Sunday, November 12, 2017

Assalamualaikum wbt

Tadi saya p library, kali ni p sorang2 je sebab kebetulan abi yaya ada visit dia, so saya pun ambil kesempatan tuk keluar sorang2.

Rupa2nya keluar sorang2 ni lagi haru. Saya tak tau nak pinjam buku apa. Rasa macam wahhhhh banyaknya, tapi macam tak de yang best...gituuuu kan
Padahal kalau ada yaya, lima minit je saya dah siap pilih buku.  Semuanya sebab takut yaya hilang. Dia ni excited sangat kalau pergi library.  Teruja tengok buku buku yang banyak.

Banyak kali saya pusing rak buku tu. Sampai saya nampak ada seorang lelaki yang sedang sibuk pilih buku juga. Lepas tu saya terdengar sayup2 suara alunan alquran. Dalam hati saya dah memuji lelaki tu, bagusnya...sambil cari buku sambil dengar quran. Wahhhh ciri ciri suami idaman gituuuu....eh...haha

Rasa nak jugak intai intai, tapi tak nampak pulak wajah dia..amboihhhh dan dan gatai....haha

Lepas tu, saya rasa nak tengok jam sebab macam dah lama je saya pusing pusing cari buku. Rupa2nya hp saya yang terpasang yaasiin. Mungkin saya tertekan kot....gehehe...so kiranya saya lah yang bagus ni sebab sambil cari buku samil dengar quran..hehe


Friday, November 10, 2017

IMPIANA

Assalamualaikum wbt...


Sejak akhir-akhir ni saya suka baca novel remaja...haha...
Maksud saya novel budak sekolah tulisan ain maisarah...
Kisah the wannababes....hihi

Latest, saya baca buku ni...again dari writter yang sama..
Bagi saya ain sangat pandai menulis sebab dia buat saya rasa nak baca the whole book dalam masa satu hari je...sebab saya nak tahu sangat what happen....gituuuu....

Kisah sebuah syarikat yang menunaikan apa sahaja impian yang kita mahukan dalam masa 3 bulan...

Kita akan berjaya capai impian tu walau apa cara sekalipun...menarik kan...

Tapi, di sebalik sebuah kejayaan terselit pelbagai duka dan rintangan yang sangat menyakitkan....

Apa sahaja yang kita mahukan, kita akan dapat tapi kita perlukan pengorbanan sama ada besar atau kecil.

Thursday, November 2, 2017

Home manager

Assalamualaikum wbt

Saya jumpa iklan ni dalam fb

Memandangkan saya pun dah lama tak kerja and I have to work again...haha...so saya pm la orang yang post iklan ni...
Saya tanya fasal home manager ni
Basically dia macam maid la, kemas rumah, jaga baby or warga emas...tengokla kita dapat majikan yang macam mana....

Ypk tu kiranya orang tengah yang tolong kita carikan majikan...gituuu

Yang bestnya pasal kerja ni, gaji rm1000, takde lah mahal but okeylah compare dengan kerja lain kat mudah tu ada yang rm600 plus jer...tolak taska anak lagi...huaaaa......nangis lima saat....

Sebut pasal taska, ha sesape yang ada anak macam saya ni, anak tu masuk permata and free ok...free....gila ah...pastu keje cam office hour tau kul 8 til 5....dan yang best lagiiiii.....jumaat sabtu and public kita pon cutiiii....whoaaa...dah macam keje gomen kan....

So memang saya sangat teruja la dengan kerja ni....sebab mata saya dah nampak pulau and gambang...hahaha...parok molek...saya dok angau nak p pulau ngan gambang ni...ahahaha

Tadi saya p ofis dia kat utc tu, isi borang and interview. Sebenarnya tak de la interview pun lebih kepada dengar puan tu bercerita...geram bila orang pandang rendah dengan home manager...memang maid pun tapi dia upgrade jadi kelasss gitu nama dia...hehe....sebetulnya ypk nak tolong orang terengganu sebab ramai sangat ibu tunggal kat negeri ni....takat keje keje biasa, gaji cukup makan, anta anak kat taska lagi....uwaaaa....sedih tau...tak cukup....

Ada jugak dak dak dip and degree yang keje ni tau, sebab jaman la ni kita tak boleh nak demand sangat....huhu

So ni la cara mereka tolong....kerja ni tuk semua beliawanis dan ibu tunggal =) sape sape yang sedang cari kerja, jomlah try....yang penting halal.

Monday, October 30, 2017

Rooftop


Assalamualaikum wbt..

Bila baca sinopsis terus ambil buku ni, sebab saya pun curious nak tahu siapa k..


Bagi saya, buku ni best...secara jujurnya bila dah ada yaya ni, saya kena baca buku cepat2...so saya baca lompat2..hahaha

Dulu sebulan baru saya habis baca novel, tapi la ni 2-3 hari jer...kesnya sebab baca lompat2...haha

Tapi...buku no saya baca word by word tau, tak lompat langsung...noktah, koma saya tak langgar...haha...
Sebab buku ni bestttt


Kisah aya yang berkawan dengan hantu...lepas tu tangkap cintan dengan hantu...bagi saya best sebab jarang jumpa kisah macam ni....pastu writer dia plak pandai betul tinggalkan tanda soal yang tak berpenghujung memaksa saya baca dan terus membaca...sebab saya sangatlah curious nak tahu what happened.  

Macam biasa, saya memang ada mengelat...saya baca bab akhir dulu sebab saya nak tahu sangat k tu sape, tapi hampeh....tak dapat dikesan...hahaha...

So korang, jom la baca novel ni...saya bagi jaminan..novel ni best...hehe

Saturday, October 28, 2017

Kecewa -- makan di makette steamboat

Assalamualaikum wbt

Kalau ikutkan planning, jumaat lepas kami akan berendam di coco beach atau main slide sampai bosan kat gambang waterpark, tapi tu lah....kita merancang dan Dia yang menentukan...

Tak jadi sebab adik cakap penguin area closed for rennovation....broken tau...sebab saya dah membayangkan kesenokan bermain pasir pantai dan ombak dengan yaya...duduk dalam tube 8 tu sambil tolak yaya...wajah yaya yang ketawa gembira...huaaaa......

Nasib baiklah saya tak banyak duit, kalau tak, saya pergi je sendiri...haha...ni sebab adik cakap nak belanja then dia cancel...sedih betul la...huaaaa lagi....=(

So untuk mengembalikan keceriaan saya yang sedang berduka, adik belanja kami, saya, yaya dan che ngah makan-makan kat makettee steamboat kuala terengganu....
Rm20/pax
Yaya pree
Rm 15 denda kalau tak habis 100 gram makanan....so sila make sure habiskan semua makanan....





Secara peribadinya, bagi saya sedap makan kat sini, soup dia tak cair, air pun okay jugak. Rasa la perisa air tu, cuma tak tau air mende sebab tade nama...haha

Kalau nak p makan, better call dulu booking sebab selalu penuh. Karang frust pulak mai mai tak leh makan...nanti broken lagi...hihi...

Nasib baik yaya behave, so seronoklah saya makan tanpa gangguan..haha...

Before balik, p amik dulu depo yang kita bayar tadi (depo kot ampa makan tak habis)...

O yer, aiskrim coklat dia sedap...ada rice chocolate, hehe...hat ni saya dok ulang makan...

Adik amat berharap saya dah tak broken...tapi tu la...susah juga nak move on ni...haha

Friday, October 27, 2017

Tombiruo: Gagal Mencitrakan Sosiobudaya Pribumi Sabah?

Assalamualaikum,
Saya memang peminat setia RAM,
Semua novel dia saya tak pernah miss beli, even tak de duit tiba-tiba boleh ada duit...haha...hebatkan penangan RAM, nasib baik dia dah kahwin, so saya minat biasa2 ajelah...Eh eh...


By the way, saya tertarik dengam komen seorang penonton yang dah tonton filem tombiruo ni...

Saya copy kat bawah ni...



====


1
Saya menonton Tombiruo minggu lepas. Sebagai filem produk tempatan, saya rasa ada aspek tertentu yang boleh dibanggakan. Sinematografi memang ada kelas. Berjaya menampilkan karisma Sabah sebagai syurga alam semulajadi.

Adegan aksi juga amat memikat. Pertarungan fizikal diberi tata-gerak yang rapi, serta dirakam dari sudut lensa yang tepat. Sungguh dramatik, lagi menguja perasaan. Apatah lagi dengan ekspresi runut bunyi yang begitu berkesan.

Elemen teknikal filem ini memang wajar dipuji. Susah mau disangkal. Sayang sekali, inti pengisian karya ini – yang merupakan jiwa sebenar suatu produksi seni – tidak seimbang dengan keanggunan pesona teknikal.

2
Mungkin saya agak kritikal, kerana saya tidak hanya melihat kemenjadian karya ini dari kacamata seorang penggemar filem dan penggila pop semata-mata. Tetapi juga dari kacahati seorang pribumi Sabah, anak jati Momogun Dusun – yang menjadi latar sosiobudaya utama filem ini. 

Komuniti Momogun memang intim dengan alam. Tanah dan belantara adalah warisan asli yang mendasari tradisi dan survival mereka. Justeru, konflik pemilikan tanah adat memang kerap berlaku (misalnya, kes kontroversi Empangan Kaiduan suatu ketika dulu, yang akhirnya dibatalkan).

Ya, karya ini sebenarnya mengadun tema penting yang sangat relevan dan kontemporari. Ia menggarap isu pergelutan komuniti marginal, dalam arus modenisasi yang deras. Ini bukan satu isu enteng. Ini satu realiti yang pernah (dan masih) berkudis di Sabah.

Fokus naratif filem ini berkisar pada Tombiruo si penunggu rimba, yang menggalas kisah silam penuh misteri. Betul, ini watak fiksi. Namun plot dan perwatakan dioperasikan atas domain sosiobudaya dan lanskap geografi yang realistik, iaitu komuniti Dusun Keningau. Persoalannya: dapatkah roh pribumi Sabah ini dicitrakan secara munasabah?

Saya fikir tidak. Biar saya hujahkan kenapa. Mari kita bermula dengan beberapa khilaf faktual.

3
Pertama, tentang watak ‘Bobolian’ yang digambarkan seperti wanita tua, yang hidup sendiri jauh dari perkampungan. Malah, kadang-kadang kenampakan seperti tukang sihir yang menakutkan. Ini kegagalan paling ketara.

Bobolian adalah figura terhormat bagi rumpun Momogun. Mereka mendokong peranan selaku ketua spiritual tertinggi masyarakat. Penampilan mereka mungkin agak klasik dan tradisional. Tetapi bukan seperti nenek kebayan yang tidak terurus, apatah lagi meminggir diri di hutan rimba!

Saya fikir watak Bobolian ini saja-saja diwujudkan dengan tujuan mahu memberi elemen ‘Dusun’ kepada filem ini. Malangnya, ia dibuat secara rambang dan semberono, tanpa memahami apakah konteks sebenar institusi bobolian. Ya, filem ini tidak berjaya mendidik penonton memahami salah satu tradisi penting rumpun Momogun, khususnya etnik Kadazandusun. Bahkan, ia memberi gambaran yang terpesong.

Ungkapan kata-kata lisan yang membuka intro filem ini pun ada isu. Ia disampaikan dalam Bahasa Dusun dengan dialek bercampur baur. Ada dialek Tangara pada permulaan, yang merupakan bahasa pertuturan komuniti Momogun hilir, di sekitar Penampang. Kemudian disusul dalam dialek Liwan. Ini loghat komuniti Momogun hulu, di sekitar Keningau dan Tambunan.

Kecacamarbaan ini agak pelik, dan mengundang pertanyaan: kenapa? Adakah Tombiruo bercinta dengan sumandak hilir? Adakah ibu dan bapa Tombiruo datang dari komuniti silang Momogun hilir dan hulu? Sampai tamat tiada sebarang hint atau jawapan diberi kepada persoalan-persoalan ini. Maka saya anggap itu sebagai khilaf faktual. Mungkin tenaga produksi tidak memahami kepelbagaian dialek Momogun, yang setiap satunya unik kepada sub-etnik tertentu dalam lingkungan geografi spesifik.

Bahasa Dusun yang ditutur oleh watak Bobolian juga agak keras. Komuniti Liwan Keningau terkenal dengan dialek yang halus beralun-alun. Bukan ditutur dengan nada ‘sebiji lepas sebiji’. Kedengaran agak janggal. Tapi kemuncak isu bahasa ini timbul ketika ‘rinait’ (mantera) berkumandang dalam babak pertarungan akhir (semasa Tombiruo dan Amir berganding melawan musuh).

Suara sangat datar tanpa irama. Seakan-akan seor

ang penyajak amatur sedang membaca teks tanpa perasaan. Sedangkan ‘rinait’ ini sepatutnya dilafaz dengan penuh muzikal, ada ragam pitching suara yang tersendiri. Bukan nada bersahaja ala biasa-biasa, seperti sedang bergossip dengan jiran tetangga.

4
Khilaf faktual yang kedua, dari segi latar geografi. Tombiruo digambarkan sebagai penunggu rimba Keningau, yang merupakan sebahagian hutan dara Banjaran Crocker. Tapi yang nampak rimba, cuma kawasan persekitaran apabila kamera dihala pada pondok Tombiruo di atas pokok.

Bila turun saja ke tanah, tiba-tiba rimba bertukar jadi belukar. Terdapat perbezaan signifikan di antara hutan primer dan hutan sekunder, yang tidak boleh diremeh-remehkan. Apatah lagi dengan reputasi Banjaran Crocker sebagai antara hutan hujan Khatulistiwa tertua dan paling kaya diversiti di dunia.

Saya bukan mencadangkan penggambaran dibuat betul-betul di tengah jantung rimba, yang menawarkan lapis-lapis tumbuhan dan kanopi vegetasi dengan kualiti hutan dara sebenar. BUKAN. Memang ini tidak praktikal.

Tapi saya fikir ‘persekitaran’ begitu boleh disimulasi guna teknik animasi tertentu. Agar dapat memberi aura rimba yang sebenar, dan bukan sekadar rimba jadi-jadian. Kalau tidak, tajuknya kena tukar: Tombiruo Penunggu Belukar.

Dari pondok Tombiruo di Keningau, boleh nampak Aki Nabalu berbalam-balam dari jauh. Cantik. Saya tidak pasti, bolehkah nampak gunung ini dari Keningau? Barangkali tidak, sebab terlalu jauh. Tapi tidak apa, saya boleh terima simulasi sinematografi ini untuk memberi satu nilai-tambah estetik pada filem. Tapi alang-alang mau buat simulasi, buatlah berdasarkan fakta geografi.

Paparan Aki Nabalu dalam filem itu dilihat dari sudut pandang yang sedikit ke arah barat laut (Tuaran). Sedangkan lokasi sebenar Keningau, relatif kepada kedudukan Gunung Kinabalu, adalah cenderung ke barat daya. Jadi bentuk Aki Nabalu sepatutnya bukan begitu. Bahkan, satah pandangan 'imageri’ (dibayangkan saja) dari Keningau sebetulnya jauh lebih memukau. Kerana pundak Low’s Peak akan dilihat penuh pada arah depan, bukan sipi-sipi dari sudut tepi.

Semasa Tombiruo (yang masih bayi) dihanyutkan ke sungai, ada ditunjuk satu visual air terjun yang lebar dan tinggi. Wow, sungguh teruja. Kawan saya siap cakap: “Erk, nanti kalau saya ke Sabah, kau bawa ke sana ya.” Sebenarnya air terjun super gadang itu hanya fantasi. Tidak wujud pun di Keningau, atau mana-mana tempat lain di Sabah.

Sebagai filem yang bersandar pada lokaliti realistik, jungkirbalik fakta seperti itu patut dielakkan. Dari segi prinsip perfileman, memang tidak salah. Sebab ini genre fiksyen. Tapi karyawan yang benar-benar bagus dan teliti, akan berusaha mengekalkan nilai autentik citra tempatan di mana sesuatu cerita itu diolah. Saya fikir, kepersisan begini boleh menyuntik elemen organik yang lebih tulen pada karya yang ditukangi.

5
Selain khilaf faktual, saya juga kurang terbujuk dengan lakonan. Tidaklah buruk, tetapi secara keseluruhan terumbang-ambing pada paras sederhana. Yang saya rasa kuat, cuma watak bapa Tombiruo (Faizal Hussein) dan Wan Suraya si jurnalis gedik. Yang lain, semuanya kurang menyerlah.

Banyak dialog yang agak 'corny' dan tidak natural. Ala-ala cerekarama menjelang maghrib tahun 1980an. Marlia Musa paling mengecewakan. Scene dia sikit saja, tapi penting dari segi aliran emotif filem. Sebab dia menautkan naratif konflik keluarga yang menjadi titik fokal filem ini.

Tapi alahai. Cara dia menjiwai watak tak cukup natural. Masa suaminya (M. Nasir) mahu pergi ke tempat kampung yang diserang, Marlia acah-acah menghalang. Sangatlah deja vu drama pentas zaman universiti dulu! Macam tak ada chemistry, padahal mereka memang pun suami-isteri sebenar di luar filem.

Watak Amir lagi pelik. Macam celaru identiti pula. Sekejap loghat Sabah, banyak kejap loghat KL. Saya pun keliru, watak dia dalam filem ini sebagai apa: orang Sabah atau Semenanjung? Saya fikir dia mungkin orang KL yang berhijrah ke Sabah. Tapi pada hujung cerita, rahsia terbongkar bahawa dia sebenarnya kembar si Tombiruo. Maksudnya orang Sabah laitu, kan? Fuh, saya tiba-tiba r

asa mau tikam-tikam perut sendiri.

6
Walaupun ini cuma filem fiksyen, elemen latar sepatutnya tidak diremehkan. Citra sosiobudaya dan lokaliti adalah isu yang dekat di hati masyarakat pemiliknya. Mahu tidak mahu, ada sensitiviti yang perlu dijaga.

Kehadiran sebuah filem Malaysia dengan magnitud box-office begini, tentu sekali membanggakan saya sebagai anak Momogun Sabah. Tapi tersedik jua di hati nurani, saya mengharap citra tempatan yang telah diarusperdanakan dalam filem ini dapat dipapar se-realistik yang mungkin. Itu harapan sajalah, kan.

Tiada yang sempurna, dan saya tidak mengharapkan kesempurnaan nan padu. Menterjemah citra sosiobudaya dan geografi dalam sebuah filem (yang relatifnya 'pendek' lagi terbatas berbanding karya persuratan) -- tidaklah mudah. Ya, saya tahu.

Tapi saya fikir, seni filem mesti dinilai secara holistik. Bukan saja pada merit artistik dan teknikal; tetapi juga merit sosiobudaya. Barulah tepat aspirasi: filem kita, WAJAH kita!

Kalau kita sanggup melabur kapital, tenaga pakar, teknologi dan fasiliti untuk menghasilkan impak visual dan audio yang memukau -- kenapa tidak ada pelaburan yang sama untuk memperhalusi citra pribumi yang melatari naratif filem? Semua yang saya sebut dalam komen ini bukan susah sangat pun. Cuma barangkali, ia tidak diberi prioriti penting semasa proses pembikinan. Bukan terlepas pandang, tapi dilepas pandang.

7
All being said....

....secara jujur, saya tetap rasa bertuah dapat menonton filem ini di pawagam. Ya, ada nilai istimewa tersendiri; terutama garapan teknikal i.e runut bunyi, seni arahan sinematografi dan koreografi aksi lasak.

Pelaburan tiket masih berbaloi, kerana filem ini ada menawarkan sejemput katarsis emosi dan gratifikasi jiwa. Meskipun rasa itu tidak sampai ke tahap klimaks. Ibarat kata orang, bagai berjimak hingga ngilu, tapi tak inzal. Nikmat ada, cuma tak puas.

#Tombiruo
#TombiruoPenungguRimba

Disclaimer: Gambar hiasan entri ini dicopek tanpa izin (tapi bukan niat mencuri) dari domain publik internet. Harap maklum.

From FB Rem Dambul



=====


Korang plak rasa camana ??

Monday, October 23, 2017

Kids Frenzy Carnival

Assalamualaikum wbt..


Dah lama taip entry ni tapi hari ni baru dapat publish...haha

First day carnival saya dah angkut yaya p....haih maknya as always bersemangat waja...ekeke...sometimes saya rasa saya selalu je syok sendiri...yaya ilek ilek je..hahaha

 Bayaran masuk rm15 untuk dewasa, yaya pree sebab dia under 3yo...nasib baik...hihi

The best part is zootopia sebenaqnya, sebab ada haiwan haiwan comel. Dalam carnival ni ada permainan tradisional, permainan moden, kerjaya si cilik, zootopia dll.
Saya pergi first day and awal pagi, so masih ada checkpoint yang belum siap...sebab saya tak nampak kat mana ntah letaknya zon kerjaya tu atau saya tak perasan...hahaha


Games banyak tapi yang yaya main tak banyak sebab dia tak pandai lagi...so banyak kenalkan dia dengan benda yang ada la...

Yang ni paling suka sebab ball

Kail duck.  Yaya tak kail pon amik terus dengan tangan...sonang..haha
Bowling....em em...i think ball tu ringan sangat tuk jatuhkan pun dia tu...sebab saya tak strike pun...eh eh..alasan !! Haha

The best part...yaya pegang ayam tu...kagum jap dengan anak sendiri sebab honestly i pon tak pernah pegang ayam...hahaha...



Excited pegang guli.....yelah, budak ni mana pernah nampak guli...tu pun dia panggil ball sebab guli bulat...


Overall.....banyak games yang yaya tak leh main...saya nak main pon yer la, nanti i excited main yaya hilang...nangis pulak...haha...

Kalau nak p tempat macam ni better p ramai-ramai, barulah seronok...tapi ok je pun kalau pergi dengan yaya aje, tunjuk ajela semua benda kat dia...dia kan baru nak explore lagi, so dia excited juga pegang congkak, marble, getah....hahaha


Game yang saya suka....the maze...huih pening jugak, nasib baik bawak gendong yaya...so saya gendong aje si kecik tu....

Lepas tu kami p library....biasalah mak dia nak pinjam novel....hehe

The end ~~

Monday, September 18, 2017

Einstein never used flash cards

Assalamualaikum...

Nampak buku ni, terus saya sambar
Sentap tau tajuk dia...haha...sebab saya salah seorang ibu yang terlalu addicted nak anak pandai cepat....hahaha

Yaya dalam perut saya dah belikan flashcard...tettttt....hahaha...nampak tak semangat di situ...ekekeke...lepas baca buku ni, saya dapat banyak perkara...

The main point, komunikasi dengan anak tu yang paling penting. Selalu bersembang dan melakukan aktiviti bersama-sama tu yang jadikan anak pandai. Bukan flashcard tu....

Yer, ajar flashcard memang banyak words dia tahu, tapi dia tahu words but tak faham apekah itu...gituuuu....

Contoh macam gelap....tahu baca word gelap but cant describe gelap tu apa...
Contoh lain lagi, kalau bagitahu yaya....panas...dia tahu benda tu panas dan dia tak sentuh lagi...

Secara keseluruhan buku ni memang buka mata saya, kanak kanak belajar sesuatu apabila dia bermain. Belajar boleh, tapi kena lebih kreatif, selitkan pelajaran masa bermain. Lagi seronok dan lagi cepat ingat.

Kesian kanak-kanak zaman sekarang, belajar belajar belajar padahal waktu kecil ni waktu dia explore dunia dengan deria dia =)

Yaya...semua benda bulat dia panggil ball...haha...buih tu pun dia panggil ball...kuat pulak tu dengan suara teruja...
Nampak tomato dekat giant pun dia sebut ball....suka betul dia dengan ball...hehe


Saturday, September 2, 2017

Tenggelam timbul

Assalamualaikum wbt

Wah wah lama betul tak muncul...hihi...
Sebenarnya family saya dah berpindag, so masing masing sibuk packing dan unpacking barang masing masing

Lepas tu streamyx pulak tak de...memang tak de la nak ber bw kan...
Virus didi dah kurang sebab saya pun dah kurang pegang fon...

Cuti sekolah...
Saya ajak sepupu sepupu kecil join yaya main kat playground....seronok yaya main ramai..kalau tak mampu main sorang sorang jer...ditemani ummi baca buku...bahaha...

Yaya suka betul kalau sepupu sepupu kecil saya datang...sebab sepupu yang ni melayan dia...ada juga sepupu kecil saya yang gila tab...so dia tak rapat sangat...yer lag bila diajak main, tak dilayan..haha

Oh yer...selamat hari raya aidiladha...
Abah saya masuk korban tahun ni..
So saya bawa la yaya pergi tengok lembu kena sembelih...memandangkan kami tak pernah join kat situ, so tuan rumah dengan ramah tamah la interview saya....

Saya dah cakap....tu abah saya(sambil tunjuk arah abah)...tokki dia ni...(sambil tunjuk arah anak saya)...tapi mungkin dia salah faham abah as husband saya...

Lepas tu dia tanya lagi saya stay mana, saya cakap la stay kat kg xx...dengan ayah saya...lepas tu saya dengar dia cakap dengan anak dia...ohhhh....tu ayah dia....kan dia cakap abah dia tadi...haha

Lepas tu dia tunjuk kat sape sape ntah...tu kot suaminya...sebab saya dah malas nak jawab persoalan suami isteri terus je saya cakap saya tak de suami..berpisah...sambil sengih sengih

Ok tak stop kat situ...banyak pula soalan yang dia tanya...adehhhh....so nak tak nak saya jawab ajelah...
Kang kalau saya cakap suami mati accident karang dia tanya pulak..accident dengan apa...bila..kat mana...banyak pulak menipunya kang...

Pastu nak balik, salam salam....dia tanya....tak nak bagi anak kat orang ke....ohhhhh tidakkkkk.....ha ha...biarlah susah macam mana pun..saya tetap nak jaga yaya...haha...

Lepas tu saya terfikir...patutlah Ada orang tak suka bergaul dan tak suka pergi tempat orang ramai macam tu...sebab ada orang tak pandai nak stop soalan..dan ada orang tak pandai nak menjawab soalan...saya pun kadang kadang malas nak jumpa sanak saudara yang belum tahu kisah saya...malas nak menjawab sebenarnya...hihi

Kita kena tahu kat mana perlu letakkan noktah dalam perbualan kan kan =)

Friday, August 11, 2017

Miss cleaner undercover

Assalamualaikum wbt..

Memandangkan saya tak boleh nak jadikan hp ssbagai bff maka saya jadikan novel sebagai bff...

Semoga sikap ini berjaya menjadi role model kepada yaya...hahaha

Novel ni saya pinjam kat library
660 page
Boleh tahan tebal kan =)

Saya suka novel ni sebab
Saya rasa lain sikit kot...lain bila watak utama adalah seorang polis yang menyamar...
Lepas tu ada watak orang gila yang pandai...sebab dia sebenarnya menyamar dan tak gila...
Ada watak nelly yang saya rasa nak tahu dia jahat ke tak atau dia memang betul betul ikhlas

Yang buat saya berfikir

Bila kita senang, ramai yang cemburu dan nak jatuhkan kita
Dia tak tahu, kita senang tu sebab kita dah lalui saat saat getir dan susah dalam kehidupan
Sebenarnya orang yg cemburu ni
Dia pun ada cerita senang dia cuma dia tak nampak atau pura pura tak nampak sebab dia asyik nampak senang kita

Lebih mudah cakap...dia lupa untuk bersyukur sehingga dia cemburu tentang cerita kita....

Marilah kita sama sama bersyukur dengan apa yang kita ada =)
Cerita susah atau cerita senang
Semua tu kenangan dan pelajaran yang paling indah dalam hidup kita


Bodoh

Assalamualaikum wbt...

Dulu...saya pernah kerja dengan syarikat training and development =)
Sampai sekarang saya masih ingat ayat trainer tu...

Bodoh tu tak wujud
Yang wujud
Faham dan tidak faham

Kalau seseorang tak faham asas...
Memang susah dia nak faham perkara perkara yang berkaitan seterusnya

Ada orang baca sekali dah faham
Ada orang baca berkali kali baru faham
Ada orang kena orang lain terangkan baru faham

Cuma itu sahaja bezanya...
Jadi mungkin si a hanya perlu belajar sejam si b perlu belajar sampai lima jam baru dia dapat ilmu tu

Bila dah tahu kelemahan kita senang lah kita nak polish balik...
Kalau betul kita nak...kita akan buat juga sampai dapat...tapi mungkin akan ambil masa yang lama...

Sama seperti anak anak
Yang masa belajar pun lain lain
Kalau cepat faham sejam dah cukup
Kalau yang jenis lambat faham mungkin perlu belajar atau latih tubi dua hingga tiga jam atau mungkin lebih

Terima kekurangan mereka seadanya dan raikan mereka dengan cara yang sesuai =)



Thursday, August 10, 2017

Virus

Assalamualaikum wbt

First nak ucap thanks a lot pada yang bg semangat kat entry sebelum ni...
Sebenarnya tu kisah lama lah...tahun lepas...

Tahun ni tahun baru dah...saya pun dah enjoy the moment dengan yaya...
Tak de gangguan...only me n yaya..ekekeke
Kekadang je abi dia mai jenguk dia dan dia pun kalau abi dia datang senyuman sampai ke telinga....haha...

Semenjak dua menjak ni yaya terkena virus didi...
Virus didi ni bahaya betul
Dia jatuh cintan habislah dengan didi sampai bangun tidur pukul 6 pagi terus sebut didi...
Oh anak....bangun pagi pagi nak tengok didi...pelis lah...
Kalau tak bagi...dia akan bertukar jadi hulk....mengamuk kemahen
Dia ingat bila dia mengamuk dia akan boleh tengok didi...
Sorry nak...makanya saya ambil keputusan sorok fon dan guna masa dia tidur...
Tabahlah maknyer...dah nak anak jadi anak yang baik makanya maknyer pun kenalah jadi baik juga

So saya banyak habiskan masa dengan membaca dengan harapan dia boleh jatuh cinta pada buku macam dia jatuh cinta pada didi
Saya akan bw macam biasa tapi tengok pada keadaan...hehe...

Jumpa lagi...ececeh

Wednesday, August 9, 2017

Proses penceraian

Assalamualaikum wbt

Seboleh mungkin kita taknak melalui ptoses ni kan....tapi
Takdir yang menentukan...haha
Sila lah redha
Yesssss....sebut the word redha memang mudah =)

Eh eh sebenarnya nak share apa yg perlu dilakukan kalau si suami dah lafaz cerai...

Tak payah buat apa apa...haha..

Sebenarnya bila di ceraikan, nasihat saya la...duk rumah dab tunggu je saman dari mahkamah untuk ke mahkamah untuk pengesahan...

Saya dah buat silap hari tu, sebab marah, sakit hati dan geram,
Saya pergi mahkamah untuk buat pengesahan cerai...
Lepas tu kena failkan kes...
Saya tak reti la guna bahasa mahkamah, senang cakap saya kena isi borang dan borang tu kena taip...kalau tak boleh buat boleh minta kerani buatkan dan kena bayar....
Ha...sebenarnya saya nak bagitahu semua proses kena bayar...hehe
Nak buat tuntutan pun sama, kena buka fail...
Kalau ada lima tuntutan, lima fail kena bukak dan semua kena bayar...

So...kalau kita ni rasa kita tak bersalah..macam saya...Dah lah kena cerai, lepas tu saya kena bayar pulak...dlm rm70 plus plus...saya lupa...
Saya rasa macam...grrrrr...hahahha

Sebab tu saya cakap, kalau diceraikan biarlah suami yanh baik hati ceraikan tu setelkan, kita tunggu saman sampai rumah and pergi court jer...hihi

Lepas perbicaraan, kena bagi sijil nikah and kad nikah tu balik..ye lah dah berpisah kan...so depa akan ambil balik...tak tau la depa simpan ke buat apa..haha

Lepas dah setel semua...nak ambil surat cerai tu...surat tu macam sijil nikah juga cumanya sijil cerai..
Biar bekas suami tu ambil dulu sijil tu baru kita p ambil...sebabnya siapa yang ambil dulu dia yang bayar...rm30 kalau tak silap...karang nanti bengang lagi kena bayar lagi...hahaha...

Yang ni saya tak kena bayar sebab ex dah ambil dulu...sijil ni ambil kat pejabat agama tau bukan kat mahkamah...

Oh yer,  sebenarnya kita boleh guna lawyer gov...and mungkin murah sikit kot...saya tak pasti pula...sebab saya belum ada pengalaman tu...sesiapa yang ada info boleh la share yer =)

Tuesday, August 8, 2017

Bijan

Assalamualaikum wbt

Malam ni kami makan maggi ayam bijan panggang (saya, adik-adik dan abah)

Saya goreng bawang dulu, then masukkan perencah...wangi weh...sodappp
Tapi disebabkan saya lambat bertindak bawang tu terhangus sikit sebenarnya...terus jadi hitam...haha

Adik tiga : apa yang hitam ni
Adik dua : bijan
Adik tiga : bijan ? Yang panjang panjang ni...
Adik dua : yer...bijan
Adik tiga : bijan macam ni ke ?

Saya dah tibai gelak...

Saya : bawang hangus la tu mek oi...

Adik dua : haih...macam mana la aku boleh tertipu ni...tu la pelik tengok bijan lagu ni..gahaha

Again..Confident tu sangat penting !!

Merdeka giveaway



Assalamualaikum wbt...
Bestkan kalau dapat free gift=)
Siapa nak join boleh la klik banner ya

Semoga ada rezeki saya dan awak...eh eh...haha

Monday, August 7, 2017

Statistik

Assalamualaikum wbt...

Terbaca cerita monitor, kalkulator kat sini...

Teringat kat adik adik saya...

Adik tiga : statistik la almari kau dok kat situ...
Adik dua : (diam tak respond)
Saya : haah almari dia memang strategik puk dok kat situ....

Adik dua baru perasan adik tiga silap sebut...sebenarnya dia diam sebab sedang berfikir....

Apekah statistik almari...haha
Kalau strategik tu barulah faham
Lepas dengat ayat saya barulah kedua-duanya tergelak

Confident tu penting !!

Terima kasih


Assalamualaikum wbt..

Saya nak ucapkan 
Jutaan terima kasih 
Pada semua bloggers yang sudi tinggalkan link untuk saya masukkan dalam bloglist saya 

Eh eh...saya ada bagi link tapi tade dlm list pon....
Alamakkk....kalau jadi centu saya minta maaf banyak-banyak
Saya terlepas pandang kutttt 
U olls tinggal balik link kat sini
Ada masa dan ruang saya update balik 

Terima kasih juga kepada semua yang sudi singgah dah comment entry saya 

Nice to know all of you =) 

Yang benar 
Saya
Hahaha

Ibu dikurung anak

Assalamualaikum wbt...

Bilik air dalam bilik kami memang ada kunci dari luar...
Yerlah, kalau risau yaya masuk dalam bilik air, kita kunci la..kalau tak, biar je macam tu...hehe

Pada suatu hari...eh eh...macam cerita hikayat la pula
Saya pergi toilet...
Yaya ni kalau saya pergi dapur buat air siap minum lagi...dia okey...
Tapi kalau masuk tandas memang dia tak boleh terima...
Dia akan nangis macam saya tinggalkan dia ajer...

Sambil sambil nangis sambil sambil dia main kunci kat luar
Selesai urusan saya nak keluar....

Uwaaaaa....pintu dah terkunci..
Memang sah yaya kunci
And dia tak pandai buka balik
Lepas tu dia keep nangis kat luar
Saya jerit panggil adik tak menyahut
Hurm, layan cerita pakai earfon memang tak dengar la...

Dengan kuasa halilintar......saya tarik pintu
Eh eh...terbuka....fuhhhhh.....
Scarry betul yaya ni

Saya rasa selak tu kena letak tinggi sikit la supaya dia tak sampai
Atau
Ajar dia buka selak

U alls ada pengalaman sama macam ni ?? Jom share


Saturday, August 5, 2017

Jutawan apps

Assalamualaikum wbt...

Sebelum bercerita tentang jutawan aps...saya nak share satu cerita yang saya rasa lebih kurang sama dengan konsep yang jutawa aps guna

Cumanya, untuk zaman millenium mestilah pakai apps...apa kelas lipat lipat kertas kannn...
Eh eh...apa saya merapu ni...

Uolls pernah dengar tentang
Kerja dari rumah
Lipat kertas jer
Boleh jana income sampai 5k sebulan
Jaminan wang dikembalikan

Wahhhh gitu...best kan..
Yang lagi best jaminan wang dikembalikan

Uolls tahu tak konsep dia macam mana...
Konsep dia...uolls beli set untuk lipat kertas ni...bayar certain amount...
Then uolls akan dapat something like buku panduan...
Then uolls fotostat balik buku panduan ni n jual kat orang lain..

Kiranya uolls dah kena tipu, so sila tipu orang lain jugak
Semakin ramai uolls tipu, semakin banyak duit yang uolls dapat
Jaminan wang dikembalikan...kalau uolls berjaya jual balik produk tipu tu...dapatlah balik duitnye...

Uolls boleh refer sini jugak
Satu
Dua

Saya faham konsep yang sama digunakan untuk jutawan apps
Tapi ayat marketing dia lagi power

Robot buat kerja
Anda duduk rumah goyang kaki
Nanti duit masuk

Duit tu masuk bila ada yang beli apps tu dari anda...

Kalau saya salah, tolong betulkan saya...
Tapi kalau apa yang saya katakan ini betul, sama samalah kita ingatkan kawan kawan yang lain
Bukan dengki atau cemburu
Tapi, semua orang perlukan duit, mungkin niat nak membantu keluarga tapi dah disalah gunakan dan duit tu burn
Padahal kalau dia bisnes air tepi jalan pun, mungkin dapat juga hasilnya

Bloglist saya

Assalamualaikum wbt...

Ni entry sticky post, sila scroll ke bawah untuk new entry =)


Siapa sahaja yang sudi untuk join bloglist saya, sila tinggalkan link yang lengkap di ruangan komen yer =) 

Contoh 
www.duniasaya2001.blog

Terima kasih 
=) 

Friday, August 4, 2017

Giant bubble

Assalamualaikum wbt...

Dah lama teringin nak main giant bubble sebenarnya...
Tapi belum berkesempatan..
Hari ni baru ada ruang masa...hihi...

So tadi saya sempat main giant bubble ni dengan yaya...

Bahan-bahan :
250 ml pencuci pinggan joy
(Katanya sebab pencuci ni lebih pekat )
4 sudu tepung ubi
150 ml air

Campurkan kesemua bahan ni dalam besen. Dalam besen tau supaya bila celup nanti semua bulatan tu kena sabun tu.....

Saya buat silap pakai baldi then stick saya lubangnya besaq gedabak....kisahnya tak jadi la...huaaaa
Pas ejas lubang tu jadi kecik baru okey

Eh eh saya lupa...stick nya boleh buat pakai hanger atau tali dan chopstick

Boleh buat macam ni, bulatan tu boleh pakai tali atau bentukkan je hanger tu bentuk bulat

Atau pun, boleh guna straw dan tali macam dalam gambar tu =) 


Besarrrrrr....best kan

Semua gambar dari google aje sebab saya terlampau excited sampai lupa ambil gambar...haha

Total permainan ni tadi saya beli joy dan tepung ubi rm8.00

At first saya buat, dia macam tak jadi sangat, sedih tau...
Last last saya main dengan tiup bubble tu..eh faham ke..haha

Pas dah penat, saya biar ramuan tu kat luar...lebih kurang sejam lepas tu saya main balik...eh eh...makin menjadi...tayah tiup...jadi bubble la... =) 

Bila ada angin lagi lawa bubblenya...=) 
Kiranya kalau main kat taman lagi best la...hehe

Kalau main ramai ramai kat taman...saya yakin mesti lagi best =) 

Thursday, August 3, 2017

Kedai rm2 PENIPU

Assalamualaikum wbt...

Uolls pernah pergi kedai rm2 ?
Saya pernah pergi...
Tapi kalau keluar dari kedai tu tak pernah bayar rm 2 je...
Paling kurang rm10...paling banyak...
Entahlah...
Saya tengok barisan panjang betul...
Sorang sorang shopping kemahen....ada yang rm100++ rm200++ pun ada...

Sebab tu saya cakap kedai rm2 penipu, sebab kalau keluar dari kedai tu mesti lebih rm2...
Kadang kadang dari tak tau nak beli apa macam nak beli je semua....
Sebab rm2 je...

Kalau tengok toys mesti ambil juga untuk yaya...
Tapi ye la, toys rm2 untuk yaya...
Pasrah la kalau cepat rosak kan..
Sebenarnya baik kumpul duit beli yang mahal sikit....
Yang kalau kena campak ke, kena pijak ke, masih lagi okey...
Kalau pandai jaga...adik adik yaya nanti pun boleh guna..eh eh...haha

Kalau buku, okey kot nak belikan untuk yaya...
Bagi dia familiar dengan buku...kalau dia nak koyakkan pun, saya tak kecik hati....nanti saya selotape balik...hihi

Bagi saya tak semua barang tak okey, ada je yang okey...
Cuma kita as consumer....pilih yang terbaik...
Kalau beli sebab barang tu murah tapi tak guna pon....
Baik uolls simpan duit tu dalam tabung atau sedekah pun okey...=)

mak cik saya haramkan terus family dia pijak kedai rm2
Gara gara sentiasa benarkan diri ditipu...hahaha

Wednesday, August 2, 2017

Tips hafal nombor telefon

Assalamualaikum wbt

Saya ni, sampai sekarang tak ingat sifir...hahaha
Ok sebenarnya nak bagitau saya ni susah sikit bab bab menghafal.ni
Mungkin sebab banyak makan kepala ikan...eh...haha
Kepala ikan aya @ ikan tongkol tu....sedap tau...hihi

No telefon husband (dulu) pon tak ingat...haiyaaa.....
Bahaya tau kalau tak ingat sebab nanti emergency, fon mati then mana nak refer...susah tu..
So by hook or by crook kena juga hafal no telefon someone important in your life....gituuu...

Ada orang makin dipaksa hafal makin tak ingat...
Berterabur habis
Haha
So kita buat secara natural...

Bila kita selalu tengok kita akan ingat
So...no fon husband tu
Save dengan no fon juga
Pada contact no tu tayah tulis
Sayang atau husband atau bucuk atau watever la...
Tp tulis no fon dia jugak

Keberkesanan dia,
Semakin banyak korang berwasap atau bermesej dengan dia semakin cepat korang ingat no telefon dia...hehe

Selain tu....
No fon yang penting tu, simpan lah secara manual juga
Contoh
Mom
Dad
Husband

Tulis dalam kertas cantik cantik letak dalam bag. If emergency and hp problem boleh cari dalam purse aje =)


Tuesday, August 1, 2017

Ball

Assalamualaikum wbt

Balik dari rumah pak cik tadi, saya dukung yaya. Kami bersembang sambil berjalan ke arah kereta yang saya parking depan rumah jiran.

Saya : ayam
Yaya : ha ?
Saya : a....yam
Yaya : ha ? Ball....(sambil menunjuk ke satu arah.)

Saya gelak...

Ini ball yang yaya maksudkan
Lepas gelak saya beritahu yaya, ini buah kelapa
Dan seperti biasa dia membalas dengan pertanyaan....ha ????




Menabung

Assalamualaikum wbt...

Kalau dari kecil dah menyimpan, mesti sekarang dah banyak duit saya...haha
Tapi tu la...semuanya kalau...hihi

Nak menyimpan ni, kena biasakan...supaya tak rasa berat...sebab dah jadi habit
Kalau baru nak start, kena kuat
Kalau ada support lagi best

Ada orang menyimpan duit ikut warna
Hijau
Biru
Merah

Kiranya kalau dapat duit warnah hijau, dia kena simpan...tak boleh guna
Biasanya hijau atau oren
Sebab kita jarang terima duit hijau atau oren ni, karang kalau simpan duit merah ke ungu ke...takut belanja korang tak cukup pulak...
Lepas tu korek balik...ayoyoyo....

Jadi nak menyimpan pun biarlah berpada....jangan letak banyak, hujung bulan ambil balik....tak aci la macam tu....bila nak penuh duit simpanannya...haha

Saya pula, biasa simpan syiling...kira ok la dari tak de kan...kalau shopping saya tak akan guna syiling...contohnya rm 3.20 saya tak bagi pun syiling 20sen tu...so saya dah boleh simpan rm0.80...gitu la kiranya...

Yaya buka beg saya, jumpa syiling...saya suruh dia masukkan dalam tabung dia...hihi



Lepas tu bagitau kat dia, nanti kita nak simpan duit ni kat bank...yaya nak belajar luar negara...hahaha...

Ok tu sebenarnya lebih kepada nak setting minda bawah sedar dia..."belajar luar negara"...kalau ada gambar uni pilihan pun dah boleh tunjuk siap siap...nanti nak belajar kat sini.......
Tu semua tentang minda bawah sedar...nanti kita cerita cerita yer...

Balik pada topik menabung atau menyimpan...korang menyimpan macam mana ??
Ada tips untuk elak ambil balik duit tabung ke...jom share =)

Monday, July 31, 2017

INSTANT SHAWL GIVEAWAY BY MAMAPIPIE

Assalamualaikum wbt

Seriusly lama gila tak join giveaway atau segment atau contest ...hihi

Hari ni nak join mamapipie punya giveaway...
Kita tak tau rezeki kan..kot kot dapat shawl free =)


Jom join...suport kawan-kawan =) 

Klik nama mamapipie kat atas tu tau..

Yaya hilang masa shopping

Assalamualaikum wbt

Yaya hilang masa shopping...
Saya ni sambil shopping sambil juga window shopping....
Jalan-jalan tengok barang, berkenan, berhenti, belek-belek
Haih....ada anak weh...ada anak...
Dah tak boleh buat macam tu lagi okehhh...!!

Mula-mula kami p playground...
Lepas tu, yaya tengok troli ada kereta
Dan dia sibuk nak naik...
Okeylah, kesian kat dia saya pun pergi ambil troli tu juga


Troli ni terhad, kalau nak guna kena pergi dekat kaunter customer servis
Siap kena tinggalkan ic atau lesen
Nanti dia bagi kad bernombor pada kita

Yaya pun seronok lah naik troli ni..
Saya pula expect, sebab dia seronok so boleh la berlama lama kan...
Jalan jalan sambil tolak troli tilik satu satu barang
Oh yer, troli ni agak berat...

Dua kali saya tangkap yaya selamat keluar dari kereta dia dan berlari lari...
Haih anak...ni semua gara-gara saya berhenti belek barang....

Kali ketiga, saya belek lagi barang-barang
Tiba tiba tengok...ehhhhh anak aku hilang !!! Sikit lagi jantung saya nak jatuh tergolek...nasib baik saya cepat sambut...
Panik lima saat...akak yang dengar saya cakap macam tu, pandang saya cemas
Sempat lagi saya tengok muka dia...
Saya pun pusing balik ke tempat yang saya lalu tadi, ofcourse saya tinggal je troli kat situ kejap


Fuuuuhhhh...nampak si kecik berjubah hijau ngan tudung hijau
Ada dua orang staff giant tengok anak saya and bincang bincang (maybe bincang pasal anak saya)
Terus saya peluk yaya
Sambil berjuraian air mata
Ok tipu
Hahaha...

Saya ambil yaya dan dukung dia
Haih susah juga nak dukung budak ni sambil tolak troli...
Dah lah ringsling ada dalam kereta..
Saya dah jarang guna ringsling kalau ke giant sebab yaya suka dok dalam troli...

Saya dukung yaya sambil tolak troli ke kaunter
Nak bayar barang saya pujuk yaya duduk dalam kereta dia dulu
Cepat cepat saya letak barang atas kaunter sambil bercakap dengan yaya
Tiba-tiba dia turun lagi sekali
Haiyyyaaaa....dia berlari ke arah jam tangan kanak-kanak yang comel kat depan kaunter tu
Haih..nasib baik tak lari jauh
Kalau tak jenuh ada aksi kejar mengejar pulak
Saya ambil dia, bayar dan terus tolak troli ke kaunter customer servis

Sebenarnya kesilapan saya masa naik troli ni
Saya tak pakaikan yaya seatbelt di pinggang dia tu
Tapi....saya rasa kalau pakaikan lagi bahaya kot
Mungkin yaya akan lakukan apa sahaja untuk lepaskan diri dari seatbelt dan jatuh
Haih...scarry la pulak...

So...u olls...kalau nak guna troli ni
Kena sentiasa alert la dengan anak kat dalam kereta tu
Ye lah...senang sangat dia nak keluar dari kereta tu...hihi
Kalau pergi sorang sorang, saya rasa saya prefer troli biasa je atau ringsling....selamat....hihi





Saturday, July 29, 2017

Hargai

Assalamualaikum wbt...

Selepas ke library, saya bawa yaya singgah ke giant ...
Sebenarnya niat di hati nak ajak balik terus, tapi dia macam nak nangis...
So sebelum, dia nangis saya berunding la dengan dia...
Hahaha

Nak g giant tak ? Nak main buai tak ? Nak pergi playground tak ?

Semua perkataan tu adalah keyword dia...bila dia dengar, dia boleh berhenti mengangis on the spot....haha...
Tapi kenalah tunaikan...kalau tak nanti dia jadi hulk...saya pula stress...hihi


So, kalau pergi giant, yaya jangan nangis. Kita main kat playground...

Maka ke giant lah kami dua beranak...
Kenapa giant ??? Bukan playground lain...


Sebab utama, yaya boleh main benda alah ni sepuas puasnya....IT'S FREE !!!
Dulu saya selalu bawa sepupu kecil saya ke sini pun sebab benda ni juga...hihi...

Dulu, ada lima buah permainan ni, sekarang dah tinggal dua sebab dah rosak. Saya pernah bersembang dengan akak pengawal keselamatan kat situ, dia cakap pengunjung ni over sangat...mentang mentang free....naik sampai tiga empat orang....siap panjat panjat lagi kat depan tu...
Amboiiiii.....guna sungguh...langsung tak menghargai..kalau tak de yang free, jenuh juga la nak masukkan syiling sampai anak puas bermain...

Cerita pasal puas...hihi...bagi saya, kot yer pun nak bagi anak puas, ingatlah kat orang lain juga yang nak merasa...jangan la lama sangat bagi anak sendiri main...bagi kat orang lain juga...kecuali kalau pergi masa tak de orang....macam saya, kadang-kadang saya sengaja pergi giant pukul 9 pagi hari bekerja...masa tu kau mainlah puas puas nak..hihi

Gambar tu, yaya dengan seorang kawan...budak tu nak main juga, saya ni tak sampai hati....ececeh...sebab saya faham bila yaya dah start berjalan jalan area permainan ni...so saya pelawa la mereka duduk sekali...si yaya main lah dengan abang tu...saya tak de la rasa bersalah sangat kalau yaya main lama sikit..ekekeke....lagipun kalau boleh saya nak ajar yaya "main sama sama" macam lagu omar dan hana tu...sharing is caring gituuuuu


Kita ni...masa kita ada tak kisah pun kalau orang tak nak share...tapi ada satu masa mungkin kita sangat perlukan ...baru kita rasa nikmat sharing tu =)



Tips bayi cepat bercakap

Assalamualaikum wbt..

Seronokkan dapat sembang ngan anak sendiri walaupun masih kecil...haha...
Acah acah dia dah besar...
Ok wat...haha...

Sebenarnya memang pun kalau nak anak cepat bercakap, kita boleh memberi rangsangan kepada dia =)

Sebenarnya sejak usia 23 minggu dalam kandungan, janin dah boleh mendengar. Baby yang baru lahir kenal suara ibu yang selalu "bersembang" dengan dia masa dalam kandungan.

Alah sambil sambil gosok perut cakaplah korang nak buat apa,
Adik, umi nak pergi kerja ni.
Adik, umi nak makan ni.
Adik, behave ya..
Adik, nanti adik lahir adik tidur malam tau...umi nak pergi kerja...

Dan macam-macam pesanan yang korang boleh bagi....haha..

Selain tu jangan lupa mengaji yer....supaya baby terbiasa mendengar suara uolls =)

Alamakkkk.....baby dah keluar acane ...tak sempat nak sembang dengan baby masa dia dalam perut....

Tak pe...sekarang pun boleh mula...

Start bersembang dengan baby u olls...
Nak sembang apa ? Eh, macam macam boleh...haha...

Nak tukar pampers tu, bagitau la dia...
Adik, ummi nak tukar pampers ni...
Adik, nak pakai baju...baju adik warna biru, ada bear....bear besar...bla.bla.bla
Adik, kita nak mandi, gosok sabun, wahh ada buih...bla bla bla...

Simple kan ? Bercerita sambil siapkan dia. Hasilnya...nanti bila dia dah biasa macam tu, kalau uolls siapkan dia dalam keadaan sunyi sepi je mungkin dia akan nangis sebab dia bosan kot...hahaha

Uolls boleh bacakan baby dengan buku
Kalau ada duit lebih, boleh belikan baby softbook...sebab dia boleh buat apa sahaja dengan softbook tu...paling penting parents tak perlu risau buku tu koyak sebab softbook kan diperbuat daripada kain =)

Baca dan bercakap dengan intonasi, nada dan eksperesi muka yang sesuai 
Walaupun belum faham, tapi baby amat sensetif dengan emosi dan nada suara kita. Lenggok suara dan pelbagai bunyi-bunyian mampu menarik minat mereka.

Contohnya bunyi harimau mengaum dengan bunyi kucing mengiau tak sama...kucing meow meow lebih manja  berbanding harimau mengaum....

Aummm...makan adik..

Lebih garang dengan wajah yang agak bengis....hihi


Kurangkan penggunaan gajet
Saya tak nafikan gajet sangat membantu untuk anak behave...haha..even saya sendiri pun kadang-kadang terpaksa redha dan pasrah bagi yaya tengok didi. Tapi.....
Jangan bagi terlampau lama atau kurangkan waktu dia bersama gajet.

Atau....korang tengok gajet dengan dia. Sambil tengok, bersembang lah dengan dia...

Didi pakai baju warna biru
Didi melompat
Wahhhh cantiknya rumah didi

Dan banyak lagi lah =)

Selain tu..ada doa yang boleh diamalkan supaya anak mudah bercakap


قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

 surah Toha, ayat 25 - 28. Bacakan ayat ini sebanyak 7 kali sebelum anak tertidur, lalu hembuskan ke mulut anak. 

Kunci kejayaan ialah...mak ayah kenalah rajin amalkan ayat ayat ini dan selalu merangsang anak supaya cepat bercakap =) 


Oh yer, kalau ada petua lain boleh la share yer =) 


Friday, July 28, 2017

Lesung pipit = cantik

Assalamualaikum wbt...


Seperti statistik yang dilaporkan oleh The Daily Health Gen, hanya 20% daripada manusia di dunia ini yang memiliki lesung pipit. Ia sebenarnya adalah satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang amat dicemburui ramai.

Tu dia...kecacatan yang dicemburui ramai...haha...sebab, di mata kita kita ni...
Lesung pipit = cantik

Gituuuu kannnn =) 

Korang nak anak korang cantik ?? I mean ada lesung pipit....

Masa pregnant tu, suruh suami atau sesiapa sahaja cucuk pinggang u olls...kalau belah kanan, nanti lesung pipit akan ada di sebelah kanan dan begitulah sebaliknya...

Mungkin kalau cucuk dalam, lagi dalam lesung pipit tu...
Tapi ada syaratnya....korang tak boleh tahu atau pun sedar mereka cucuk tu sebab nak anak ada lesung pipit...gituuuu...kiranya kena unplanned la...

Sejauh mana kebenaran petua ni ?? 
Hahaha....adik saya cucuk pinggang saya....banyak kali juga lah, lepas tu sengih sengih. Pelik saya tau...sampai saya cakap...kau ni dah kenapa....
Lepas tu barulah dia beritahu perkara yang sebenar...

Hasilnya ?? Yaya ada lesung pipit, tapi saya tak nampak....mungkin sebab tak dalam atau mungkin sebab tak menjadi...haha..

U olls pernah ke buat macan tu ?? Atau Ada tips untuk dapatkan lesung pipit tu...
Jangan cakap p beli lesung kat kedai pulak yer...gahaha

Thursday, July 27, 2017

Si tembun

Assalamualaikum wbt...




Pipi ni kan...ramai betul yang geram...
Saya sendiri pun pernah gigit pipi dia akibat kegeraman yang amat sangat...hahaha...maafkan ummi nak...

Sehingga ke hari ini, saya jaga pipi yaya ni tau...itu pun adakala terlepas...
Maksud saya, saya tak bagi orang gigit pipi anak saya...
Sebab nanti kalau cubit pipi dia jatuh dan dah tak cantik lagi...
Kalau orang cubit, laju ajer mulut saya melarang....tapi ada juga waktunya mulut saya terkunci...

Haihhhh...sakit hati kite tau...
Dia cakap comellllnyerrr awak...tapi dicubit pipi anak kita...amboiiiiii....
Menahan nahan sabar aje saya ni...
Kalau dibiarkan tak gebu la pipi yaya..hahaha

Kenapa ek...orang suka cubit pipi...
Kot yer pun geram...tu anak orang bukan anak awak...ekekeke..
Kesian mak dia tau, marah kan kecik ati pulak, tapi kadang kadang ai tegur jer...hahaha

Korang ada idea nak menghalang pipi gebu anak korang dari dicubit ? Share jom =)

Wednesday, July 26, 2017

Simple but yummy...

Assalamualaikum wbt...

Godek godek fb yang lama...terjumpa pula resepi ni..macam sedap ajer...


Sedap kan...

Kalau korang pernah buat resepi ni boleh la share sama =) maybe ada tambahan untuk resepi ni yang menjadikan rasa dia awesome....gituuu

Tuesday, July 25, 2017

Baju nana

Assalamualaikum wbt....



Nana si yaya...hahaha...dipakaikan baju...sebenarnya nak ajar yaya pakaikan baju pada nana...haha...tapi nampaknya aktiviti itu tidak menarik perhatian si yaya ni..so kita main benda lain...hahaha

It juz a soft toy tapi kalau kreatif boleh main macam macam...

Ajak nana makan, suap nana, tidurkan nana, jangan sebut mandikan sudah..karang dia bawak p toilet sebab nak mandikan betul betul haruuuu oiiiii...hahaha

Korang ada idea games nak main dengan kanak kanak umur 2 tahun ni...jom share =) 


The new me

Assalamualaikum wbt..

Saya ingat saya kuat...rupanya tidak..
Perempuan ni pelik, kadang kadang dia sanggup stalk sampai dia sakit hati...hihi...
Saya ingat bila saya stalk dan hati saya tak terhiris dan saya boleh tersenyum tu maksudnya saya cool...hahaha..

 Cool la sangat...ekekekeke
Fb saya setahun yang lalu...tengok tu...nama adam lagi...hahaha
Saya tukar nama la, saya unfriend kawan kawan, saya buat fb baru...and last....saya tak buka akaun fb terus...hahaha

Sebabnya saya tak kuat tuk saja saja buka fb nanti tangan saya p search orang yang saya tak suka...adoiiii....parah betul saya ni kan...haha
Kalau dah benci tu sepatutnya jangan ambil tahu..ni sibuk nak stalk...ekekeke....

Saya pernah uninstall whatsapp saya dan saya hanya main telegram sahaja
Sebabnya, saya tak dapat nak tahan diri daripada stalk whatsapp perempuan tu..hahahaha...

Lepas tu saya yang sakit hati....yesss...ada yang kata bodoh macam tu...tapi itulah hakikat yang saya lakukan....

Saya ambil masa juga untuk install balik whatsapp dan delete nombor dat girl....ha...baru hati ni tenang....ahahaha...

Sebenarnya bila berlaku sesuatu macam tu, orang macam saya perlukan sokongan keluarga yang berterusan. Tak boleh biarkan keseorangan sebab bila sendiri maka banyaklah hasutan hasutan yang membawa pada sebuah tangisan...

Kalau dok lepak ramai ramai saya masih mampu bergelak ketawa act as nothing happen. 

Ada jer orang yang tak faham bila saya tak buka fb, bila saya uninstall wassap..
Sebab bagi dorang, susah la nak.berhubung dengan saya bila saya tak de wassap, announcement dalam group family saya tak terima...
Senang cakap....masa tu saya tak boleh kawal diri saya sendiri untuk tidak stalk...so cara dia saya kena uninstall wassap. So saya uninstall la wassap. (Saya pilih untuk uninstaall wassap compare than delete fon no perempuan tu...hahaha)
Ada yang kata tak payah la stalk.....pakai je wassap macam biasa...
Entah lah susah saya nak cakap...sebab hanya orang yang pernah alami dan pernah buat macam yang saya buat je yang akan faham. 

Even nak delete nombor telefon pun susah. Nak delete gambar lagi susah. Betul betul memerlukan kekuatan yang sangat tinggi. Hihi..saya cuma mampu delete gambar kenangan dalam fon aje...dalam hard disk masih ada gambar gambar kenangan. Biarlah saya bukan selalu buka pun hardisk tu. 

Hari ini saya rasa saya dah sihat sepenuhnya kot..inshaAllah =) 

Sebenarnya saya nak share sesuatu...hihi...tapi panjang pulak mukaddimah dia kan...hahaha

Juz my opinion here..based on apa yang saya lalui =) 

Basically...ingat Allah, baca quran banyak berzikir =) 

Kalau dengan tukar nombor fon, delete fb, delete wassap tu buat hati.kita tenang...buatlah....mungkin nampak kita nampak macam lari daripada masalah ...tak pe nanti bila kita dah ready kita boleh hadap dengan cool..

Masa je yang mampu mengubat hati yang tersakiti...sabar dan terus bersabar...oh ye..paling penting bersyukur dengan apa yang kita ada =) 
Bahagia tu tak semestinya kena ada suami kan...bahagia tu bila kita pilih untuk bahagia dan bersyukur dengan apa yang kita ada...
Terlampau banyak pemberian daripadaNya, tapi adakala kita terleka...yg ada kita tak nampak yang tak de tu yg kita nak...hihi

Kalau dengan jadi "the new me" boleh buat kita okey, why not....hahaha...saya sendiri pernah benci nama nini...hahaha....so saya guna nama lain...but now dah ok kot dengan nama tu...hihi...

Nanti saya share lagi kalau ada tips yang saya guna...
Eh kalau u alls pun ada tips boleh he share sekali....cara kita tak sama tapi matlamat kita sama....ubat hati sendiri...hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....