Sunday, June 6, 2010

masihkah ada cinta - 18

Hari ini entah kali ke berapa Leya keluar bersama dengan Fahmi. Fahmi sibuk mahu mengajaknya keluar. Penat menolak, lelah melarikan diri, akhirnya Leya menerima pelawaan Fahmi. Nasib baik semua benda dah settle. Assingment dah siap. Kuiz dan test pun lambat lagi. Sempat lah kalau setakat nak berfoya-foya sehari bersama Fahmi. Merehatkan fikiran dan menenangkan hati.

“Kita nak pergi mana ?”’

“Hari ni kita nak picnic.” Fahmi menjawab sambil tersenyum.

“Kita dua je ?”

“Kak Tina dengan Abang Iman sibuk nak ikut. Jadi kita berempat lah.” Leya hanya mengangguk. Nasib baik dai sudah mengenali kakak Fahmi yang sporting itu. kalau tidak mesti dia segan. Cuma dengan Abang Iman yang dia belum kenal. Siapa lagi kalau bukan bakal abang ipar Fahmi. Fahmi agak rapat dengan Fatina sebab jarak mereka tak jauh. Kalau apa-apa masalah, Fatinalah tempat rujukan Fahmi. Fatina pula jenis melayan. Kadang-kadang dilayannya Fahmi macam budak kecil. Sebab tulah Fahmi manja. Dahlah anak bongsu, dapat layanan superb pula daripada abang dan kakak-kakak. Jadi tak payah ceritalah manjanya macam mana.

“Okey kita dah sampai. Leya tolong ambilkan barang kat belakang.” Fahmi berkata. Leya tersenyum mendengar arahan Fahmi. Dia berlalu ke boot kereta. Apabila diangkat boot kereta melopong dia melihat barang-barang yang dibawa Fahmi. Mak aih, macam nak balik kampong.

“Kenapa ?” Fahmi bertanya setelah berdiri di sebelah Leya.

“Mie nak balik kampong ke ?” Fahmi ketawa mendengar soalan Leya. Leya memandang Fahmi yang sedang ketawa dengan semangatnya.

“Baru balik dari kampong la ni. Malas nak angkut lagi semua benda alah ni. Tu na bakul. Tolong ambil.” Leya mengangguk. Diambilnya sebuah bakul yang berisi beberapa bungkus jajan dan dua botol air berkabonat. Tidak lupa beberapa gelas plastic turut termuat di dalam bakul itu.

“Meh sini, Mie pegang. Cian Leya berat.” Fahmi menghulurkan tangannya.

“Lagi ?”

“Tolong bawa beg ni. Boleh kan ?” Fahmi menghulurkan beg galasnya. Beg galasnya lebih ringan berbanding dengan bakul yang dipenuhi dengan makanan dan minuman itu.

“Orite.” Leya menggalas beg itu.

Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam kawasan air terjun itu.

“Kita nak pergi tingkat berapa ?”

“Tingkat tujuh. Larat tak ?” Fahmi menjawab sekaligus bertanya kembali.

“Mestilah larat.” Dengan penuh confident Leya menjawab. Memang tak salah dia memakai crocs pada hari ini bukan heels seperti kebiasaannya. Kalau tidak ada yang berjalan kaki ayam sahaja memanjat menuju ke tingkat 7 nanti.

“Sorry lambat. Dah lama ke tunggu ?” termengah-mengah Fatina apabila tiba di gazebo tempat Fahmi dan Leya sedang duduk-duduk.

“Baru je. Laju juga akak naik ea.” Leya mengusik. Senyuman terukir dibibirnya. Fatina tersengih mendengar kata-kata Leya.

“Kenalkan ni, Iman. Ehem-ehem akak.” Tertawa Leya mendengar kata-kata Fatina.

“Sayang, ni Leya. Awek Fahmi.” Membulat mata Leya setelah diperkenalkan sebagai awek Fahmi kepada Iman. Fatina dan Fahmi ketawa. Kuat. Selamba mengenakan Leya. Mereka berdua kalau dah jumpa, bahaya. Iman hanya tersenyum lebar. Faham dengan kedua-dua beradik itu.

“Mandi pakai baju okey.” Leya member amaran kepada Fahmi dan Iman. Segan juga kalau budak beruda tu mandi hanya berseluar.

“Baik bos.” Iman dan Fahmi menjawab. Kemudian kedua-duanya sudah terjun ke dalam air terjun. Tak menyempat. Jumpa air terus aje jadi badak berendam.

“Leya tak nak mandi ?” Fatina bertanya.

“Leya tak bawa baju pun, kak.” Membulat mat a Fatina mendengarkan kata-kata Leya. Takkan Fahmi tak bagitahu. Bertuah punya budak.

“Mie tak bagitahu ke ?” tanyanya.

“Tadi…dalam kereta.” Fatina tergelak. Fahmi ni memanglah. Suka-suka dia buat anak dara orang macam tu.

“Akak, kita panjat batu kat sana nak ?”

“Jom.” Pantas Fatina menerima ajakan Leya. Seronok juga. Bergambar-gambar atas batu. Boleh posing maut.

“Tapi, barang-barang ni macam mana ?” Leya bertanya.

“Don’t worry. Tak de orang pun kat sini. Lagipun dekat dengan dorang tu. Biar dorang tengok-tengokkan sekali.”

Leya dan Fatina melangkah menuju kea rah air terjun. Batu-batu besar di situ dipanjat dengan berhati-hati. Sibuk Fatina berposing begitu dan begini. Leya pula menjadi photographer tak terror pada hari ini. mereka bergilir-gilir bergambar. Sesekali di candid gambar Fahmi dan Iman yang asyik bermandi-manda di bawah.

Sejam berendam dan bergambar-gambar, mereka lepak di bawah gazebo. Fatina mengeluarkan bihun yang dibawanya. Agar-agar di dalam Tupperware juga dibuka dan diletakkan di atas meja.

“Alamak, akak lupa bawa pinggan.” Fatina menepuk dahinya.

“Tak pe, kita makan dalam tangan.” Selamba Fahmi menjawab. Iman tersengih. Dia kenal benar dengan sikap pelupa Fatina. Dia pun lupa mahu bertanya tadi sebelum mereka bertolak. Fahmi pula tukang perli.

“Tak pe, kita makan dalam tudung Tupperware ni je. Gilir-gilir la.” Leya member idea. Diambil tudung Tupperware bihun dan agar-agar. Dicedok mi goring ke atas tudung itu. yang satu dihulur kepada Fatina dan yang satu dihulur kepada Iman.

“Mie ?” Fahmi bertanya. Fatina ketawa dengan gelagat Fahmi. Alahai budak manja sorang ni.

“Nah.” Fatina menghulurkan bihunnya kepada Fahmi.

“Meh kita makan berdua sayang. Budak manja tu dah lapar.” Fatina berkata kepada Iman. Di tariknya tangan Iman kea rah batu-batu yang banyak di situ. Lagi best makan kat air terjun.

“Eleh. Leya, jom kita makan sama-sama.” Fahmi tidak mahu kalah. Dia duduk di sebelah Leya. Terpinga-pinga Leya dengan gelagat Fahmi.

“Makanlah. Atau…nak Mie suapkan ?” Fahmi mengusik. Wajah Leya sudah memerah mendengar usikan Fahmi. Perlahan-lahan tangan Leya mengambil bihun dan menyuapkan ke dalam biliknya. Tidak pernah terfikir dia akan makan sepinggan dengan Fahmi. Bukan sepinggan sebenarnya. Sepenutup Tupperware sebenarnya. Fahmi pula berselera sahaja makan. Lapar tentunya setelah sejam berendam di dalam air.

Selesai makan, Fahmi mengambil agar-agar yang dibuat oleh Fatina. Agar-agar kegemarannya. Fatina memang kakak yang best, tak pernah lupa makanan kegemarannya. Memang lah tak boleh lupa, nanti dia merajuk sebab Fatina dah berjanji mahu membuatkan agar-agar kegemarannya.

“Mie nak air apa ?” Leya bertanya.

“Merah.” Selamba Fahmi menjawab. Leya tersenyum sendiri. Air merah. Baiklah. Nasib baik dia faham, air merah yang dimaksudkan Fahmi ialah air strawberry.

“Nah air merah.” Leya menghulurksan air yang dimahu Fahmi sambil tersenyum.

“Apa senyum-senyum.” Fahmi bertanya membuatkan tawa Leya meletus.

“Tak ada apalah.”

“Ye lah tu. Dari kecil Mie panggil air merah. Dah tak leh nak buang.” Dia berkata. Leya senyum lagi.

“Ya, saya faham.” Selamba Leya menjawab. Leya terpaksa menerima hakikat yang Fahmi memang manja. Semuanya dapat dilihat hari ini apabila dia bersama dengan kakaknya dan Iman. Manja yang bukan dibuat-buat. Itulah sifat sebenar Fahmi. Berhati lembut. Luar aje ala-ala rockers tapi hakikatnya. Hanya orang yang benar-benar mengenalinya yang mengetahui dan memahaminya.

Sebelum balik sempat mereka bergambar-gambar kenangan bersama. Banyak gambar Fahmi dan Leya di candid Fatina. Bukan hanya gambar, macam-macam dia mengusik Leya membuatkan wajah Leya kemerahan menahan malu. Ayu gitu. Blusher semulajadi. Tak payah pakai yang mahal-mahal punya.

Tepat jam 5 petang mereka pulang. Fahmi menghantar Leya pulang sebelum dia sendiri pulang ke kolejnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....