Sunday, June 6, 2010

masihkah ada cinta - 9

“Wah bahagianya kau…” Erra mengusik apabila melihat Leya tersenyum lebar melihat gambar-gambar mereka sewaktu birthday Idzlan.

“Aku tak sangka Erra. Hubungan kami boleh bertahan sehingga ke tahap ini.” Leya bersuara. Erra tersenyum.

“Aku pun tak sangka. Dalam-dalam kau buat perangai, abang Lan masih sudi terima kau kan. Kalau aku….” Erra tidak menghabiskan ayatnya.

“Ye lah…aku ni jahat. Abang Lan kau tu baik.” Erra tergelak mendengar kata-kata Leya yang seolah-olah berjauh hati dengannya.

“Ala….marah pulak dia. Rileks la. Kau kan hot. Hehe.” Erra mengusik lagi.

“Banyaklah kau punya hot.” Leya tertawa dengan usikan Erra. Erra benar, dia pun tak tahu kenapa ramai yang berminat dengannya. Sedangkan dia tidaklah sencatik mana. Biasa-biasa sahaja. Kalau nak dibandingkan dengan Erra, Erra lagi cantik. Dulu, pernahlah juga termain kayu tiga. Ter okey…so bukan disengajakan. Nak buat macam mana masa tu tak matang. Tambah-tambah lagi Idzlan asyik sibuk dengan kerjanya. Rindunya tidak terlayan. Hatinya sunyi dan sepi. Dan tika itu jugalah ada seorang lelaki yang menghulur cinta. Sudah lelaki itu tahu dia sudah berpunya tapi masih juga berdegil. Katanya the best man win. Dan…Leya tewas. Tapi cinta mereka tak lama, sebab Leya lebih sayangkan Idzlan. Idzlan tahu cerita itu. Tapi dia masih menerima Leya. Itu yang buatkan Leya terharu.

Bukan sekali, tapi berkali-kali. Dan yang terbaru dia jatuh angau dengan Fahmi. Nasib baik Fahmi tidak melayan angaunya. Kalau tidak tentu sahaja kisah dulu berulang lagi.

Exam berakhir. Leya tersenyum lebar. Sudah tidak sabar-sabar dia mahu pulang ke kampong. Maklumlah, sepanjang sem hanya dua kali sahaja mukanya terpancul di kampong halaman. Kekangan waktu dan assignment yang banyak menghalang dia pulang ke kampungnya.

Sebelum pulang, dia sempat bermaaf-maafan dengan Erra. Memeluk Erra. Erat.

“Thanks Erra. Kau banyak bantu aku. Rahsia aku banyak dalam simpanan kau.” Erra tersenyum.

“Jangan risau. Aku takkan ceritakan kisah angau kau dengan Fahmi kat Abang Lan.” Leya tergelak mendengarkan kata-kata Erra.

“Sem depan baru dapat jumpa kau lagi. Jangan lupakan aku ya.” Leya berkata lagi.

“Kalau kau rajin kau datanglah Kuantan. Boleh jumpa Abang Lan. Nanti tidur aje kat rumah aku.” Erra mempelawa.

“Aku ada program cuti ni.” Leya menolak.

“Busy betul kau ni. Time cuti pun sibuk nak berporgram.”

“Nak buat macam mana, program fasi. Lagipun daripada dok kat rumah tak tahu nak buat apa, seronok juga dapat join program kan.”

“Jangan angau Fahmi lagi dah la.” Erra mengusik lagi.

“InsyaAllah tak.” Leya tersenyum dengan usikan Erra. Dia rasa dia tidak akan angaukan Fahmi lagi. Amat yakin. Lagipun Fahmi langsung tidak pernah membalas perasaannya dan dia sekarang sudah berjaya membuang perasaan suka pada Fahmi jauh-jauh. Perasaan suka itu belum pun sempat berputik menjadi cinta.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....