesan pada badanku. Memang orang yang tidak tahu kisah aku dan Eizril hanya akan nampak kebahagiaan kami. Memang orang akan kata aku beruntung apabila aku selalu menerima hadiah daripada Eizril. Selalu menerima panggilan darinya. Dia amat mengambil berat sehingga kadang-kadang ambil beratnya menyakitkan aku. Dia terlalu risaukan keselamatan aku dan bila dia risau dia mula berfikir yang bukan-bukan. Tambahan lagi kalau aku belum pulang walaupun sudah lewat malam. Bukan aku berfoya-foya tetapi aku dan teman-teman bertungkus lumus menyiapkan assignment kami. Assignment yang menuntut masa aku sehinga ke satu dua pagi. Itu perkara biasa buat kami. Tapi tidak fahamkah Eizril dengan keadaanku. Penat aku, bukannya dibelai kata-kata lembut namun aku menerima kata-kata yang amat manis dari ulas bibir Eizril.
Bahuku di tepuk. Aku menoleh. Tiya berdiri di belakangku menghulue segelas minuman. Aku tersenyum menyambut minuman yang dihulur olehnya.
“Thanks.”
“Kau dah makan belum ?” Tiya bertanya.
“Sudah.” Aku menjawab. Aku tidak bohong. Memang aku sudah makan walaupun hanya beberapa keeping biskut. Kebelakangan ini selera makanku kurang. Eizril selalu marah-marah. Tension aku dibuatnya. Aku cuba untuk tidak menunjukkan apa-apa masalah kepada Tiya. Malas aku mednengar leteran Tiya. Cukuplah aku menerima hadiah terbaek daripada Eizril. Tidak perlu Tiya menambah lagi.
“Kau makin kurus.” Tiya menegur.
“Banyak assignment. Kau tahu aje lah. Semalam pun pukul 2 pagi baru aku dapat balik.”
“Iril tak marah ke ?”
“Hm….” Hanya itu jawapan yang keluar dari ulas bibirku dan aku masuk ke dalam bilik. Bimbang di tanya pelbagai soalan lagi dari Tiya. Tiya hanya membiarkan aku. Mungkin beri peluang aku melepaskan diri.
Aku bosan di rumah. Banyak kali aku cuba menghubungi Eizril namun tidak berjawap. Aku tahu dia masih marahkan aku. Sebabnya ? Aku balik rumah pukul 3 pagi di hantaar oleh Fareez. Dia risaukan aku. Hm…risau atau cemburu. Aku tidak punya pilihan. Bukan aku yang mahu dihantar Fareez tapi kalau bukan Fareez yang hantar takkan aku nak menapak. Lagi bahaya. Aku bukanny tidak kenal Fareez dan yang paling penting bukan hanya aku yang dihantar, Liya dan Memey juga dihantar Fareez. Cuma aku orang yang terakhir dihantar Fareez.
Aku berjalan-jalan sendirian, Realese tension. Ingin mengajak Tiya keluar, tapi setelah melihat Tiya yang asyik study aku malas mahu mengganggu. Ingin mengajak Liya dan Memey tapi baru aku teringat yang mereka ada tugas yang peerlu disiapkan hari ini. kesimpulannya, aku mengambil keputusan untuk berjalan sendiri. Ah bukannya aku buat apa-apa pun. Cuma window shopping dan tengok wayang mungkin.
Tiba-tiba sahaja handsetku bordering. Aku melihat nama yang tertera di telefonku. Tersenyum lebar aku apabila Eizril yang menguhubungi aku. Seronoknya. Mesti dia dah tak marah aku lagi.
“Helo…awak kat mana ?”
“Saya kat 1B.”
“Awak dengan siapa.”
“Sorang.”
“Buat apa ?”
“Saya ingat nak tengok wayang. Bosanlah kat rumah.”
“Betul ke awak tengok wayang sorang…” kata-kata ini menyebabkan aku rasa sakit hati. Kata-kata ini menggambarkan yang dia tidak percayakan aku dan aku yakin ini menandakan bunga-bunag pertengkaran dalam hubungan kami.
“Betullah. Kenapa…tak boleh ke tengok wayang sorang-sorang.”
“Tak delah. Biasanya orang tengok wayang berdua atau ramai-ramai.” Aku tidak berpuas hati dengan kenyataannya.
“Memanglah, tapi tak de dalam mana-mana akta yang menyatakan kena tengok wayang sorang-sorang kan ?” Sakitnya hatiku hanya Tuhan yang tahu. Aku cakap betul dan benar dan telus tak nak percaya. Karang aku menipu karang….na ko…tahu pula marah. Talian diputuskan. Aku off handsetku supaya dia atau sesiapa sahaja tidak menggangguku. Aku benar-benar mahu realese tension. Aku mahu ketawa sepuas hati supaya dapat membuang segala masalah yang melanda.
Aku beratur. Membeli tiket wayang. Paul Blart Mall Cop menjadi cerita pilihanku hari ini. poster yang ditampal benar-benar menarik perhatianku.
Selesai menonton wayang, aku terus balik memandangkan hari pun sudah lewat. Aku tidak mahu Eizril marah lagi. Cukuplah. Penat aku dengan marahnya yang tak bertempat bagi aku. tapi bagi dia marahnya berseba. Banyaklah dia punya sebab.
“Amboi anak dara baru balik…” Tiya menegur. Aku tersengih.
“Kau pergi mana cik kak ? Abang kau cari ?” O..o..mat aku kalau cari aku sehingga terpaksa menggunakan Tiya.
“Aku pergi tengok wayang.” Aku mengeluarkan handsetku dari poketku.
“Habis bat.” Kataku. Sorry Tiya aku terpaksa menipu.
“Careful, karang kena marah lagi.” Tiya mengusik.
“Tak de lah. Dia tahu juga tu aku keluar tadi.” Kataku. Cuba untuk tidak merisaukan hati Tiya. Di Dalam bilik aku on kembali handsetku. Elok sahaja handsetku ter on, aku menerima panggil telefon daripada Eizril.
“Dah puas ko enjoy ? Ce**ka punya perempuan. Kau off handset macam tu aje.” Terdiam aku mendengar kata-kata Eizril. Terima kasih Eizril kerana mematikan semua keseronokanku pada hari ini.
“Bukan off tapi….” Belum pun sempat aku berbohong sunat, talian dimatikan. Argh….sakitnya hatkiku. Air mataku menitis perlahan. Aku mengesat air mataku dan mengambil tuala untuk mandi suapaya aku lebih segar.
Selesai mandi aku melihat handsetku. 20 message received. 15 misscall. Semuanya dari Eizril.
‘Kenapa ko off handset ? Ko takut termberang ko pecah ?’
‘Sial.’
‘Bodoh la kau ni. Sengaja buat aku marah.’ Dan banyak lagi kata-kata yang menghiris perasaan ini. Menggigil tanganku membaca mesej dari Eizril. Sampai hati dia buat aku begini.
Habis kelas aku terus pulang ke rumah. Aku tidak mahu buat Eizril marah lagi. Baru semalam aku berjaya memujuk dia dan memohon maaf daripadanya. Tentu orang akan cakap aku bodoh. Bodoh kerana memohon maaf daripada Eizril sedangkan bukan salahku. Biarlah apa orang kata, aku tak pernah peduli. Aku terlalu sayangkan Eizril dan aku tidak akan tinggalkan dia. Aku mahu hidup bersamanya. Hubungan kami sudah hampir tiga tahun. Cuma pada tahun ini Eizril agak berubah. Aku tidak pasti kenapa. Alasannya, dia terlalu sayangkan aku dan tidak mahu kehilangan aku. wah….kerana terlalu sayangkan aku dan tidak mahu kehilangan aku dia menghadiahkan aku dengan kata-kata manis menghiris kalbu. Memang dia seorang lelaki yang hebat dan pandai menajag perasaan seorang wanita seperti aku.
Tapi bila difikirkan kembali. Benarlah, dia amat menyayangi aku dan risaukan aku. bila aku pulang lewat malam dia risau dan bila dia risau dia fikirkan bukan-bukan. Lepas tu mulalah dia tension bila fikiran bukan-bukan dah bermain dalam fikirannya. Kemudian dia lepaskan kemarahan itu padaku. Wah…baiknya aku kerana memahami dia. Tapi tidak pernahkah dia mencuba untuk memahami aku. Untuk kurangkan marahnya padaku. Kalau bgini caranya, bagus dia tak payah sayangkan aku. bila dia tak sayangkan aku dia tentu tak akan risaukan aku dan tentunya dia tidak akan memarahi aku. Tapi…kalau dia tak sayang aku apa guna aku menyayangi dirinya separuh mati. Argh….kadang-kadang tekananan aku sendiri dengan sikap Eizril.
Sejambak bunga mawar di atas meja study ku buat aku tersenyum. Aku mengambil kad kecil di celah jambagan bunga itu.
‘Maafkan Iril….Iril terlalu sayangkan awak dan takut kehilangan awak.
Nanti kita jumpa pukul 4 petang, ya. Iril ambil kat rumah.’
Tersenyum aku membaca coretan daripada Eizril. Eizril…Eizril…senang sejuk dan mudah marah. Alahai apalah nasibku ini. Adakah ini yang aku mahukan sehingga terpaksa aku korbankan sakit hatiku dan menerima segala cacian dan makiannya. Pekakkan telinga dan butakan mata.
Jam empat petang. Eizril memang seorang lelaki yang menepati waktu. Dia telah menunggu aku di bawah rumahku dengan Proton Satrianya. Aku sudah nampak dia dibawa cepat-cepat aku turun. Rasa seoronok dan bahagia di hati kerana dapat berjumpa dengan Eizril.
Aku masuk ke dalam kereta. Baru sahaja aku mahu duduk, Eiril cepat-cepat mengambil sesuatu di atas tempat dudukku. Langsung aku tidak perasan ada sesuatu yang menungguku di situ.
“Amboi….tak tengok langsung. Kalau ada paku tadi macam mana.” Eizril menegur. Aku cum atersneyum mendengar tegurannya.
“Takkanlah awak nak biarkan saya kena paku tu.”
“Yalah sayang. Nah…ini untuk awak.” Eizril menghulurkan sebuah bungkusan yang amat cantik buatku. Macam biasa selepas kena marah aku akan dapat hadiah. Kalau macam tu marahlah aku selalu Eizril supaya aku dapat hadiah banyak-banya. Erm…tapi sanggup ke makan hati berulam jantung.
“Mel….Iril minta maaf banyak-banyak. Iril selalu marahkan Mel.” Aku Cuma diam mendengar kata-katanya.
“Iril risaukan Mel.” Aku menarik nafas dan tersenyum memandangnya.
“Takpelah, awak. Saya faham.” Kataku.
“Iril taknak kehilangan Mel. Iril nak hidup dengan Mel sehingga akhir hayat Mel.” Aku senyum bahagai mendengar kata-kata Eizril.
“Saya pun sayangkan awak. Dah tak yah sedih-sedih. Saya tak sukalah macam ni.” Aku memujuk Eizril.
“Tapi Iril banyak buat salah dekat Mel. Iril jahatkan ?” Aku menggeleng.
“Awak…..kan saya dah maafkan awak. Jangan cakap macam tu lagi, ya. Saya sayangkan awak tau.”
“Terima kasih Mel.”
Hari ini aku rasa amat bahagia. Lain sangat bersama dengan Eizril pada hari ini. Tidak pernah dia memanggil aku dengan namaku dan membahasakan dirinya dengan namanya.
Kami menapau makanan di sebuah restoran dan memakannya di pantai Tanjung Aru. Hanya satu makanan dan minuman di tapau dan kami berkongsi makanan itu. Indahnya saat makan bersama dengan Eizril. Di tepi pantai ditemani alunan ombak. Eizril juga membawakan sandwich yang dibuatnya sendiri. Tak ku sangka Eizril ada bakat memasak. Sedap sandwich yang dibuatnya. Dan saat yang paling manis bila aku mengambil sekeping sandwich dan Eizril menyuruh aku memeriksa sandwich itu elok-elok. Siap mengusik aku manalah tahu dalam sandwich tu ada lipas. Padahal dalam sandwich tu ada sebentuk cincin buat aku. Dan Eizril melamar aku.
Menitis air mataku dengan lamaran daripada Eizril. Faham kini aku dia betul-betul menyayangi aku. Dia benar-benar tidak mahu kehilangan aku. Patutlah sifat cemburunya lain benar.
“Terima kasih Iril. Tapi cara yang terbaik, kenalah jumpa dengan mama dan ayah.” Eizril tersenyum mendengar kata-kataku.
“Minggu depan Iril masuk meminang boleh ?” Membulat mataku mendengar kata-kata Eizril.
“Tapi…tak terlalu awal ke. Belajar belum habis ni ?” tanyaku.
“Dah 3 tahun sayang. Mel belajar lagi setahun aje kan ? Kita ikat dulu, ya. Iril tak mahu kehilangan Mel.” Aku tersenyum mendengar kata-kata Eizril. Bahagianya di hati hanya Tuhan yang tahu. Ezad Eizril, saya sayang kamu.
Lebar senyuman aku apabila melangkah masuk ke dalam rumah. Penuh tanganku dengan barang-barang yang diberi oleh Eizril. Seperti biasa, kalau berdating dengan Eizril tidak pernah tangaku kosong. Ada-ada sahaja sesuatu untukku daripada Eizril.
“Wah bahagianya….” Tiya mengusik. Dia cepat sahaj menghampiriku. Ingin melihat barang-barang yang dibawaku tentunya.
Aku menghulurukan coklat kepada Tiya membuatkan dia tersenyum lebar.
“Tiya…..Iril lamar aku…” kataku sambil tersenyum manis. Bahagia. Membulat mata Tiya mendengar kata-kataku.
“Kau biar betul, Mel ?” dia seperti tidak percaya. Aku menggangguk dan senyuman tidak lekang dari ulas bibirku.
“Betullah.”
“Kau sanggup terima Iril ?” Tiya bertanya.
“Kenapa ?”
“Yalah….kau makan hati dengan dia. Nanti kalau dah kahwin macam mana ? Belum kahwin kata kau macam-macam. Nanti aku takut tangan dia pula yang naik.” Aku diam mendengarkan kata-kata Tiya. Entahlah Tiya. Memang aku banyak makan hati dengan Eizril. Aku tahu ramai yang tidak sanggup mendengar kata-kata Eizril Tiya sendiri setelah mengetahui bagaimaha sikpa Eizril yang sebenar, seolah-olah benci benar dia dengan Eizril. Sedangkan aku yang menerima segala hamburan ini masih boleh bertahan.
“Aku sayang dia, Tiya.” Kataku perlahan. Mataku basah. Tiya memeluk aku erat.
“Aku pun sayangkan kau. Aku minta maaf. Aku bukan mahu menghasut Cuma kadang-kadang aku rasa Eizril keterlaluan. Sanggup dia menghina kau sampai begitu sekali. Penyabarnya kau, Mel.”
Teresak-esak aku menangis mendengar kata-kata Tiya. Mujurlah hanya kami berdua sahaja yang berada di rumah. Aku lebih rapat dengan Tiya berbanding dengan rakan rumahku yang lain. Tiya yang banyak mengetahui masalahku dan Tiya banyak mengembalikan semangatku selain Eizril.
Aku kini sudah boleh tersenyum. Aku bahagia bersama suami dan anak-anak. Hari ini kami makan di luar. Menyambut hari jadi anak kedua kami, Irisya yang sudah berumur dua tahun.
Sementara menunggu suamiku membuat pesanan makanan aku melayan anak-anakku, Irisya dan Iryana.
“Hey….” Satu suara menegur. Aku menoleh. Sebuah senyuman dihadiahkan kepadaku.
“Tiya…..” Aku memeluk Tiya.
“Sorry, tak hadir masa kau kahwin. Aku kat US masa tu.” Aku mengangguk. Aku tahu Tiya membawa diri ke US. Biasalah merajuk dengan si buah hati. Entahlah. Cinta itu memang pelik.
“Isya, Ryana salam auntie.” Aku menyuruh kedua-dua anakku bersalam dengan Fiqa teman lamaku.
“Mana Iril ?” tanya Fiqa. Elok sahaja Fiqa menyebut nama Iril suamiku tiba dengan dulang makanan di tangan.
“Fiqa, kenalkan ni my husband. Fahmi.” Aku memperkenalkan Fahmi kepada Fiqa dan ternyata Fiqa benar-benar terkejut. Langsung dia tidak menyangka yang aku berkahwin dengan Fahmi dan bukannya dengan Eizril.
“Memang aku terlalu sayangkan Eizril. Aku sanggup menerima apa sahaja tohmahan daripadanya sebab aku tahu dia tidak berniat begitu. Dia pun sebenarnya amat menyayangi aku namun jodoh kami tak panjang. Dia kemalangan sehari sebelum kami bertunang. Mungkin memang kami tidak ada jodoh.
Fahmi hadir dalam hidup aku setelah dua tahun Eizril meninggalkan aku. namun bukan senang untuk aku menerima Fahmi kerana sayang dan cintaku terhadap Eizril sungguh dalam. Sebaik manapun Fahmi, bagiku dia memang tidak dapat melawan Eizril. Aku tahu kau tentu akan mengatakan aku bodoh. Sebab Fahmi tak pernah menghina dan mencaci aku. Entahlah, Tiya….itulah yang dinamakan cinta. Sakit macam manapun aku tetap terima Eizril seadanya.
Akhirnya aku terima Fahmi sebab dia tak pernah putus asa mengejar cinta aku. Seburuk manapun layanan aku kepada Fahmi dia tetap menerima dengan hati yang terbuka. Penat aku mencaci dan menghina dia. Dia seolah-olah tidak memahami kutukan aku. penat aku berlari. Namun dia tidak pernah lelah untuk mengejar.
Aku tidak tahu sama ada cinta itu buta atau aku dan Fahmi yang tidak pandai menilai cinta. Sehingga sanggup makan hati berulam jantung semata-mata kerana cintakan seseorang. Benarlah…cinta itu indah tetapi menyakitkan. Buktinya….Cintaku pada Eizril. Kadang-kadang amat indah dan kadang-kadang amat menyakitkan. Dan cinta Fahmi terhadapku. Seteruk manapun layananku terhadapnya, dan sekejam manapun kata-kataku terhadapnya, dia tetap mengejar aku dengan cintanya sehingga aku tewas.”
Tiya senyum mendengar kata-kataku.
“Aku pun. Sakit hati dengan Adam. Play boy. Dah berapa kali dia pasang lain, tapi last-last dia jadi suami aku juga.” Aku tertawa mendengar kata-kata Tiya. Orang yang tidak mengalaminya, mudah sahaja akan mengatakan kami ini bodoh. Macam tak ada orang lain yang lebih baik dalam dunia ini untuk dijadikan pasangan. Yang playboy, yang buruk perangai, yang jahat mulut itu jugalah yang kami kejar. Semuanya kerana….cinta. Cinta itu buta atau…kami yang buta….
No comments:
Post a Comment