“Amboi…..seronok aje kenakan orang ye, sayang…” Leya tersenyum. Erra dan Aiman sudah tegelak-gelak. Penat mereka menahan ketawa melihat telatah Idzlan masa Leya hilang tadi.
“Happy birthday, sayang. Semoga hubungan kita ni berkekalan. Sorry…just nak buat surprise.” Lembut Leya berkata.
“Memang surprise pun…” jawab Idzlan.
“Happy birthday abang Lan. Moga jodoh korang panjang.” Erra berkata sambil menghulurkan hadiah.
“Selamat hari lahir Lan. Aku doakan moga hubungan aku dengan Erra panjang.” Kata-kata Aiman menyebabkan semua ketawa.
“Hadiah tu kami share tau.” Tambahnya lagi sambil menunjukkan hadiah yang diberikan oleh Erra kepada Idzlan tadi.
“Terima kasih. Tapi korang memang la…lakonan terbaik. Cuak aku.” masing-masing tersenyum mendengar kata-kata Idzlan. Memang Idzlan betul-betul sayangkang Leya. Kalau tidak masakan wajahnya boleh pucat sewaktu Leya tiba-tiba hilang.
Banyak gambar di ambil sebagai kenangan mereka berempat. Semua wajah menggambarkan keriangan dan kegembiraan. Maklumlah dapat berpicnic sambil menyambut birthday Idzlan pada malam-malam hari di tepi pantai. Pagi sebenarnya sebab waktu itu sudah menujukkan angka 2 pagi.
“Erra…mama ko tak marah ke ni ?” tiba-tiba sahaja Leya bertanya.
“Mama dengan abah aku balik esok la darling.” Leya mengangguk.
“Mentang-mentang mama dan abah dia tak de, pandai balik lewat malam ye.” Aiman mengusik.
“Tak pe, abang sepupu dia ada. Bakal kakak ipar pun ada.” Idzlan menjawab membuatkan Leya tersenyum malu-malu.
Hampir pukul 3 pagi baru mereka pulang. Idzlan dan Aiman menghantar Leya dan Erra pulang ke rumah sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing.
Leya tersenyum panjang. Dia sudah selamat sampai di hostel. Sekarang masa untuk belajar. Memang dia betul-betul release dapat meluangkan masa bersama Idzlan. Dia merenung katil Erra yang kosong. Erra belum pulang. Lagi dua hari mau exam nanti barulah Erra pulang. Itu kata Erra padanya. Entah betul entah tidak. Macam lah dia tidak kenal dengan Erra. Kalau boleh, petang nak exam tu, paginya barulah dia balik. Tapi Erra sudah membawa segala jenis nota dan bukunya ke rumah. Jadi tak kisahlah kalau dia berlama-lama dirumah. Erra pun memang kaki study. Dimana-mana pun dia maintain boleh study. Terbaik betul kawannya yang seorang itu.
Leya membuka facebook. Dua hari tak update status rasa macam lain macam. Makumlah, sebelum ini hari-hari dia update status. Dan kesemua statusnya status angau. Sampai Fahmi pun boleh terperasan. Malunya. Tapi try la, kalau jumpa buat muka selamba campur innoncent. Hehe.
Sekarang dia sudah boleh belajar dengan tenang. Bukan seperti dulu lagi. Seperti waktu dia angaukan Fahmi. Sedangkan angaunya sendiri. Tiada balasan. Kalau makin dilayan, mau gila dia dibuatnya. Namun segala-galanya sudah berkahir. Tiada lagi rindu buat Fahmi atau mimpikan Fahmi dalam tidurnya. Sekarang, hatinya seratus percent milik Idzlan. Sudah tidak goyah lagi. Dia yakin dengan perasaannya kini. Sebenarnya dia amat rindukan Idzlan pada waktu itu. Hatinya kosong dan apabila ada orang yang melayannya dia rasa bahagia. Dan orang itu adalah Fahmi. Mohd Haziq Fahmi. Benarlah kata Erra, itu bukan cinta, tapi suka yang hanya sementara kerana Fahmi telah berjaya mengisi kekosongan hatinya pada waktu itu. Fahmi hadir di saat dia merindu seseorang.
Leya merenung jam pemberian Idzlan. Langsung dia tidak sedar bila masa Idzlan meletakkan jam tangan dan sekeping kad kecil di dalam handbegnya. Hampir menitis air matanya membaca nota cinta dari Idzlan.
‘Terima kasih kerana bahagiakan Lan. Lan bersyukur kerana mengenalimu sayangku.’
Leya tersenyum panjang membacanya. Hampir 4 tahun hubungan mereka. Dia sendiri tidak menyangka hubungannya dengan Idzlan mampu kekal sehingga sekarang. Sedangkan mereka banyak bergaduh. Biasalah asam garam bercinta. Erra sudah masak dengan mereka. Asyik bergaduh sahaja. Maklumlah, masing-masing merindu. Bila rindu, tak kena layan pula tu. Apa lagi…angin la. Leya pula asyik sibuk memanjang dengan tugasnya sebagai seorang pelajar. Semenjak dia join kelab Fasilitator di kolejnya, sibuknya makin bertambah. Idzlan pula sibuk dengan kerjanya. Kadang-kadang masa mereka tidak kena. Bila Leya free, Idzlan sibuk dan begitulah sebaliknya. Bila Idzlan merindu, Leya pula sibuk dengan tugas-tugasnya dan langsung tidak dapat melayan rindu Idzlan.
No comments:
Post a Comment