Leya membuka facebooknya. Sudah dua minggu dia tidak membuka facebooknya. Banyak gambar-gambar sewaktu program di Pulau Pinang itu di tagged oleh teman-temannya. Tersenyum sendiri dia melihat gelagat urusetia, fasilitator dan juga para peserta. Semuanya keriangan. Keseronokan dan keceriaan tergambar di wajah masing-masing. Cuma gambar-gambar yang ditangkap pada hari ketiga tergambar sedikit kepenatan diwajah semua yang terlibat dalam program. Asyik merenung gambar itu, Leya tiba-tiba sahaja teringatkan Idzlan. Sepanjang program dia langsung tidak menghubungi Idzlan. Hanya beberapa mesej sahaja yang dihantar memandangkan dia agak sibuk sepanjang program berjalan. Balik dari program pula, dia sibuk dengan majlis perkahwinan mak usunya. Sebagai keluarga yang rapat dengan mak usu, dia memang banyak membantu. Ke sana ke sini. Ada sahaja bantuannya yang diperlukan sehingga dia terlupakan Idzlan. Bukan setakat terlupakan Idzlan, malah menjempunt Idzlan dan Erra ke majlis itu pun dia terlupa. Hari ini barulah dia boleh menarik nafas. Majlis mak usunya berjalan dengan lancar.
“Kak Leya….ada surat.” Wana berlari-lari memberi sekeping kad kepada Leya. Memang Leya terdengar bunyi motor posmen tetapi dia malas mahu menjenguk dan mengambil surat yang belum tentu untuknya. Tersenyum panjang dia melihat kad itu. Macam kad kahwin. Sebaik sahaja membuka kad itu, senyumannya semakin melebar. Tak sangka Erra dah nak kahwin. Cepat gila. Pantas dia mencapai handphonenya dan mendail nombor telefon Erra. Perlahan-lahan kakinya berjalan masuk kedalam bilik sambil berbaring. Gelagatnya seperti orang yang sedang bahagia. Macam dia pula yang akan kahwin.
“Erra….congratulations my dear.” Ceria suara Leya mengucapkan tahniah kepada Erra sebaik sahaja talian disebelah sana bersambut.
“Er…hm…thanks.” Perlahan suara Erra.
“Hey kenapa ni ? Macam orang tak happy je ?”
“Hm…er…tak adalah. Kau datang tak nanti ?” Tergagap-gagap Erra bertanya.
“Bila ea ? Aku tak perasan lah. Tengok nama kau, cepat-cepat aku call kau. Kau pula, tiba-tiba aje nak kahwin dengan Aiman, terkejut aku.” Suara Leya masih ceria seperti tadi. Gembira tentunya teman baiknya bakal menamatkan zaman bujang.
“Bukan dengan Aiman…”
“Jadi ?” Leya terkejut. Biar betul. Kalau bukan dengan Aiman dengan siapa ?
“Dengan Idzlan.”
“Er…bukan…Idzlan…Hilmi….kan ?” sepatah-sepatah soalan itu keluar dari ulas bibir Leya. Dia benar-benar terkejut mendengar nama yang disebutkan oleh Erra.
“Aku minta maaf, Leya. Bukan niat aku nak hancurkan kebahagiaan kau. Tapi…” belum pun sempat Erra menghabiskan ayat-ayatnya Leya sudah meletakkan handsetnya. Air mata laju keluar. Seperti air sungai yang mengalir. Membasahi pipinya.
No comments:
Post a Comment