Sunday, June 6, 2010

masihkah ada cinta - 13

Beberapa minggu di rumah, Leya banyak menghabiskan masanya dengan keluarganya. Selalu juga dia membawa adik dan anak-anak buahnya berjalan-jalan. Sengaja dia begitu supaya kesedihan dapat dibuang. Kadang-kadang dia menyibukkan diri membantu mamanya. Dia mahu melupakan Idzlan. Dia benar-benar mahu membuang Idzlan jauh dari hatinya. Kini dia rasakan dia sudah mampu melupakan lelaki itu. semua barang pemberian Idzlan sudah pun diberikan kepada sepupu-sepupu comelnya. ada juga yang masih tersimpan di dalam sebuah kotak dan kotak itu dibungkus kemas lalu diletakkan di bawah katil. Sayang mahu dibuang sebab semua pemberian Idzlan dijaga dengan elok. Nanti kalau ada sesiapa yang mahu, akan diberikan sahaja barang-barang itu.

Kini Leya sudah boleh tersenyum. Senyuman yang manis seperti dulu. Ketawa yang ceria seperti sebelum ini. Sewaktu dia bersama Idzlan. Sudah tidak ada kesedihan. Dia amat berterima kasih kepada mama. Mama amat memahami. Mama banyak membantunya. Sekejapan sahaja dia mampu memulihkan dirinya. Mama tidak pernah menyalahkan sesiapa. Malah Erra dan Idzlan pun tidak pernah dipersalahkan. Kata mama, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan dia Cuma perlu sabar.

Mama benar. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Dia cuba menerima apa yang berlaku dengan tenang. Dia sudah memaafkan Erra dan Idzlan Cuma dia tidak bersedia untuk berjumpa kedua-duanya. Majlis mereka pun tidak dia hadiri. Sesungguhnya dia belum kuat untuk berhadapan dengan pasangan itu. jadi, ikhlaskah maafnya anda dia tidak mampu berjumpa dengan mereka lagi. Sedang kata maaf sudah diucap. Entahlah…dia tidak pasti. Memang dia sudah maafkan Erra dan Idzlan…tapi…ah…Leya menarik nafas panjang. Dia tidak mahu fikirkan semua itu lagi.

Semester baru bermula lagi. Leya juga hadir dengan semangat yang baru. Kisah lama sudah berjaya dilupuskan dalam hati dan mindanya. Dia berwajah ceria. Tidak sabar untuk memulakan semeseter baru ini. Leya amat berharap semuanya berjalan dengan lancar. Selesai mendaftar, Leya masuk ke dalam bilik barunya untuk semester ini. Dia mula mengemas.

“Assalamualaikum.”

“Walaikumussalam. Masuklah.” Leya menjawab sambil tangannya masih sibuk mengemop lantai. Dia tahu salam itu tentunya dari bakal roomatenya.

“Hai…sorry, mop bilik kejap ya.” Kata Leya. Sekilas dia menoleh kea rah roommate barunya. Senyumannya yang melebar tiba-tiba termati.

“Er…hm…Erra…masuklah.” Tergagap-gagap dia menjemput Erra masuk ke dalam bilik. Leya meneruskan kerjanya. Langsung dia tidak memandang kea rah Erra. Leya menahan air matanya agar tidak jatuh di depan Erra.

Sebaik sahaja siap mengemop lantai, Leya keluar dari bilik. Dia mencapai kunci dan tudungnya dan terus berlalu dari siti. Langsung tidak diendahkan Erra yang memandang gelagatnya.

Leya sendirian di situ. Dia melihat nun jauh di sana. Cantik. Indah mata memandang. Hijau. Sejuk matanya. Air matanya mengalir laju. Dia mengesat matanya dengan hujung baju yang dipakai. Teresak-esak Leya menangis di situ. Dia mahu menghilangkan sedihnya. Dia tidak bersedia untuk berhadapan dengan Erra. kenapa dia mesti sebilik dengan Erra lagi. Kenapa Erra. Kenapa bukan orang lain.

Lama Leya di situ. Melayan perasaannya. Dia memang belum bersedia untuk bertemu atau berhadapan dengan Erra mahupun Idzlan. Tapi kini, dia sebilik pula dengan Erra. entahlah tidak tahulah bagaimana dia akan melayan Erra. mampukah dia menjadi Leya yang dulu. Leya sahabat susah senang Erra. Leya yang nakal yang sentiasa membuatkan Erra tertawa. Leya yang ada kalanya memeningkan kepala Erra dengan sikapnya yang kadang-kadang sukar ditafsir.

Leya menarik nafas panjang. Dia cuba membuang semua kenangan manis antara dia, Idzlan dan Erra. Biarlah yang tinggal hanya kenangan manis persahabatan dia dan Erra. dia cuba mengingat kembali semua kebaikan yang telah Erra lakukan. Supaya hilang sakit hatinya pada Erra. walaupun dia telah maafkan Erra namun jauh di sudut hatinya ada masih ada sisa sakit hati perbuatan Erra padanya.

Leya masuk ke bilik. Dia cuba tersenyum namun nyata senyumannya hambar. Nyata dia belum bersedia untuk semua ini. Dirinya belum sepenuhnya pulih. Memang dirumah dia seolah-olah 200% pulih tetapi apabila berhadapan kembali dengan Erra, dia gagal. Gagal menghilangkan kenangan lalu. Erra dilihatnya sedang tidur. Enak sekali gadis itu tidur.

Leya menyambung kembali mengemas. Sebenarnya masih banyak barang yang belum dikemas. Sebaik sahaja Erra masuk ke bilik, dia secepat mungkin menghabiskan kerjanya mengemop lantai kemudian cepat-cepat dia keluar dari bilik itu. cuba meraih ketenangan dihati. Dia tidak mahu teman serumahnya tahu masalah antara mereka.

Leya duduk di katilnya. Dia merenung wajah Erra yang nyenyak tidur. Lama. Perlahan-lahan air matanya menitis lagi. Leya melangkah menuju ke tandas yang terletak diluar bilik mereka. Tidak sampai seminit dia masuk kembali ke dalam biliknya mengambil tualanya yang tergantung di penyidai. Dia masuk ke bilik air. Membuka pili air. Membiarkan air memabasahi dirinya. Bersama-sama air mata yang tidak henti-henti mengalir. Sesungguhnya kenangan itu terlalu sukar untuk dibuang.

Sebulan sebilik dengan Erra, Leya langsung tidak bercakap dengan Erra. Bukan dia tidak mencuba, banyak kali dia mencuba. Tetapi dia tidak berupaya membohongi diri. Dia bukanlah pelakon yang hebat. Yang pandai berpura-pura gembira dengan kebahagiaan Erra. Dia adalah Leya. Leya yang penuh dengan dendam. Argh….dia benci. Dia bukan Leya yang penuh dengan dendam. Jadi ? kalau bukan dendam kenapa tidak boleh melihat kawan baik sendiri bahagia. Leya menarik nafas dalam-dalam. Terkelu dia dengan kata hatinya sendiri. Benarkah dia pendendam. Jahatkah dia ? adakah dia bukan seorang sahabat yang baik. Leya mengerdipkan matanya. Mengelakkan air matanya dari menitis lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....