Fahmi yang sedang membeli aiskrim terkejut melihat Leya menghampirinya dengan kepenatan. Setelah membayar mereka sama-sama melangkah untuk menonton wayang. Leya mengambil aiskrim di tangan Fahmi dan menggigitnya membuatkan Fahmi tercengang-cengang. Sengaja dia begitu kerana dia tahu Idzlan sedang memandangnya dari kejauhan. Leya kelihatan begitu gembira dan bahagia. Lagak bagai orang yang sedang bercinta.
Leya sengaja senyum meleret. Wajahnya begitu ceria. Ceria dari sebelum ini. Ceria yang seperti bukan dibuat-buat. Fahmi tahu ada sesuatu di sebalik semua yang sedang berlaku. Namun dia hanya mengikut rentak Leya. Gembira sebenarnya dengan keceriaan Leya. Namun jauh di sudut hati masih ada ragu-ragu dengan perwatakan Leya sekarang.
“Leya, are you okey ?” Leya mengangguk. Lebar senyumannya sebagai jawapan kepada Fahmi. Fahmi masih lagi tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.
“Jom lah, Mie. Kita dah lambat. Nanti mesti dorang tunggu kita.” Leya menarik tangan Fahmi. Fahmi hanya menurut. Langsung tiada bantahan yang terkeluar dari ulas bibirnya.
“Leya terserempak dengan sesiapa ke tadi ?” Fahmi bertanya. Namun nadanya masih berhati-hati bimbang Leya kecil hati. Leya senyum. Cuba menyembunyikan cerita sebenar.
“Leya jumpa dengan Lan tadi. Husband Erra.” Fahmi mengangguk. Lama dia perhatikan wajah Leya. Biasa. Tiada apa-apa yang menampakkan kekecewaan atau perubahan pada wajah itu. Nampaknya Leya berjaya berlakon di hadapannya.
Leya duduk. Fahmi turut melabuhkan punggungnya di sebelah Leya. Dia menatap jam di pergelangan tangan. Lagi 10 minit sebelum pukul 3 petang.
“Mana yang lain ?” tanya Leya.
“On their way kot.” Selamba Fahmi menjawab. Leya mengangguk. Mereka tidak boleh masuk selagi Sharul tidak muncul memandangkan tiket berada di tangan Sharul. Silap pula tidak minta tiket dengan Sharul tadi sebelum mereka berpecah.
“Leya…..” Lembut panggilan itu. Leya menoleh kea rah Fahmi.
“Esok keluar jom ?” Fahmi mengajak.
“Ha ? Keluar lagi ? kan sekarang dah keluar ?” Hairan dia dengan pelawaan Fahmi. Bukankah mereka sudah keluar bersama-sama pada hari ini. takkan esok nak keluar lagi. Laju aje duitnya mengalir hari ni. Esok tambah lagi. Memang ada yang tak makan sebulan lepas ni. Sebab over budget.
Fahmi senyum. “Esok Mie dan Leya aje. Boleh tak ?” Leya diam. Dia perasan sejak akhir-akhir ini Fahmi seolah-olah sedang mencuba sesuatu. Tapi dia tidak pasti akan kebenarannya atau dia yang terperasan sendiri. Semenjak balik dari Program Menggilap Permata 2 di Pulau Pinang lagi dia perasan Fahmi seolah-olah sedang cuba mendekati dirinya. Namun dia sering mengelak. Entahlah dia sendiri tidak faham dengan perasaan dirinya sendiri. Mungkin masih ada sayang buat Idzlan atau masih ada kecewa dengan Idzlan menyebabkan dia cuba mengelak daripada Fahmi.
Sedang dulu dia pernah menyukai Fahmi. Namun kini perasaan itu seolah-olah langsung sudah tiada buat Fahmi. Dia seolah-olah tidak pernah ada perasaan pada insan yang bernama Fahmi ini.
“Leya….” Fahmi memanggil Leya. Kali ini tangannya digerak-gerakkan dihadapan wajah Leya. Leya tersentak. Dia memandang Fahmi.
“Er…sorry. Esok Leya tak dapatlah. Ada kerja nak kena siapkan” Leya cuba mengelak.
“Kalau macam tu tak pelah.” Kedengaran agak kecewa suara Fahmi tika itu. Namun Leya tidak peduli. Biarlah Fahmi kecewa. Sesungguhnya dia tidak mampu gembirakna Fahmi sekarang sedang dirinya sendiri sedang kecewa.
Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Leya masih lagi bersengkang mata belajar. Selepas balik menonton wayang bersama-sama Fahmi dan beberapa orang teman, dia selamat tiba di kolejnya pada pukul 7 petang. Usai solat maghrib, Leya tidur untuk mengumpul tenaga. Jam 12 tengah malam dia bangun dan belajar.
Leya menoleh kea rah katil Erra yang kosong. Erra tiada di bilik. Tentunya Erra tidur di luar bersama suami tersayang. Sebaik sahaja sampai di kolejnya, Leya menerima mesej daripada Erra yang menyatakan bahawa dia tidak pulang malam ini. Bermalam diluar bersama suami tersayang. Leya memandang meja belajar Erra. Langsung tiada gambar Idzlan di atas meja itu. Di laptop Erra juga tiada gambar Idzlan. Malah, gambar perkahwinan mereka pun Leya tidak pernah menatapnya. Dia tidak mampu untuk melakukan itu. Dia bimbang air matanya menitis lagi. Seboleh mungkin dia menahan air matanya dari menitis lagi di hadapan Erra. Dia tidak mahu Erra rasa bersalah. Cukuplah dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya dia amat menyayangi Erra. Bukan salah Erra semua ini berlaku. Tapi sememangnya dia tiada jodoh dengan Idzlan.
Leya menarik nafas. Panjang. Dengan perlahan dia menghembuskan nafasnya. Berulang kali dia melakukan perkara yangsama. Cuma memperolehi ketenangan. Untuk kesekian kalinya dia cuba membuang kenangan lalu. Cuba membuang kesedihan di hati. dia cuba untuk tersenyum. Kemudian ketawa. Dan akhirnya, dia ke bilik air untuk berwudhu dan melakukan solat sunat. Moga-moga hatinya lebih tenang selepas ini.
Selesai bersolat, Leya meneruskan studynya. Dia kini lebih tenang. semua yang dibacanya, elok sahaja masuk kadalam kepala dan terlekat kemas di ingatan. Sehingga jam menunjukkan pukul 6 pagi. Leya mandi dan kemudiannya bersolat. Selesai solat dia terus tidur kerana sudah mengantuk.
Bangun sahaja dari tidur, Leya melihat ada sebungkus makanan di atas meja makan. Sekeping nota di sebelah makanan.
‘Leya, makanlah. Erra balik petang nanti, ya.’ Leya tersenyum membaca nota dari Erra. terharu dia dengan sikap ambil berat Erra terhadap dirinya. Sedang dia langsung tidak sedar bila Erra pulang dan masuk ke dalam bilik.
Pukul 2 petang. Leya bangun, mengemas katilnya dan terus mandi. Kemudian dia bersolat dan makan makanan yang di bungkus Erra untuknya. Ada tauhu telur, ayam dan tidak lupa tempe kegemarannya. Berselera dia makan hari ini. Erra memang tahu makanan kegemarannya.
No comments:
Post a Comment