Wednesday, July 5, 2017

Mangga rm3

Assalamualaikum wbt...


Terjumpa cerita ni...macam menarik...so kita share kat sini =)

Alyaa Ibrahim:
4 orang ibu muda datang menawar longgokan mangga dari seorang peniaga tua yang menjual mangga.

"RM4 selonggok mangganya dah lah, mahal sangat RM5..." kata ibu yang berkaca mata hitam.

"Tak dapat puan RM5 sudah murah.
Pak cik mulanya memang nak letak RM5.50.
Tapi dah tengahari tapi masih belum laku jadi pak cik jual RM5 jer".. jawab penjual tu.

Saya melirik sambil memilih bawang putih.

"Dah tahu tak laku masih nak jual mahal ker,
dah lah, sy beli RM3 jer..." kata puan tadi.

"Tak boleh puan RM4 jer, belanja modal pak cik ke sini pun dah berapa. Tak rugi puan beli ni, mangga ni manis buahnya.." pujuk pak cik peniaga tu.

"Kalau tak manis mcm mana? kan tengah puasa ni,
nak rasa pun tak boleh. Dah lah mangganya kecik2 lepas tu ada yg pecah plak. Buruk mangga ni. Dah lah RM3 cukup. Cepatlah pak cik, panas ni.."
kata puan yang berhandbag bunga2.

Pak cik tu hanya diam membisu.

Entah kenapa, aku mulai rasa kesal dengan cara mereka menawar.
Sudahlah menawar beria2, mengejek2 barang jualannya pula,
kalau harga tak sepadan, barang tak bagus,
dah tak usah dibeli daripada bercakap hingga menyakitkan hati menurutku.
Tapi aku masih diam sambil menunggu barangku dikira.

"Dah lah, cepatlah pak cik, nak bagi ke tak ni?
Kalau tak bagi xper banyak lagi yang lain" kata yang bertudung renda2.

"Tak boleh puan, betul2 x boleh. Tapi saya bagi RM3.50 jer lah dr tak laku" pak cik tu mula pasrah.

"Ah..  RM3 jer, kalau boleh sy beli. Kalau tak, x payahlah.." kata yg berkaca mata hitam tu sambil menarik teman2nya & berlalu pergi.

Pak cik tu terpaku layu menatap longgokan mangganya. Ada raut sedih di wajah tuanya.
Tubuh kurus itu duduk mencangkung ketika aku datang mendekatinya.

"Pak cik, biar saya beli mangga ni. Berapa? " tanyaku.

"RM3.50" kata pak cik tu.

"RM3.50 jer.. Kan tadi nak jual RM5. xper lah pak cik.. RM5 lah yer.."

Wajah tuanya terpaku...

"RM4 jer puan" katanya lagi.

"xper RM5" kataku

"Ya Allah. Puan..... Alhamdulillah... Betul ke nak RM5?
Alhamdulillah puan... Saya teringin belikan cucu saya ayam goreng untuk berbuka puasa. Cucu saya baru belajar puasa penuh tahun ni. Kesian setiap hari makan lauk tempe jer. Sesekali saya nak bagi dia mkn ayam goreng. Matanya berkaca2..

Dari kecil ibu bapanya meninggal, jadi saya yang jaga dari dia kecil lagi.." katanya sambil memasukkan mangga tu ke dalam plastik.

"Pak cik, semua longgokan mangga tu jualkan kat sy jer lah. Jadi semuanya RM15 yer.." kataku.

"Semua ke puan? Bnyk sgt ni, puan nak buat apa?"
tanya pak cik tu hairan.

Saya cuma tersenyum.

"Ini duitnya lebihnya belilah ayam untuk cucu pak cik.." kataku.

"Ya Allah... Alhamdulillah... Terima kasih puan..
Semoga Allah murahkan rezeki puan.."
katanya penuh semangat memasukkan buah mangga ke dalam plastik besar.

Keempat2 puan tadi datang lagi.

"Macamana pak cik... RM3 jer yer." kata wanita berkaca mata hitam.

"Sudah habis puan diborong puan ini.."
kata pak cik tu dengan senang hati.

"Banyak sangat tu puan, bagi sy beli sikit yer,"
rayu wanita berkaca mata itu.

"Maaf puan, saya tak jual.
Lagipun kan puan kata mangga ni buruk,
belum tentu manis & pecah pulak tu.
Kalau jual pun sy akan naikkan harga jd RM6.
Puan mesti tak mampu nak beli" kataku sambil berlalu.
Saya tahu 4 pasang mata itu menatapku dengan marah,
tapi biarlah mereka belajar bahawa
lisan yang tidak terjaga itu akan membawa luka, belajar menghargai peniaga lemah & muamalah dengan santun.

Dapat sesuatu❓

Berbagilah hikmah dengan adab untuk menjadi bangsa yang lebih beradab.

Cnp from telegram

Tuesday, July 4, 2017

Umar dan hana

Assalamualaikum wbt

Seboleh mungkin tak mau bagi anak tengok video...tapi tu lah kadang kadang kalau dah tak larat video ni sangat membantu...ahahaha...

Untuk yaya...dulu dia suka didi... Sikit sikit di...di...maknanya dia nak tengok didi...bangun sahur nak tengok didi...banyak cantik...so saya cakap kat dia...didi tidur....tengok jam tu baru pukul 6 pagi...tidur dulu esok tengok didi...(dan macam biasa dia akan respond...ha ? Ha ? Ha ? Sila bertabah ulang benda yang sama)

Lepas tu bawa dia masuk bilik tutup lampu dan tidur. Kadang kadang kesian jugak bila dia berpusing pusing menonggeng segala semata mata nak tidur tapi tak boleh tidur...tapi disebabkan nak tengok didi dia usaha juga untuk tidur.

Esoknya pukul 8 pagi dah bangun minta didi...sebab dah janji so kita bagi la kat dia...hahaha...

Budak ni kalau dah janji dengan dia cuba tunaikan..kalau tak jangan berjanji...takat nak janji tengok didi ok lagi...kalau janji nak p berjalan saya kena pk balik...haha

Lepas tu buka didi and bagi fon...
heaven dia tengok didi...saya ni agak garang kalau dia sentuh sentuh benda lain sampai keluar benda lain nanti saya marah, lepastu kalau dia baling fon saya marah, saya bercakap dengan dia macam la dia faham kan....tapi at last dia berjaya pegang fon dengan baik...kadang kadang je tertekan iklan atau tertutup u tube tu...


Tapi sekarang dah jarang tengok didi...banyak tengok umar dan hana dan ada masa masa tertentu. Kalau behave boleh la tengok. Kalau mengamuk tak tentu hala sorry yer...memang ai tak kan bagi. Nak tengok umar dan hana sila behave. Kira macam reward sebab perangai elok...gituuu


Umar dan hana ni macam islamik sikit. Tajuk lagu dia alhamdulillah, sayang ma ma papa, bismillahirrahmanirrahim etc. Kadang kadang ubah lirik guna lagu umar dan hana...siap sebut lagi...umar dan hana kata pakai baju alhamdulilah....baru dia diam dan pakai baju. Kalau tak pakai baju macam kena dera...mengamuk kemahen...padahal pakai baju je pun. Haih. Yaya ni saya perasan kalau mak buat apa apa kat dia...kena bersembang dengan dia atau nyanyi atau bergurau
..tak boleh diam je...nanti dia tak mau. Mungkin sebab dari baby lagi saya suka bercakap dengan dia gara gara baca artikel bagus sembang dengan baby. Huhu.



Pastu lau mandi....nak ajak naik tu kan tak leh main taram je dukung masuk bilik. Kena kira dulu....5...4..3..2...1...done !!! Baru dia tak mengamuk...

Ni tips saya baca kat mana ntah..cara nak stopkan anak yang tengah main. Tak boleh stopkan on the spot, kena cakap kat budak tu lagi sepuluh minit yer...lima minit, dua minit and....time's up...

Yang ni la saya apply untuk ajak yaya naik mandi. Menjadi. Hihi


U ollss ada tips...deal dengan anak anak...jom share =)

Monday, July 3, 2017

Hari hari hari raya...

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah dah selesai beraya...gahaha...raya sungguh tahun ni. Setiap hari berjalan. Seminggu beraya..nasib baik la yaya jenis behave je depan orang...sopan je dia..haha...

Raya pertama ikut auntie dia p beraya...risau juga takut nangis tapi auntie dia cakap kalau nangis aku hantaq dia balik...

Resultnya budak ni sangat behave...sampai semua orang puji...pastu auntie dia sengih sengih je...hahaha...kami tau perangai sebenaq si yaya ni...haha


Raya kedua ketiga keempat dan seterusnya...pagi petang p beraya..malam ja balik tido lena...haha...


 Hailah anak...ni salah satu cara nak suruh behave..lau dak semua biskut dia nak makan...hamboiiii beraya sangat tau...so dengan paksa rela bagi tengok didi..memang pastu tak layan orang dah..

Mata tu bengkak sebab langgaq meja..mengantuk tapi nak main lagi..dapat la hadiahnya..tak menangis tapi nampak la tahan je...haih...terus ajak tido...baru dia nak tido..kalau tak...akan terus aktif...

Tips raya dengan dak kecik

Bagi depa kenyang so depa tak meragam

Bagi depa tido dulu bila time tido lepas tu baru p berjalan sebab kalau dak depa meragam

Standby video yang depa suka...kalau susah sangat nak control terpaksa rela la bagi video kat depa (last choice)

Tu je kot tips saya...lain anak mungkin lain cara...any tips...dialu alukan share yer =)

Tuesday, June 27, 2017

Me time

Assalamualaikum wbt..

As a mom...jarang dapat mc kan..haha
Demam ka sakit ka...still ada anak nak kena jaga..
Tapi bila sekali sekala dapat me time tu...ya Allah heavennya...
Tapi still rasa rindu kat yaya..haha
Mak mak sangat...baru sehari tak jumpa dah rindu rinduan...mengada betul

Hari ni yaya ikut abi dia balik kampung..ummi duduk diam diam kat umah...haha...menikmati me time..

So dengan seronoknya la saya p shopping cari toys..nak belikan untuk anak kawan adik..sebab dia suka betul hadiahkan yaya baju..
Lawa lawa pulak tu...
Segan kita

Belek belek toys...tak sampai hati tak belikan untuk yaya sekali...
At first nak belikan transformer...ha ha
Ok fine yaya is a girl..tapi saya suka transformer tu sebab nanti dia boleh transform robot tu kepada kereta..so yaya akan ralit dan saya boleh menonton tv dengan seronoknya..eh
Haha

Tapi bila baca dia punya warning tak sesuai tuk kanak kanak below 3 sebab small part..ye baik..saya selalu lupa anak saya masih muda baby..haha...

Tapi kan tapi...saya p beli benda alah ni. haha...balik rumah kena marah dengan mak sebab belikan yaya benda ni...

Ni toys boboi...huhu...tak leh ke girl main toys boboi eh..haha..saya suka benda ni sebab dia boleh gerak gerak...kalau beli soft toys macam fish ka, girrafe ka...yaya dah ada didi, upin ipin and elephant etc..cukuplah tu haih...kali ni biarlah dia main mainan yang boleh guna otot tangan dia bagai tu pulak...

Itu pendapat saya la...korang rasa macam mana yer...boleh tak girls main toys boboi...hihi



Friday, June 23, 2017

Yaya dan carseat

Assalamualaikum wbt

Now nak cerita pasal carseat. Carseat benda alah yang paling banyak membantu saya untuk bergerak. Kiranya kalau takat takat nak p dating berdua dengan si yaya ni selamba je la kan....dak pun nak p cari papa baru..eh..erk..haha

Kisahnya...Carseat ni memang masalah masa nak beli dulu. Yer la, orang cakap budak tak mau duduk pun dalam carseat ni. Saya ni apa lagi gigih la cari bahan macam mana nak bagi anak boleh duduk dalam car seat and saya dapat drive dengan aman.

Antara tips yang saya baca

Biasakan anak dengan carseat. Keluar hospital terus je letak dalam carseat. Yang ni kami buat masa nak balik kampung berpantang hari tu. Memang setting baik punya car seat tu, letak toto bagai bagi sesuai dengan baby and letak baby dalam tu. Okeylah dia tak meragam.

Kalau boleh carseat ni angkut sekali masuk dalam rumah and selalu letak baby dalam carseat biar dia mesra gitu dengan casrseat dia. Biar dia rasa carseat tu dia punya gitu. Biar dia sayang dengan carseat dia and nak berkepit selalu. Hahaha.

Prepare mainan atau buku siap siap pada anak anak supaya dia leka dok dalam catseat tu.

Dan banyak lagi la kalau u olls gugel. Hahaha....

Kisahnya....yaya ni ok je dengan carseat ni. Masa mood dia baik dia sangat behave sampai saya rasa wah seronoknya berjalan jalan dengan awak hari ni. Esok kita jalan lagi. Tapi
...kalau dia start mengamuk...alahai...tabahlah hati. Kita kena drive dan dalam masa yang sama dia dah nangis nangis. Memang terpaksa biar je la ataupun sometimes berhenti tepi jalan dan pujuk dia.

Pernah sebab dia mengantuk sangat lepas pujuk dia menangis dia nak duduk atas saya...ok fine...pasrah la saya peluk dia atas riba saya sambil drive. Tu pun sebab dah dekat dengan rumah...pastu berhenti kejap beli coconut shake...dan dan yaya bukak mata dan nak minum. Redhalah kite bagi dia minum. Aih sedap pulak dia minum...haha...sabo je la.

Bila dah sampai rumah, bagi ceramah sikit kat dia bahawasanya perangai dia sangatlahhhhhh grrrrr....not good okay. Kalau buat lagi tanak ajak berjalan. Makanya esok ajak berjalan lagi. Hailah hati mak mak ni.

Dan esok saya bawak berjalan lagi. Dan setiap detik saya keluar dengan yaya sebenarnya banyak benda yang saya belajar. Sebab kalau kena gaya elok pulak dia behave je dalam car seat. Saya rasa saya yang kena belajar banyak perkara pasal yaya.

Oklah..jumpa lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....