Sunday, June 6, 2010

masihkah ada cinta - 10

Program Menggilap Permata Siri 2 di Pulau Pinang berjalan dengan lancar. Leya berasa sangat seronok. Kali ini dia tidak lagi menjadi fasilitator tetapi menjadi urusetia. Urusetia keselamatan bertiga bersama Fahmi dan Akhi. Pelbagai aktiviti dijalankan pada kali ini dan cara modul dilakukan juga berbeza dengan Program Menggilap Permata Siri pertama yang pernah dijalankan.

Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi, namun Leya masih lagi tekun dengan laptopnya. Asyik dia membantu Anem menyiapkan kerjanya. Memang tidak terkejar Anem membuat tugasan yang diberikan kepadanya. Bukan hanya Leya yang membantu, malah ada beberapa orang urusetia di bawah Anem yang sibuk menyiapkan kerja mereka. Fahmi juga sama. Bukan membantu sebenarnya tetapi menjadi tukang sibuk di situ. Selesai meronda, sempat dia dan Akhi menyibuk di situ. Melihat Anem dan teman-temannya yang sibuk menyiapkan tugasan. Berlagak seolah-olah mandor.

“Eh, kenapa Leya ada kat sini pula ?”

“Leya makan nasi.” Leya sengih dengan jawapan yang diberikan. Dilihatnya Fahmi menarik muka. Mereka yang berada di situ tertawa kecil dengan jawapan yang diberikan Leya.

“Dah tahu, lagi mau tanya.” Anem berkata.

“Leya tolong Anem la. Sikit lagi siap la ni.” Jawab Leya.

Fahmi duduk di sebelah Leya. Sibuk dia mengacau kerja Leya. Leya bersikap selamba. Malas dia mahu melayan Fahmi. Nanti kerja yang dibuatnya lambat siap.

“Mie, janganlah kacau Leya.” Anem pula yang marah Fahmi bagi pihak Leya.

“Tak kacaulah. Tengok je.” Fahmi sengih. Anem menjengilkan matanya. Geram. Orang nak cepat sempat aje dia mengacau.

Tepat jam 5 pagi, semuanya berjaya diselesaikan. Anem tersenyum puas.

“Thanks you all. Leya juga.” Katanya.

“Okey.” Senyuman Leya juga melebar. Dia mahu bangun, mahu membetulkan badannya yang terasa amat penat, namun niatnya terhenti. Dia menoleh. Menggeleng perlahan. Fahmi tertidur di bahunya. Lagsung dia tidak menyedari keadaan itu akibat asyik dengan kerjanya.

“Mie…” perlahan Leya mengejutkan Fahmi dari tidur. Di sebelah Fahmi, Akhi juga terlena. Amboi, boleh pula dua-dua lelaki ini tidur di sini.

Anem tergelak melihat gelagat Fahmi dan Akhi. “Kesiannya.” Sepatah perkataan itu terkeluar dari ulas bibirnya.

Lembut Leya menggoncangkan badan Fahmi. “Mie…” terpinga-pinga Fahmi bangun.

“Bangun, tidur kat bilik. Bawa Akhi sekali.” Fahmi kemudian mengejutkan Akhi dan mereka sama-sama balik ke bilik masing-masing. Leya dan Anem yang siap bekemas juga sama-sama melangkah ke bilik masing-masing untuk menunaikan hajat mereka. Apalagi, hajat untuk tidur tentunya.

Hari ini merupakan hari terakhir Program Menggilap Permata Siri 2. Leya duduk di atas sebuah kerusi di hujung dewan. Asyik dia menyaksikan persembahan dari para peserta. Pelbagai aksi mencuit hati membuatkan dia dan seluruh isi dewan itu tergelak. Leya benar-benar gembira pada hari itu. sesungguhnya dia terasa amat terhibur dengan persembahan oleh para peserta. Tidak terasa kantuknya walaupun dia tidur hampir Subuh tadi. Fahmi duduk di sebelahnya. Tiba-tiba sahaja. Leya menoleh lalu mengukir sebuah senyuman buat Fahmi.

“Leya….”

“Ya…” dia menoleh buat kali kedua apabila Fahmi memanggilnya.

“Jom kita bercinta.” Berkerut wajah Leya mendengar ajakan Fahmi. Serius atau bergurau. Leya tergelak akhirnya.

“Bila kita nak putus.” Tanyanya. Gelaknya masih bersisa. Teringat kali pertama ajakan yang sama daripada Fahmi.

“Yang ni lama. Kalau boleh selama-lamanya.”

“Tak boleh.” Selamba dia menjawab. Masih menganggap Fahmi hanyalah bergurau.

“Kenapa tak boleh ?”

“Sebab…er….sebab Leya tak de perasaan kat Mie. Macam mana nak bercinta.” Perlahan Leya berkata. Bimbang pula Fahmi berkecil hati dengan kejujurannya.

“Takkan tak de langsung ?” Fahmi bertanya lagi. Leya menarik nafas panjang. Perlahan dia menggelengkan kepalanya.

“Tak de.” Tegas Leya bersuara membuatkan Fahmi tergelak kecil.

“Leya bohong.” Fahmi berkata.

“Okeylah…Leya mengaku pernah ada perasaan kat Mie, tapi Leya dah buang perasaan tu jauh-jauh.” Leya Cuma tersenyum. Tapi nyata senyumannya kelat. Dia merenung jam di tangan. Fikirannya teringatkan Idzlan. Dia tidak akan menduakan Idzlan lagi. Dia tekad kini. Dia sudah berjaya membuang perasaan buat Fahmi jauh-jauh. Tiada angau atau rindu buat Fahmi lagi kini.

“Sorry….Anem panggil.” Leya berlalu meninggalkan Fahmi sendiri setelah ternampak Anem melambai-lambaikan tangan kepadanya. Fahmi hanya memandang Leya yang melangkah kea rah Anem. Benarlah memang Anem memanggil Leya. Bukan Leya sengaja melarikan dirinya.

Bas penuh. Semua sudah mengambil tempat masing-masing. Leya mengambil tempat duduk di sebelah kanan di tepi tingkat. Dia bersendirian. Lagi dia suka dengan keadaan itu kerana dia boleh meletakkan beg galasnya di kerusi sebelah. Akibat mengantuk, belum pun bas bergerak Leya sudah terlelap.

Leya membuka matanya. Dia berasa amat selesa tidur. Mana taknya kepalanya enak menyandar pada bahu seseorang. Langsung dia tidak kisah pada siapa kepalanya bersandar kini kerana dia benar-benar mengantuk dan penat. Leya masih mamai. Kemudian dia menyambung kembali tidurnya.

Jam menunjukkan pukul 3.30 petang. Leya terjaga dari tidurnya yang lena apabila keadaan tiba-tiba sahaja menjadi riuh. Rupa-rupanya bas berhenti di R&R. Namun Leya tidak mahu turun. Dia masih mahu tidur. Erat dia memeluk beg galasnya. Kepalanya masih lagi lentok di atas bahu seseorang. Selesa tentunya.

Untuk kali yang kedua bas berhenti lagi di stesen minyak kerana terdapat beberapa orang yang mahu menunaikan hajat mereka. Leya terjaga dari tidurnya. Perlahan dia menoleh kea rah seseorang yang berada di sebelahnya. Terkejut dia apabila melihat seseorang itu adalah Fahmi. Fahmi yang juga sedang lena tidur. Perlahan-lahan dia membetulkan duduknya. Risau Fahmi terganggu dengan pergerakannya.

“Kenapa ?” tiba-tiba sahaja soalan itu terpancul dari ulas bibir Fahmi.

“Er…” Leya terkelu. Tidak sangka Fahmi boleh terjaga dari tidur.

“Sorry…”

“Its okey.” Dan Fahmi menyambung tidurnya kembali. Leya merenung jam pemberian Idzlan yang dipakai di tangan kirinya. Dia terkenangkan Idzlan. Lalu mengambil handphonnya dan menghantar mesej rindu buat Idzlan. Hari ini, kerana terlampau sibuk dia seoalah-olah melupakan Idzlan. Semoga Idzlan tidak berkecil hati dengan sikapnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....