Erra pulang tepat jam 6 petang. Di tangannya penuh dengan plastic yang berisi makanan. Nampaknya Erra shopping stok makanan untuk bulan ini dengan suaminya. Leya yang asyik berbaring di katil bangun membantu Erra mengemas barang-barangnya. Wajah Erra berseri-seri. Bahagia dan gembira tentunya selepas dapat berjumpa dengan suami tersayang.
“Abang…er husband aku kirim salam dekat kau.” Erra berkata.
“Waalaikumussalam.” Leya menjawab. Dia tersenyum. Lebar. Menyembunyikan hati yang lara. Husband Erra kirim salam. Maknanya, Idzlan yang berkirim salam padanya. Cepat-cepat di capai tuala di penyidai. Dia berlalu menuju ke bilik air. Harap-harap Erra tidak perasan perubahannya.
Laju sahaja pergerakannya. Cepat-cepat dia masuk ke dalam bilik air. Tidak mahu terkantoi kerana matanya sudah berair. Sememangnya dia tidak mampu menyembunyikan kesedihan hati. Memang nampak dia happy dan bahagia sekarang, namun jauh di sudut hati masih ada kesedihan yang bersisa. Terutama apabila nama Idzlan di sebut. Mudah sahaja air jernih mengalir keluar dari tubir matanya. Bukan tidak ditahan. Bukan juga tidak disekat. Namun dia tida berdaya untuk mengelakknya. Mungkinkah masih ada cinta buat Idzlan. Bak statusnya di facebook dulu, cinta tak semestinya bersatu. Jadi tak salah kalau ada cinta lagi buat Idzlan. Benarkah tak salah ? Argh….bencinya. Dia benci berperasaan begini.
Hampir sejam Leya di bilik air. Macam seronok pula dia berlama-lama di dalam bilik air. Padahal dia cuba menyembunyikan resah di hati di hadapan Erra. harapan setinggi gunung agar Erra tidak berjaya mengesan perasaannya tika ini. namun dia tahu itu hanyalah harapan yang hanya tinggal harapan. Erra sudah lama mengenalinya. Tentu sahaja dapat merasai perubahan yang berlaku dari dirinya.
Leya keluar dari bilik air. Dia melemparkan seulas senyuman buat Erra yang memandangnya. Seolah ada seoalan yang bakal keluar dari ulas bibir come Erra namun tidak terluah. Selesai bersiap Erra mencapai telefonnya. Dia menghantar mesej kepada Fahmi. Mengajak Fahmi keluar. Dia tidak mampu berdepan dengan Erra tika ini. Tentu Fahmi terkejut dengan ajakannya yang tiba-tiba sahaja. Sedangkan Fahmi ada mengajaknya keluar pada hari ini pun ditolaknya dengan alasan ada kerja yang mesti diselesaikan.
Elok sahaja handphone Leya berbunyi menandakan ada mesej masuk, laju sahaja jemari runcing itu mencapai hadnsetnya. Button ok ditekan. Dia tersenyum membaca mesej daripada Fahmi. Walaupun jauh, Fahmi tidak menghampakannya. Fahmi akan datang menjemputnya di kolej dan mereka akan keluar makan bersama-sama pada mala mini. Walaupun sebenanya Leya masih lagi kenyang sebenarnya.
Leya memandang kea rah Erra. “Erra, aku nak keluar.” Berkerut dahi Erra mendengarkan kata-kata Leya. Sangsi tiba-tiba. Adakah Leya berkecil hati kerana aku tersebut abang di hadapannya. Tapi…dia belumpun sempat menyebut nama Idzlan. Laju sahaja dia menukar nama Idzlan kepada husbandnya.
“Kau nak pergi mana ?” tanya Erra. Risau juga. Dahlah tadi hampir sejam Leya di dalam bilik air.
“Aku nak keluar dengan Fahmi la. Kau janganlah risau.” Leya menjawab soalan Erra. ceria dan gembira sahaja wajahnya pada pandangan Erra. Erra tersenyum. Nyata tekaannya salah. Nasib baik Leya tidak berkecil hati dengannya. Dia tidak mahu Leya makin hati lagi. Dia tahu leya sudah banyak makan hati dengan dia dan Idzlan. Dia sayangkan Leya. Dia amat sayangkan persahabatan mereka. sesungguhnya leya memang seorang kawan yang baik.
“Jaga diri okey. Aku sayang kau.” Erra sempat berpesan. Hampir menitis air mata Leya mendengar ucapan ‘aku sayang kau’ dari ulas bibir Erra. kalaulah Erra tahu yang sebenarnya sekarang ini dia sedang melarikan diri daripada Erra tak tahulah apa perasaan Erra.
Leya menghampiri Erra. seperti biasa sebelum keluar dia menghadiahkan sebuah kucupan buat Erra. Tidak mahu Erra fikir bukan-bukan tentang dirinya. Erra Cuma tersenyum dengan perlakukan Leya.
“Leya tahu mesti Mie hairan kan, tiba-tiba Leya ajak keluar.” Leya membuka cerita setelah dia dan Fahmi hanya berdiam diri sepanjang perjalanan.
“Hm…Mie dah tahu dah.” Selamba Fahmi menjawab. Leya menoleh kea rah Fahmi dengan wajah yang penuh tanda tanya tentunya.
“Sebab…..” Fahmi tidak menghabiskan ayatnya.
“Sebab apa ?” Leya tidak sabar.
“Sebab…Leya rindukan Mie kan ?” Leya ketawa besar mendengarkan kata-kata Fahmi. Dia tahu Fahmi sengaja mahu kenakan dirinya. Sengaja mahu membuat dia tertawa. Fahmi cuma tersenyum semasa dia ketawa.
“Perasan.” Kata Leya sebaik tawanya reda.
“Ni kita nak pergi mana ?” Fahmi bertanya. Leya angkat bahu.
“Amboi…boleh pula tak tahu. Mie larikan Leya ke Thailand nak ? Jual.” Fahmi mengusik. Leya tergelak lagi. Hilang sedihnya buat seketika bersama dengan Fahmi mala mini. Memang itupun mahunya. Dia tidak mahu sedihnya dapat dikesan Erra.
“Sorry Mie. Leya….er…Leya…tension and I need someone.” Perlahan Leya berkata. Perasaan bersalah tiba-tiba sahaja menjalar ke lubuk hati. kesian Fahmi. Tiba-tiba terpaksa menjadi tempat untuk dia melepaskan tension pada malam ini.
“Its okey.” Selamba Fahmi menjawab. Dia meneruskan pemanduannya. Sebenarnya dia sendiri pun tak tahu ke mana tempat yang harus mereka kunjungi. Akhirnya dia membawa Leya ke sebuah restoran menghadap tasik. Indah dan tenang suasana di situ.
Leya hanya mengikut apa sahaja yang Fahmi order. 1 set chicken chop. 1 gelas apple juice. Sama. Itu yang Fahmi order itu juga yang Leya order. Dia pun sebenarnya bukan mahu makan sangat. Sengaja melarikan diri dari bilik. Mahu menenangkan hati yang sedang berduka lara secara tiba-tiba. Aduh…sakit juga keadaan seperti dia. Okey secara tiba-tiba dan diserang duka pun secara tiba-tiba….alahai…
“Mie lepas ni kita nak pergi mana ?” Leya bertanya. Makanan dalam pinggannya sudah hampir habis. Padahal tadi bukannya dia lapar sangat. Tapi seronok pula apabila dapat makan sambil berbual-bual dengan Fahmi pada malam ini. Wah…ada apa-apa ke. Nope…dia tak dah ada apa-apa perasaan pun kat Fahmi sekarang. Mungkin sebab Fahmi dah berjaya membantunya merelease tension pada malam ini. Sebab tu dia berjaya menghabiskan makanannya pada malam ini walaupun tidaklah lapar mana.
“Hantar Leya balik.” Fahmi menjawab selamba. Wajah Leya yang berubah di renungnya. Senyumannya terukir melihat wajah itu.
“Tak nak balik lagi, boleh tak ?” permintaan dari Leya yang membuatkan senyuman Fahmi semakin melebar.
“Habis tu, Leya nak pergi mana ? Nak ikut Mie balik ke ?” Fahmi sengaja mengusik. Membulat mata Leya mendengar usikannya.
“Ada pula macam tu.” Perlahan suara Leya. Menahan geram di hati. Ketawa Fahmi meletus. Sejak bila pula Leya pandai merajuk dengannya ni. Dia pun tak tahu.
“Jom….” Fahmi berkata. Sengaja tidak mempedulikan rajuk Leya. Dia menuju ke kaunter pembayaran dan membayar jumlah makanan mereka pada malam itu.
“Wah cantiknya…” Leya kagum dengan lampu-lampu yang bergemerlapan. Agak jauh Fahmi memarkir keretanya memandangkan mereka datang sudah agak lewat. Tentunya parking yang dekat dengan taman sudah penuh. Mereka terpaksa berjalan agak jauh menuju kea rah taman yang indah bercahaya dengan lampu-lampu yang berwarna warni.
“First time Leya datang sini.” Kata Leya. Dia tersenyum. Wajahnay ceria. Gembira. Lebih gembira dari tadi. Gembira yang bukan dibuat-buat.
“Selalunya dapat tengok gambar orang je datang i-city. Hari ni giliran Leya pula. Thanks banyak-banyak ya, Mie.” Kataya lagi. Jelas kegembiraan yang terpancar pada wajah Leya.
Mereka berjalan-jalan di sekitar taman. Sesekali Leya berhenti di tempat-tempat yang dirasakan cantik. Telefon dihulur, meminta Fahmi menangkap gambarnya. Fahmi pula melayan aje kerenahnya pada malam ini. bukan hanya gambar dia, malah mereka juga turut bergambar bersama-sama. Cantik, indah, bahagia, gembira. Semua rasa yang enak-enak ada dalam diri Leya dan Fahmi sekarang. Lagak mereka seperti sepasang burung merpati yang sedang enak menjalin kisah kasih. Leya pula seoalah-olah sudah melupakan perihal Erra dan Idzlan.
Jam menunjukkan pukul 11 malam. “Alamak….” Sepatah perkataan itu meluncur dari ulas bibir Leya. Keseronokannya terhenti seketika. Macam mana nak balik kolej. Confirm tak lepas. Dia memandang Fahmi. Fahmi Cuma tersengih.
“Kelas Leya pukul berapa esok ?” Fahmi bertanya.
“Petang.”
“Kalau macam tu malam ni tidur rumah Fahmi dulu. Esok Fahmi hantar.” Selamba cadangan yang diberikan Fahmi. Membulat mata Leya memandang kea rah Fahmi. Gila ke apa nak tidur rumah Fahmi. Fahmi ketawa melihat gelagat Leya. Cuak. Sesekali kenakan Leya best juga.
“Rumah kakak Mie lah. Dekat seksyen 2. Leya tak kisah kan ?”
“Hm….kalau kisah pun, Leya nak buat camana. No choice. Tapi pagi-pagi esok Mie kena hantar Leya terus, boleh ? Leya dah lah tak bawak apa-apa pun ni.” Fahmi tersenyum mendengar kata-kata Leya. Tentunya Leya tidak selesa apabila tidak membawa apa-apa dan terpaksa bermalam di rumah orang lain.
“Baik sayang.” selamba dia menjawab membuatkan wajah Leya merah menahan malu. Fahmi tersenyum sendiri melihat wajah Leya yang sudah merah itu.
Pukul 7 pagi. Fahmi sudah tercegat di depan rumah sewa kakaknya. Pintu di ketuk. Agak lama dia menunggu untuk pintu dibuka. Maklumlah masih awal pagi. Mesti masing-masing sedang sibuk bersiap untuk ke kerja.
Pintu dikuak. Terpancul wajah kakaknya di muka pintu. Fahmi sengih.
“Kak, tolong bagi dekat Leya. Mie tunggu kat kereta.” Fahmi menghulurkan berus gigi kepada Leya. Dia tahu tentunya Leya tidak selesa kalau bangun pagi-pagi gigi tidak bergosok. Fatina tersenyum menerima berus gigi daripada Fahmi. Dia menggeleng kepalanya. Nakal betul adiknya yang seorang ini. Sudahlah malam tadi tiba-tiba bawa anak dara orang datang dan suruh menumpang di biliknya. Nasib baik Leya tu peramah juga. Senang masuk. Takde la kesian sangat. Sekejap waktu sahaja dia sudah boleh berngam dengan Leya. Kalau Leya yang Fahmi mahu jadikan awek, 200% dia setuju. Leya lulus.
Leya sudah siap sebenarnya. Keperluan mandi Kak Fatina semua dibelasahnya. Cuma tinggal belum gosok gigi aje. Takkan nak pinjam berus gigi Kak Fatina juga kan. Lain macam bunyinya. Entah-entah Kak Fatina pun tak sanggup.
“Leya,…” Fatina masuk ke dalam biliknya. Leya sibuk dengan handsetnya. Berbalas mesej dengan siapa, tidaklah Fatina ketahui. Leya menoleh mendengar namanya dipanggil. Seulas senyuma terukir di bibirnya.
“Nah…Fahmi bagi. Dia tunggu Leya kat dalam kereta.” Berkerut dahi Leya melihat berus gigi yang dihulurkan oleh Fatina. Fatina tergelak. Leya juga sama.
“Dia suruh Leya gosok gigi ke kak ?” soalan bodoh terluah dari ulas bibir Leya.
“Ye la kot.” Fatina senyum-senyum.
“Ubat gigi ada dalam bekas tu ya.” Dia menyambung sambil menunjukkan kearah bekas yang dimaksudkan. Leya mengangguk lalu menuju ke bilik air untuk menggosok gigi.
“Akak, terima kasih banyak-banyak tau.” Leya bersalam dan memeluk Kak Fatina.
“Orite. Tak ada apalah Leya. Nanti free-free datanglah.” Leya Cuma tersenyum mendengar pelawaan Fatina.
Selesai sesi bersalam-salaman dengan Fatina dan teman-teman serumahnya Leya melangkah menuju ke kereta Fahmi. Fahmi sudah siap menunggu di dalam kereta. Leya mengetuk pintu kereta lalu masuk dan duduk di sebelah Fahmi. Fahmi memandangnya dengan senyuman.
“Dah lama ke tunggu ? Sorry tau.” Fahmi melihat ke arah jam tangannya.
“Dah dekat setahun.” Meletus ketawa Leya dengan jawapan yang diberikan oleh Fahmi. Over gitu. Memang penggunaan hiperbola Fahmi agak bagus.
“Sorry….” Untuk sekian kalinya ucapan maaf meluncur laju dari ulas bibir Leya.
“Mie, thanks untuk berus gigi.” Fahmi ketawa. Leya juga. Mereka sama-sama ketawa.
“Kita breakfast dulu, ya ?” Fahmi berkata setelah tawanya reda.
“Er…hm…okeylah.” Sebenarnya kalau boleh Leya mahu terus kembali ke kolejnya. Tapi rasa tidak enak pula menolak pelawaan Fahmi sedang fahmi sudah banyak membantunya. Benarlah, susah kalau dah termakan budi dengan orang ni.’
Mereka breakfast di restoran Hakim yang terletak di seksyen 7. Apa yang Fahmi order itu juga yang Leya order. Bukan niat untuk mengikut Fahmi, tapi sememangnya pagi itu dia terasa seperti mahu makan roti canai telur dan milo ais. Mana nak tahu selera mereka pada pagi itu sama.
“Leya suka tiru Mie kan ?” Fahmi berkata. Riak wajahnya selamba. Leya tersengih. Malas mahu melayan Fahmi. Nasib baik sudah gosok gigi.
“Mie tak de kelas ke pagi ni ?” Leya bertanya. Mengubah topic tentunya.
“Ada…pukul 10.30 pagi.” Leya mencapai handsetnya. Melihat waktu. Membulat matanya.
“Sempat ke? Sekarang dah pukul 8.30.” katanya. Tiba-tiba rasa bersalah yang amat kerana menyusahkan Fahmi dari semalam lagi. Bukan hanya Fahmi yang disusahkan, sekali dengan kakak dia pun disusahkan juga. Nasib baik Kak Fatina sporting morting gitu.
“Sempat je. Nanti Mie drive 180km/j okey.” Leya tergelak.
“Ye la sangat tu.” Dia menjawab. Fahmi senyum dan mereka menghasbiakn makanan masing-masing.
“Mie, terima kasih banyak-banyak, ya.” Leya mengucapkan terima kasih. Rasanya dari malam tadi sehingga ke hari ini dia telah banyak menyusahkan Fahmi.
“Okey. Nanti kalau ada problem, just call me okey.” Fahmi berkata sambil tersenyum. Segan pula Leya dengan Fahmi. Sudahlah dia yang mengajak Fahmi keluar, makanya semua perbelanjaan di tanggung sepenuhnya oleh Fahmi. Bukan dia tidak mahu membayar, namun Fahmi menolak. Nampaknya kena cari hari yang sesuai untuk giliran dia membelanja Fahmi pula.
Leya menunggu sehingga Fahmi hilang dari pandangan. Dia menghantar Fahmi dengan senyuman. Sebaik kereta itu sudah menjauh Leya melangkah menuju ke arah lif. Menekan button nombor 4 untuk menuju ke biliknya. Kolej yang berkonsepkan apartment itu mempunyai 4 buah bilik dalam sebuah rumah. Dan setiap bilik memuatkan dua orang pelajar.
Sebaik sahaja melangkah ke dalam bilik, Erra tersenyum menyambut kepulangan Leya.
“Wah gembira ya, berdating dengan Fahmi.” Erra mengusik. Leya Cuma tersenyum. Dihulur bungkusan roti canai dan air milo sarapan buat Erra.
“Apa ni ?” Erra bertanya.
“Breakfast kau. Fahmi belanja.” Jawab Leya.
“Terima kasih. Fahmi tu baik kan?” kata Erra. Soalan Erra dibiarkan berlalu. Leya hanya tersenyum dengan kata-kata Erra. Fahmi memang baik pun. Dia mengambil tualanya dan berlalu ke bilik air.
“Eh, belum mandi ke ?” Erra bertanya.
“Dah, tapi nak mandi lagi.” Selamba Leya menjawab sambil berlalu ke bilik air.
Selesai mandi, Leya baring-baring di katil. Erra pula di mejad study. Sedang mentelaah tentunya.
Handset Leya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
‘Bila kita boleh jumpa lagi ? Mie rindu Leya.’ Tersenyum Leya membaca mesej daripada Fahmi. Mengada-ngada. Tadi dah jumpa. Semalam pun dah berdating-dating. Nak juga rindu-rinduan.
‘Mengada-ngada. :p’ Hanya itu yang Leya balas. Tidak samapai seminit dia menerim mesej balas daripada Fahmi.
‘Leya kena juga jumpa Fahmi.’ Amboi memaksa nampak. Senyuman terukir lagi dari ulas bibirnya
‘Amboi suka-suka paksa orang. Kalau Leya tak nak ?’
‘Leya tak dapat makan la minggu ni.’
‘Kenapa ?’
‘Malam ni kita dinner sama-sama. Pukul 8 okey.’ Mesej terkahir daripada Fahmi. Leya bingung sendiri. Kena paksa dinner sama-sama pula. Apa hal. Geram pun ada. Tapi biarlah. Biar malam ni dia pula yang belanja Fahmi.
Pukul 8.05. Leya masih lagi melilit tudungnya. Handsetnya sudah beberapa kali berdering. Sengaja dia membiarkan handsetnya itu menyanyi riang. Dia tahu tentunya Fahmi yang menelefonnya. Selesai bersiap laju sahaja dia mengambil handsetnya. Menyelongkar beg dan mencari-cari pursenya. Puas dia menyelongkar namun apa yang dicari tidak dijumpai.
Handsetnya menjerit lagi. Pantas dia menjawab panggilan daripada Fahmi yang entah kali keberapa itu.
“Mie, sorry. Leya cari purse tak jumpa.” Tanpa salam, tanpa mukaddimah terus sahaja dia mengadu kepada Fahmi. Fahmi di talian sebelah sana Cuma tergelak menerima aduan daripada Leya.
“Mie ni. Purse orang hilang boleh pula dia gelak-gelak.”
“Tak pe. Leya turun dulu.”
“Yelah.” Leya mematikan talian. Sebelum keluar sempat dia peluk cium dengan Erra. Erra pula seperti biasa menasihati dia itu dan ini. Sayang betul dia dengan kawan yang seorang ini.
“Nah.” Fahmi menghulurkan purse kepada Leya.
“Wa.…purse Leya, mana Mie dapat ni?” keseronokan Leya menerima purse kepunyaannya yang di sangka hilang itu daripada Fahmi.
“Rumah Kak Tina.”
“Hehe…tertinggal rupanya.”
“Careless. Lepas tu kelam kabut tak tentu pasal ea.” Fahmi mengusik. Leya hanya tersenyum. Fahmi membawa Leya makan di sebuah restoran yang berada dekat dengan kolej Leya. Tidak mahu jauh-jauh lagi. Nanti ada yang kena tidur di rumah Kak Tina lagi.
No comments:
Post a Comment