Sunday, June 6, 2010

masihkah ada cinta - 12

Terketar-ketar tangannya membuka kad perkahwinan Erra. Membaca nama Erra dan nama pengantin lelaki. Nama Idzlan tertera di situ. Dia cuba menidakkan apa yang sedang dilihatnya. Lelaki itu bukan Idzlan Hilmi. Matanya perlahan bergerak kea rah alamat pengantin. Alamat rumah Erra dan alamat rumah Idzlan jelas di situ. Nama penuh Idzlan juga tertera di atas kad itu. Idzlan Hilmi bin Rashidi.

Air mata Leya merembes lagi. Laju seolah-olah tidak akan berhenti lagi. Dia menahan esak tangisnya. Risau keluarganya mendengar tangisan hibanya. Dia menatap jam di pergelangan tangan. Perlahan dia membuka jam itu. Dikeluarkan sebuah kotak dari dalam almari. Kotak jam yang dihadiahkan Idzlan kepadanya diambil. Kemudian dia meletakkan jam itu di dalam kotak tersebut dan menutup kembali kotak itu. Sebaik mahu menyimpan kotak itu, dia ternampak sebuah lagi kotak. Dia menarik kotak itu. perlahan-lahahan tangannya membuka kotak itu. Pelbagai jenis kad tersimpan di dalamnya. Bukan hanya kad, malah beberapa keping surat cinta dari Idzlan buatnya. Juga album-album gambar yang tentunya menganduingi gambar dia dan Idzlan.

Leya membelek album gambar itu. Dia seolah-olah sengaja mahu meneruskan kesedihan dengan meneliti gambar-gambar kenangan mereka. Gambar dia dan Idzlan. Tersenyum gembira dan ceria. Terdapat juga gambar Erra dan Aiman. Ada juga gambar mereka berempat. Sesungguhnya mereka adalah pasangan yang amat bahagia tika itu. Sekeping gambar terjatuh. Leya mengutipnya. Gambar Erra dan dia di depan muzium. Keriangan terpancar menerusi raut wajah mereka. Waktu itu mereka bersama-sama mengikut trip ke Perak bersama teman-teman sekuliah. Waktu itu juga, Erra banyak membantunya setelah beg duitnya yang ingin dibawa tertinggal. Boleh dikatakan semua perbelanjaan tambahannya menggunakan wang Erra. Nasib baik trip mereka merupakan full-board package. Pakej termasuk penginapan, makanan dan pengangkutan.

Erra membelek lagi album gambar. Dia terhenti di saat melihat gambarnya yang terbaring di wad. Di sebelah katilnya adalah Erra. Mata Erra kelihatan agak bengkak akibat tidak cukup tidur. Sepanjang dia sakit Erra yang menemaninya. Maklumlah keluarga jauh. Sewaktu itu mereka sedang belajar peringkat diploma di Sabah.

Air mata Leya menitis lagi mengingatkan keadaan itu. Erralah temannya di kala dia susah dan senang. Sewaktu dia angaukan Fahmi juga, Erra yang berjaya membantunya membuang segala angau itu. Mencampak jauh perasaan suka yang telah berputik buat Fahmi. Sehingga dia berjaya melakukannya. Perasaan sayang dan cinta itu hanya buat Idzlan seorang. Tidak perlu lagi dia membahagikan rasa itu buat Idzlan dan Fahmi.

Leya teringatkan lamaran Fahmi. Makin laju air matanya menitis. Dia pun hairan kenapa Fahmi boleh mengajaknya bercouple lagi. Dia tidak pasti sama ada Fahmi bergurau ataupun serius dengannya. Tetapi cara Fahmi, menunjukkan dia tidak bergurau seperti yang pernah dilakukannya pada Program Menggilap Permata Siri Pertama. Sampai hati Erra. Sampai hati Erra menyuruh dia membuang perasaannya terhadap Fahmi. Kemudian, setelah dia berjaya melupakan Fahmi dan disaat hatinya tekad menerima Idzlan dalam hidupnya, Erra mengambil Idzlan darinya.

Erra memandang sekeliling biliknya. Sekeping gambar cantik berbingkai membuatkan dia terus-terusan mengalirkan air matanya. Gambar dia dan Idzlan sewaktu mereka berkelah di air terjun bersama-sama Erra dan Aiman. Kebahagiaan jelas terpancar di wajah mereka waktu itu. Leya melangkah menuju katilnya. Dia mahu tidur. Membuang segala sedihnya. Hanya itu yang mampu difikirkan sekarang. Kalau dia keluar dari biliknya tentunya sesiapa sahaja yang melihatnya akan bertanya. Tentunya mereka ingin tahu kenapa Leya menangis.

Leya terbaring di atas katilnya. Dia mencapai sebuah bantal untuk dijadikan pemeluk. Bantal berbentuk love berada dalam tangannya. Perlahan-lahan dia mengambil bantal itu dan…air matanya menitis lagi. Bantal itu pemberian Idzlan kepadanya. Masih segar di ingatan Idzlan mengusiknya.

“Bantal ini untuk Leya, sebab Leya kuat tidur.” Leya meletakkan kembali bantal itu di tempat asalnya. Dia tidak mahu tidur bersama kenangan Idzlan. Idzlan bukan miliknya lagi. Idzlan bakal menjadi suami Erra.

Agak lama mata Leya berkelip-kelip memandag kea rah siling. Mencapai ketenangan hati. Dia memasang zikir di handsetnya. Mulutnya terkumat kamit mengikut alunan zikir itu. Dia cuba untuk meraih ketenangan. Cuba untuk membuang kesedihan. Sudah banyak dia membazirkan air matanya. Terlalu penat dia dengan kenangan-kenangan lalu. Akhirnya Leya terlena. Terlena dalam kesedihan.

Seharian tidur menyebabkan kepala Leya pening. Nasib baik dia cuti. Kalau tidak semua solat dia terbabas. Leya menuju kea rah cermin dibiliknya. Lama dia merenung wajahnya. Cuba untuk tertawa. Nyata tawanya tidak seceria dulu. Tawa yang dibuat-buat. Dia cuba tersenyum. Dan senyumannya hambar tidak semanis selalu. Dia menarik nafas perlahan. Menguak wajahnya. Cuba membuang kesedihannya jauh-jauh. Dia tidak mahu sesiapa pun dalam ahli keluarganya menyedari perubahannya. Leya keluar dari dalam bilik. Rumah itu sunyi. Dia menatap jam ditangannya. Tiada jam ditangannya. Dia menarik nafas lagi. Lupa. Dia telah menyimpan jam itu di dalam kotak dan diletakkan ke dalam almari. Leya melangkah ke ruang tamu dan melihat jam yang tergantung elok di atas tv. Patutlah rumahnya sunyi, jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Leya melangkahkan kakinya menuju ke dapur. Membuka peti ais. Mencari makanan yang boleh dimakan. Tiba-tiba sahaja dia berasa lapar. Tersenyum meleret dia melihat ais krim dan coklat yang seperti baru sahaja dibeli.

Leya mengambil sebekas aiskrim. Dibawanya ke ruang tamu. Dia membelek-belek cd yang terdapat di atas rak. Dipilih sebuah movie romantic comedy. Asyik Leya menonton cerita itu sambil memakan ais krim. Sesekali dia ketawa apabila adegan komedi mencuit hatinya. Seketika dia membuang sedih di hatinya.

Tamat satu cd, cd yang lain dipasangnya. Masih lagi cerita berunsurkan romantic comedy. Namun untuk movie yang kedua belum pun tamat cerita itu, dia sudah terlena. Terlena di depan tv. Bekas ais krim hanya diletakkan di atas meja.

“Ya Allah Leya. Kenapa tidur kat sini ?” Puan Salina bertanya setelah melihat anak gadisnya tidur lena di atas sofa. Bekas ais krim yang sudah tiada isi di atas meja dan tv yang tidak tertutup. Dia menggeleng kepalanya melihat keadaan itu.

“Leya….” Perlahan-lahan badan Leya digoncang dan perlahan-lahan juga mata Leya terbuka.

“Kenapa Leya tidur kat sini ?” Puan Salina bertanya lagi.

“Tengok movie, tertidur pula. Maaf ya ma.” Leya berkata. Dia mengambil sebekas aiskrim dan berlalu ke dapur untuk mencuci diri dan mengerjakan solat Subuh. Puan Salina tersenyum sendiri melihat gelagat anaknya. Dia kemudian menutup tv yang terpasang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....