Sunday, June 6, 2010

masihkah ada cinta - 14

Erra berlari ke tandas dengan tiba-tiba. Dia kelihatan pucat dan amat lemah. Leya terkejut melihat keadaan Erra. dia tidak pernah melihat Erra begitu. Maklumlah semester ini dia jarang berada di bilik. Sibuk dengan kelabnya dan sebenarnya dia memang tidak boleh berhadapan dengan Erra. Bila ada yang bertanya, dia Cuma berkata dia agak sibuk dengan kelab fasilitatornya. Maklumlah, kelab yang disertai itu agak aktif dan memerlukan dia dalam setiap program yang dijalankan. Alasan itu logic. Sebab semua orang nampak itu. jadi tidak adalah cerita-cerita buruk mengenai dia dan Erra. Erra juga pandai menyembunyikan masalah persahabatan antara mereka.

“Kau okey tak ?” sepatah Leya bertanya. Dia menghampiri Erra. sesungguhnya dia benar-benar bimbang melihat keadaan Erra.

“Biasalah.” Erra senyum. Hambar.

“Kau….” Leya memandang wajah Erra. kemudian dia melihat perut Erra. Erra mengangguk.

“Bunting pelamin ea ?” Leya bertanya. Erra Cuma diam. Leya memeluk Erra erat.

“Aku minta maaf Erra. Aku tak tahu kau pregnant.” Leya berasa bersalah. Selama dia sebilik dengan Erra dia tidak pernah mengetahui tentang hal itu. Patutlah sewaktu dia menyembur pewangi didalam biliknya, Erra menutup hidung. Dia hairan namun tidak pula bertanya sebab waktu itu dia tidak ‘berngam’ dengan Erra. Bukan itu sahaja, Erra banyak makan sekarang. Baru dia ingat, setiap malam, pukul 12 tengah malam, Erra mesti makan. Kalaupun dia tidur awal, mesti dia akan terjaga pada pukul 12 tengah malam dan makan.

“Bukan salah kau, Leya. Aku yang patut minta maaf dengan kau.” Leya menggeleng perlahan.

“Aku dah lama maafkan kau.” Perlahan dia berkata membuatkan air mata Erra menitis. Mereka berpelukan dalam tangisan.

“Abang Lan, Erra minta maaf.” Idzlan diam. Lama dia merenung wajah Erra. Simpati menguasai dirinya. Erra sepupunya. Kalau Erra malu, keluarga Erra turut malu. Dan dia akan turut merasa malu itu. Paling tidak tentunya ada sedikit palitan yang terkena padanya. Tentunya dia akan sakit telinga mendengar cakap-cakap orang. Dia akan sakit hati. maklumlah dia sepupu yang paling rapat dengan Erra. Erra selalu bercerita itu dan ini dengannya. Erra lebih rapat dengan dirinya berbanding dengan abangnya sendiri, Ekram. Ekram agak pendiam. Manakala Erma selalu sibuk. Sibuk belajar, berpersatuan, kelab dan segala. Dari kecil sampai besar Erra rapat dengannya. Maklumlah dia jenis melayan. Semua kerenah Erra dilayan seperti adik sendiri. Tambahan pula dia tidak punya adik perempuan.

Idzlan menarik nafas panjang. “Auntie Min dah tahu ?” Erra geleng. Mama dan abahnya tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya. Semua orang tidak tahu. Idzlan orang pertama yang tahu. Dia tidak tahu apa lagi yang harus dilakukannya. Mati dia kalau mama dan abahnya tahu tentang hal ini.

“Aiman ?” Erra diam. Lama. Perlahan-lahan air matanya menitis. Dia hanya membiarkannya.

“Aiman tak mengaku.” Perlahan dia berkata.

“Habis tu, Erra pernah dengan orang lain ke ?” pantas Erra menggeleng. Sumpah dia tidak pernah melakukannya dengan orang lain. Hanya dengan Aiman. Dia benar-benar menyesal. Dia bodoh. Kerana terlalu ikutkan perasaan dia harus menangung akibat ini.

Dua minggu selepas perjumpaannya dengan Idzlan, Idzlan dan keluarga datang merisik dan mereka terus menetapkan tarikh pernikahannya. Majlis perkahwinan Erra dan idzlan dilangsungkan ala kadar. Itupun setelah mama menangis mendengar ceritanya. Abahnya Cuma diam. Tidak terkata dengan apa yang berlaku. Dia tidak kuat untuk bercerita tentang itu dan Idzlanlah sekali lagi menjadi penyelamat. Seluruh ahli keluarganya kecewa dengannya. Dia tahu itu. Namun dia bersyukur mereka semua tidaklah sehingga memalukan dirinya dan menjauhkan dirinya. Mereka masih melayan dia seperti dulu.

Leya diam mendengar cerita Erra. Dia menarik nafasnya panjang. Memang salah Erra tapi dia tidak mahu salahkan sesiapa. Sesunggunya Erra memerlukan seseorang tika ini. Dan orang itu adalah dia tentunya. Sahabat baik Erra.

“Thanks Leya. Sudi maafkan aku.” Erra bersuara perlahan.

“Kau dah banyak bantu aku.” Leya bersuara.

“Tapi….”

“Dah….aku dah lupakan dah. Happy sebab kau akan ada baby.” Erra menarik nafas panjang.

“Kau jangan marahkan Abang Lan ya. Dia tak salah.” Erra berkata lagi. Leya terdiam mendengar kata-kata Erra. Ya, Idzlan tak salah. Idzlan Cuma membantu Erra. sepatutnya dia berbangga mempunyai seorang kekasih yang sanggup berkorban buat teman baiknya ini. berbangga ? ya dia seharusnya berbangga. Berbangga walaupun diri sendiri di sakiti. Tanpa sedar Leya menarik nafas panjang membuatkan Erra menoleh ke arahnya.

“Leya, sekali lagi aku minta maaf bagi pihak abang Lan.” Leya menggeleng-geleng. Kemudian dia tersenyum. Namun senyumannya hambar di mata Erra.

“Aku dah maafkan korang berdua. Tapi…kau jangan sebut nama dia depan aku, boleh kan ?” Leya memohon dan Erra hanya mengangguk. Kalau itu yang Leya pinta dia tidak akan menyebut nama Idzlan di hadapan gadis itu. Dia rindukan Leya yang dulu. Dia mahu Leya ceria seperti dulu.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....