Friday, October 4, 2013

novel tanpa tajuk (1)


Lagu yang berkumandang di radio di kuatkan. Phia menyanyi mengikut rentak lagu. Dia langsung tidak mempedulikan Adi yang sedang asyik memandu. Adi baru sahaja mengambil lessen kereta, jadi dia tidaklah secekap Phia. Phia malas mahu bercakap dengan Adi, sebab bila dia bercakap seolah-olah dia dj radio buruk. Adi langsung tidak melayannya bercakap kerana focus memandu kereta. Maklumlah lesen baru.
Lagu Kalau Aku Kaya nyanyian Altimate featuring Awi Rafael kedengaran di radio. Phia yang memang gemarkan lagu ini turut menyanyi riang.
“Kalau aku kaya……sekarang juga aku kawen dengan B….B tak payah risau….aku yang akan masuk meminang.”
Adi yang sedang fokus memandu menoleh kearah Phia. Tersenyum sendiri mendengar Phia yang menyanyi mengikut rentak tetapi lirik sendiri.
“Anis nyanyi lagu apa ?” Phia menoleh. Sengih. Dia berhenti menyanyi.

“Kalau Aku Kaya.” Selamba dia menjawab dan menyambung nyanyiannya. “Kalau aku mampu….buat suka hati aku.” Adi tersenyum sendiri dengan keletah Phia. Phia menghiburkan hatinya dengan tingkah selamba dan sempoinya. 

Wednesday, October 2, 2013

rilek brader

Assalamualaikum wbt..

Waalaikumussalam wbt...


pada satu hari...
aku dan kawan aku....
bengang ngan someone....
sebab bengang, kami mintak kuar...
nak p makan konon...
padahal nak melepas geram...

dalam kete, kami asyik membebel-bebel aje..
meluahkan rasa tak puas hati...
sekali....terdengar lagu ni.....





aku dah gelak....
kawan aku tanya pasai pa...
aku jawab....kena aje lagu ni ngan kita....
kita tengah marah-marah campur geram ni sekali.....

Rilek brader brader rilex
Rilek brader brader rilex
Rilek brader brader rilex lah..
x2

Bila kau penat tengok komputer
Bosan dengan facebook dan twitter
Dia kata gitu dia tu kata gini
Rasa rasa macam nak maki

Jangan brader
Rilek..

Apabila kau sedang memandu
Tiba-tiba kereta belakang potong dengan laju
Aku tahu kau dah runsing
Ikut hati kau nak racing

Jangan brader
Rilek..

Rilek brader brader rilex
Rilek brader brader rilex
Rilek brader brader rilex lah..
x2

Bila girlfriend kau cabut lari
Cabut pulak dengan member kau lagi
Kalau nak diikutkan hati
Nak kau pukul sampai mati

Jangan brader
Rilek..

Bila isteri minta itu ini
Bising berleter berhari hari
Tapi duit gaji tak masuk lagi
Ikut hati kau nak kahwin lagi

Jangan brader
Rilek..

Rilek brader brader rilex
Rilek brader brader rilex
Rilek brader brader rilex lah..
x2

Jom kita lepak di tepi pantai
Duduk sambil bersantai santai
Mari kita tepok amai amai
Mari kita bermastautin di pulau ubin

Rilek brader brader rilex
Rilek brader brader rilex
Rilek brader brader rilex lah..
x5

aku cakap kat kawan aku...kena je lagu ni ngan kita...
kita tengah marah ni...dia suh rilekkkkk......



tok sah marah-marah.....nanti cepat tua.....
biarkan sahaja ia berlalu......erk boley ke....????


Friday, September 27, 2013

jodoh rahsia Allah

Assalamualaikum wbt...

dah lama tak update....hehe 
terbz pulak...=D

setelah apa yang berlaku.....saya kurang stabil...kadang-kadang ok, kadang-kadang tak....
kawan-kawan yang mungkin ditimpa ujian yang sama seperti saya....
saya suka nak share ini dengan you all...

saya copy paste, tapi maaf saya lupa blog mana, sebab saya simpan dalam mesej fb saya untuk dia juga.....


Jodoh itu Rahsia Allah..ツ ܓ*..بسم الله الرحمن الرحيم..*ܓ
☻♥☻ /█\ /█\ .|| ||. SEKUAT mana kita setia... SEHEBAT mana kita merancang... SELAMA mana kita menunggu... SEKERAS mana kita bersabar... SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita... SELAMA mana kita bertahan bersamanya...
Jika ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai, Kita tetap tidak akan Bersama dengannya walau engkau bersusah payah mendapatkannya. Maka cintailah orang sewajarnya .... kerana orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, kadang yang engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untuk ALLAH.
Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ". Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".
Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".
~Kita merancang Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik.~
Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama.. Kita Tetap Tidak Akan Bersama.. Tiada Yang Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang.. Dan Sebaik Baik Yang Merancang Itu Adalah ALLAH s.w.t., Maha Perancang Segalanya.
Hebat aturanNya..=')
Jodoh itu kan Rahsia Allah.. Sweet kan? Allah itu maha SWEET. Dia nak bagi kejutan dekat kita. dan kita pula akan sentiasa ternanti-nanti , siapakah jodoh kita. Tapi, sebelum tiba masanya, selagi itulah Dia akan rahsiakan daripada kita. Allah buat macam tu bukan sia-sia, tidak ada sia-sia dalam perancanganNya. Dia nak kita persiapkan diri secukupnya sebelum jodoh itu sampai. Selagi ada masa yang disediakan Allah untuk kita ini, mari kita tambahkan ilmu di dada secukupnya untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa.
Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah.. kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Sama2 perbaiki diri,minta pada Allah. Dia mengetahui,sedang kita tidak mengetahui bukan? [2:216]
Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak. Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu
Cukup cintai dalam diam bukan kerana membenci hadirnya tetapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia tetapi meraih syurga-NYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup
Cintailah dengan keikhlasan Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti, kelak ada insan yang bakal dilukai, Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki, nanti hati yang kecewa sendiri. Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi, nescaya dirimu tak sesekali dizalimi, kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga." (Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won't touch her. Not even the slightest bit. You'll protect her dignity and sacredness as a muslimah. Just hold her in your heart for a few more years .. then you can do it the halal way
"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya." (HR. Al-Hakim)
Ya Allah temukanlah kami kepada cinta yang membawa kami kepada cintaMu... Ya Allah jadikanlah kerinduan kepadaMu lebih kami rindui dari yang selainnya.. Ya Allah peliharalah kami dalam kerahmatanMu dan KeampunanMu yang tidak pernah bertepi..Allahumma Ameen ya Rabb..
"Orang itu sedang menunggu kamu di hujung-hujung MUNAJAT dan DOA kamu.."
Jodoh itu rahsia Allah, Sunnatullah. Cepat atau lambat, ia akan sampai juga kepada kita apabila tiba masanya. Usah terburu-buru. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. '


saya yakin, Allah tidak pernah zalim dan Dia ada perancangan yang terbaik buat saya....semoga saya tabah menghadapinya.....=D

Monday, August 19, 2013

andai dia bukan jodohku...

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt....

ya...lama mendiamkan diri...seronok beraya..haha...

by the way......ni ada satu kisah...

bila kita ada kawan....dah plan nak masuk ke alam seterusnya....
tiba-tiba dia habaq....mak saya ada pilihan lain....
oh my........




menitis air mata weh.....
tipu la kalau cool sangat sampai tak menitis mutiara tu...hehehe....
tapi tok sah la lama-lama sangat....
sat sat dah la....hehehe....


ni tips kawan aku, yang pernah lalui pengalaman yang sama...

buat istikharah....
doa...kalau dia jodoh kita dekatkanlah, kalau dia bukan jodoh kita jauhkanlah...
doa juga, minta supaya kita redha dengan apa yang bakal berlaku...orang keliling kita juga redha dengan apa yang bakal berlaku,,,,,
minta lagi supaya kita kuat dan tabah....


bila dia habaq macam tu....macam-macam perasaan yang ada....
memang aku nangis...
hari pertama dan kedua kerja....
kawan aku tegur dah, sebab memang ketara ada perubahan....
hari ketiga Alhamdulillah, aku okey...dan aku tak menangis langsung.....

sebab ?
aku cari satu benda yang aku benci tentang dia...
jujurnya, setakat kami kawan tak de benda yang dia buat aku sakit hati...
gaduh pun, macam tak gaduh sebab dia ni baik sangat.....tak reti bergaduh
aku merajuk pun, bukannya dia nak pujuk...
so baik tok sah gaduh..hahaha
so memang perfect la konon....

hari pertama n kedua..memang ada nangis la....
hari kedua siap balik umah dengaq lagu, menangis dan nyanyi sekali..hahaha
lepas tu aku call dia, aku sembang n suruh dia cakap something yang menyakitkan hati aku
dia pun pening tatau nak cakap apa, bagi aku sakit hati...
n finally, ada something yang dia tak perasan kot buat aku bengang...
n rasa sakit hati...
n now, aku ingat apa yang dia cakap tu ja, aku jadi tawar hati ngan dia..
hehe...so aku dah tak rasa apa dah....

la ni, aku dok balajar jadi redha...
cuba terima kenyataan dan hakikat selepas ini..
andai kami tak ada jodoh, insyaAllah aku boleh terima dah...
kalau ada jodoh Alhamdulillah....tapi aku tak mau berharap....

ni kisah aku....mungkin boleh jadikan pengajaran atau tips tuk u alls yang ada masalah sama dengan aku......
atau maybe u all ada something yang boleh share dengan aku...

jumpa lagi...=D

Saturday, July 27, 2013

saya pernah keluar tv...

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt....

customer : rasa cam familiar la muka awak ni...awak dok area mana yer...?
aku : oh....saya pernah keluar tv....

kawan2 aku pakat dok tibai gelak dah....




Friday, July 26, 2013

cantik tak kak ton....

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt...

aku kagum dengan kak ton sebab dia sangat kompident cakap dia cantik...ehem....dan aku rasa aku pun dah berjangkit dengan dia....hahaha


boss : dnars sekarang meletup kan....
aku : haah...
boss : poduk xxy ?
aku : kurang la...tayah la order lagi...

tetiba kawan aku (melah) menyampuk....

melah : tak pe la produk tu tak laku pun.....biar melah aje pakai sampai habis....
aku : (gelak) banyak lagi tu stok dia....
bos : nini tak mau pakai produk apa-apa jugak ke ?
aku : oh...nini tak payah...sebab NINI DAH RASA NINI CANTIK....

bos aku senyum je...and 2 orang kawan yang dok dengar sengih-sengih dengan jawapan aku.....



tak cantik lagi ke lagu ni....hehehehe
ok gambar pinjam gugel je =p



*semua orang cantik......dan paling penting AKHLAK pun mau cantik !!!!


Monday, July 22, 2013

DIY ! KAD KAHWIN

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt...

Agak sibuk dengan DIY.....kawan aku nak kawen bulan 11 ni, aku yang bz body DIY...

ni kad kahwin and thank you tag....computer made...hehehe

aku design, dia print separuh aku print separuh kot....tak decide lagi yang ni...hehe






goodies bag pun DIY...
aku tolong dia buat separuh....memang sangat jimat....
nanti aku story lain k...=D

banyak duit kita boleh jimat kalau DIY....yang penting KRETIP....=D

Friday, July 12, 2013

kurus tanpa diet

Assalamualaikum wbt.... 

Waalaikumussalam wbt....


wah dah nak raya....erk...baru pose 2 hari dah nak raya....hahaha...
sorry....=D
by the way.....semua orang nak nampak cantik menawan kau memang da booommmmm....
orang kita plak kalau cantik tu = langsing + body macam model....
kalau gumuk = comel.....aku pun kompius sat, comel tu tak cantik ke =p

dan akan ramailah yang amek supplement ataupun paling mudahnya ubat untuk kurus...
yang pemes emes la ni....FIGURE UP....
mintak mahap, entry ni akan buatkan peniaga FIGURE UP marah kat aku kaw kaw...
sebab aku nak cerita benda yang benar sebelum korang amek keputusan untuk jadikan figure up tu makanan tambahan korang....

aku pun pernah teruja nak beli benda alah ni...yer lah, dalam masa seminggu boleh turun sehingga 3kg beb....and the best things are NO DIET....!!!!!!! NO EXERCISE !!!!! 

makanlah apa sahaja yang ampa rasa nak makan, and still ampa akan dapat berat yang ampa nak.....

best kan .....?????? teruja.....


tapi sampai la ni, aku tak beli lagi benda alah ni...hahaha...sebab aku takut....sebab benda ni tak dak kelulusan KKM......

my friend ada beli......and sampai hari ni tak habis lagi satu botol.....dia beli masa benda ni baru femes.....

lepas tu dia offer kat aku.......aku pun dengan teragak-agak try satu...ececeh teragak-agak konon....haha...

satu hari makan figure up.....aku makan selepas breakfast, sebab katanya kalau dah makan benda ni, memang tak lalu nak makan......

yup.....tak rasa lapar okey.........tapi tekak sangat kering.....rasa nak minum air aje..rasa sangat haus.......

petang....aku dah start rasa pening......aku habaq kat member aku, dia cakap samalah kita....malam tu, aku rasa sangat lapar....yelah satu hari tak makan kan....tak de selera konon.......aku dah tak kira dah ada selera ke tak dak selera, aku nak makan jugak, sebab aku dah rasa lapar campur dah pening-pening........

tu la kisah aku dan pil ajaib tu untuk satu hari.....

lagi sekali aku mintak maaf kalau ada yang marah aku sebab cerita benda ni semua.....aku tak halang pun korang nak makan benda alah ni...makanlah...at least korang tau kesan dia dan get ready.....

benda ni, seriusly buat korang tak selera makan...dah kalau tak makan 3 hari tu, kompom la boleh turun berat badan kan......

korang kena minum banyak air.....banyak banyak banyak banyak....sebab tekak akan sentiasa rasa haus dan pahit.......

dan aku pernah terbaca dekat blog yang jual benda alah ni cakap, even tak selera nak makan, kena jugak makan sikit untuk dapatkan tenaga......

kejayaan produk ni ???? ada je yang berjaya turun berat dalam masa seminggu.....and ada je yang dah jadi cantik molek bergaya dengan produk ni.....

so pilihan di tangan anda.....=D

Monday, June 24, 2013

jerebu boleh menyebabkan haid tak teratur...

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt....


semua dok kecoh pasai jerebu...
sampai kat kedai kami pon dok kecoh pasai jerebu je...

wana : apa kena mengena jerebu ni dengan kesihatan kita ?
amer : boleh sakit la....
wana : kalau sakit kepala ?
amer : ye jugak tu....
wana : patutlah wana sakit kepala...jerebu rupanya (tetiba je cakap dia sakit kepala...haha)
amer : selain tu, jerebu boleh menyebabkan haid tak teratur.....


kami yang dok dengar perbualan depa ni terus bantai gelak....kat mana ntah si amer tu blaja jerebu boleh sebabkan haid tak teratur....


so...pada sesiapa yang mungkin belum tau pasai jerebu...ni ada sikit info...
copy dari wall UiTM PUNCAK ALAM...

UiTM Puncak Alam
Kadar jerebu semakin di tahap yang membimbangkan. Disini ngin kongsikan sedikit sebanyak kesan jerebu terhadap kesihatan kita.
IMPLIKASI KESIHATAN
Kesan jangka pendek yang ketara ialah implikasi kesihatan.Jerebu mengandungi gas-gas yang merbahaya seperti nitrogen dioksida,sulfur dioksida,dan karbon dioksida.
Gas-gas ini dan zarah terampai akan memasuki badan kita melalui pernafasan.Situasi ini akan menyebabkan mangsa diserang penyakit lelah,asma,sakit tekak, selesema,pedih mata,bronkitis dan sebagainya.
Dalam kes yang lebih teruk,bendasing akan merosakkan tisu paru-paru,menghalang fungsi sel hemoglobin,dan seterusnya merosakkan sistem pernafasan.
Selain itu,bahan-bahan seperti plumbum boleh menyebabkan kromosom mengalami mutasi.
Di samping itu,zarah pencemar boleh menjejaskan kecerdasan otak terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar.
Bahan hidrokarbon yang dibawa oleh jerebu boleh mencetuskan KANSER dan menyebabkan kerosakan otak.
Diharap semua warga kampus dapat menjaga kesihatan dengan baik, pakai mask sekiranya berada diluar.

Wednesday, June 19, 2013

parking depan kedai

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt...

free make up
sebulan setengah consume jus buah2an sdn bhd
perubahan ???? tak tau nak cakap.....men minum je sebab dah pandai buat supaya lebih sedap....hahaha


yang kat atas tu iklan ja....nak promote...makanlah buah-buahan....
vitamin c + collagen murah....
and selamat =D
*kompom kena marah dengan penjual produk kecantikan...hahaha


habis dah iklan....ni entry hari ni....
maaf yer lama tak update.....ter bz dengan kerja...ehem...

okey....nak cerita...kalau p mydin...kompom aku tak parking depan mydin....
aku parking jauh-jauh...sanggup jalan kaki...exercise k.o.n.o.n padahal...
sebab malas nak cari parking depan pintu masuk sebab tau dah depan mydin kompom tak dak parking....

la ni....aku tak men dah parking jauh-jauh....
aku parking dekat pintu masuk jer....
jalan dua tiga langkah aje.....
aik....senang plak dapat parking la ni....
dah kurang orang ek kat mydin....

tak dak aih....mydin kuala terengganu ni tak pernah pon kurang orang....
orang selalu ada...kalau kurang orang pun, parking still full.....

aku terbaca satu kisah dalam buku....
tajuk dia ratu parking kalo aku tak silap....
mak cik ni, kalo parking mesti depan kedai aje....
walaupun kedai tu bz, dia tetap dapat parking depan kedai...
sampailah kawan dia tanya, acaner ang boleh dapat parking depan kedai, 
kalau aku mau kena jalan kaki jauh-jauh.....
tym promosi macam ni pong ang boleh dapat parking depan kedai....pelik.....

mak cik tu jawab....
aku dapat parking depan kedai, sebab aku aim nak parking depan kedai....
dah aku aim nak parking depan kedai, mestilah aku masuk sampai depan kedai and cari parking depan kedai aje...
ang plak, tak dan nak cari parking depan kedai, nampak parking walaupun jauh terus ja ang parking......
macam mana nak dapat parking depan kedai kalau lagu tu...

ya jugak kan.....kalau kita dah takut tak dak parking.....mesti kita dah parking jauh-jauh...takut terlepas tak dak parking depan kedai tu.....
mana kita nak tau ada parking kalau kita tak p sampai ke depan kedai tu...
betul dak......


conclusion.....

tak tau nak conclude apa...tergantung ja entry ni boleh ??????



Saturday, June 8, 2013

rahsia aku....ehem ehem ehem....

Assalamualaikum wbt....

Waalaikumussalam wbt...


# kepada yang bertanya tentang sabun halia di entry ini

setakat ni kalau kat terengganu, sabun ni ada kat mydin mall atau sabasun.....kalau kat negeri lain saya tak pasti pulak....=D 




tajuk bukan main...rahsia aku lagi.....so bila dah buat entry dah tak jadi rahsia lagi.....hehehe....

buat entry ni sambil perasan diri ini semakin cantik dan menawan...hahaha....

by the way...kawan-kawan dok sibuk minum aura white...weh memang menjadi okeh..tak tipu langsung......sorang lagi kawan dok telan vitamin c pahang pharma...sunggu tak tipu jugak, nampak makin comel kawan aku tuh....aku tak mampu nak makan semua benda tu...ehehhee....so disebabkan keinginan nak cantik menawan jugak aku amalkan something...hehehe...

tak tau la menjadi ke tak amalan aku ni, yang pasti setelah sebulan berlalu....ramai yang tanya....awak pakai pe....aku sengih sengih je...jawab pakai bio essence....yang tu aku ada story kan...so bio essence ni kiranya menjadi la jugak....

tapi aku tak rasa sebabnya bio essence aje....sebab bio essence aku ada lagi weh...tak sampai suku pun lagi aku guna...hahaha....


yang aku sangat confident sebab aku amalkan jus buah-buahan....setiap hari...

jus buah aku...wajib ada 
- tomato 
- timun
- lobak
- cuka kurma
- habbatus sauda

sampingan :
betik, epal, limau, bayam, ulam raja, kurma

yang sampingan ni, kekadang aku letak, kekadang aku tak letak....suka hati aku je...
budget aku rm 10 every week untuk beli buah wajib tu....kiranya sebulan rm 40 je...

aku wajibkan tomato, sebab aku tengok dalam aura white tu ada ekstrak tomato...hehe...and kebanyakan produk cantik kat pasaran ada ekstrak tomato...lagipun tomato ni memang bagus....citer pasal kelebihan tomato entry lain keyh.....

jus ni memang aku wajib ambil everyday......aku letak air banyak dalam blender, sebab aku sayang la hampas-hampas dia tu...haha...aku tak tau la hampas tu ada kelebihan ke dak...hehe....

aku minum malam.....sebelum tido.....kalau pagi plak, aku minum awal pagi...setengah jam lepas tu baru aku p makan...kiranya minum masa perut kosong la... 


dan sebenarnya, memang buah-buahan dan sayur-sayuran tu bagus untuk kesihatan...dah ada vitamin c dah pun....supplement ???? untuk orang yang kurenggg suka sayur dan buah....=D

Thursday, May 30, 2013

tips : hapuskan jerawat dari muka

Assalamualaikum wbt...


Waalaikumussalam wbt...



dulu...masa aku muda remaja....erk bukan bermaksud skang dah tua...skang pun masih muda jelita...ok perasan...=p

zaman sekolah-sekolah menengah dulu, encik puan adik kakak jerawat suka singgah lepak-lepak kat muka aku...aku pun tak paham kenapa depa suka sangat dok melepak kat muka aku....tak larat dah nak buat camana....

sedih pon ada...yalah, muka orang licin putih berseri flawless...muka aku ada benda tumpang kan...ehem....

so, ada lah sorang mak cik tu....dia perkenalkan aku dengan sabun halia....pening aku sabun halia ni camana.....

nilah rupanya....

nama dia sebenarnya camphor soap okeyh....aku baru tahu setelah perati tulisan dia, sebelum ni dok panggil sabun halia je....=p


okeyh cara dia amat sadis dan kejam....serta memerlukan kesabaran yang meninggi....


amik limau nipis sapu kat muka....then biarkan limau nipis tu melawan tetamu yang tak diundang di muka tu.....lepas tu bilas muka dengan sabun caphor ni atau sabun halia  ni.....


aku buat tiap tiap hari sampailah muka aku jadi cantik dan gebu...mak aku cakap la...hehehe....


la ni, dah lama tak buat......dok tempek muka dengan yogurt pulak...kesan dia...nanti kalo ada orang puji cakap aku cantik baru aku habaq kisah aku dan masker yogurt ni ya...



Monday, May 27, 2013

itu awak yang kata.....

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt....


ingat tak entry bila pompuan merajuk....(macam la korang foolow blog aku pon..hehe)

by the way......mr bos mengadu la kat kami ni....pasal ms secretary dia yang merajuk hati tu.....hehehe....

aku cakap, pompuan ni kalo dah merajuk, depa akan tarik diri.....
kekadang tu, bagi kita its nothing...but for them its really hurt....
hancur hatiku....gitu kan.....

pastu boleh plak mr bos ni tanya aku, kalau nini kecik ati tak ???
aku jawab...... nini ni, orang cakap la gajah rimau pun, tak kecik ati pon....
mr bos tanya....nape nini tak kecik ati ? kenapa dia boleh kecik ati....
aku gelak je la...hahahaha.....



kenapa aku tak kecik ati ?????

well.......aku ni jenis tak amek kisah sangat apa orang kata...
sebab for me, itu dia kata.....aku tau diri aku camana, aku tau apa yang aku buat.....
so nak kata apa pon kat aku, katalah.....
aku cool and maintain je....nak kecik ati wat pe....
penat je.....bukan korang kisah pun kalau aku kecik ati...
malah kalau korang nak buat aku sakit hati...dan aku sakit hati...itu bermakna korang berjaya....
but then, aku takkan benarkan korang berjaya...
so aku cool je lah...chill....dan yang sakit hati tu korang sendiri...hehehe...

so, kalau orang dok mengata kat kita macam-macam
biaq p la kat depa...
itu depa kata...bukan kita kata....kita buat benda dah betol dah....so pedulikan apa kata mereka....=D


kekadang tu kita perlu pekakkan telinga untuk berjaya....

macam kisah katak pekak......


kisahnya......

kisahnya...........

kalau korang tahu boleh share...kalau tak tahu nanti aku sambung....


smile.....=D

Sunday, May 26, 2013

Ustaz Azhar kahwin lagiiiiii......yang ketiga !!!!

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt....

hot hot hot....semua dok cerita pasal ustaz azhar idrus kawen lagi....
wow....kagum sat......


by the way.....ustaz ni kan kelakar....mesti pandai amek hati isteri-isteri dia....


------------------

sebenarnya....
aku teringat perbualan aku dengan someone....

someone ni kelakar sangat....
dia nak bagi aku coklat....tapi maybe takut aku perasan atau kena gossip....
dia bagi kat kawan-kawan aku juga...
tapi yang lucunya...
dia boleh cakap cam nih, ni, saya nak bagi kat nini....tapi bagi kat awak sekali lia....
sebab nini semua orang dapat coklat ni....hahahaha


aku cakap kat dia....
awak kena belajar dengan orang yang berbini ramai...
macam mana orang yang berbini lebih dari 1 nak handle bini-bini dia...
silap cakap boleh merajuk weh.....
macam mana dia cakap, sampai bini dia boleh terima apa yang dia cakap....hehehe....


kalau nak jadi bos....camana nak puji staff lain supaya staff lain tak kecik hati...hehehe...

Friday, May 24, 2013

pilih yang terbaik....

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt.....


ada yang sedih bila tak dapat masuk ipta....
well, aku pernah cakap...
tak dapat masuk u bukanlah bermakna hidup anda akan TAMAT....
no no no...cool bebeh....


ada yang buat keputusan nak masuk ipts....
ok sebelum nak masuk ipts meh nak story sikit...

bukan la nak tegah hang pa nak belajar...
tapi biaq hang pa tau apa sebenarnya dan bagaimana rupanya ipts ni...

blajaq kat mana-mana pon sama ja.....
yang penting ur ATTITUDE....
but then sebelum u olz salah buat pilihan, pikiaq betul-betul...
jangan buat pilihan sebab u olz stress tak dapat masuk ipta...


adik aku ada sorang belajar kat ipts....
insyaAllah....hujung tahun ni habis belajar....

every month abah aku hulur duit kat dia...
bukan rm 50 atau seratus....tapi paling kurang rm 500...
ya dia tak pernah mintak duit kat abah aku, tapi sebagai seorang abah, instinct dia kuat rasa adik aku tak dak duit, so dia akan bagi jugak duit belanja untuk adik aku...
kekadang adik aku pinjam duit dengan adik lagi sorang yang belajar kat uitm dungun....
adik aku yang belajar kat uitm dungun tu boleh la kaya dengan ptptn dia sebab dia belajar kat ipta, yuran pun boleh tahan, dok pun kat dungun aje....so adalah sikit-sikit duit lebih dia tolong akak dia....


ni cerita adik aku belajar kat swasta....

ni plak cerita aku yang pernah kerja sebagai telemarketing dekat ipts....

call student and promote about our uni.....
uni swasta, tapi kompom pujuk mak ayah cakap.....
kita ada pinjaman ptptn....ptptn akan cover semua yuran student...
yes....cover semua okey......but then...duit belanja kena sdn bhd....hak ni memang tak diberitahu....hanya akan diberitahu kalau mak ayah atau kakak atau penjaga tanya....
yuran bayar sekali aje....rm xxxx.....lepas tu tak yah bayar apa dah......sebab ptptn yang bayar...semua ptptn tu bayar yuran sampai tak de langsung duit belanja untuk student...
buku-buku pun sekali ptptn setelkan....
nampak cam murah dan senang...hakikatnya, nak teruskan kehidupan tu perlukan duit lain...
duit lain dari mak ayah 
duit nak makan minum....
duit nak buat esement...
duit nak hidup.....

see......dan ada beberapa orang student yang pernah masuk swasta and berhenti sebab tak de duit nak sambung.....

orang yang berada and mak ayah boleh support.....silakan masuk swasta...
yang tak dak duit, silakan jugak....

aku cerita kisah benar...tak de niat nak halang...cuma kesian kalau kita rasa ditipu...
at least...u all tahu apa yang berlaku...and pilih yang terbaik...

banyak lagi institut lain kat malaysia ni...
sijil kemahiran berlambak.....
lagi okey kot....dapat habiskan pelajaran dan dapat kerja 
daripada belajar. tak habis. kesian mak ayah......


sebelum tutup entry ni ampun maaf kalau ada yang terasa atau tak puas hati dengan entry ni......


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....