Leya menerima pelawaan teman-teman kelab yang ingin bermain bowling bersama-sama. Sudah lama dia tidak bermain bowling. Kepingin benar hatinya untuk games itu. Kini dia sudah mampu tersenyum. Mampu ketawa dan bercerita itu dan ini dengan Erra. Dia amat mengambil berat tentang Erra dan bayi dalam kandungan Erra. sepanjang waktu itu, Erra tidak pernah menyebut nama Idzlan di hadapannya. Dia hanya menggunakan perkataan ‘husband aku’ untuk menggantikan nama Idzlan. Dan Leya seolah-olah lupa yang ‘husband aku’ itu membawa maksud Idzlan Hilmi.
Leya tertawa agak kuat. Bangga apabila balingannya mampu menjatuhkan semua pin. Dia tersenyum meleret. Fahmi tersenyum melihat gelagatnya. Inni pula bangun mengambil gilirannya. Leya melabuhkan punggungnya di sebelah Shanaz. Matanya tidak lari daripada melihat gelagat Inni yang sedang focus. Ada gaya gitu. Dan….apabila dia membaling, bukan rezekinya dan bolah masuk ke dalam longkang. Inni tertawa.
“Leya kita lawan siapa banyak masuk longkang kan ?” Leya tergelak.
“Yup…kalau gitu kalah lah aku.” selamba dia menjawab. Fahmi ketawa mengekek mendengar jawapan dari ulas bibir Leya. Kemudian Shanaz mengambil gilirannya. Tinggallah Fahmi dan Leya di atas kerusi itu. Inni pula sibuk mengikut Shanaz mahu melihat bagaimana Shanaz membaling bola.
“Leya dah okey ke sekarang ?” Fahmi bertanya. Leya menoleh ke arah Fahmi. Berkerut dahinya dengan soalan yang dilontarkan oleh Fahmi itu.
“Kenapa ?” tanyanya.
“Sebelum ni nampak macam ada masalah yang berat je. Sekarang nampak macam dah…”
“Dah apa ? Dah okey ?” Fahmi mengangguk.
“Biasalah Mie. Tak de orang yang tak de masalah.” Fahmi senyum mendengarkan kata-kata Leya.
“Jadi sekarang ?”
“Your turn.” Leya tidak menjawab sebaliknya memberitahu Fahmi bahawa gilirannya sudah tiba. Fahmi bangun. Mengambil sebiji bola yang dirasakan mampu dipegang. Focus dan terus membaling bola itu. Dia juga sehebat Leya dan Shanaz tetapi balingannya tidak berjaya menjatuhkan kesemua pin. Balingan keduanya juga tersasar.
“Hey, kenapa tak strike ?” Leya bertanya.
“Kan kita main siapa banyak masuk longkang.” Selamba jawapan yang diberikan Fahmi menyebabkan mereka semua tertawa. Inni menjelirkan lidahnya kea rah Fahmi.
“Mana dorang ni. Dah nak habis game kita main, dorang tak sampai lagi ke ?” Shanaz bertanya. Dia mengangkat keningnya ke arah Fahmi. Fahmi menatap jam di tangannya.
“Jap lagi kot.” Selamba dia menjawab.
Sebaik sahaja dia duduk, Ikram and the geng tiba membuatkan suasana di situ agak kecoh dengan kehadiran mereka.
“Apa ni lambat.” Leya berkata. Matanya melirik kea rah Sharil. Memang dia mahu menyindir Sharil. Sharil yang elok duduk terus bangun menghadapnya.
“Kami lambat bersebab. Kami ada urusan seri Paduka Baginda, okey.” Terkekeh-kekeh Leya ketawa mendengar jawapan dari ulas bibir Sharil. Tahu dan faham sikap Sharil. Pantang disindir-sindir begitu laju sahaja dia menjawab. Teman-teman yang melihat adegan itu tersenyum dengan tingkah mereka.
“So lepas ni apa cer ?” Fahmi tiba-tiba bertanya.
“Wayang pukul 3.” Sharul menjawab. Fahmi melihat jam ditangannya. Masih ada sejam setengah sebelum mereka menonton wayang bersama.
“Means, lepas ni acara bebaslah. Pukul 3 baru kita berkumpul kat sana.” Sharul mengangguk. Bersetuju dengan kata-kata Fahmi.
Selesai bermain bowling masing-masing berpecah. Ada berkumpulan dan ada yang berpasangan. Sibuk dengan agenda sendirian berhad. Pukul 3 petang mereka akan berkumpul di hadapan panggung wayang untuk sama-sama menonton wayang. Tiket sudah pun dibeli oleh Sharul.
Asyik Leya membelek novel-novel yang berada di rak. Langsung tidak mempedulikan orang di sekeliling. Dia malas mengikut teman-temannya. Lebih senang bersendirian kerana dia bebas mahu pergi ke mana sahaja. Tidak pelu menunggu atau ditunggu. Berjalan-jalan sendirian dan apabila tertarik dengan sesuatu terus sahaja dia membelek sesuatu itu. Tanpa perlu ada yang menunggu. Dia boleh seberapa lamapun membelek barang yang dia suka tanpa ada yang memanggilnya atau meminta dia cepat.
Dari satu rak ke satu rak dia berjalan. Menarik novel yang dirasakan best. Diambil dan dibelek-dibelek. Dibacanya synopsis cerita sebelum dia membuat pembelian. Mahu memastikan novel yang dipilihnya adalah yang terbaik dan mengikut seleranya. Kalau tidak menyesal dia beli.
“Amboi…bila dah jumpa novel tak hengat orang sekeliling ya.” Leya menoleh. Terkejut dia memandang kea rah lelaki yang menegurnya. Dia cuba untuk tersenyum. Namun nyata lagi jelas senyumannya hambar. Lelaki itu tersenyum.
“Leya apa khabar ?” tanyanya.
“Er….khabar baik. Lan ?”
“Lan okey.”
“Leya makin kurus.” Idzlan berkata. Lama direnungnya Leya dari atas hingga ke bawah. Leya sudah makin kurus.
“Leya sibuk sikit sekarang.” Idzlan Cuma mengangguk. Dia tahu itu hanyalah alasan Leya. Dia tahu Leya terseksa. Semua kisah Leya sudah Erra ceritakan padanya. Dan sesungguhnya dia amat terharu apabila Leya sudi memaafkan dirinya dan Erra.
“Leya, kita lunch sama-sama ?” Idlan bertanya. Leya menatap jam ditangannya. Jam sudah pun menunjukkan pukul 2.30 petang.
“Maaf, Leya nak tengok wayang lepas ni ?”
“Dengan siapa ?” seperti ada cemburu pada soalan yang terluah dari ulas bibir Idzlan.
“Er….hm….dengan Fahmi.” Sambil menjawab matanya meliar mencari mana tahu ternampak kelibat Fahmi di situ. Dan dia tersenyum lebar apabila matanya menangkap kea rah Fahmi.
“Sorry, Leya kena pergi dulu. Fahmi dah datang. Oh ya, congrats. Jaga Erra elok-elok. Leya sayang dia.” Dan sebaik sahaja manghabiskan ayatnya, Leya berlalu pergi mendapatkan Fahmi.
No comments:
Post a Comment